Friday, September 30, 2011

Don't wanna try



*Currently playing: Don't wanna try, Frankie J*

Have a goodlife people!!

Thursday, September 29, 2011

you are 11 years old now. officially.

Happy birthday, babu!!haha..
babu-baby-birthday-boy?
please don't grow up.
you are annoying, but i still love you.
and you even call me to get ipad's password to buy new apps, but not to know how i'm doing here.
dasar!

Wednesday, September 28, 2011

Hate you

*I just need to vent out things in my head, really. before i go mental*

Hmm, just got a call from bhep (bahagian hal ehwal pelajar).
Like really, another problems after another?
Susah sungguh nak habiskan the final straw ni kan.

Like now, i really hate my uni. hate you 1000 times.
please people, don't ever come here.like seriously.
the management sucks.
the lecturers (my lecturer) are fine though.

life's getting hard.


*Currently playing: Move Along, All American Rejects*

Like seriously, i gotta  'move along'.

When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through

Tuesday, September 27, 2011

I dare you to move


*Currently playing: I dare you to move, Switchfoot*  #favourite


So it's all said and done
And even the butterflies has gone.
It's a goodbye.
Bon Voyage.

Monday, September 26, 2011

Rojak-story (of meeting the gentleman, getting over trauma and being super clumsy)

Pheww, setelah hampir 3 tahun ++ duduk disini (Kuching) dan naik bas uni pergi balik ke kampus, akhirnya jumpa juga dengan lelaki yang gentleman. Yeah you are right. Pertama kali jumpa ni. Hot stuff...!!!haha

Faham  tak aku memang anti sungguh dengan lelaki yang buat-bodoh-rilex-duduk atas seat sementara ada je ramai gadis-gadis yang terhuyang hayang pegang beg dengan fail, and payung sekali kena berdiri macam lalang atas bas.Dah lah bas macam roller coaster.

Sungguh jelik okay perangai macam tu. Tsk tsk tsk..

Nampak sangat pentingkan diri sendiri. Oh, lelaki oiii~

Nak je aku pi mengorat lelaki  tu tadi.Tapi dia tak nampak macam undergrad student. Maybe postgrad kot. Ok, gurau je. Gila apa. Malu aii tau. Setakat pandang dan diam-diam sudah lah kan.

Hmmph, harap-harap dia tak kahwin lagi la kan..hahahahaha . Eh sungguh la, perkara perkara macam tu like 'one in a million' je. Sangat rare.

Oh man, asal gedik sangat ni.

Eh, aku tak tau apasal but aku sangat clumsy semalam. Malam tadi keluar pi bandar Kuching. Sewa kereta and all. Balik dah nak dekat pukul 11pm. Makan-borak-tengok tv semua then bila nak tido, aku biasanya set alarm hp je. Senang. Tapi bila cari, menggelabah tak jumpa.

Aku syak terjatuh dalam kereta. Dan ya memang betul pun. Lepas tu roommate tolong inform owner kereta, dan dia kata ada hp aku dalam kereta dia. Ni tengah tunggu dia nak kasi hp aku la ni..tsk tsk tsk. Leganya. Mujur owner kereta baik hati oh. Dan mujur hp aku ada protected password. Phewww.

Dan ke'clumsy'an aku bukan setakat itu, malah aku hampir bergesel dengan kereta lain malam tadi juga. Hampir je lah. Sebab? I think too much kot. Ni sebab kawan-kawan request nak makan McD la. McD Kuching ni berapa kerat je lah kan. Nak tak nak , yang aku tahu dan ingat jalannya ialah yang dekat airport Kuching.

Oh, leganya sebab aku dah berjaya get over my fear of jalan dekat airport Kuching. Setelah dua tahun tak lalu jalan di situ, akhirnya malam tadi aku berjaya juga drive dekat kawasan terlarang itu. Bawak kereta manual pulak tu.Mujurlah ingat lagi kan. Kawan-kawan dalam kereta tahu aku pernah accident, tapi they all tak tau dekat mana. So aku, tawakal je lah malam tu. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan. Semuanya mainan minda je tu. Kalau aku fikir aku boleh, memang aku boleh pun. So, it's all set and done. Alhamdullilah.

This is the reason why aku tak pernah drive around airport Kuching. Ini juga (part-2).

Sunday, September 25, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang

Hari ini, 25 September 2011 genaplah usia ayah yang ke-49 tahun.
You are getting old and grey ayah, and i genuinely don't like that.
Tapi, siapalah kita nak hentikan masa dan freeze the time so that he will always be the same.
Masa berjalan dan akan terus berjalan dan begitu juga dengan umur.

Pagi tadi, lepas solat subuh aku terus hantar sms dekat ayah.
Ikutkan hati nak saja landing balik, penat la semalam beronggeng sakan the whole day.Huhu~
He's a morning person dan waktu pagi macam tu dia dah pergi jogging rasanya.
Kalau hantar sms lambat nanti kantoi membuta. Haha~

Here's what  I wrote to him:

Salam. Ayah, selamat ulang tahun yang ke-49. Semoga umurmu diberkati dan dimurahkan rezeki. You are the best dad in the world (to me)..hehe..exaggerate a bit. And I love you. Always. Thank you for everything ayah.

His reply was:

Wslm. Terima kasih atas ingatan, take care, love you

Bukan apa, aku post dekat sini sebab biasanya i will always kept my personal smses. Macam birthday wish ke, goodluck wish, dan segala sentimental wish/smses. Tapi semua dah  hilang. Handphone lama dulu sudah rosak. Habis hilang message2 lama. Sobs sobs sobs...

I know, some of people tak berapa prefer sangat birthday cards and all. Tapi aku suka. Haha. Dulu selalu dapat  birthday card. Masa zaman remaja *sekarang ni dah dewasa sangat lah kann*. Now, everyone is busy . Tak ada masa nak bagi segala kad dan ucapan tanda ingatan. Bukan apa, bagi aku kad hari lahir ada nilai yang tersendiri. Personal touch daripada si penghantar. Bila baca balik 5 tahun yang akan datang, rasa happy sangat..terharu pun ye juga.

Oh, dah lama aku tak hantar kad dekat ayah. Sebab apa? Sebab nanti dia sepah-sepahkan kad tu sampai semua orang boleh baca. Duhh~ Nanti aku rasa tak dihargai..haha...Kalau bagi dekat mama, dia akan simpan kad tu baik-baik.

Hadiah pun lagilah tak tau nak bagi apa. Kalau bagi pun, sah sah lah itu datang daripada duit ayah jugak kan..haha..Nanti lah dah kerja 10 tahun, baru boleh bagi golfset ke untuk dia. Susah lah cari hadiah untuk lelaki sebenarnya. Taste bukan calang-calang  pulak tu. Adoii laa..Cerewet sungguh.

Takpe, yang penting kita still ingat kan. Itu yang lebih bermakna. Dan ya, doa banyak-banyak untuk mereka.

Friday, September 23, 2011

Opposite Attract does exist people!

Kita berbeza, tapi tak bermakna aku tak sayang engkau kawan.

Kita ni banyak beza kan, kawan baik beritahu aku.

Macam,
Aku suka lagu-lagu terkini dan lagu yang orang tak suka dengar, dia suka lagu lagu jiwang karat oldies yang mendayu-dayu*semput mendengarnya weii*.
Aku suka kombinasi peanut butter & chocolate, dia suka coklat sahaja.
Aku jalan laju, dia jalan perlahan.
Aku cenderung untuk buat kerja last minute, dia suka buat kerja awal-awal.
Aku tak suka facebook, dia hantu facebook.
Aku breakfast pagi pagi, dia tak boleh telan sarapan pagi pagi sangat.
Aku tak rajin, dia super rajin.
Aku tak suka segala perkara berkaitan nombor, dia suka amat tapi dia sayang chemo lagi dari maths.
Aku tak suka duduk dalam lab, dia suka gila kerja dalam lab.
Aku tak selalu sebut yang aku rindu dia, dia selalu cakp dia rindu aku (when  we are apart).
Aku tak affectionate, dia affectionate.
Aku tak berapa peramah, dia peramah.
Aku selalu sapu lantai bilik, dia malas nak sapu.
Aku layan bola, dia benci bola.
Aku layan korean drama *sikit-sikit*, dia kata dia tak suka k-pop.
Aku tak cepat gelabah, dia senang gelabah.
Aku suka masak, dia kurang suka tapi boleh je masak.
Aku tak ada political view, dia banyak tahu pasal politics.
Aku pergi kuliah pakai flat shoes, dia selamba je pakai selipar.
Aku suka language, dia budak sains sejati yang tak suka bahasa.
Aku pakai beg sandang, dia pakai beg galas.
Aku tak cepat letih, dia senang sangat letih *dah paksa dia makan b-complex dgn multivitamins*
Aku banyak buat keputusan dengan cepat dan agak impulsive, dia fikir dalam dalam sebelum bertindak.
Aku bersiap lambat, dia bersiap super cepat.
Aku tak pernah dapat anugerah dekan,dia pernah dapat.
Aku tak tetapkan bila aku kahwin and etc. etc. tapi dia dah set nak kahwin umur 29 tahun *dia serius wei pasal ni* 
Aku skema , dia kepala angin dan degil. 
Aku budak bandar yang 'sengal', dia anak jati felda yang gigih.
Aku tak tahu 'sengal' itu apa sebenarnya, tapi dia selalu kata aku 'sengal'..grrrr..
Aku nak ambil degree lain lepas ni, dia nak amibl masters dan terus sambung PhD *ambitious ooo*

Dan dia selalu beralah dengan aku dan selalu suruh aku buat keputusan. Contohnya kalau nak order makanan, dia selalu je tiru aku. Kalau makanan tu tak sedap, aku yang kena bahan. Faham tak betapa annoyingnya dia??

Hmm, setakat tu kot perbezaan kami.

Yang menghairankan, betapa banyak perbezaan we are still togather.

Wednesday, September 21, 2011

Wan Zack Haikal

Rindunya dekat ayah, adik No.1, adik No.2 dan No.3.
Korang tengok tak Malaysia lawan Jepun tadi???
Aku tengok kejap, lepas tu tak ada siapa nak teman tengok.
Housemate semua tak layan bola.
Kawan baik aku lagi lah, "eh, kau layan bola? Eeee, team Malaysia lembik"
Menyirap aku. Haha. Tak baik kutuk Harimau Malaya.

Bila Jepun skor 1 gol, tambah tambah aku macam menyampah tengok kapten team Malaysia tu,
terus aku tinggalkan tv.
Wan Zack Haikal smart lah nama dia. I loike..haha~Hannah Haykhall. Nak dekat dekat dah tu nama.huhu.

Kalau dekat rumah mesti kita tengok bola sama-sama kan kan kan?
Miss you all lah.
Haish.
Lepas tu jerit jerit macam orang tak betul kalau Malaysia goal.
Sama je semua. Ayah lagi lah, siap kutuk-kutuk kalau player main tah apa apa.
Emo betul.Haha.

Happy Oii!!

Haha, guess what...
Yeay, I can take the subject for this sem!!!!
Alhamdullilah...All praise to Allah S.W.T.

Baru je jumpa coordinator programme Biotech, Dr.S.
Terus cepat-cepat serbu lab computer nak online.
And yes, aku eligable utntuk ambil those subject pada semester ini,
dan Insya Allah akan habis by the end of January 2012.
Syukurlah.

Phew,
malam tadi punyalah termenung lama. Fikir itu ini.
Sumpah tak ada mood, sampai kawan baik mintak tolong masak untuk dia,
aku cakap "tak ada mood lah. nanti kalau orang masak jadi tak sedap"
Alasan baik punya. Haha. Now I got all the moods back...Yeay..

Ok ok, wish me luck tau.

Tuesday, September 20, 2011

Kecewanya

Bukan kecewa frust putus kasih ke apa. Bukan itu.

Sigh.

Perkhabaran yang aku terima merencatkan momentum kegembiraan aku.
Hampanya hati.

Cerita panjang jadi ringkas, kursus yang aku nak repeat History and Philosophy of Science tak ditawarkan semester ini.

Itu sajalah subjek yang aku kantoi. Core subject. 2 jam kredit. Penat-penat aku bayar yuran ni, urus itu ini dengan harapan semester ni aku akan habis. Alih-alih, something came up dan subjek ni tak dapat ditawarkan.What??

Kecewa? Jangan cakaplah. Aku dari tadi cuba pura-pura bahagia, happy-happy bila kawan baik cuba tenangkan aku. Fake much hah?

Faham tak betapa aku berusaha nak habiskan degree yang aku sendiri tak minat ni. Aku cuba. Aku cuba habiskan.

Mama pernah cakap

"Mungkin jalan yang along kena lalui tak macam orang lain" .Aku lalu jalan yang salah untuk jumpa jalan yang betul.

Harus tunggu lagi.

Sekarang aku sudah daftar subjek Bahasa German dan English For Real World.
Aku fikir aku dapat ambil subject core itu. Dan ya, happpily graduated next January 2012.

Dan kemudian kerja sementara tunggu aku masuk Uitm next intake 2012. Either diploma or degree in Culinary Arts. Aku fikir aku nak ambil degree terus.

Tapi nampaknya bukan begitu jalan ceritanya sekarang.

Ingat aku suka ke berlama-lama di sini, buat sesuatu yang aku hati aku bukan ada 100 peratus?

Aku sedih. Hati hancur. Sikitlah. Sungguh aku tak sabar nak habiskan semua yang ada di sini. Tingalkan jauh-jauh semua yang ada di sini. Mulakan fasa hidup baru.

Entahlah.

Faham tak, kalau subjek tu tak ditawarkan semester ini, then aku kena ambil satu subjek itu semata-mata semester depan. Sahaja. Then kena bayar yuran all over again...Apa punya sistem pun aku tak tahu. Dah lah, jangan masuk uni sini kepada sesiapa yang berhajat nak datang Kuching.

Nak marah siapa? Marah diri sendiri.

I havent's told mama and ayah yet. Kesian diorang. Have to wait for me. Bear with my self. Ingat aku tak rasa serba salah ke?

Agak-agak umur 26 tahun barulah aku habis belajar secara kasarnya.Haha~And now i'm 22. Nak masuk uitm lagi lepas ni. Pheww, a long way to go. Harap-harap boleh sampai.

Kerja lagi lepas tu *nak jadi lecturer, uhuk uhuk uhuk*

Oh, jangan tanya nak kahwin bila ye? Haha. Lempang karang.

A long way to go babe.

Mungkin ini jalan untuk aku belajar bersabar. Kadang-kadang perkara-perkara terbaik dalam hidup tak datang dengan segera. Harus kenal jerih perih , dan nanti baru akan jumpa dengan yang terbaik itu. Aku harap aku dapat jadi seorang yang penyabar. Dan juga gigih.

Tunggu aku lagi empat tahun, boleh?

Monday, September 19, 2011

Rindu oiii

Oh man~
I already missed my blog. Tak sampai 24 jam pun dah rindu ohhh.
Tsk tsk tsk.
Pagi tadi sementara menunggu kelas bahasa german start, aku online guna wireless dekat fakulti bahasa.
Then sekarang, pinjam broadband kawan baik yang  sememangnya baik hati..Oh, cannot handle the temptation to write out what's inside my head.

How?

Hmm, maybe I sholdn't stop. Rasanya. Haish.
Semalam ter'emo' laa..Hahahahahah~
Sila abaikan entry yang lepas itu ye. Haha.
Oh man, malunya *face palm*

See, i've said that i'll be back. And now i'm back.Haha~
Eat your words Hana.

Seriously, aku tak akan se'busy' macam semester semester yang lepas.
Hanya ambil 7 jam kredit sahaja sem ini, dan bersamaan dengan 3 subjek.
Easy?
Yeah, pretty much. Kena score betul-betulah kan.

What's the subject?

Deutsch-german language (elective)
English For Real World (compulsory subject)
History and Philosophy of Science (core subject) repeat

See, i've told you. I'm that not that 'nerd' but, i've got to be one. Haha.For the last time.
I used to be so rajin but somehow in the middle of the road, i'm not that rajin anymore.
Pengaruh rakan sebaya? No no no.
Salah sendiri.

Kuching is heavily raining (for the past 2 hours).
At noon, it was so scorchingly hot. Aku rasa by one week, i'll burn my skin. Oh noooooo...

Kak erine, u make me just want to blog again. Haha~
Ja (sebutan dia adalah ya *deutsch*), i don't have fb anymore. And Ja, besides tumblr, blog is the only social network that i have.
I think i going to love deutsch, though the pronounciatin is quite tough.Haha..tersembur air liur.

Ich will deutsch lernen...haha, ok lah tu kan still ingat few words..

ok ok, gtg. Pray for me ok guys. Love you all.

I'll be back. Soon.

*Currently Playing: Rain, Priscilla Ahn*


I guess i need to stop for awhile.
Blogging.
It's not a goodbye.
Let's see how far I can live without my blog.
Ahaha~
I want to focus on my study. So that I can score all A's and someone that already promise to 'belanja' can commit to his promise. As if he is reading..I bet he didnt read this. *Tipu berdosa!!*
Pray for me okay.
Going to change into 'nerd' mod.

Oh, you can always e-mail me while i'm not here.

This is my vow.
And I'm going to walk the talk.
Hopefully.
Goodbye for now.

Entry Paling Mengarut

Esok pagi ada kelas bahasa German. Ye, aku ambil bahasa german sebagai elektif. Kenapa? Jepun sudah, Arab sudah, aku fikir bahasa german nampak cool. Masalahnya, satu perkataan pun aku tak tahu. Lainlah masa ambil bahasa Jepun atau bahasa Arab dulu, adalah sikit-sikit pengetahuan asas mengenai kedua-dua bahasa.

Oh, apa yang aku merepek ni.

Tskk.

Tak sebenarnya aku nak tulis benda lain, tapi entah. Ter-mengeluh pasal hal lain. Biarlah.

Esok nak puasa ganti. Room mate a.k.a kawan baik ajak puasa sama-sama. Barulah bestkan puasa ramai-ramai. Bertambah baiklah aku duduk dengan kawan-kawan yang baik-baik. Tskk, asal diorang baik sangat ha??? 

Hmmm.

Ayah dan mama telefon tadi. wah wah wah, ada orang tu beli galaxy tab pulak. Ipad 2 nak campak mana? Serius tak faham asal ayah beli jugak. Nanti bukannya dia reti guna...Oh, aku lagilah tak reti guna benda alah canggih ni semua.

Bosan.

Tak. Sebenarnya aku rasa sedih. Ye ke? Ye kot. Sikitlah. oh, mungkin bukan sedih tapi macam ...entahlah. Macam ada void dalam hati. 
Bukankah kebahagiaan atau happiness datang dari dalam diri sendiri? Cipta sendiri? Saat ni, aku rasa..entahlah. Happy? Ya. tapi ada something missing. 

Ke aku yang drag perasaan sendiri. Hmmm.

Aku benci tunggu dan tunggu.Penyabar? Mungkin tak. Tapi still tunggu. Bodohnya. Oh, aku pun benci label diri sendiri dengan benda-benda yang tak baik. But, I just did. And i did it. Tapi aku tahu aku bukan macam tu kan?

Mungkin aku perlu baca semula buku Hapiness Now, Andrew Matthew tulis. Tapi dah tertinggal di rumah dekat Seremban. Oh ya, minature perfume Gucci Flora aku hilang.Puas aku cari dalam beg kuliah, dalam handbeg, dalam almari kanvas, tapi tak jumpa. So, aku anggap ia hilang. Botol kecik harga 50 ringgit yang baru diguna beberapa hari. Clumsy nya aku.  Haish...

Aku backspace almost everything. Biar ia hilang. Ironinya, aku masih ternanti. Itu yang paling aku benci. Tunggu dan tunggu, fikir dan fikir. Bodoh nya aku. Benci sebab jadi bodoh.
Sampai aku harap cepat-cepat masa berjalan. Jalan cepat-cepat. Biar aku penat seribu. Penat sangat , sibuk sangat sampai aku tak ada masa nak fikir benda remeh-temeh macam ni. Macam sekarang ni. Type benda yang merapu-rapu.

Sepatutnya aku dah tidur tadi. Broadband aku tak boleh guna. Kawan baik  yang baik hati selalu kasi aku pinjam broadband dia yang laju itu. Baik kan dia? Keliling aku ramai orang yang baik-baik sampai aku rasa, kenapa aku selalu jumpa manusia yang baik-baik? Jodoh? Aku bukanlah baik mana pun. Banyak dosa adalah.
Hmmm.
Tapi kalau jadi baik sangat, nanti selalu kena tipu? ye ke? Aku rasa aku kena tipu juga mungkin sekarang. Dan juga dulu. Mungkin aku kena jadi jahat sikit? Setuju?

Serius aku tak tahu nak marah-marah kecuali pada orang kesayangan sebab mereka akan memaafkan apa pun salah aku andai aku buat salah. Nak tengok aku mengamuk? Mungkin kamu bukan orang kesayangan. Haha~

Itu hari semasa official open house, aku sibuk prepare itu ini. Wan dan atok datang petang sebab open house malam. Tangan aku kotor dengan tepung and all. Tak dapat salam dulu. Hold kejap. Buat kerja. Beres, aku basuh tangan nak salam mereka. Oh, badan memang belengas (melekit dengan peluh).

Aku salam wan. Wan cium pipi aku. Aku cakap "Ala wan, kakak berpeluh ni. Busuk laaa~" sebab dia cium aku kan. So, rasa uncomfortable la of course. Aku dah la rushing nak siapkan itu ini. Kalau nak cium lepas mandi ok lah kan..

"Cucu wan mana ada busuk. Wangi ni..." dia cakap sambil cium aku.

Geezz, badan aku melekit kot ni.

Mungkin itu cinta.Cinta tak nampak yang buruk. Semua nya indah. Cinta nenek pada cucu. Sayang dia pada aku sampai siap buatkan rendang, lemang, serunding daging dan siap datang rumah sebelum aku balik Kuching tempoh hari. Padahal wan bukannya sihat sangat.

Cinta mama?
Siapkan barang-barang untuk aku bawa balik. Masakkan itu ini untuk aku. Sebab tu aku iyakan sahaja kalau dia nak buat apa-apa. Walaupun aku tak makan sangat, tapi aku angguk je kepala. Mungkin mama  jarang cakap dia sayang aku, tapi aku tahu dia maksudkan itu. Dia macam aku.

Cinta ayah?

Apa yang aku nak, semua dapat. Sampai aku malu nak minta sebab banyak sangat yang dia dah beri. Aku ingat lagi macam mana ayah akan cuba tunaikan permintaan aku. Banyak. Terharu. Ya. Aku fikir, aku tak akan jumpa lagi insan serupa ayah di masa hadapan. Mungkin ada, aku harap. Bayangan suami masa hadapan. Mungkin. Macam mana dia akan pastikan aku selalu dapatkan perkara-perkara yang terbaik. Teringat dia selau akan berlebih-lebih shopping barang untuk aku masa kami di Kuching awal 2008 dulu.
Ayah, rindunya. Dia memang bukan macam mama. Haha. Opposite attract.

Cintakah aku? Orang kata bila kita memberi, kita tak akan kurang apa pun.

Apalah yang aku mengarut ni kan. Maaflah. Blog aku ni pun bukannya berilmiah mana pun. Sungguh mengarut kali ni.

Maaflah. I need to vent out things inside my head. And I'm feeling better now.

Aku rasa nak karaoke, tapi with my kesayangan-s. Dan mereka jauh . Sabarlah.

Sunday, September 18, 2011

Single Girl



*Currently Playing: Single Girls, Laura Jansen*  #favourite

Dedicate untuk gadis single.Sahaja. Untuk kak erine, this song is not for you because you are happily taken ..hahahah~ 



I think you´d like my new hair
I cut it when you weren´t there
That pieces of us everywhere
Were falling down

My bed is now a girl´s bed
Pink flowers under my head
And pillows on your side instead
Of you

´Cause that´s what single girls do
Don´t think about you

I´m reading books on meditation
Praying for my heart´s salvation
I´ve got the motivation
To be a free girl now

I´ve gone drinking with the guy down the hall
Put up a new color on my bare walls
I´m so damn busy
After all


Cause that´s what single girls do
Don´t think about you

I keep trying
I keep trying
To make my way back to the light where I belong
But God keeps lying
God keeps lying
Saying this is for the best and nothing here is wrong

But I"m still thinking about you

I think you´d like my new hair
I cut it like I didn´t care
That pieces of me everywhere
Were falling down

One more glass of wine
Before I turn off the lights
This time I´ll be fine
I´ll be fine
I´ll be fine

Friday, September 16, 2011

Beribu dosa, berjuta maaf

uhuk uhuk uhuk *sound effect batuk..haha..saya selesema cikgu*
grrrr, satu rumah sewa ni selesema. Termasuk aku. Sroot sreet bunyiknya *opsss ..i'm always an auditory person..haha* Sabar ajelah. Aku selalu kena selesema bila jauh dari rumah dan akan demam hanya di rumah. Faham? Oh, selesem tak mengapa asalkan tidak demam + tonsil. Cannot handle.

How's Kuching?

Jawapan positive : Great

Jawapan separa-positif : Rindu penduduk semenanjung, rindu keluarga, rindu rumah, rindu kereta dan semuanya yang ada di sana

All in all, bersyukur semuanya dipermudahkan. Daripada urusan mencari rumah sewa, kawan-kawan, pendaftaran..smooth. Adalah satu dua perkara yang tak berapa nak best, tapi cukuplah apa yang ada. 

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita tak terlepas daripada sifat 'kurang bersyukur'. Kuman di seberang lautan nampak. Yang di depan mata?

Aku pun sama.

Tadi tertengok cerita apa entah dekat tv3 pasal anak derhaka.  Kurang ajar betul. Tapi dalam cerita itu sahajalah harap-harap ada manusia yang begitu. Tiba-tiba terimbau kenangan lalu.
Haih, aku rasa aku pun pernah lukakan hati ayah. Mungkin dia perasan, mungkin tidak. Dosanya aku. Aku merajuk dengan ayah. Dia call phone aku tak angkat-angkat. Lama jugalah begitu. Apa-apa hal, aku call mama sahaja. Bila balik cuti, aku senyap sahaja. Tak borak langsung dengan ayah. Dalam kereta from airport ke rumah, sepanjang jalan aku senyap sahaja. Awkard moments. Ayah tanya sepatah, aku jawab sepatah. Jahatnya aku kan?

Writing this makes me wanna cry.
 
Konon-kononnya nak buat confrontasi. Nak tunjuk yang konon-kononnya aku 'marah' . Penghujung cerita, aku yang jadi sedih sendiri sebab lukakan manusia kesayangan hati. Bodoh betul. Sejauh mana pun aku nak lukakan hati manusia kesayangan, selagi itulah hati aku lagi  jadi terluka. Aku yang menangis sorang-sorang sebab rasa berdosa buat macam tu. Sebab bila kita cuba lukakan hati manusia lain, diri sendiri yang jadi lebih menderita. Fakta.*sila ambil iktibar ye*

Cuti yang lepas, aku dapat rasa yang bond antara kami dah okay and getting better. I cherished every moment spent with him. Dalam hati aku doa supaya jumpa lelaki yang macam ayah . But, never dare to tell him that I secretly wish like that. Oh, malu weiii...haha~ Untuk sayang manusia, kita harus terima mereka seadanya. Tanpa syarat. Dia masih lelaki terhebat di hati aku. Mungkin aku tak affecionate sangat, dan suka berlagak cool depan dia. I wish to do silly stuff and just being plain me. Like I used to be.

Aku tahu, ayah akan selalu ada di samping aku. He will always get my back whenever I'm about to fall. Berjuta kali pun aku lukakan hati dia, he will always forgive. Kalau dikenang-kenang balik, sungguh aku beruntung dapat ayah macam ayah aku. Tuhan pinjamkan satu ayah untuk aku. Syukurlah.

Faham tak perasaan bila tengok muka mak ayah dan kau dapat lihat betapa dah jauh masa berlalu. Uban dah memenuhi kepala *ayah sahaja, mama still awet muda..haha*, ada kedut di sebalik mata yang bercahaya. Betapa cepat masa berlalu bukan. 

Beribu kata pun tak mampu nak ungkapkan semua rasa.

Semua orang yang aku sayang adalah pinjaman daripada Tuhan. Sampai saat mereka pergi, aku harap aku sempat curahkan kasih seikhlas hati. Mungkin aku akan gagap nak bagitahu secara berdepan yang aku sayang sungguh-sungguh mereka semua, tapi aku harap mereka dapat rasa apa yang aku rasa. Perkara yang terindah  tak dapat dilihat, tapi dapat dirasa bukan?

Aku harap kau pun rasa begitu.

Mencuba

Oh, aku cuba untuk faham.

Ya dan aku cuba untuk berfikir yang baik-baik

Mengharap yang baik-baik

Aku juga harap kau fikir macam tu.

Entahlah
.

Manusia kan berbeza-beza

Cara berfikir terutamanya

Dan aku tengah belajar untuk menerima cara kamu yang berbeza, juga semua orang

Mungkin aku yang bebal amat. Bodoh dungu.

Lantaklah.


Mungkin juga kita tak sepatutnya bertemu.

Daripada mula dulu bukan?

Tak sepatutnya ada kau dan aku

Salahkan takdir tuhan tak akan  membantu

Suatu suara membisik di hati hening petang itu

Ah, berdosanya aku.


Bukan aku rupanya perencana semua ini

Easy come esay go

Harga diri kau murah macam kad touch and go kah?

Harga sebuah hati yang tak tertandingi

Moga kau sembuh cepat

Thursday, September 15, 2011

Perempuan cantik itu

Bila jumpa perempuan cantik *definisi cantik berbeza bagi setiap individu* mula lah terkebil-kebil mata tengok sambil dalam hati  berkata-kata, Aduh cantiknye dia ni..Untunglah siapa dapat.

Yang cantik bagi aku adalah yang lemah lembut*ok, aku tak berapa nak lemah gemalai lembut auw auw * ,baik hati budi, periang, manis senyuman, beradab sopan dengan semua orang. Oh, dan juga ada comman sense yang tinggi.

Dalam hati tak putus-putus kagum, Aduh cantiknye dia ni..*bukan lesbian ke ape ek...haha. i'm straight.no bengkok-bengkok~*

Kalau aku yang perempuan dah kagum, apatah lelaki pulak ye tak ?

Tiba-tiba tanpa dipinta (sebab dah jadi concious), mulalah banding diri sendiri dengan "orang yang dikagumi" itu. Oh no~

Worst.

Tiba-tiba aku teringat ada terbaca dalam buku andrew matthews, dia cakap (tulis )

"when we compare ourself with someone, we will always lose"

Dan juga aku teringat quote dalam tumblr,

"be yourself. Because everyone else is taken"

Betapa bahayanya cycle pemikiran sebegini. Bila kita selalu mebandingkan diri dengan orang lain, kita akan kalah. Dah banyak kali nampaknya aku kalah kan, kalau dikira-kira.Berjuta-juta lemon.

Kenapalah narrow minded sangat kan? Banyak lagi kualiti dalam diri yang boleh dikagumi *untuk meningkatkan self-esteem*. Oh man~ kena selalu ingatkan diri yang "I have all what i need". Bersyukur seba sihat, cukup sifat, boleh berfikir,semua deria sempurna. Apa lagi yang aku nak ni??? 

Is it just me thinking like that? Ataupun faktor gender? Adakah perempuan cenderung untuk membanding-bandingkan? Ataupun lelaki juga begitu?

Harus reverse back the way I think. Lihat dengan mata hati. Bukan dengan mata kepala. Nafsu beb nafsu semua tu.


Little Rascal

He is so sweet yet sometimes  gazillion-times annoyed me.

"When I wake up, you will not be here. Going to miss you" he said spontaneously while we were in car heading to his soccer practice.

*cricket*

hahahahahaha~(ketawa nak cover rasa terharu)

"Are sure?" I asked back.

He nodded. And gave me a big smile. You do know to touch my heartstrings . Auch~


Nightime.


"Please wake me up before you're leaving. I want to kiss your hand and say goodbye" he mentioned about it again. Then he said how he's going to miss me while I'm on the go for the next 4 month.

And before he sleeps that night, he kiss my hand (salam) for like 5 times. Overreact.

Sad to just leave him that morning ( 5 am), I didn't dare to 'kejut' him. Oh, I don't want to ever say goodbye because I know I'll be back. Soon.

Miss you  too my little rascal. I promise, we will be watching movies together when I get back home. Maybe not Cars 2, but another movies.

Love you. Always.

Oh ya, dia adik No.3. 

Monday, September 12, 2011

From Perlis with love...

While on the go (up north), i can't help but thinking of something.*dah sampai Seremban and tomorrow will be leaving home to Kuching...sobs sobs..*

"you are not even a significant person in my life, why on earth do i need to care of you..unless if you're my husband, then you are my no.1 priority..."

Okay, maybe hellioz post: @ Terfakab something like that did inspired me to think of that..

It is funny when we were so called in love (obviously not me..haha), and when you gave everything ( in terms of love..) then suddenly you and him/her on the verge of breaking up..you had nothing then...

It is funny when two person who are insanely in love and lovey dovey boleh jadi musuh ketat..pelik betul...bila dah putus, saling benci membenci. Maki sana, maki sini. Errr, apa yang tinggal?all the good things, terus tak nampak..haish....

Wasting time, wasting energy..

Mungkin daripada mula, niat mereka lain..ataupun tak ada niat yang spesifik pun..saja nak test market..mungkinlah kan...bila kita tak ada matlamat dalam perhubungan, we tend to drift away. Bosan. Bila dah bosan apa susah? Putus saja.

While we were in Perlis, it's like walking down the memory lane for my dad..sebab lepas bertunang dan semasa bertunang dengan my mum dalam 28 tahun yang lampau, he had to stay there..while my mum pula dekat maktab perguruan di kl...so, they kept the relationship via letter..no phone call or sms thingy ( obviously..haha)...

Bertunang selama 3 tahun...agak-agak orang muda mudi sekarang bolehkah sesetia itu..tunggu tiga tahun? With limited meetings and all..anything can happen dude..

Ikhlas, good intention, tak nak malukan mak ayah dekat kampung maybe adalah faktor yang menyebabkan hubungan orang- orang dahulu sangat utuh...unlike the y generation now..unlike us...or mungkin ada juga yang begitu, tapi tak ramai. Oh lupa, orang sekarangkan ramai scandal..kan kan kan?

"inilah kedai ayah belikan mama kain buat baju tunang dulu..mahal oooo..dulu ayah manalah berduit sangat"ayah mention bila kami lalu dekat one of the roads in kangar..

Yelah, waktu tu ayah baru jadi grad daripda maktab tentera diraja..kiranya baru start kerja lah kan..mana nak hantar duit untuk orang tua dekat kampung lagi...he is the breadwinner in the family...

"ramai ooo yang nak mengurat. Maklumlah pegawai muda. Badan kecik molek lagi masa tu (masa itu sahaja..haha). Bila pergi bandar Kangar, ramai sales girl yang terbuntang biji mata. Kalau boleh, diorang nak nikah dengan kitaorang dan dan tu juga" ayah cerita pada kami...

Ayah aku kata, kalau kita senangkan hati mak ayah InsyaAllah laluan hidup kita akan jadi smooth sahaja...

He is the living proof.

Lepas putus cinta ( before he meets mum), ayah terus tak toleh belakang. Dia just fikir nak kerja elok-elok, nak tolong wan and atok dekat kampung, tolong adik beradik yang 9 orang tu..dan kemudian, ayah jumpa mama. Not literally meet up, but diatur family*ayah aku suruh cari cikgu juga sebab his ex pun cikgu juga..haha*...kenal kenal, then bertunang 3 tahun...kemudian kahwin..now happily married for 24 years..how easy was that.

Aturan tuhan juga itu. Aturan yang sangat indah dan sempurna. Lari celah mana pun, jika dah termaktub jodoh , akan jumpa juga ye tak? Bercinta bagai nak rak dengan orang lain pun, akhirnya jika dah tersurat tiada jodoh antara kalian, lepaskanlah dengan rasa senang hati. Kita berjumpa dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang betul bukan?Kenanglah perkara-perkara yang indah-indah sahaja.Maafkan dan move on.Hati akan rasa lebih tenang.Oh, mungkin dia curang, tapi kita tak adalah serendah itu untuk membenci. Sebab dalam hati kita ada sejuta ruang kemaafan...dia boleh sahaja senang-senang lukakan kita, tapi kerana kita adalah manusia yang sangat kuat jiwanya, we forgive. And we move on. Kita sentiasa ada pilihan. Nak berdendam sampai ke sudah ataupun memaafkan. Tak kurang apa pun kalau kita memaafkan bukan? Hati tenang, hidup senang...

Moga bercinta secara sederhana okay. Kita bersama si dia untuk belajar sesuatu yang kita tak tahu. Tentang hidup. Saat dia melafaz akad, barulah dia adalah segala-galanya bagi kamu. Barulah frasa "you are my everything"  releven. Save the best things last.

Sunday, September 11, 2011

Going North

Currently in Putra Brasmana Hotel, Perlis

Hai orang Perlis*waving hand*


Inside Joke


"Hang mai mana?"

"Dot com dot maiiii(as in my)"



Ok, tak lawak..haha..ayah aku yang bagi tau joke tu..grrrr...mentang-mentanglah sekarang berada di zone utara kan, so slang kena tukar terus...

Ok ok dah, jap lagi nak bertolak balik ke seremban...tata...

Thursday, September 8, 2011

4 bulan yang akan datang,please be good to me okay.



*Currently Playing : Astair, Matt Costa* ----lagu ni best, bagi aku.


one way ticket: checked

semester registration : checked

semester fees: checked

luggage: ------

stuff to bring back to kch: -----

state of mind: ------ bluerghhh *don't wanna gooo, but got to go.what to dooo laaa*

date of departure: September 13, 2011. 0710-0855. AK5200


Masa mencemburui. Ah, tak apa. Empat bulan sahaja. Dalam tempoh empat bulan, macam-macam boleh terjadi. Sedar tak sedar nanti, dah masuk bulan 1, 2012. Yehuuu~ *tak sabar tak sabar nyeee*

4 bulan terakhir di Kuching. 

enjoy every moment there. take lots of picture. pergi national park. banyak tempat yang aku tak pergi lagi..nak pergi bako national park lagi. cultural village pun tak pergi lagi. panjat gunung gading..

this is why i need my car there..huarghhhh~malangnya ia akan tetap berada di Seremban. Rest in peace my bubu. So gonna miss you while i'm desolated there..When i need you the most, that's when you leave me kan..nasiblah..terpaksalah aku sewa kancil manual yang stereng ketat nauzubillah..haha~ aku pasti, aku sure akan telan airliur, envy tengok orang drive kereta menyerupai my bubu at home..cemburu doe!!! if only aku boleh pos kereta ....

Resolution *for next coming semester a.k.a the final semester* :


enjoy, be happy, be more positive everyday, finished what i've started . score all A's for the subject i'm going to take *mood skema*. jadi budak rajin. attend EVERY class comes rain or shine. baca notes before lecture. be positive. be positive. be positive and HAPPY. Live one day at a time.

Tuesday, September 6, 2011

So cheesy




























This is how it looks like...haha~
Second batch punya blueberry cheese tart. Buat last sunday. Yang buat untuk open house sudah sold out. Made about 120++   piece rasanya. Then my cousin yang gila cheese tart tapau bawak balik rumah. Kesian dia, dah lama mengidam. Sampai-sampai rumah masa open house last saturday, terus serbu cheese tart.Haha~

Lepas tu adik No.3 paksa aku buat lagi sebab dia tak sempat nak makan. 
Gigih oh ambil gambar *thanks to adik No.2 for letting me using your "camera yang canggih itu" hahaha*

Resepi? Google je. Melambak-lambak dalam internet. Tapi, pastikan the dough for crust tak terlampau keras. It should be lembut . Kalau too much tepung akan buat crust keras and become biscuit-like.Oh, rest the dough for 30 minutes in fridge to make the crust more crunchy.Dah macam blog masakan lah pulak kan.Haha~Oh, bab menghias atas that tarts aku tak mahir sangat. So, it's a bit messy i guess. Kena belajar lagi nih. 

Monday, September 5, 2011

Saturday, September 3, 2011

Crust-ing the pastry

While waiting for my dough in the fridge to set about 30 minutes, I'd better do something...haha~
Like now..writing..

Nak buat macam mana kan, got lot of request to make blueberry cheese tart..esok ada open house..ramai yang mengidam rupa-rupanya...suppose buat masa raya but me being the nenek, terlupa sangat...hahaha...lagi satu tanda penuaan...

Petang tadi pergi open house dekat Melaka, balik dalam pukul 10pm...Baru teringat esok open house rumah aku..gagagaga~sure tomorrow dah tak sempat nak buat semua sebab nak kena tolong mama masak lagi...terpaksa lah buat after midnight...

Huarghhh~mengantok, but still has to do the pastry (crust of the tart)...esok baru bubuh filling semua. And I need a helper....where's everyone????? sleeping already kot...

Haha~I'm using lil bro fb..then tiba-tiba kawan dia tegur..perempuan..sudahnya aku pi borak dengan budak tu..haha~hai husna (musuh ketat adik aku)!!

Ohkay, dah setengah jam..So i'm going to get the crust done....

Sure going to wake up tomorrow with panda eyes and sore lips..what a good combination eh..

Friday, September 2, 2011

Sometimes we need to let go and moving on. When we let go, things will get back to us. Detachment is not disinterest. Brace yourself. In the every core of your being, you deserve it. Keep that in mind.

Doing silly things are good because it's nurtures you, so that you could be better.
Fall once, never twice.

For every steps i'm about to make, i wish nothing but a happy life to come.
We often seek love, but rarely try to understand what it really is.

Corat Coret Raya 2011

Recap (Raya 2011)

  • lower lips aku bengkak + merah-merah kesan memakai gincu (orang lain guna ok je).Boleh? Ini semua gara-gara nak melawa di pagi raya. Kesannya, hari ni bibir aku bengkak...wuwuwuw~ Nampaknya jodoh aku dengan gincu tak panjang.Haha~Aku syak, aku ni memang allergic dengan segala mak nenek cosmetic. Daripada dulu lagi macam ni. Masa zaman jahiliah dulu (sekolah ), muka pernah bengkak teruk gara-gara guna sun block. Siksa yang amat..sampai kena pi specialist. Kejadian kedua pun berlaku watu zaman sekolah gara-gara guna pencuci muka apa entah. Pun muka jadi bengkak..Sejak tu, aku dah gerun nak try sunblock semua. Memang jodoh tak kuat~ahaha..
  • berjaya menjadi extra peramah..haha~layan all the guest, borak-borak, hidang makanan-minuman, help my mum.  I guess the 'peramah gene' still runs in the blood. Like father like daughter.Haha~Oh,bezanya ayah peramah 24/7...aku, tak.
  • Tak kira lagi duit raya. Inilah kesan penuaan agaknya. Kalau dulu-dulu, memang tak menyempat nak kira duit raya. Adik No.1 dapat around RM350..aku anggarkan aku pun lebih kurang dapat macam tu kot. Or mungkin lebih lagi...lebih tua, lebih 'up' duit raya...
  • Tahun ni, tak ada selera nak makan kuih raya. Don't know why..Lemang juga aku tak usik.
  • Uwan(nenek) kata aku pandai isi ketupat (isi beras dalam ketupat). Sebab kalau tak kena sukatan dia, ketupat akan jadi keras dan sangat padat. Yeay for that...next year aku ambil tender isi ketupat lagi. Tapi, masih tak reti-reti nak anyam ketupat..macam mana nih?
  • Tema tahun ni adalah light pink. Tahun depan?
  • Pak Lang Awit (saudara jauh) meninggal dunia pada 1 Syawal. May he rest in peace.
  • Berjaya meyakinkan ayah untuk membenarkan aku drive kereta daripada kampung ke Seremban. Hoorayy...ingat senang ke nak yakin kan dia? Ohhh..sure it's hard..Both of them (mama and ayah) are super protective. 
  • Ada orang tu dapat dslr a day before raya..Untunglah kan~haha... (adik No.2)
  • Tak sempat nak tengok cerita or program raya dekat tv..busy bee... Masa tayangan Nur Kasih tu pun aku tak berapa nak menghayati sangat sebab dah mengantuk.
  • Malam raya, dalam pukul 3 pagi mama and ayah bergegas balik ke Seremban. Alarm rumah berbunyi. Alarm system akan call hp ayah directly. Lepas tu, jiran depan rumah call ayah jugak. Another jiran punya anak pun tolong panjat pagar, check kan kalau ada apa-apa. Luckily, tak ada apa-apa kecurian. Alarm tu berbunyi sebab ada kucing adik aku gegarkan grill rumah. Ceh..Mujur kampung dekat je.
  • Tak lama lagi (13 sept) dah nak kena balik Kuching. Errr, mixed feelings..Sekejap je masa berlalu.