Friday, May 16, 2014

Words



Hai & السلام عليكم...

 Random quote terjumpa dekat ig. Oh how I love good and inspirational quote. Just in love with beautiful written quotes.I ♡ words over picture.

Tau tak, I have used smart phone lama dah. Err, selepas nokia lumia yang bluerghhh terima kasih ayahku belanja S4 huhuhuhu. boleh tak tak tau cara-cara nak 'screen capture' until last week kot tanya my sis, how la nak screen capture?  And lepas dah tau, haaa amik kau..semua benda nak di 'screen capture'. I am so the village people you know.  Banyak benda rasa macam 'ah tak penting, tak payah tahu pun takpe'.

Hmmm..

Like the word 'sado'
Korang tau ke makna dia apa?
Sumpah aku baru tau dalam lewat bulan lepas.
Sebab macam pelik tengok orang post dlm ig fitness saying
'Abang sado la'
'Sado la kau skarang bai!'
I was like, ape tu? Mencarut ke hape?
Then , I asked my sister, again..hehe..
And she said 'ha, itupun tak tau ke??*hantuk dahi kat dinding*
'Sado to mcm tough la kiranya'
Sebenarnya benda tu dah lama keluar, aku je blur tak tau. My sis cakap kawan2 dia selalu mengeluarkan perkataan 'sado' time skolah (she's 18)
Okay finee..aku takde kawan la. Dah tak pergi sekolah! Katak di bawah tempurung punya orang. Haha.

Macam bila kawan time uni cakap
'Gila kentang la kau  ni!'
I was like whattt did you said?
Takpenah dengar pun. Why 'gila kentang' why?
'Wei gila kentang ni zaman sekolah aku dulu dah selalu dengar la'
Sumpah ni first time aku dengar.

I am so boring. Very the village people.
Huh.

Tapi kalau time iman tak kuat, hah paling jahat aku boleh cakap pun bodoh.  Perkataan tahi dalam bahasa inggeris pun boleh keluar kalau ter emo ter marah ter geram.

Pernah time PMS kot termarah adik dan tercakap bodoh. AHHHH...dia still ingat lagi..see, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata..aku sampai skrg  menyesal la. Asal la emo sgt..

Tak suka la.
Aku sekarang cepat cengeng betul.
Senang je nak nangis nak feeling sebak.Type ni pun rasa mcm sedih la pulak. Adoii..
Faktor umur ke apa ni?
Baru 25.
Baca benda2 yang menginspirasikan pun nak cengeng, tgk citer korea pun nangis, time marah pun nangis, time happy pun sebak, tgk kucing kurus sgt pun sebak. Makin sensitif la aku ni..haih..

Ok la nah belanja gambar roti satu. Cinnamon roll. Nak resepi gi google je okeh.







Friday, April 25, 2014

Bajet

Assalamualaikum dan hai,
 
Dah 'lama' tak menaip, rasa kekok nak memulakan mukadimah. Tipikal blogger mencecah tahun nak masuk 4. Awal-awal dulu semua pun nak tuliskan. Haha. Kalau tak percaya cuba baca entry awal aku. Eh takpayah lah, sure mengantuk. Boring~
 
Why don't you stop writing crap hana?
 
Errr
 
Pernah jugak berniat murni sebegitu. Banyak kali, actually. Nak 'tutup' terus 'delete' pun pernah terfikir jugak (time emo ). Tapi, aku ni dahlah tak banyak mana amal jariah. Kalau ada entri yang bermanfaat tu, boleh jugak dapat 'share' sikit. At least, entry 'braces' aku membuatkan ada je orang visit blog, walupun blog hambar tuan dia malas nak update. Ceh. Maaf lah. Entry konon-konon 'travelog umrah tahun 2013' dulu pun terhenti setakat Madinah je. Yang kat Makkah langsung nan ado...Haha. Teruk gila 'procrastination' aku ni kan. Awal-awal je bajet berkobar2 nak menulis. Maafkan saya penunggu gua!

2014? Apo cito?

Ye, kalau korang mengikuti perkembangan akak , sekarang akak sedang menetap di Jordan ye adik-adik. Akak bukan sesaja nak duduk sini. Tak. Family akak semua berada di sini ye. Sekarang akak bergelar penuntut 'markaz lughah' a.k.a kuliyah bahasa Arab. Baru level 1 jeww korang... Akhir bulan 5 nanti ada final test maka berakhirlah level 1. Semua ada 4 level ye buat pengetahuan adikku sekalian. Diorang cakap start naik level 2 akan jadi lebih susah.. omg camner niii? Oh ya kelas akak 5x seminggu Ahad-Khamis setiap 9.15 am sampai 1pm. Mu'alim a.k.a cikgu 95 % cakap Arabic and lesson 100% in Arabic. English dia so-so je, akak punya Band 3 MUET pun tak leh celen. Gila berlagak..haha Band 3 je kot itupun sebab tak study bebetul sebelum amik test, kalau tak sure Band 5 kan..hahaha.  So mula-mula tu macam blur je time dia ajar, Sebab tak faham dia cakap apa. Now ok je. Tips nya adalah : buat-buat faham..hehe.
 
Mesti korang tertanya-tanya, apa ke best tak Jordan? Happening tak? Arab handsome tak? Pengsan tak tengok? Ada 'crush' tak kat sesapa? Muehehehe...






Krik krik krik krik krik...







Ok, korang cepat hapuskan angan-angan a.k.a imaginasi liar korang semua. Wosh wosh wosh.. akak tak main lah mat-mat arab nih. Dah pangkah awal-awal. Memanglah ada yang 'hot' tang muka. Tapi melihat kehidupan dan ragam'kebanyakan' mereka di sini, terbantut terus 'taste' akak. Mushkilah kabirr..Wahahaha. Akak tetap setia pada oppa-oppa made in Korea . Annyonghaseyo~. Mentang-mentang kat sini dah pekena kimchi + make friend dengan gegirl Korean, terusss feling feling ahhhhhh. Cinta lama berputik kembali..*dia dah start dah angau kpop* Puiii... Korang tau kan taste I macam mana. Haha. Kalau tak Park Yoo Chun, Hyun Bin pun boleh, Seo Ji Sub pun ngam boy group terbaru akak setelah diperkenalkan oleh bff Korean akak kat sini, EXO..korang tau takk? Femes diorang nih.
 
Oklah, nanti kalau akak ada masa akak sambung lagi ye. Banyak ni nak share. Haha. Dah lama tak share resepi kan. Hah, haritu akak firstime tau masuk Marathon kat Dead Sea. Walaupun takat 10Km sajo. Rasa dah habis hebat dah tu. Haha. Ok lah nak tido, esok nak pergi Ikea. Jangan ingat Malaysia je ada Ikea , Jordan pun dah up satu.
 
Bye,
XOXO