Lately aku perasan ada yang sampai ke blog aku dengan kata carian seperti 'braces' or 'braces murah di Seremban'. Ramai jugak kan nak tahu pasal pemakaian braces serta procedure nya. Jadi, aku rasa why not share pengalaman aku yang tak seberapa ini. Cewahh..
Disclaimer: Sila jangan muntah tengok gambar ini eh. Sorry kalau vain sangat. Haha. I cannot disclose my full picture, so that's why I just crop it out. Even aku rasa macam lawak lah pulak just letak gambar menyengih macam ni, tapi this is just for educational purpose.
1st Appoinment: 4/8/12. Nampak tak besi tu mcm tak sama? Sebab doktor place bracket ikut kedudukan asal gigi. Lama-lama wayar itu akan gerakkan gigi dan wayar jadi straight. |
2nd Appoinment: Around September. Gigi dah mula allign. Dah straighten up. Dalam sebulan dah boleh nampak perubahan.Getah kaler kuning tu ada untuk menarik gigi secara lebih 'intense'. |
3rd Appoinment: Around November. |
So untuk memakai braces ni perlu ikuti step-step dia. Jom baca kronologi pemasangan braces aku.
1st Step
Key Point: Survey and do your research
Go visit any nearest orthodontic clinics. Survey harga braces. How it is done? Payment method dia macam mana? Roughly harga pemasangan braces bergantung kepada klinik. Ada murah, ada mahal. Depends.Roughly dalam 3K-7K. Sebab itu survey dulu ke klinik-klinik berdekatan dengan tempat korang. Kenapa kena klinik yang dekat? Sebab senang korang nak pergi buat appoinment every other month nanti. Lagipun bila timbul masalah macam bracket tercabut ke, wayar tercabut ke kan senang je nak jumpa doktor. This is really crucial. Kalau asyik delay appoinment, memang lambatlah progress gigi nanti. So, tak ada alasan untuk ponteng appoinment.
2nd Step
Key Point: Meet the doctor
Dah jumpa klinik yang berkenan di hati? Ok, good. Doktor akan bagi korang satu tarikh untuk tetap kan appoinment pertama. Dalam appoinment ni, dia akan check gigi korang untuk tengok sama ada braces itu perlu dipasang atau tak. Senang kata, dia akan view keadaan gigi korang. Time ni jugak dia akan buat mould gigi asal korang. Sakit jugak lah sebab kena nganga mulut luas-luas dan dia akan letak macam tanah liat khas untuk buat replika gigi asal. Lepas tu dia akan terangkan apa yang dia akan lakukan untuk pemasangan braces, what's the problem and etc. Macam aku, kena cabut 4 batang gigi gerham kecil di sebelah atas dan bawah. Masa dengar tu of course lah cuak. Tapi, demi nak gigi cantik, sangup je. Haha. Tanpa ragu-ragu aku tetapkan juga nak fix braces even kena sacrifice kan 4 batang gigi. Oh ya, berapa batang gigi yang akan dicabut bergantung kepada individu. Ada kena 1 ke 2 batang sahaja dan ada juga yang sampai 5 dan ada juga yang tak payah cabut langsung. Sebab apa kena cabut ? Sebab nak bagi ruang pada gigi yang berlapis itu ruang untuk tersusun semula. Kalau tak bagi dia ruang yang secukupnya, no pointlah pakai braces kan. Ok set. Lepas bincang itu ini dan bayar deposit RM1000, maka sekali lagi doktor akan setkan date untuk appoinment 'cabutan gigi' pulak. Oh ya, bagi kes aku , tak buat any x-ray pun. Dan untuk 4 cabutan itu pun dah inclusive sekali dalam deposit. Jimat kan? Sebab ada certain klinik dia charge cabutan dan x-ray harga lain. Harga satu batang gigi je normally around RM50. Kalau 4 batang? Dah RM200..ha, kalau lebih daripada 4 lak? do your math okeh..hihi.
3rd Step
Key Point: Bersedia untuk rongak. Muahahaha..
Haha. Yes. As for me I had two separate appoinment to take off the molars. Selang seminggu sahaja. First week, cabut gigi gerham atas dan bawah sebelah kiri. Minggu depan pulak doktor akan cabut gigi gerham atas dan bawah sebelah kanan pulak. So, tak adalah rasa sakit sangat. Well, ikut pengalaman aku, tak sakit pun cabut gigi. Yes, sebab doktor akan bius (injection). The prick of needles tu yang sakit sikit sebenarnya. Tapi don't worry lah, takde hal kot. Kalau nak cabut dua batang gigi, maka korang akan di inject sebnyak 4 kali di gusi(dua atas, dua bawah). Hehehe..Bila dah kebas, doktor akan cabut. Masa cabut, dia guna tools macam pelayar tu, then pusing gigi aku kiri kanan sikit then tadaa..sekejap je kot. Dalam 5 minit, dah selesai atas bawah. Tak Sakit Pun! Percayalah. Lepas tu Doktor bagi kapas dan ubat Ponstan (tahan sakit). Tapi aku tak guna pun ubat tu sebab tak sakit pun lepas tu. Cuma mulut rasa kebas je dalam 3 ke 4 jam. Oh ya, jangan terus kumur-kumur lepas cabut gigi. Sebab darah masih banyak. Dah lah aku masa pi cabut gigi tu dalam bulan puasa and aku terus pi kerja lepas cabut gigi. Style kan. Dah lah keje kat area foodservice lak time tu. Kena hadap customer. Hehe. Pengalaman..Kalau orang yang rasa sakit lepas cabut gigi mungkin sebab gigi yang dicabut tu ada jangkitan atau dah sedia rosak.So, tak payah takut-takut eh kalau nak kena cabut gigi. You'll get over it. No worries. Then, rehat pulak dalam seminggu sebelum next appoinment untuk bagi luka bekas cabutan sembuh sebelum pemasangan braces. Takleh pasang cepat-cepat sangat, nanti sakit. Luka tu kena elokkan dulu. Jadi, enjoy your time being ronggak ye. Hehe..
4th Step
Key Point: Braces Time!
Finally, saat yang dinantikan pun tiba. Serius tak sabar okeh aku masa tu. Tak menyempat nak pakai. Very excited. Hehe. Dalam 1 1/2 hour jugak masa yang diambil nak pasang. Sakit ke tak? Hmmm..tak sakit. Seriusly. Cuma akan terasa sakit sikit2 time doktor tekan-tekan gigi or masa kena pakai mouth retainer (nak kasi mulut nganga luas-luas). Lenguh ohh mulut. Aku pun macam dah tak ingat sangat sakit ke tak. Sikit je sakit. Ingat lagi, masa aku pasang braces tu bulan puasa. Aku siap beli bubur McD nak buka puasa. Sebab ingat sakit sangat time nak makan nanti. Tapi, end up makan nasi jugak okeh. Apa barang makan bubur. Hehe.Nasi lembut. So, just pilih lauk yang lembut macam ikan.Kalau nak makan ayam tu, pilih bahagian daging yang lembut dan carikkan kecik-kecik sebab time ni untuk menggigit menggunakan gigi hadapan adalah impossible. Sakit. So, aku mostly kunyah makan di gigi sebelah kiri sebab bahagian itu tak sesakit bahagian gerham kanan. As for me, alhamdullilah,tak adalah severley in pain all the time. Cuma for the first few days, rasa 'pelik' itu akan ada. Rasa macam ada benda asing dalam mulut. Rasa gigi tegang dan sengal-sengal sikit. Lama-lama, korang akan terbiasa dan tak rasa apa pun. Dan aku rasa, kesakitan gigi itu bergantung kepada masalah gigi korang. Sebab ada kawan maksu aku dia makan bubur sampai sebulan. Lama tu.
5th Step
Key Point: Attend Your Appoinment!
Seminggu selepas pasang braces, aku jumpa doktor lagi. Kali ni dia nak tengok gigi kita dapat adjust ke tak. Kalau ada masalah, dia akan fix. Time seminggu pertama, rasa pelik itu masih ada. I had difficulties to speak and it hurts to even laughing or speaking. Sebab all those besi rasa kena dekat bibir mulut. Ulcers pun muncul. Terus beli bonjela. Time awal-awal dulu memang aku guna bonjela. Now, tak guna sangat pun. Sebab apa yang penting, kena selalu berus gigi bagi bersih dan minum air banyak-banyak. Pakai braces ni kena extra care untuk oral health. Sebab gigi akan senang nak kuning and plak senang nak terbentuk kalau tak jaga. So, setiap dua bulan sekali aku kena attend appoinment. Time nilah kita boleh tukar getah gigi. Yeay. So far aku pernah try color oren, dark purple and peppermint. Nak campur-campur pun boleh je.Dan time appoinment ni jugak aku kena bayar installment sebanya RM200 selama tempoh pekaian braces. Macam aku, doktor cakap aku kena pakai paling lama 2 tahun. So dalam 2014 nanti mungkin dah boleh bukak. Yehuu!!
Overall, itu sahaja kot. Kalau ada pertanyaan atau tak faham ke, bolehlah bertanya. Banyak yang nak share, tapi mungkin di entri lain. Ini pun dah panjang sangat. Siapa yang baca sampai habis, tahniah la ek! Hehe.
Overall, itu sahaja kot. Kalau ada pertanyaan atau tak faham ke, bolehlah bertanya. Banyak yang nak share, tapi mungkin di entri lain. Ini pun dah panjang sangat. Siapa yang baca sampai habis, tahniah la ek! Hehe.
100 comments:
wahh..cntik gigi. Bila aku bca kau punye review semua x sakit sangat. kau ni mesti jenis kental.
Haha..tak weh, aku taklah sekental kau..
Aku nak pakai braces jugak. Gigi buruk.
@Lidah
Jom pakai weh..haha. Yang tak berapa 'manis' akan jadi makin 'manis'.
buat braces ni kat mana??blh bg kontact no?
@umi_nard
saya buat di seremban. Klinik Pergigian Zaryff di Taman Sri Mawar ,Senawang.
No tel klinik : 017 662 6741
Hai. Kat mana erk? Nak buat gak. Xtahan le org duk panggil kitee jonggang. Auwww. Malu. Follow me at auliyaazkiaa.blogspot.com
berapa yer total costing buat braces nie ? klinik Dr. Zaryff nie yang paling murah ke area seremban ?
total 3k je.. roughly plaing murah kot..so dont expect more lah ek...overall service cepat, even klinik agak dodgy sket. haha..entah, sebab saya tak survey banyak klinik, thats why tak tahu sangat harga around seremban. klinik helmi rasanya harga around 4k...you try la usha2 dulu mana2 klinik...
hey,nak tanye bole,,kenapa doctor tu x buat xray?? cause from my cases oso,,xde xray pun,,n doctor terus psg dawai tu haaa
i pun tak tau kenapa dr x but x ray. maybe bcos gigi tak complicated sgt kot...
Xray tu patut d ambil kat hospital. Then bila dah ada xray baru la bwa kat klinik tu
You byr cash or ansur ansur?
Bayar pendahuluan RM 1000, then every 2 month, time appoinment bayar RM 200
kalau bgi plajar slalu nye dpt diskount untk buat braces nie btol k?
@ hidayah
Kat klinik yg saya pegi student sama je bayarannya.
Klinik tmpat awak braces tu swasta atau kerajaan and umur berpa awak pasang braces ?
akak buat dekat hospital kerajaan or swasta punya? kalau kerajaan punya free tk sbb msih pelajar (14thun)? mohon jawab, excited nk pakai nii xD
Oleh sebab adik umur 14 rasanya boleh apply kat klinik kerajaan. Baik adik pergi cepat2, sebab dia limit sampai 18 tahun kot rasanya. Nak tunggu giliran lama sket untuk braces di kerajaan. Akak buat dekat klinik swasta, jadi kena tanggung kos sendiri.
kat senawang kan klinik nie ?. .klinik nie buat tak braces untuk gigi atas je. .sebab gigi atas je problem
Ye, kat senawang. Apa2 hal, cuba awak tanya doctor dulu. Maybe boleh, Insya Allah.
total 3k tu merangkumi semua smpai retainer ke ??
assalam..nk tnye la..3k tu skali dgn retainer ke or retainer byar asing..
@hamizah redzwan
Haha..saya tak tanya plak doktor hari tu. Serius tak ingat..maybe kena tambah kot untuk retainer. 3k kira murah sgt untuk braces.
Yes 3k tu pun da kira murah .. melaka almost 3.8k tu xtermasuk mould,scaling,xray n cabut total yg xtermasuk tu 300rm include semua 4k .. elok survey dulu harga and sebagainya.. macam saya baru nak pakai da habis survey da ni.. xsabar nk tunggu this saturday. Huhu tq awak for the info!
@nuruladila
Yup..murah kan? And alhamdullilah,saya dah nak okay dah gigi..tinggal nak pakai retainer je.. My pleasure dear.
hai ! nak tanya ni warna getah dkt braces tu kita boleh pilih ke dekat klinik tu?
@queen of lol
Bergantung kepada stock color yg doktor anda ada. Kalau time tu ada bnyk pilihan color, maka best lah nak pilih, dan kalau next time awk dtg clinic nak tukar getah color dah x bnyk pilihan, maka terpaksa la pilih color yang ada saja.
Ye, doktor tu bagi pilih.
So far saya pernah pakai warna orange, purple, turqoise, hijau cair, pink cair + maroon, and now maroon.
oh thanks. and dkt klinik yg awak pergi ni kan boleh ke braces buat atas je. harga dia ?
@Queen of lol
Yang itu saya tak pasti, awak kena tanya doktor, :)
oh awak dtg sana trus cakap ea nak buat braces? ada tk no fon klinik tu
Saya pakai kat penang rm5.5k.. tp rasenya tu utk semua kot sbb dentist tu tak specify harga2 yg lain.. btw first appoinment pn sy dah trus psg braces. Sbb takde cabut gigi. Tampal2 pn takde gak.. mase tu xray ngan ambil acuan gigi je then trus BAPP besi dah kat atas gigi. Eheeh.. & sy tak pernah rasa sakit langsung pakai braces ni. Ada la hari ke 3 tu mcm ngilu2 sikit tp mlm dah melahap nasi goreng ayam merah wakakakakaka.
Await aku dh 2 bulan xnpk perubahan gg..kne 4500 adoiii...mahal siottt...
Aku pakai tp msih xnpk perubahan dh dekat 2 bulan..depan blapis gg arnab huh:(
Hi, sy dah pasang braces dekat shah alam. Braces jenis lotus plus so takda getah yg colourful tu. Sy tak cabut gigi pun sebab gigi tak berterabur sangat. Total RM4700 tak termasuk cabut gigi dengan retainer. Kalau ada ape ape soalan boleh email sy - syuhadahshahirah@ymail.com
Asslkm..
dear... awak kt seremban ye?
Yana bru nk buat. Tp tgh carik klinik yg service ok.
Boleh bg details utk kite contact2.. hihi.
hanahaykhall@gmail.com
Buat braces kat seremban.Now tak ada dekat malaysia.
boleh saya tahu full adress klinik ni..sy interested nk pkai la...once dah pkai, kena pegi check stiap bulan ke?
Hi. Can i ask something. If gigi depan yg kena cabut, gigi akan tumbuh balik or nt? Nti rongak la. Hahaha.
Errr doc x akan cabut gigi kat bhgn depan. Dia biasanya akan cabut gerham kecil. Sadly, no. Gigi x akan tumbuh kembali. And yes, akan rongak sementara je. Nanti lama2 space itu akan di occupy oleh gigi yg berlapis.
proses saya nak pakai braces seminggu ke. hari isnin cabut dua gigi belah kiri, esok nya dua gigi belah kanan, khamis dah pasang braces. and now perghh agak sakit jugak la kalau tak makan pain killer. tu la nak cepat sangat kan hahaha sebab minggu depan da study kat kl. you memang hari 1st 2nd 3rd x sakit ke? dah boleh terus makan nasi?
Wow cepatnya..errr mmg lah sakit kot kalau buat cepat2 mcm tu.
Time saya dulu cabut 2 batang per week. Tak sakit pun cabut gigi. Lepas tu dlm seminggu lagi bila luka kesan cabutan dah sembuh baru la pasang braces. Saya alhamdullilah tak guna pun pain killer. Ada je doc bagi tapi tak guna pun.
Rasanya saya makan je nasi.masa tu tapi kunyah kat bhgn gigi yg x dicabut.
Mungkin sbb awak cbt bnyk gigi dlm masa singkat pastu terus pakai braces, mmg sakit la kot..hehe.
Hai.. Saya baru pki braces dlm 5hari.. So far dh xrasa sakit pun.. Cuma nk mkn keras2 slow ckit la.. Nk tnya.. Lps pki braces mmg nk ckp susah ke.. Rasa mcm lain mcm je bibir ni bila bckp.. Hehe.. Mintal tlg share pglaman masa pki dlu.. Tq..
Wasalam,
Huhu..tahniah dh pakai braces! Minggu pertama mmg mcm tu..normal.
Ttg pengalaman seterusnya, awak boleh check out entry lama2 saya..pergi front page, ditepi tu ada link..maaf, lama tak kemas kini blog.. :)
Boleh refer kpd comment dia atas..ada saya sertakan alamat dan no tel klinik. Hope this helps. :)
Salam. I fatin. I pon pkai braces tmpt yg sama dgn u. Nak tnya more about braces boleh.can i have your number or we chat id ??
Kalau bayar sampai habis terus boleh ke?
saya nk tnye klu kta pasang braces utk gigi atas je..agak2 berapa kos ye???
Salam..kes saya lagi pelik,saya dah pakai braces 2 tahun.dulu doc suruh saya cabut gigi bwh 2 btg..and then lps 2 tahun..gigi bwh dah tersusun rapat..gigi atas lgsung xde perubahan.gigi atas xde space nak tolak ke belakang..baru2 ni saya g next appoitment.doc ckp kmgkinan gigi atas saya akan dicabut 2 btg..dia ckp mkn masa pulak la nk bukak braces ni,aduii knp la doc tu xtau gigi atas xde space slama ni..sy buat dgn gov
Sis,saya nak tanya lah.Contohnya,kalau cabut gigi hari ni, pendakap gigi tu pun pasang hari yang sama juga ke?
adik,
kalau pasang hari itu jugak sakit nanti. luka cabutan belum sembuh lagi. Paling kurang seminggu baru boleh mula pasang besi, ikut pengalaman saya.
Salam akak, masa pkai braces tu, anggaran umur akak berapa ya?
Asalamualaikum, nak tanye sikit kalau x nk cabut gigi bole ke? Rasenye doktor setuju x? Lagi satu nk tanye, mcm mane nk berus gigi untuk jaga gigi setiap hari? Adakah dengan cara lain untuk bersihkan gigi?
@anna
Masa tu umur 23 tahun dik
Wasalam. Itu saya tak dpt jwb, kena tanya doktor.
Nak berus gigi guna berus gigi biasa (saya suka guna systema yg soft) dan interdental toothbrush. Kena rajin floss gigi dan guna mouthwash. Nanti plak senang terbentuk.kalau tak kerap floss.
mmg pakai 2 tahun ke..tkleh kurg..tknk pkai lama2 T.T
Klinik ni buka hari ape ye ?
Masa pakai braces tu kan, kita memang akan ternganga tak? I mean like kan ada something menepek kat gigi kita and mesti susahkan nak tutup mulut? Betul ke em.
Hi awak, saya baru pakai braces dari klinik zaryf. tapi..mcm2 org cerita x elok pasal klinik ni. diorg kata doc ni x bagus buat braces. saya risau..betul ke? BTW, awak dah buka braces? still in oversea or dah balik msia?
Hai ! Nak tanya. Awak pasang braces and bayar installment every month kan? So secara total semua include review every month punya cost berapa ya??
Sy dah tanya one of the nearest clinic. Dia cakap pasang braces RM5000 and review every month pulak around RM200 - 250..
So i made my calculation, based on my teeth maybe it takes 3years kot.. So kalau dah review around RM250, for 3years dah RM9000.. Munasabah tak?? Ke munasarawak? Okay joke.. I just need ur opinion.. Just nak tahu total cost untuk semua dr pasang braces, review every month kat clinic and cost2 lain mcm moulding ke apa ke.. Thanks in advance again..
Hari kedua pakai braces . i pakai dekat kajang . so far, sana paling murah area KL . 3.8k pd tahun 2015 ni i rasa berbaloi lah kot . nak pergi yg dekat ampang tu (Klinik Zahrin) tp sana ramai sgt org and 4k jugak lah harga sana
Kalau kat kerajaan lme x nk tunggu pakai bracess??
Everyday kecuali hari ahad
Hehe..mula2 je awk..lama2 akan jadi biasa. We'll get used to it. Jgn risau k..
Hi awk
Ermm sy rasa dr tu okay je..no prob so far. Sy x buka lagi awk..next month maybe..dah balik malaysia..:)
Hai :)
Total cost 3k ( yr 2012 now sy x tahu if harga still sama or not).
Deposit byr 1k. So ada balance 2k kan? Yg 2k tu lah amaun yg kita akan byr dlm monthly installment every visit to clinic. Setiap dua bulan sekali, sy byr rm200. Sampai la habis balance 2k yg sy patut byr..retainer free je..
Yeay..good for you. Mesti lega kan dah pakai braces. :)
Ermmm sy tak pasti la..yg penting awk kena cepat2 pi check dan amik giliran.
Ikut condition gigi. :)
Umur sy 23 time tu.
Harap bertabah..hehe..
Email sajer pun boleh.
hanahaykhall@gma.com
Ermmm sorry saya x pasti. Better bincang dgn ur doctor ye.
Idk..:)
Kental betul terus mkn nasi goreng ayam..haha
Lek lek bro. Amik masa nak nmpk perubahan..
Swasta. I was 23 that time :)..
Bile dh bkk retainer lme2 gigi Akan jarak blik ke..?
mahal nye swasta..klau kerjaan murah jerk..but u must waiting 3 to 4 years akan datng..right??
Klu wat kat kerajaan bole pilih warna tak ?
Emm..bile cabut gigi tu mmg x rse sakit ke?..tkt je niy,,mmm bdk umur 12 digalakkn x klu nk pakai bracess
Alangkah indahnya klu pasang braces without any surgery or nk kna cabut gigi..hewhewhew T_T
Alangkah indahnya klu pasang braces without any surgery or nk kna cabut gigi..hewhewhew T_T
Salam awak, kalau dia suruh xray kan. Kita kene tmpt lain untuk xray ke? Or dekat situ ada xray sekali eh?
kawan sy buat dkt kerajaan. haritu dr campur2 warna dekat dia sbb warna x cukup. kesian dia. gigi jadi warna warni
Wasalam. Doktor tahu sama ada patient perlu di x ray atau tidak . Jangan risau okay.
Impossible but possible 😊
Tak sakit jangan risau okay..doktor akan bius sebelum gigi dicabut..
Cantik jugak tu..hihi..
Tak..kecuali kalau kita mengelat untuk pakai retainer ketika waktu yg ditetapkan..
Kerajaan kena tunggu giliran dan ada had umur. Kalau nak cepat pergi ke swasta.
Kalau gigi banyak dah rosak , boleh lagi ke buat braces
Jika pakai gigi palsu depan sahaja boleh pakai braces ke? Just ask 😅
Jika pakai gigi palsu depan sahaja boleh pakai braces ke? Just ask 😅
Jika pakai gigi palsu depan sahaja boleh pakai braces tak? Just ask 😅
nak tanya macam mana kalau bracket tercabut?
Good information. Lucky me I found your site
by chance (stumbleupon). I've book-marked it for later!
hai awak..sy nak tanya knp awk x kene xray. setau sy kene xray.sy pun sebenarnya x kene xray. lpas pasang baru teringat, kenapa dia x amek xray aku ha??? hahaha dah takut giler pastu sbb pikir doktor tu wat sambil lewa je. kalau awk pun x kene xray sy lega sikit huhu
Hai sis nak tnya, klau pkai braces untuk luruskan gigi jer boleh tak? Klau ada gigi yg brlapis tapi tak yah nak turunkan cuma nak pkai untuk luruskan gigi boleh tak?
Post a Comment