Thursday, August 9, 2012
Bare Your Face
8/08/2012, I'm wearing a braces now. This should be the anniversary date.
Teehee..
How was it?
Painfull?
4/10
Now, I'm trying to get used to the sharp edges all around my mouth. Few Ulcers are visible here and there. Sigh.
Picture?
Nantilah kalau rajin i'll try to upload.
Gedik kan? Tak habis habis tengok cermin daripada tadi.
Tadi buka puasa, siap beli bubur McD, konon-konon takut gigi bengkak, tak boleh kunyah makanan. But I end up, eating mee goreng yg mama masak (satu senduk), then makan nasi (sikit je) lauk ikan sambal and sayur . Siap cilok ayam drummet my lil bro sikit. Padahal tadi Dr dah cakap, dalam dalam seminggu dua ni, makan makanan yg lembut..
"Dr, ada pantang tak kalau nak makan?"
"Mcm yang saya dah cakap tadi, makan makanan lembut. Kalau nak makan ayam goreng bukak puasa nanti, boleh je. Cuma awak kena siat2 daging dia.."
Dia siap bagi contoh ayam goreng. Haha. Tapi aku tak boleh nak ratah ayam la macam selalu. Makan daging yang lembut je. Still agak awkward dan sakit nak kunyah makanan2 keras terlampau. Haha...tadi makan kuih koci pun sakit gak..haih..
Sebab gigi tu nak bergerak , so maybe itu yang sebabkan sakit tu. Wire tu akan bend and tarik the bracket nak kasi gigi gerak. Tapi, for now still terkawal lagi la. Tak perlu ambik painkiller lagi setakat ini. Takpe, aku kuat. Ehehehe..ayat nak sedapkan hati..Positive affirmation..
Tadi masa Dr nak pasang braces, ada few times yang aku rasa nak suruh dia stop kejap sebab sakit! Dahlah Dr tu lelaki. Tau2 je la kan..force dia agak strong sikit. Masa aku tengah nganga mulut selebar-lebarnya, hujung gusi aku tersentuh dengan alat 'nak kasi mulut bukak besar2' (sorry tak tau scientific name dia apa..haha..) sbb Dr tu tekan kuat sgt masa nak pasang something .Ya Allah, sakit oiii.. Aku berzikir je lah..nak distract kesakitan..tak tenteram aku.. Time inject bius nak cabut gigi pun tak sesakit itu. Gusi kan soft, so bila ada benda menekan dekat surface, akan jadi sakit gila.
Tapi aku rasa aku jenis yang tahan sakit kot. Haha..kelakar tadi..kejap2 baca selawat, pastu baca tahmid (yg subahanallah 33x,alhamdullilah 33x, allahuakbhar 34x)..lepas tu bila sakit sgt pysiko diri sendiri cakap itu ini nak distract the pain..pastu berterabur semua benda pun nak baca..haha..aku grip tangan sampai tak rasa apa dah..kejung je..haha..aku fikir, mati lagi sakit kot..so tahan je la..
Oh ya, getah aku kaler oren. Sungguh ceria uolss..haha..
Balik je rumah, adik aku tegur
"kenapa along cakap tak betul?"
Haha..nampak sangat aku dah semakin pelat. Lebih-lebih lagi sebutan 's'. Hancurr..hahaha..Tershashul-shashul i dibuatnya..
Dahlah esok kena jaga floor. Habis laa...nak layan customer lagi. Sure pelik..
Beauty is pain. Nak cantik kenalah tahan sakit kan..haha..
- Posted using BlogPress from my iPad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wahh...da tercapai pki bracess..nk jugak. bape la bayo first2 pki ni? det da kumpul. tgl nk psg. tp nk tau. bp hage. so xde la kejut beruk waktu nk wat tu
Total cost dekat klinik yg saya pegi kat seremban ni 3k. Bayar downpayment 1k dulu. Then time every appoinment sepanjang rawatan bayar 200..
Kira ok la, sebab time kena cabut 4 btg gigi (bergantung kpd kes patient) saya tak kena sbrg bayaran pun. Dr tu x charge sbb dia termasuk sekali dalam downpayment yang kita dh buat tu. Ada certain klinik satu btg gigi dia charge dlm 50 laa..bayangkan 4 btg dah 200. Dengan x-ray lagi..
Klinik ni kira antara yang paling murah dah. Normally cost nak pasang braces boleh cecah 4k-6k..
Kalau awak nak buat braces, lebih afdhal cari tempat yang dekat dgn lokasi tempat tinggal awak. Nanti senang nak buat checkup every month. Kalau asyik tangguh checkup, lambat lah progress gigi nak jadi baik kan..hehe..
Kalau ada apa2 lagi boleh tanya saya okay..
slm dear hannah, nak tau klinik ni kat ner? der alamat tak? tq tq.. :)
Post a Comment