Saturday, August 1, 2020

2020 ? Ye saya masih single.

1. Finally hati aku terbuka sikit nak kahwin. Oh ya, umur aku 31 tahun ini. Tapi muka tak nampak macam 31 tahun. Aku tak rasa aku dah 31. That's why I don't look my age? Haha. Ah, it's just a number. Doakan aku temu jodoh yang baik-baik ok. I finally realized, the one that holding me back all this while is myself. Aku banyak sangat songeh dan alasan. Orang offer nak kenal-kenal aku reject. Apakah?

2. Aku setuju dengan frasa yang perigi perlu mencari timba. Tiada salah bukan? Fikiran aku terbuka sedikit demi sedikit yang perempuan bukan hanya perlu 'menunggu' dan 'dipilih', kita juga WAJIB 'memilih' bakal suami kita. Fasa memilih hanya wujud sebelum berkahwin ya. Dulu aku fikir, cukup doa2, solat hajat atau melakukan ibadah khusus untuk bertemu jodoh sambil menjaga diri adalah satu-satunya ikhtiar seorang perempuan muslim. Menunggu dan terus menunggu. Apakah usahamu? Oh aku dah berusaha. Aku dah doa, aku dah jaga diri, aku dah tingkatkan ibadah dan perbaiki diri tapi mana bakal imam tak muncul-muncul ni? Ibarat nak makan, tapi tak nak usaha pergi dapur cari makanan. Hanya doa sahaja dengan harapan makanan muncul depan mata.

3. Usaha aku this year, nak aktifkan diri cari bakal imam. Kenal-kenal (bukan bercinta ya) dengan lelaki yang aku rasa ada kriteria husband material. Dulu aku ada daftar baitulmuslim dan tilljannah tapi dah delete akaun. Bukan untuk aku medium itu. Aku prefer orang yang aku kenal, or orang terdekat kenal. Bukan manusia asing yang tak ada connection. Aku rasa medium cari jodoh islamik(tak adalah islamik mana pun) itu bias. Aku rasa lah. Kalau kau tak fotogenic/ cun memang tak lah nak dapat dm lelaki. Gambar kena letak fliter cun-cun. Rupa paras penting selain kau kena kerja best. Lelaki sana memilih oi (perempuan pun sama gak 2x5 je). Nak bakal zaujah bekerjaya gaji 3k ke atas or nak yang kerja gomen sahaja. Adoi la.

4. Now aku puya agenda, berkawan untuk kenal, kenal untuk kahwin. Bukan nak kena bercinta bagai. Cukuplah pengalaman kenal lelaki yang salah dulu. 2 bulan je then aku minta break. Sholud've been earlier. Too many red-flags. Ya Allah 2 bulan tu banyak gila aku belajar dan dapat pengajaran. Kalau rajin aku story. Dengan time tu aku tengah dapat interview government yang aku idam-idamkan. Then, aku failed final stage interview tu. Aku break pulak dengan dia. Seriously mcm roller-coaster hidup aku time tu. Double heart-broken. Aku lagi heart-broken tak dapat job tu sebenarnya. 

5. Kriteria aku untuk bakal imam waktu dahulu kala? Asalkan solat 5 waktu (ada basic agama etc) , stable job dah ok selain perangai yang senonoh. Now, aku fikir. Hoih solat tu benda basic kot. Puasa? Zakat? Itu benda basic. Macam gosok gigi. Kau nak ukur orang tu pembersih or pengotor sama ada dia gosok gigi atau tak? Itu benda basic kot. Semua orang gosok gigi. Yang tak gosok gigi tu sah-sah dia pengotor. Gosok gigi itu perkara wajib.  Agama is beyond solat 5 waktu, puasa, zakat etc.

7. Now? Agama of course No.1 . Dia wajib lebih daripada aku drpd segi agama dan seseorang yang melengkapi aku. Melengkapi? Aku perlu kenal strength and weakness di dalam diri sendiri in order for me to find the one that is able to complement my temperament. Contoh kekurangan : aku emotional, sensitive. Aku perlukan bakal imam yang cool, tenang, sabar, rational. Contoh  kelebihan aku : aku independent . Suami aku tak perlu risau nak out station or tinggalkan rumah lama-lama ke sebab aku boleh survive jaga diri dan selesaikan hal rumah tangga. Listkan banyak lagi ciri-ciri yang kau perlukan, dan bila tahu ciri-ciri bakal imam khas untuk diri kau, boleh lah teruskan pencarian dan buat penapisan. Gitu. Bila kau tak tau apa yang kau mahukan itu yang end-up dengan orang yang salah (berdasarkan pengalaman aku yang lepas).

8. Umur? Honestly aku tak kisah as long as he fits criteria yang aku cari. Yang penting matang dan ada leadership selain ada sifat bertanggungjawab. Boleh lead wife, family. Matang bukan pada usia ye. Tua tak semestinya matang, muda tak semestinya tak matang. Ex aku dulu 5 yrs younger than me. Of course dia nampak tua drpd aku. Haha. Thank god muka aku baby-face luls. Dia nampak je macam matang tapi tak pun . Bukan sebagai husband material. Lelaki baya-baya aku or beza tua setahun dua daripada aku banyak yang dah selamat jadi laki orang so aku tak boleh expect nak dapat range umur sebegitu. I keep my option open by lowering my expectation in terms of age. It's either going to be someone younger than me or older than me or even duda. Tapi bukan suami orang ye!!!

9. Perempuan kena cari lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Especially on 'agama'. Seriously. Bab hidayah ni bukan kerja manusia. Itu kerja tuhan. Dia tak solat even before kahwin dan kau rasa it's okay, he'll change. Kau rasa dia akan berubah ke lepas kahwin? Tak ok. Kalau berlakon pun takat 1 bulan je ada perubahan. Lepas to back to default mode. Arahan Allah pun dia ingkar inikan pulak bila kau nasihatkan dia. Memang tidak la sayang. Parah kalau dapat ketua keluarga tidak ada langsung akhirat oriented punya minded. Nak dibawa kemana rumah tangga itu nanti? Leader corrupt? Followers?

10. Now is time to choose. Choose wisely time single available ni. Bila dah kahwin, kena hadap pilihan masing-masing. No turning back unless you divorce. Perempuan nak ke ada track record cerai berai ni? Tak kan. Kalau boleh nak kahwin sekali sahaja seumur hidup.

Saturday, July 18, 2020

20 for 20

1. Aku perlu siapkan slide presentation kerana due date nya esok malam tapi aku tak siap lagi. Lol. Aku sudah siapkan segelas nescafe untuk bertahan sepanjang malam (resepinya: 1 tspn coffee + 2 tspn sugar +1/3 cup milk + 2/3 cup hot water). Tapi aku main agak-agak je selalunya. Hari ni terlebih susu nampaknya.  ok dah siap ( edited 1 day later).

2. Puasa lepas aku berjaya berhenti minum minuman berkafien. Surprisingly. Namun, sedikit demi sedikit aku perlu ambil kafien untuk buat kerja lewat malam macam hari ini. Macam sekarang ni aku sedang menaip perkara-perkara bukan 'non-essential'. Mood aku kembali untuk menulis (hopefully).

3. Lately aku  merasa content. Dengan diri. Aku belajar apakah kelemahan aku, belajar akan kelebihan yang ada pada diriku aku. My insecurities and such. My worries and fear. And learning to embrace it wholeheartedly. Masih belajar to embrace my flaws. And others too.

4. Belajar untuk bersyukur. Syukur yang sebenar-benarnya. Every single day. Aku kena banyakkan syukur. 

5. Small things add up. Kebaikan berlaku perlahan-lahan. Begitu juga kejahatan berlaku perlahan-lahan. Small things matters. Jangan pandang enteng perkara-perkara kecil. Dan jangan besarkan perkara-perkara yang tak penting.

6. Kelemahan aku? Banyak. Aku sudah catatkan dalam journal peribadi. Tapi kelebihan aku melebihi kekurangan yang aku ada. Thank god. Dan aku introspect diri bila aku perasan perkara-perkara yang buat aku 'triggered'. Perangai-perangai yang perlu diperbaiki. Contoh. Aku seorang yang Emosional + Sensitive. Senang triggered.  Emosional ini bagus, bila kau pandai mengawalnya.  Tapi bila kau tak mampu mengawal, bila emosi mendahului akal. Akal perlu mendahului emosi. Perlu berlatih dan 'aware' dengan diri aku.

7. Bila kau adalah seorang yang highly sensitive , kelebihan kau adalah 'senses' yang sangat tajam. Kau akan cepat 'pick-up' the atmosphere lebih-lebih lagi perangai manusia. Aku seorang yang observant dan sometimes over analyze banyak perkara. Aku boleh observe mood orang sekeliling dan baca fikiran mereka (kadang-kadang salah baca sebab aku bukan bomoh). Tapi serius penat weh sebab kau  macam akan come out dengan macam-macam 'case scenario' dalam kepala kau. Mostly I will come-out with every 'worst case scenario'.

8. Kalau aku seekor binatang, aku adalah seekor eagle.

9. Egois? Aku harus belajar untuk turunkan ego. Perasan bagus, bajet bagus kena tone down. Rasa diri aku je yang betul. Perkara yang build up our egos? Memendam. Tak open up. Merasa yang kau tak perlu sesiapa (seriously aku kena contact kawan-kawan baik yang aku dah lama tak keep in touch). Rasa kau tak perlu share your worries, fears with anyone. Holding up your emotions. End up it eating me up slowly after years of holding it by myself sampai ia menjadi  part of myself. Aku silap percaturan. Aku sangka, aku menyenangkan manusia sekeliling kerana aku sangka my story/worries/hope/fears/dreams/ insecurities tidak signifikan. Perkara-perkara begitu yang membina ego dalam diri.

10. Aku harus belajar untuk berdamai dengan masa lalu. Especially my failures. Kerana itu adalah triggering point yang buat aku kena panic attack buat pertama kali bulan lepas (ini adalah diagnostic aku sendiri ya sebab aku belum jumpa psych). Yes, my FBI in me makes me investigate what really happened during that time sebab aku confuse gila is it anxiety attack or panic attack . I literally can't breathe and has shortness of breath (macam kau lepas sprint kena kejar anjing), surge of emotion and menangis gila-gila , sweating + trembling, jantung aku berdegup laju, dan ada perasaan yang sangat-sangat takut (aku tak tahu apa yang aku takutkan tapi aku rasa takut gila2 in the midst of that chaos) dan aku confuse time tu sebab aku tengah solat maghrib rakaat ke-2 nak baca Al-fatihah, and aku start menangis dan masa yang sama aku cuba tenangkan diri sambil nak baca Al-fatihah. Menangis time solat is normal. Tapi bila berlaku kau tercungap-cungap tak boleh bernafas dengan semua sensasi yang berlaku dalam waktu yang singkat yang kau tak boleh kawal, it was terrifying.

11. Penat ok lepas kena 1st attack. Even dah sudah solat, aku punya breathing mcm orang tak cukup nafas. Dada berombak. Aku kena tenangkan diri, keep repeating 'it's okay' berjuta kali sambil buat deep breathing. Dan terus terbaring atas katil dengan telekung  yang lencun oleh air mata + hingus. Badan jadi lemah. Drained.

12. I am still unsure of what it was? Was it a dream? No of course not. But why me? 

13. Macam mana perasaan menjadi manusia yang normal? Of course semua orang ada masa sedih, gembira. Aku tertanya-tanya, how  does it feel to feel being normal? Being default. Bila kau tak perlu berfikir macam aku? 

14. Am I alone? With these weird feelings. The hopelessness. And that phases when I felt that death is the best choice. I am sorry Allah.  I am glad I'm able to get out of that dark hole. 

15. Speaking about that moment is triggering. And I don't wish to open the pandora box again.

16. My internal struggle brings me back to HIM. It has always been like that.

17. I must pick up my broken pieces of shattered self, and make something beautiful out of it. Make something beautiful out of something broken.

18. Complicated betul life aku. It's okay. It's only dunya. Nothing is perfect! May I passed this test and enter Jannah from wherever doors I wanna go. It calms my heart to know that Allah is the best planner. He tested me because he wants to bring me back to HIM.

19. Being vulnerable is scary. I must learn to ask for help in order for people to help me.

20.  Why I don't speak up about my struggles? No one cares people got other problems too. They'll judge. They say to go solat lebih, baca Al-quran. Iman you kurang. They all semua iman lebih kot. They don't aware of these things bcos they never experienced it good for them btw. Good for you who never felt shitty because its not the best feeling ever. 

21. I missed being 7 years old and never care about the world. 

22. I sincerely pray that I will die peacefully.