Showing posts with label Culinary Experience. Show all posts
Showing posts with label Culinary Experience. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Cheese Brownies and whatnot..

Remember?

 
 







Berzaman nak upload. Recipe? Blog Tiffin Biru a.k.a En.Mat Gebu. Sila google ye!
Sorry gambar macam hampeh sebab aku 'malas' gilaaa nak capture elok2.
Yang ini versi baked. So kena baked brownies dulu, then bila dah masak baru letak cream cheese untuk 2nd layer. Pastu ukir la corak sesuka hati anda sebelum baked untuk 2nd time.
This is my 1st attempt. Insya Allah nanti buat lagi. Heeeee..tapi nak improvised brownies tu bagi lagi moist.

"Mama kawan mama cakap apa bila mama bawak brownies hari tu?"

"Diorang cakap sedap. Diorang tanya macam mana along buat?"

Ok. Sukaaaa....hahaha.

;)

Wednesday, March 21, 2012

I am glad you came






                                           




Okeh, curi tajuk lagu The Wanted. Haha. Nampak sangat ketandusan idea sampai tajuk entry pun tak tahu nak letak apa lantas mengambil tajuk lagu pula. Adoi laa.

Cerita dah basi.Mee Hailam seperti di dalam gambar di atas pun dah basi. Sebab buat minggu lepas *sah sah la basi doh kalau simpan seminggu* Haha.Adoi, maaflah otak weng sikit harini.Duhh..PMS le tu .. Okeh, serius tak ada mood. Dah lah tak bersenam hari ni. Hoih, apehal? Nak pergi kompleks belia malam2 memang idea yang bernas. Ramai gila orang workout lari berlap-lap sampai kau rasa tercabar nak gila2 workout.Aku syak, mereka ni practice untuk Marathon or dualthon or even trialthon. Superb! Jejak-jejaka hot juga ramai ya di sini *cuci mata* Tapi, aku kan budak baik yang suka kontrol macho konon-konon tak feduli. Padahal...Eh, memang tak peduli pun. Haha. Saya sopan dan seorang yang pemalu okeh. *Muntah darah*


Aku tak ada idea nak mengarutkan dan mencarutkan apa dekat sini. Serius, seriusly I am a dead meat. Lol. Aku tak faham kenapa dan rasa curious dengan diri sendiri sekarang. Bila baca + dengar pasal lovestory manusia-manusia lain, aku akan rasa sangat happy dan sangat suka for them.Tak kisahlah siapa-siapa pun. Faham tak, macam aku lah pulak yang bercinta. Duhh~

"Sweetnye diorang.."
"Comelnye diorang.."
"Sukanya .."

Sambil sengih-sengih dan tak habis-habis menyebut ayat-ayat di atas. Nak termenangis pun ada jugak. Over kan? Entah apa-apa la. Dulu tak ada pulak macam ni. Haha.

Kalau sesiapa ada kisah cinta yang best, boleh cerita dekat aku eh, sebab I'd love to know. Haha. Serius ni. Nak ambik berkat katanya.. :D

Friday, March 16, 2012

Spaghetti Bolognese

So, yesterday I cooked this. Malas nak masak nasi dan lauk semua. So instead, marilah kita lakukan penjimatan masa dengan memasak spaghetti sahaja.

Terus membawa daripada lunch kepada dinner. Oh, we all 3 beradik sekarang feeling-feeling ala-ala home alone sebab our parents are not here for the whole weeks. Sobs.

Suke hatilah nak makan ke tak nak,as long as I cooked okeh (untuk mengelak dipersoalkan oleh ibu bapa apabila mereka menelefon rumah). Hehehe..kali ni tak ada gambar step by step because I'm freaking lazy to take a picture. Nak cepat katanyer. Haha. Macam biasa, senang je nak masak ni.

1. Blend semua bahan dalam pinggan putih itu (rujuk gambar). Kalau nak pedas, tambah cili padi lebih. Aku nak buat pedas2 tetapi oleh kerana ada sorang anak manja dalam rumah ni tak makan pedas, so letak sikit sahaja. Kalau nak guna cili boh pun boleh. No hal.

2. Blend juga baked beans. Asing kan. Eh, baked benas tu bukan diblend dengan bawang2 itu ya. Hehe. Blend asing2 okeh.

3. Oh ya, terlupa nak include in lada bengala dalam gambar, aku letak je dalam kuah spaghetti ni. Kalau nak nampak kuah stand out, letak lada benggala kaler hijau. Cantik sikit kan. Color blocking gitu kan. Haha. Aku guna merah. Itu yang tak nampak sangat tu.

4. Untuk bahan perencah, you all boleh guna apa-apa ikut cita rasa dan apa yang ada dalam freezer. For me I choose to use minced meat, sausages and mushroom.

5. Dan juga aku menggatal nak guna tomato puree. Pandai2 adjust ye. Takut masam sangat nanti sebab pre made sauce itu pun dah agak masam. So, make sure letak sikit-sikit dulu eh. Aku guna yang traditional sauce kalau tak silap. Dia ada banyak jenis pre made sauce. Guna yang koang suka ye.

6. Cara nak masak?

a) Tumis bahan bawang2 semua tu yang telah dikisar.
b) Masukkan daging. Let it set for a while. Letak air sikit takut kering sangat.
c) Masukkan tomato puree(optional). Aku guna kira-kira half of the
small tin.
d) Masukkan baked beans yang dah dikisar(optional). Kacau.
e) Masukkan per made sauce. Aku guna jar paling besar.
sukat air dalam jar yang sama. Masuk dalam kuali. Let it
simmer for a while. Adjust rasa, kalau kurang garam tambah
a pinch of one or two.
f) letak a pinch of herbs. I used rosemary,mixed herbs. Nak guna
oregano pun boleh. Ni pun optional je. Hehe.
g) Bila dah agak sebati dan simmer, masukkan sausages dan juga
mushroom. Biar dia masak lagi. Guna api sederhana. Bagi kuah tu
mixed dan pekat.
h) Dah agak-agak nak dekat masak, masukkan lada benggala. Then
dalam a minute or two, tutuplah api. Tadaa..dah siap.
i) Kalau ada parmesan cheese lagi sedap. Boleh ditabur dia atas
spaghetti. Tapi, aku tak letak sebab tak ada. Jangan letak cream
cheese pulak ye. Haha. Itu untuk baking-baking je.




Jemput makan. :p




Resepi yang sangat mudah dan menjanjikan penjimatan yang berganda. Eheh. Macam iklan lah pulak. Tak, betul ni. Selamat mencuba! Kalau mak korang takde kat rumah dan korang rasa rasa malas sangat nak masak nasi dan lauk-lauk, instead of memasak meggi, apa kata try masak ni okeh. Gerenti adik korang makan bertambah. Hahahaha.. Ok, mengarut dah ni. Tapi tak tipu tau.
:)
- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 14, 2012

Carbonara

Menu Isnin lepas. Dinner dan juga menu untuk berbuka puasa. Spaggethi Carbonara. Menu merupakan request daripada lil sis. Tapi, bukannya dia yang puasa pun. Teehee. Actually aku tak gemar sangat, tetapi masaklah jugak. Tahapeape la.

Nak resepi? Haha. Tiba-tiba rajin pulak aku nak snap-snap gambar padahal hari tu jam dah pukul 6.30pm baru terhegeh-hegeh nak masak. Bukan apa, petang tu my mak lang datang dengan hubs and cousins. Then she decided to take us out for dinner. Tapi, budak dua ekor tu tusyen lah pulak malam tu, so cancel. Instead dia pi beli sate Hj.Samuri. 

Untuk membuat menu ini, senang je. 


Bahan perencah - sausages, isi ayam, cendawan butang, lada benggala


The sauce. Guna 2 tin


Untuk tumis bawang dan juga untuk di drizzle atas spaggethi

Herbs - Rosmery & Mixed Herbs

Dan juga black paper

Bawang putih (dah siap blander)
 So, macam mana nak masak?

1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sampai wangi.

2. Lepas tu, boleh masukkan isi ayam, sausages. Make sure goreng sampai dia masak. Then, boleh tambah air sikit. Let it cook. 

3.Then, masuk kan pes carbonara tersebut (aku guna 2 tin). Sebab dia  agak pekat, jadi masuk kan dalam 11/2 air(sukat guna tin yang sama). Ikut citarasa masing-masing.Kalau rasa nak cair, tambah air sikit.

4. Boleh start tambah herbs dan black paper. Dalam anggaran secubit. Aku main letak je sebab time tu puasa, so main agak-agak sahaja.

5. Then add in cendawan butang. Last sekali bila dah nak masak, add in lada bengala yang dah dipotong dadu. Agak-agak dah masak, tutup api. Dah masak dan boleh lah dihidang. Yeay!!

6.Oh ya, aku tak letak garam pun sebab pes carbonara tu dah cukup perasa. 

7. Sambil-sambil tengah nak potong-potong bahan-bahan , panaskan air dalam periuk sampai didih (sprinkle minyak zaitun sikit), lepas tu masukkan spaggethi. Untuk elakkan spaggethi melekat2, bila dah nak angkat dia daripada periuk, sprinkle kan lagi minyak zaitun dekat atas bekas nak letak spaggethi tu. Then, gaulkan dia bagi sebati. Gerenti spaggethi tak melekat-lekat dan akan tahan lama serta lebih harum. 

8. Style aku masak adalah campak-campak sahaja. Haha. Agak-agak kurang flavour ke apa ke, kena pandai2 adjust ikut cita rasa ya.


Makan time.


Guna 'Angel Hair' Spaggethi. Lebih halus daripada yang biasa dan lebih cepat masak.

Tadaa..dah siap.

The verdict? Everyone likes it except me. Aku makan sesuap sahaja dan berbuka makan 4 cucuk sate. Ehehe. Mak lang aku siap tapau bawak balik rumah dia. Haha. Tak sangka pula itu favourite spaggethi  dia. Kebetulan. Cousin aku siap makan bertambah-tambah. Bila semua licin dimakan, rasa puas hati gila. Haha.

Selamat mencuba!

Monday, February 27, 2012

Pavlova Sharapova

Okeh, tajuk tak boleh blah kan..hahaha..dahlah Sharapova kalah final Australia open hari tu..bagi can lah kat Azarenka..kan..Diorang sangat hot okeh..jealous.

Oh ya, aku telah membuat eksperiment 'Pavlova' petang tadi. Biasanya dok dengar orang heboh sana sini makan pavlova kat Alexis. Alexis pun aku tak pernah jejak, inikan nak merasa keenakan pavlova yang digembar-gemburkan itu. Well, Seremban nie apa ajelah yang ada kan..hihihi.. Ini tak leh jadi. Aku harus try satu. Lagipun bahannya mudah dan dah sedia ada di rumah. What you all need are white eggs, castor sugar, vanilla essence, corn flour and vinegar. Mudah kan puan-puan sekalian...hahahaha..Muntah..




Aku salin ikut pemahaman sendiri. Hihihi..so, ayat agak bercelaru sikit.



Korang jangan lah tiru resepi ni ye. Takut lainl ak jadinya nanti. Sebab egg whites tu aku guna baki buat macaroon itu hari. So, aku tak sure sukatan nya tepat untuk 2 biji telur atau tak.Rasanya tak sampai 2 biji kot. Gula pun aku guna 1/3 cup sahaja. Dan aku tak guna habis sebab tak mahu manis sangat. Itupun manis jugak ye. Kalau nak lihat resepi yang lebih tepat, silalah google. Ataupun usha mana- mana blog masakan yang meletops macam cik mat gebu (tiffin biru) , masam manis ( auntie azlita) and many more..dekat joy of baking pun ada resepi nya..diorang ada tunjukkan step by step. Aku just main taram je nih..haha..aku buat half daripada resepi asal. So,untuk selamat sila rujuk resepi asal di blog2 yang disebutkan diatas. Sure tak menyesal punya...Gerenti jadi..cewahh..




Pukul putih telur sampai kembang. Dengan kelajuan maksima. Add in castor sugar bit by bit. Mix  guna mixer sampai bila kau angkat bowl, putih telur tu tak jatuh apabila diterbalikkan.




Dalam mangkuk yang lain, satukan esen vanila, cuka masakan dan tepung jagung




Alaskan dulang pembakar dengan baking paper. Nie versi tak jadi punya Hodoh gils So, tukar plan B


Mulanya, aku tak reti nak buat shape macam mana. Then , aku terfikir nak piping sebab nampak CMG pun pipe his pavlova. So, jadilah dia seperti bentuk di bawah.



Versi yang jadi. Plan B.


Oh ya, jangan lupa untuk sediakan buahan-buahan citrus dan masam-masam seperti strawberry, kiwi, peach. Malangnya kesemua di atas tiada di rumah. Gila ke nak makan stroberi and kiwi hari2? Bankrupt. Tskk.. Aku tengok dalam peti ais ada  anggur + mango, so hentam je lah.  Pisang ada, tapi tak ke pelik tu nak letak sekali. Nehi nehi nehi..







Penat aku nak membuang biji2 anggur itu



Sambil buat kerja, tengok2 ada budak bertuah ni bawah kerusi. Tengok je aku buat kerja.  Suara dia halus je. Suka mengekor orang.Nama dia KKJ. Bukan Khairy Jamaludin ye. Tapi short form untuk Kiki Jr. Apak dia nama Kiki. Muka je innocent, tapi suka berak dalam rumah lepastu aku jugak yang kena bersihkan. Stress!!



Sambil2 tunggu dia masak, sila whip kan whipping cream. Sampai kembang. Mujur ada lagi stok last year. Hentam lah labu..kasi habis.









Lepas Pavlova  dah masak dan dah disejukkan, letak whipping cream atas dia dan taburkan buah-buahan mengikut citarasa . Dan boleh lah ngap ye. Aku makan masa nak teman mama buka puasa. Then tiba-tiba ayah aku lak balik dari KL. Biasanya dia tak balik. So, ayah makan almost one portion. Good daddy!! Ayah ni cerewet bab-bab makanan. So, bila dia habiskan one portion, apakah maknanya itteww ? Hahaha..Yang aku buat ni sangat kecik ye. Mini pavlova. Tadi bila aku nak turun balik nak try another portion, dah habis ok. Waaaa...sapa punya kerja ni??? 

So, oleh kerana aku makan hanya sesuap apa yang aku boleh katakan pavlova ni agak manis walaupun dah kurangkan gula. Lepas ni kena kurangkan lagi sebab aku tak tahu nak bajet macam mana. First time buat. Lepas ni, mungkin boleh kurangkan lagi. Rasa manis dia diseimbangkan oleh whipping cream dan buah-buahan yang masam. Pavlova rangup di luar, chewey di dalam. Itu yang aku boleh katakan. It's a good try. Good experience. You all should try okay!!





Hoyeahh..



P/S: Maaf gambar tak cun atas pencahayaan yang kurang serta tukang amik gambar yang super duper amatur. Ambik guna camera iPad. Malas aku nak pinjam kamera gedabak adik aku tu.

Saturday, February 25, 2012

Macaroon bukan cameroon

Indeed. This is macaroon. Versi defect sebanyak 20%. Boleh macam tu pulak ye. Kecacatan dapat dilihat pada keretakan shells. Dan jugak saiznya yang tidak consistent kerana si tukang buat (aku) hampir berputus asa kerana batter stuck pada piping beg gara2 tesumbat dek kerana tidak mengayak almond powder dan icing sugar. Ye, aku tak jumpa pengayak mak aku. Ada, tapi aku tak jumpa. Bolehlah kalau nak hadiahkan birthday present aku 7 mac nanti pengayak yang stainelss steel tu. Lebih afdhal kalau bagi food processor. Weeehuu...





Errr, they have no legs. Cacat. Aku ingat tak jadi. So, mcm tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebab nak buat macaroons ni sikit punya fussy melihat para ibuk ibuk mengeluh tatkala menghasilkan ia dia laman-laman blog masakan. Padahal guna white eggs, almond flour and icing sugar. Tabur la castor sugar masa nak buat meringue. Aku buat ni pun sebab mama suruh. Kawan dia suruh aku cuba try. Boleh? Kalau jadi, nak suruh aku ajar. Errk..Sebab hari tu kitaorang nak pergi belajar, but something came up.Tak jadi. Auntie tu tau aku tak de keje, maka dia suruh aku try dulu.





The taste? Manis ya amat. Aku tak berapa favour benda2 manis. Rasa chewey but at the same time sangat crunchy. Nampak tak betapa rapuhnya macaroons yang berlubang di atas tu. Nampak keraskan, but dia sangatlah rapuh. Bila masuk mulut, akan cair macam makan cotton candy, tapi chewy at the same time. Ditambah lagi bila sandwiched it with nutella. Ataupun peanut butter. My lil bro kata sedap. Aku cakap kat dia, tak leh makan banyak2 sebab manis. Dia hint2 suruh buat lagi. Hihihi...Insya Allah...nak buat cute2 lagi...Buat sampai tak ada defect.




Huduh nyer..maklumlah, buat dengan hati yang separuh. Ceh. Morale of the story, do the best , tak kisahlah jadi ke tak tapi buat sampai habis. Kalau failed, cuba lagi. Okay...




Berjalan gak projek baking mem baking ni. Hari tu sentap sebab nak buat snickers cheese cake, tapi my mum cakap nanti siapa yang nak makan. Dah capai dah cream cheese dekat giant hari tu. Letak balik. Then terus gi capai spaggethi carbonara punya pre made sauce. Ambik kau..balas dendam..Huaaaaa...tapi betul gak, kat rumah nie orangnya bukanlah kuat makan mana. Kena buat masa family event ke..aku dahlah tak gemar sangat cheese cake. Tapi gatal kan nak buat jugak. Tak faham betul...Siapalah nak jadi tukang makan bahan eksperiment uji kaji aku ye? Haha.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, February 24, 2012

Teka teki teka tekuk

Percubaan 1. Hari ini dalam sejarah. Kalau bijak ce teka apa benda nie...hahaha..

Clue : sebelum dibakar, beginilah rupanya.









Hodohnya. Kan? Hihi..Nanti aku update, jadi ke tak mende alah ni. Tengah tunggu dia rest dalam 30 minutes.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 12, 2011

Aktiviti Masa Tak Berapa Lapang

          
Satu: Campuran serbuk koko, gula, minyak, susu cair, susu pekat. On api lepas tu. Perghh, calorie tinggi nih!

Dua: Bajet hebat, pukul 3 biji telur ayam guna whisk saja. Pemalas nak guna hand mixer. Bajet nak gain muscle konon.

Tiga: Cilok resepi mama. Tapi mama cilok aku punya clear holder yang menempatkan resepi2 budak amatur (aku le tu)

Empat: Bukan tulisan doktor. Aku la tu..

Lima: Mix A into B. Faham?



Enam: Menjadi lah ia C

Tujuh: Lalu, marilah kita 'mengukus' ia.

Lapan: Makhluk tuhan di dalam rumah yang mencuri mixing bowl yang mempunyai lebihan batter coklat. Dasar!


Sembilan: Makhluk tuhan dalam rumh menjadi juri khas jemputan. Berdebar-debar pulak rasanya. Heh~

Sepuluh: Makhluk tuhan No.2 punya piring.
Sebelas : Tergoda? atau ia memang menggoda? Guilty Pelasure.


Duabelas: Bukan untuk dijual. Tapi untuk kawan aku yang mengidam.Pembawakan budak kah? Eh, tapi dia single lagi.

Macam ni lah perangai aku. Sepatutnya study subjek Bahasa German sebab ada vocab test isnin ni, tapi boleh relax, chill buang masa dan tiba-tiba teringat yang kawan baik pesan kek coklat suruh bawak balik Kuching. Dalam pada rasa bersalah sebab tak study, dan ada masa pulak tu nak upload gambar then tulis-tulis dalam blog .Bersalah? Tapi tak insaf pun...

Kek coklat, bukanlah kegemaran aku. Tapi choclate banana cake aku suka. Mujur. Aku makan sesuap dua dan selepas lega sebab pengkritik makanan dalam rumah ni kata sedap sampai tambah-tambah (makhluk tuhan No.1), tapi aku fikir kalau  moist lagi  shedappp kot. Aku rasa lah kan.

Aku bajet nak buat cheese tart, tapi kemalasan lah pulak. Haish~ Dahlah malas nak study, malas juga mahu membaking. Aku rasa aku dah homesick, padahal flight esok pun. Over. Aku risau sebab aku tak risau aku ada test + assignment + mid term satu paper belum start + dan sepanjang cuti aku tak study. Kalau tak buat perangai macam tu, bukan aku le tu. Kan?

Apa kata layan je lah gambar cheese tart + fruit tart aku buat masa open house raya hari tu. Lebih kurang 400++ pieces. Maaflah, pending. haha~

Satu: Mahu? Sila datang open house tahun 2012 . Sekian terima kasih.


Dua: Blueberry cheese tart versi corak yang emmm, entah. Corak motif siput mungkin. Haha~


Tiga: Cubaan pertama yang menjadi. Fuhhh~lega ahkak...



 Hmm, lepas buat entri ni rasa mengantuk. Kalau mengantuk, ubat dia apa? Tidur..Kan?

Denial. Tak nak balik sebenarnya ni.....