Sunday, February 17, 2013

Travelog Umrah: Madinah al-Munawarrah (Part 2)

Hari Pertama Di Madinah. Bergerak ke lawatan dalam sekitar Masjidil Nabawi.




Suasana Malam Di Masjidil Nabawi



Di luar perkarangan Masjidil Nabawi. Tengah menunggu Asar waktu ini. Kat luar pun boleh je solat. Tapi dalam boleh muat lagi. Tapi selalunya kawasan perkarangan perempuan ini selalu dipenuhi oleh warganegara India/Pakistan.

Assalamualaikum w.b.t,

Entry ini merupakan sambungan entry ini. Silakan baca dahulu. 


KUALA LUMPUR-JEDDAH-MADINAH

Setelah tiba di Jeddah, kami bertolak pula ke Madinah di mana terletaknya salah satu masjid yang teragung di dunia iaitu Masjidil Nabawi. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah memakan masa antara 5 ke 6 jam perjalanan. Jadi, usai sampai di Airport Jeddah, kami bertolak pula ke Madinah dengan menaiki bas.Kantoi naik bas baru sebab plastik cover kusyen pon dia tak bukak lagi time tu. Hehe. Nama bas dia Dallah.

Capture no.plate bas. Takut terlupa. Sebab bas melambak-lambak masa ni. Naya je salah naik bas.



Abaikan budak tersengih sebab excited dapat naik bas. Hehe. I told you, plastik tak cabut lagi..


Kehadiran kami di sambut oleh Mutawif bas No. 1, Ustaz Ahmad Saukani. Orang Indonesia. Oh ya, di sini  memang ramai khidmat Mutawif Indonesia digunakan. Mutawif Malaysia pun ada, cuma mungkin mereka terlibat dengan group-group lain. Mula-mula dengar dia berucap masa bas bergerak, aku sangka mutawif kali ini macam 'bapak-bapak' je. Bajet ingatkan pakcik-pakcik Indonesia la, sekali nampak muka laaa..takde la tua sangat. Haha. Adik aku kata muka dia macam Hattan time pakai sunglass. Ceh.

Oh ya, perjalanan ke Madinah diteruskan selepas selesai urusan headcount oleh ketua rombongan. Seingat aku, bas bergerak dalam pukul 9 malam waktu tempatan (Saudi lewat 5 jam dari Malaysia). Kami berhenti untuk solat Maghrib dan Isya (Qasar dan Jama' Ta'hir) di kawasan ______ (dah lupa nama tempat tu), tapi aku ingat lagi, tempat tu jugak aku pernah singgah 8 tahun lepas. Dekat dengan airport. Solat dan juga kami makan di situ. Makan nasi ayam penyet. Keadaan masih sama, surau still kecik macam dulu cumanya yang beza kawasan sekitar dah pesat membangun. 

Selesai makan di tepian koridor/jalan (makan tapau je), off we go. Moh la kita naik bas. Oleh kerana hari sudah malam, maka mata pun meminta-minta untuk dipejamkan. Tapi, aku tak boleh lena langsung time tu. Sebab rasa lenguh badan lah, seat bas tu macam keras (mengada). Sebenarnya aku memang jenis susah nak tidur dalam 'kenderaan yang bergerak'. Tapi aku tengok orang lain rilex je tidur. Jeles. Siap berdengkur pun ada. Haha. Jadi, aku pun pakat-pakat lelap mata sambil sumbatkan earphone dengar zikir dalam mp3. 

Antara terjaga dan terlena sepanjang 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah juga kami ke bandar yang bercahaya, Madinah. Seusai menghampiri tanah haram Madinah, mutawif sekali lagi memecah kesunyian mengejutkan jemaah bas yang lena sambil berceloteh menyampaikan info-info mengenai kota Madinah. Dari jauh dah nampak masjidil Nabawi bercahaya-cahaya dari jauh. Terang benderang. Melonjak-lonjak gembira dalam hati ni. Ya Allah, syukur lah sampai jugak aku ke sini jugak. Haih. Sebak+sedih+terharu+happy semua perasaan pun bercampur-campur. Time ni gelap, so hotel kitaorang tak adalah betul-betul depan masjid. Agak jauh juga. Dah nampak lampu/masjid dari jauh pun dah cukup happy. 

Turun je dari bas, mak aii sejuk betul. Suhu ketika itu dalam 15-16 darjah celcius. Load bag, kemudian tunggu di lobi untuk urusan penyerahan kunci bilik. Kami menginap di hotel Mubarak Silver Hotel. Komen mengenai hotel? Please jangan expect hotel yang kita duduk ni macam hotel yang selalu kita pergi di Malaysia. Hotel dia mungkin rate 3 bintang, tapi setelah melihat keadaan sebenar maybe aku boleh bagi dalam 1 bintang atau 2 bintang je la. Haha. Kami dapat bilik 4pak + 2pax (bayaran berbeza mengikut bilik). Kami adik beradik dan mama duduk sebilik, si adik lelaki duduk dengan ayah berdua. 

Bayangkan kami dapat bilik yang memang khas untuk 2 orang, tapi di tambahnya katil lagi 2. Sempit sampai nak letak beg pun tak muat (time tidur baru letak beg dekat bawah katil, time biasa-biasa beg letak atas katil sebab susah nak jalan dalam bilik). Haih. Tanpa dipinta, aku macam eh, bukan dulu time we all pergi bilik besar ke. Tapi, aku just senyap je la kan. Mama pun macam, takpelah. Try to be cool. Hehe. Dalam hati tu macam hampa jugak. Sebab bukanlah kita nak demand sangat tapi, 'keselesaan' tu tak ada. My mum cakap, kalau dia tahu daripada awal baik dia boleh je bayar bilik ikut harga 2+2+2. Hmmm..susah nak cakap. Rasa tertipu pun ada. Mama yang cool itu pun boleh tahan jugak lah mengeluarkan 'hujah-hujah' nya , but still she's still take it as a challenge. Imagine orang yang berkongsi bilik dengan orang yang diorang tak kenal, lagi la tak selesa kan. Apa pun, bersyukur je la. Redha.




Our hotel is 2 blocks away from Masjid. Dalam 200m. Yang positifnya pasal hotel di sekitar Madinah ni , ia dikira dekat lah dengan masjid. In Sha Allah, tak lah sejauh hotel di Makkah. Kawasan di sini pun tak berdebu serta sibuk seperti di Makkah. Ada pro and con jugak. Apa-apa pun, yang penting adalah fokus kepada 'ibadah' kita. Jangan asyik nak mengomel je. Hilang pahala.

Pagi itu, kami sampai sekitar jam 4 pagi waktu tempatan,lepas masuk bilik semua bersiap-siap terus ke masjid. Azan Subuh pertama berkumandang (sejam awal), terus mama dan adik2 perempuan aku turun ke masjid. Aku lepak je dalam bilik sebab time tu uzur syarie. Fuhh. Badan memang penat gila sebab tak dapat 'proper' sleep sepanjang daripada KL hinggalah sampai ke Madinah. Aku ni dahlah jenis nak tidur mesti di atas katil. Itu baru betul-betul tidur (bagi aku yang mengada-ngada ni , hehe). Sambil tunggu depa semua pulang, aku take a nap dalam 15 minit, then bangun balik mandi dan bersiap sarung jubah hitam, then sambung tidur balik. Penat wehh. Lepas diorang balik, dalam pukul 6 smth, terus siap-siap pakai tudung untuk ke dewan makan. Pernah duduk asrama? Ha, lebih kurang macam tu lah ye cik adik dan cik abang sekalian. 

Expectation aku sekali lagi 'meleset' gara-gara membayangkan buffet spread (breakfast) seperti yang selalu aku pergi di hotel-hotel di Malaysia. Please, korang kena banyak 'bersabar' dan terima je apa sahaja okay. Eh, time 8 tahun yang lepas (1st umrah), jemaah tak ramai sebegini. Jadi, makanan best dan banyak choice! Juga tempat makan tak payah berebut or kena main chop-chop tempat (kalau tak de tempat makan boleh bawak makanan naik atas bilik sebab ruang yang tak mencukupi). Hehe. Cuma mungkin syarikat travel agency ni dah 'up' dan ramai orang pergi dengan dia, maka agak 'sesak' sikit ye. Ramai group-group lain pun ada sekali. Ada yang dah 2 hari sampai di Madinah, ada  group yang dah nak berangkat ke Makkah dan ada juga group yang baru sampai (group kami). Hmmm, ye sesungguhnya dalam tempoh 8 tahun memang banyak perkara yang dah berubah. 

Tak nak mengomel banyak, aku simpan je semua 'expectation' aku dalam hati. Apa yang penting, adalah aku dah sampai di sini dan kali ini datang bersama ayah dan adik-beradik.  Itupun dah kira bersyukur. Kalau nak 'selesa' dan  expect semua 'macam di Malaysia', silakan pulang ya. haha.  Perkara 8 tahun lepas, sila simpan dalam hati sahaja. Payah kalau asyik nak banding-bandingkan. Oh ya, kecuali kalau korang pergi dengan package vip or vvip, maka semua ini tak akan berlaku. Kot.

Mama lawak je. Dia tak tahu ada package yang boleh duduk di hotel 5 bintang or dalam kata lain package vip. Bila dia belek paper hari tu, nampak lah iklan travel agency yang aku pergi umrah ni ada tawarkan package vip (duduk hotel hilton Madinah dan Makkah). 

"La, kalau mama tahu mama amik je package ni" kata dia. Beza harga seribu ++ kot.

Takpe la ma, takde rezeki. Ada hikmah nya tu. Ada jemaah negara lain tu, lagilah duduk merempat je kat tepi-tepi masjid. Takde pun duduk hotel. Lagi kesian. Ye, benda-benda macam ni banyak mengajar kita erti 'syukur' kan. Astagfirullah..maafkan kami Ya Allah jika kami terlupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang  engkau berikan. Maafkan kami. Aku fikir, hotel ada bintang atau tak, vip atau tak, yang paling utama adalah bagaimana kita menggunakan sebaik-baik masa dan peluang yang terbentang luas untuk beribadah di sana. Sangat-sangat penting. Niat itu kena selalu betulkan. Ingat balik tujuan kita ke sana. In Sha Allah, masalah kecik tak jadi besar.

Hari pertama berkisar sekitar lawatan dalam iaitu kami dibawa melawat sekitar Masjidil Nabawi dan juga  Raudah (di dalam masjid). Apa yang berbezanya kali ini, jemaah wanita mempunyai 'mutawif wanita' untuk lawatan dalam. Best. Kalau dulu, memang main aci redah je time nak masuk masjid untuk pertama kali. Sekarang alhamdullilah, pihak travel agency dah sediakan khidmat mutawif wanita. Jadi group lelaki pecah dengan group wanita. Kami melawat ke sekitar masjid, ke maqam baqe', dan juga mengucapkan salam pada Rasulullah di hadapan perkarangan masjid. Aku yang waktu itu uzur syarie rasa sebak juga lah. Sedih sebab tak dapat masuk masjid. Nak pergi Raudah jugak, nak pergi makam nabi. Tapi, rezeki aku bukan waktu itu. Tapi di waktu lain yang sememangnya Allah s.w.t dah tetapkan (nantikan cerita menarik nya nanti ya). Sekali lagi aku belajar sesuatu di sini.

Jadi, bila mereka dah masuk ke masjid, aku pun balik lah ke hotel sorang-sorang. Nak lepak luar masjid, tak de geng lah pulak. Lagi pun aku tak bawak apa-apa pun time tu. Duit pun tak tukar lagi. Nak jalan keliling round-round, dah la aku sorang-sorang je time tu. Macam tak selamat je kan. Kena ngorat culik nanti macam mana..haha..

Dan begitulah berakhirnya hari tersebut. Subuh-Zohor-Asar-Maghrib-Isya' untuk hari ke-2 di Madinah aku masih lagi uzur syarie. Sudah ketentuanya begitu. Apa pun, aku bersyukur sebab sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. He knows everything.  Esoknya, hari ke-3 aku dapat solat Isya' di dalam masjidil Nabawi. Alhamdullilah. Berkobar-kobar ni aku berjalan ke masjid sorang-sorang (time tu depa semua dah pergi ke masjid awal), sambil hati berlagu-lagu berzikir la, kejap kang selawat la. Bertukar-tukar. Hehe. Excited sangat time tu. Jemaah memang ramai. 

Yang penting, kena yakin dan ingat pintu mana kita masuk dan kena 'confident'. Jangan takut-takut, sebab ini rumah Allah. Itu je. Time tu dah nak dekat Isya', so memang crowded. Melalui pengalaman-pengalaman lama, kalau nak gi saf depan kena pandai-pandai langkau-langkau. Maksudnya, kat sini diorang main redah je even kalau kita tengah sujud, depa main langkah je. So, jangan marah sangat kalau time kita tengah solat tetiba ada orang main aci lalu je depan saf kita. Adik aku mula-mula dia rasa marah dan pelik awat la depa ni lagu ni. Haha. Lama-lama dia pun 2x5 jugak.

Next entry, aku akan cerita pulak pasal 'lawatan luar' sekitar Madinah. In Sha Allah.


Thursday, February 14, 2013

Travelog Umrah : Permulaan (A Journey to Remember)

Assalamualaikum w.b.t,

Ini merupakan permulaan catatan perjalanan kami sekeluarga. Tanggal 22 Januari 2013 merupakan detik pertama perjalanan ke dua tanah suci iaitu ke Madinah dan seterusnya ke Makkah, Arab Saudi bagi menunaikan umrah.

Oh ya, kami menggunakan travel agency Andalusia Travel & Tours. Alhamdullilah, perkhidmatan amat memuaskan (di hati aku). Pengurusan mereka teratur sebab mereka dah lama dalam 'line' ni. Ada few hiccups here and there, but we have to always look at the bright side. Kekurangan itu ada dimana-mana kalau kita suka sangat nak cari, benda remeh pun boleh jadi besar kan. Mutawif yang bertugas pun terbaik.Thumbs Up! Sebab seperti yang telah diceritakan di kelas-kelas mingguan  pra persediaan ke tanah suci (aku pergi di Andalusia cawangan Senawang, Seremban. Para mutawif yang dilantik Andalusia semuanya adalah lulusan universiti luar negara seperti Jordan, Mesir dan mungkin ada juga lulusan tempatan yang telah ditemuduga dan dilatih khas oleh pihak Andalusia, seperti yang dikatakan oleh Ustaz Lokman (salah seorang anggota Muzakarah haji kebangsaan termuda). Ustaz Lokman bagi ceramah umrah best sangat! Tak membosankan dan menarik serta dia sangat lah pak lawak dan humble  even dia antara orang terpenting di sektor Haji. No wonder tempat ceramah asyik full house. Ehem, ustaz tu bujang lagi tau. Haha.


21/1/2012 (Isnin)

Luggage 'kami' masih tak siap lagi walaupun esok dah nak bertolak. Siap maknanya tidak boleh dibuka-buka semula ye. Tak finalized lagi la kiranya! Mama and ayah masih chill tak packing lagi. Ayah sibuk uruskan hal wasiat and stuff. Hal kerja lagi. Mama busy berkemas, settlekan apa yang patut. Ingat lagi kita orang empat beradik dok pulun 'last minute shopping'. Haha. Sebab semalamnya aku tak sihat. So, agak kelam kabut sikit pada hari kejadian untuk 'memborong' segala tok nenek barang yang masih tak ada.

We went to buy hand socks, stokin, tudung (again!), potong rambut kasi cut it short sket, beli film instax untuk kamera si adik (sudahnya tak guna pun sangat kat sana). Kiranya we all pergi Zulda Masri (cari hand socks and socks) then proceed ke sekolah mama (ambil borang apa entah), singgah ke kedai tudung (cari tudung yang 'labuh' sket dan dapat dipakai dengan 'segera dan selesa' di sana, then pergi Aeon (cari sandal dan adik-adik meneruskan agenda masing-masing) , pergi ke Giant Senawang pulak (gunting rambut, cari sandal lagi, pergi guardian, beli CD Zikir Terapi Hafiz Hamidun (best! kononnya nak dengar guna cd player yang baru dijumpai. Takpe, kita kena sokong dengan beli yang original kan.) dan destinasi terakhir pergi ke The Store a.k.a Ocean lama (akhirnya jumpa gak sandal yang dicari). Akhirnya, we head straight to home. Sampai je rumah dalam pukul 9 p.m Wan dan Atok dah ada di rumah serta disertai oleh Pak Teh sekeluarga dan jugak Pak Cik sekeluarga.

Aku sudah dapat gambarkan macam mana lah nanti time mama dan ayah nak pergi haji nanti. When they will left us 4 beradik di tanah air. Sedih. Pakcik-pakcik ku datang ke rumah dengan membawa balik amanah yang ditinggalkan oleh ayah kalau-kalau beliau tak pulang semula ke tanah air. Aku sempat jeling-jeling dan nampak ayah sibuk briefing adik-adiknya. Dokumen bertulis pun ada ditinggalkan. Lengkaplah semua.

Malam tu dalam pukul 10 p.m selepas tetamu balik kecuali wan dan atok (bermalam di rumah), kami mengemas beg apa yang patut. Adik aku dua orang tu (perempuan) masih 'lost' kalau boleh semua nak angkut bawa pi sana. Besalah perempuan. Atas nasihat kakak (aku) yang sudah ada pengalamn ke sana, akhirnya beg mereka berjaya dizip (the next morning). Tapi, beg diaoranglah paling berat sekali. Aku tidur dalam pukul 1 a.m waktu itu dan bangkit semula pada jam 5.45 a.m. (sebab dah kena sound siap2 oleh mama, kena bangun awal sebab pukul 9.30 a.m dah nak bertolak ke KLIA.

22/1/2013 (Selasa)

Bangun pagi, iron jubah seluar (first time ever pakai woo), kemas itu ini, kemas bilik, breakfast (nasi lemak bersama rendang daging wan , sambut kehadiran mak sedara + pak sedara dari kampung (to say goodbye) + jiran (few). Haih ini serupa macam nak pi Haji. Hehe. Tetamu datang mengucapkan selamat tinggal. Thanks datang. Atok first time ever cium pipi kiteorang kiri-kanan sebelum pergi. With his teary eyes, nampak kesedihan dia nak lepaskan kiteorang pergi (atok adalah bekas askar pencen yang garang ye). No worries atok, kiteorang akan belikan (dah beli pun) 5 pasang selipar fav atok. Made in Madinah n Makkah je. Boleh dipakai sementara tunggu atok pi umrah kali ke-2 time umur dia yang ke 75  nanti (dia sihat walafiaat lagi).

Kitaorang pergi KLIA naik  land cruiser and (staff car ayah). Ayah dan mama satu kereta, kami empat beradik satu kereta. Dalam kereta, macam-macam perasaan bermain di benak. Dalam hati tak putus-putus doa agar perjalanan kami ini dipermudahkan. Alhamdullilah, doa kami dimakbulkan. Perjalanan yang sangat 'smooth' dan terasa DIA itu Maha Mendengar. 

Kami berkumpul di bahagian paling hujung sekali di terminal perlepasan antarabangsa (gate 13 kot, tak ingat). Sebab area tu dekat dengan check in kaunter bagi Saudi Arabian Airlines. Sementara menunggu pihak travel agency sampai, lepak-lepak dulu. Lil bro sempat la tapau pancake dia from McD. Aku tak rasa berselera pun. Maybe sebab tak sabar nak pi sana kot. Haha. Macam-macam perasaan. Sementara tu, ramai juga staf-staf ayah datang to say good bye to their boss. Heaven lah diorang ayah tak ada (note: ayah sangat strict dan garang di tempat kerja, tapi kat umah dia sangatlah ayah yang  penyayang).

Dalam pukul 12 tgh, dah mula nampak ramai geng yang pergi bersama pada hari ini (SV22). Dalam hati fikir, ramai betul. Tak seramai waktu first time pergi umrah 8 tahun yang lepas. Kaunter dah dibuka, makin ramai berkerumun di sekitar.Dengan orang yang 'menghantar' jemaah lagi pun sama sibuk. Hehe. Kitaorang chill je takde kaum keluarga yang buat rombongan menghantar sebab semua dah say goodbye awal-awal. Bagus jugak sebenarnya sebab waktu-waktu macam ni 'jemaah' harus menyediakan 'minda' dan 'rohani' mereka untuk berada di sana. Tenangkan fikiran, banyakkan berzikir,doa, tafakur. Entah, aku prefer macam ni, tak suka terlampau nak riuh-riuh sangat dan juga tak mahu menyusahkan orang.

Kemudian pegawai bertugas panggil para jemaah yang pergi untuk ambil goddies bag dan juga tag nama beserta jadual perjalanan sepanjang berada di sana. Waktu ini, mereka hanya minta para jemaah mengumpulkan beg yang nak di check in ke kargo. Setelah semua urusan bagasi (they all yang uruskan, jemaah tak perlu susah-susah nak chek in beg sendiri), mereka mengumpulkan semua jemaah SV22 seramai 176 jemaah (SV22 ni nama group kitaorang, jadi kena tahu kita ni group mana satu sebab banyak group under Andalusia nanti di Madinah dan Madinah) di kawasan yag ada stage (area balai tinjau). Taklimat diberikan di sana oleh pegawai bertugas. We were accompanied by one Mutawif (yang akan jadi ketua rombongan 176 orang ini the whole journey sampailah kita pulang semula ke tanah air). Di sana nanti, kumpulan seramai 176 ini akan dibahagikan lagi kepada 4 kumpulan beserta dengan mutawif masing-masing. Kalau kumpulan 1, maksudnya adalah group SV22, kumpulan 1 dan juga bas 1. So, janganlah nak tukar-tukar kumpulan pulak eh bila sampai sana. Diorang dah ada name list kita semua yang sudah siap sedia dibahagikan dalam kumpulan.

Dalam pukul 1.15 p.m boarding pas serta pasport tak siap lagi padahal boarding time adalah jam 2.30 p.m. Nak pergi ke terminal satelite lagi naik aerotrain, nak beratur imigresen lagi dan juga mahu solat lagi. Para jemaah termasuk keluarga aku masih sabar menanti. Di sini lah kita kena banyak-banyak melatih diri untuk 'bersabar' ye. Sabar. Takmo marah-marah. Cool je. Akhirnya dalam pukul 1.30 p.m kami berjaya mendapat boarding pas masing2 dan terus ke pemeriksaan imigresen dan seterusnya ke bangunan satelite.

Lebih kurang pukul 3.30 p.m kapal terbang berlepas daripada bumi Malaysia tercinta ke Jeddah, Saudi Arabia. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. In flight intertainment best. Macam-macam ada. Hehe. Tapi, aku fikir lebih baik masa yang ada di habiskan dengan mengulangkaji sedikit sebanyak ilmu tentang 'umrah', tak pun bawa tafsir Al-Quran dan baca dalam perjalanan, berzikir, berselawat ataupun tidur je. Kalau takat nak tengok movie, balik Malaysia pun boleh kan. Hehe. Dalam Saudi Arabian airlines siap ada channel Islamic khas lagi. Macam-macam. So kalau bosan boleh je layan dokumentari pasal umrah/haji, dengar Al-Quran Recital, Lagu2 Nasyid, layan movie arab ke. Banyak sangat benda dalam inflight entertainment tu, sampai tak habis explore.

Dan setelah makan (2 kali) + serta mendapat tidur yang secukupnya ( tapi aku tak tidur pun), kami tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz pada kira-kira jam 7.30 malam (waktu tempatan). Imigresen sana semua ok je alhamdullilah. Tak ada masalah langsung. Sekejap je dah boleh lepas. Dan sejurus keluar daripada imigresen jangan terkejut bila ada yang meminta daripada kita pasport. Itu adalah ajen muassasah jemaah di sana. Macam andalusia ada muassasah mereka di sana. Mereka (mat-mat arab) akan tunggu di depan balai ketibaan  sambil panggil "mari mari haji/hajah pasport" or panggil "andalusia pasport pasport", dan sila serahkan pasport kepada mereka. Sepanjang keberadaan kita di sana, jemaah tak perlu pegang pasport masing-masing. Kad pengenalan pun tak payah susah-susah nak bawak. Tak laku pun. Hehe. ID kita di sana adalah tag nama yang telah diberi oleh pihak agency. Lengkap semua details. So, sila pakai tag nama dan bawak ke mana sahaja ye.

Sekian sahaja entry untuk kali ini. Akan ada sambungan lagi. Sila tunggu ye. Entry bergambar juga aku akan buat (kalau rajin). Aku rancang nak tulis sedetail yang boleh supaya nanti boleh ingat balik apa yang berlaku. Macam umrah aku yang dulu, berapa peratus memori je ada dalam kepala otak ni. Aku ingat-ingat lupa. Sebab tak teringat nak buat catatan pun. Gambar pun tak amik banyak waktu tu. Lepastu bajet Einstein lah sangat kan. Haha.

So, stay tune.