Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Timeline

Buku-buku. Semua tu berlonggok je atas katil sebenarnya. Tak ada cantik bersusun macam tu pun. Haha. Semua dah habis baca kecuali 'mudahnya menjemput rezeki'. 'Travelog Haji' memang best!!! Mesti mata berair je time baca, lepas tu lap-lap balik air mata. Haha. Betul, tak tipu.










Yang ini pulak, novel time aku sekolah menengah. Kot? Now kan cerita ni tengah 'meletup' macam pop corn dekat astro mustika hd. Adik aku sibuk ikut cerita ni.
Aku? Tak boleh la. Nanti aku mesti nak 'komplen' kalau tengok versi cerekarama.

Tiba-tiba rasa nak baca balik. Heeeeee...

Tiba-tiba terasa 'back to memory lane'.

Dulu range umur aku gila baca novel cinta cintun adalah pada umur 12 tahun - 16 tahun. Seriously. Aku start sangat awal. Pantang dapat masuk kedai buku, mesti nak beli. Lebih-lebih lagi Ahadiat Akashah punya novel. Liana Afira Malek, Aisya Sofea..and ada few lagi I can't remember. Seriously addicted. Kalau pergi pwtc masa book fair memang rasa nak borong semua novel.

Sebab tu aku matang dengan cepat kot? Hahahaha...

Now? Aku sangat malas nak invest on novel. Sebab mostly jalan ceritanya aku dah boleh agak kot. Haha..

Sekarang umur pun dah meningkat, genre pembacaan pun slowly berubah. Ehemm..


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 24, 2011

Let's talk future, shall we?

2012. Coming soon. Very soon.
And my resolution next year would be....*drumrolls*

Rahsia.Haha. Let me keep that to myself okay.

Adakah sekitar tahun hadapan aku akan membuat kontrak menjadi supir, ulang alik hantar adik-adik ke sekolah? Who knows right? Oh, aku rasa aku akan berulang alik rumah--->Sekolah Menengah King George V. Babe, you've made a right decision! Stick to your plan.

Juga,

Adakah aku akan menjadi seorang pelajar lagi?Again? Tak penat ke weh..? You tell me.

Juga,

Adakah aku akan dapat join Putrajaya Night Marathon 2012 yang tarikh rasminya pun tak keluar lagi?

Juga,

Adakah aku akan kerja part time sebagai gadis kopi. Eh, maksudnya keje dekat Starbucks? Aku prefer Kinokuniya. Opssssie...

Juga,

Adakah aku dapat masuk Uitm? Pasti kah? Fikirfikirfikirfikirfikirfikir.

Juga,

Pasti ke ini semua yang aku mahu? Frasa pertama dan ketiga aku pasti. Yang lain ada sedikit sangsi.

Betulah. Aku dah sampai fasa di mana aku kena take everyhing seriously. Let me make it clear, E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G. This is not fun. Kena map out my destination and plan the direction. Check bearing. Arah angin semua. Eh??? Haha. I mean, prepare for the future.

Exciting + Thrilling + Scary = Future.

Ya ya ya, no one knows what the future holds , kan?That's the fun thing. Surprises. Ehmm, but I can't bear surprises.

Macam, aku rasa aku perlu cari 'minat' / 'hobi' baru. A new muse. Selain membaca. Itu keperluan. Bukan sesuai di namakan hobi, mungkin. Juga selain memasak/membaking. Itu kemahiran. Yang wajib dipelajari. Haha. Survival skill. Semua orang memang sedia tahu dan pandai masak pun kan*coughing + rolling eyes*

A new muse would likely be, possibly be..

#Membuat jahitan manik Passed. Next2 year.
#Menanam bunga? Bunga melur? Pokok Jagung boleh tak? Tak ada tanah.
# Menjahit?Pftttt. Bosan la.
# Fotography.
# Writting. Emm, blog cukuplah.
# Jual ais krim malaysia. Nanti adik aku yang habiskan aikrim tu. Sure tak kan dapat untung pun.Tsk.

Fotoghraphy seems okay. Aku ada one point and shoot camera. Canon Ixus (model apa tak ingat). Colour dark brown. Ayah belikan. Aku ingat lagi. Tiba-tiba je masa kitaorang kat Wisma Saberkas (kat Kuching) nak beli printer kot, tiba-tiba ayah kata "jom beli camera". Sebab? Entah, tak ada sebab. Touching tak? Hahaha. Ish, suka tau buat aku terharu. Hmmmm...Tiba-tiba teringat kat ayah yang forever pun busy je. Hmmmm...Rindu la pulak.

Malangnya, nak tau tak kamera tu pergi mana? Ada je tersimpan dengan kemas di dalam almari. Teehee. Pemalas nak ambil gambar. Ye, dah lah tak ada skill nak amik gambar, dah tu tak mo kurang berminat belajar  'techincal-know-how' of a camera or  how to take one beautiful pikcha. Aihh..

Macam mana nak tangkap gambar yang super bermakna dan cantik guna 'compact camera'? Is it possible? Shutter speed, lighting, ISO semua tu sumpah aku tak faham. Tapi, serius teringin nak tangkap gambar yang cantik-cantik. Haha. 

Adikku, nak pinjam dslr ang boleh tak??...ehehe...

Oh ya, I've been de-stressing my self watching matlutfie Vlog. Lawak ahh dia. Baguih betol. Pandai ang buat vlog eh.

I think, for 2012 I need to run hand in hand SOLO. I mean, it's really a time for me to be 'the star of the year'. Focus on healing. No commitment. Only a commited vow. To my own self. It's okay to be alone. Yeahh. Fresh start for a new life. Senyum.

You cannot give something that you don't have. Macam bila aku tahu hati aku tak cukup lagi nak dibahagi-bahagi sama rata dengan manusia sekeliling aku, aku perlu 'recharge' balik. Dan cara aku nak cukupkan rasa dalam hati aku supaya aku boleh bahagi dan kongsi dengan manusia-manusia sekeliling aku adalah dengan baiki diri aku dulu. Tunggulah aku sembuh dulu. Haha. A damage beyond repair. It's gonna takes some time. Mungkin 2012 boleh bawa makna. Who knows.

Doakan aku.

Thursday, September 8, 2011

4 bulan yang akan datang,please be good to me okay.



*Currently Playing : Astair, Matt Costa* ----lagu ni best, bagi aku.


one way ticket: checked

semester registration : checked

semester fees: checked

luggage: ------

stuff to bring back to kch: -----

state of mind: ------ bluerghhh *don't wanna gooo, but got to go.what to dooo laaa*

date of departure: September 13, 2011. 0710-0855. AK5200


Masa mencemburui. Ah, tak apa. Empat bulan sahaja. Dalam tempoh empat bulan, macam-macam boleh terjadi. Sedar tak sedar nanti, dah masuk bulan 1, 2012. Yehuuu~ *tak sabar tak sabar nyeee*

4 bulan terakhir di Kuching. 

enjoy every moment there. take lots of picture. pergi national park. banyak tempat yang aku tak pergi lagi..nak pergi bako national park lagi. cultural village pun tak pergi lagi. panjat gunung gading..

this is why i need my car there..huarghhhh~malangnya ia akan tetap berada di Seremban. Rest in peace my bubu. So gonna miss you while i'm desolated there..When i need you the most, that's when you leave me kan..nasiblah..terpaksalah aku sewa kancil manual yang stereng ketat nauzubillah..haha~ aku pasti, aku sure akan telan airliur, envy tengok orang drive kereta menyerupai my bubu at home..cemburu doe!!! if only aku boleh pos kereta ....

Resolution *for next coming semester a.k.a the final semester* :


enjoy, be happy, be more positive everyday, finished what i've started . score all A's for the subject i'm going to take *mood skema*. jadi budak rajin. attend EVERY class comes rain or shine. baca notes before lecture. be positive. be positive. be positive and HAPPY. Live one day at a time.

Thursday, July 7, 2011

when you are trying to be perfect,
you cannot be whole.
-Jane Fonda-

Heard em on oprah yesterday.

Monday, May 2, 2011

Doa-Chairil Anwar

Kepada pemeluk teguh,
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
13 November 1943

Kalau korang pernah dengar lagu Aisyah (x sure tajuk dia apa),
Sure macam familiar dengan lirik di atas itu kan.
Aku pun baru tahu yang sebenarnya liriknya diambil dari puisi Chairl Anwar.
Lagu yang sangat touching dan puisi yang indah.

Saturday, April 30, 2011

Aku ingin....

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..

-aku ingin mencintaimu dengan sederhana karya Sapardi Djoko Damono-


Dalam sungguh makna puisi ini.
Simple yet meaningful sangat, rasa nak menangis.Heh.
Aku sampai fikir dua tiga kali nak kasi faham.
Tapi, serius gren banget deh puisinya. *feeling ada apa dengan cinta*
Btw, here is the sources. 
 

Thursday, April 28, 2011

Masa hadapan yang kabur

Ramai yang tanya aku, especially bila balik cuti sekejap minggu lepas. Makcik, sepupu, wan, atok.....

"Bila nak habis belajar?"

Fikir dua tiga kali. Nak jawab apa ye sebab jawapan yang akan aku jelaskan  pun aku  masih kabur. 
Take the safe side, dalam hati berbisik.

"Tak lama lagi. Akhir bulan 8 ni Insya Allah habis." safe answer.

Kemudian muncul pulak soalan yang aku tak berapa suka nak jawab. Korang agak-agak apa? Nak kahwin bila? Eh, bukan soalan itu. Heh, soalan tu tak keluar lagi. Tunggulah tahun depan ke.

"Lepas ni nak keje lah ye?"

See. I hate this question. Please people. Please make my life little easier ohkay. Tapi dah wan(nenek) tanya, tak kan nak buat dek je kan.

"Errrrr..(lambat-lambat jawab) rileks dulu kot......" safe answer lagi.

Ayah macam hint hint aku. Mungkin dia tengok mood aku agak baik masa balik cuti study week hari itu kot. On the way ke airport dia tanya macam-macam pasal course apa aku nak buat masa short sem nanti, kolej dapat ke tak, bla bla bla bla...pointer sekarang berapa...Ish, dah banyak kali kot aku bagi tau. Tapi, biasalahkan lelaki mana nak ambil port benda-benda remeh cam ni. So, kena rewind banyak-banyak kali. Dah faham dah. Ayah oh ayah ku sayang~

"Dekat UPM ada tak course yang sama macam course along sekarang?" ayah bertanya.

"Master ke? Ada kotttt..." Er, ni ayat macam nak suruh sambung master je nih dalam hati berkata-kata.

"Selain UPM? Uni lain adaa lagi ke?"

Actually, banyak uni ada tapi aku malas nak elaborate sebab dah lah bunyik radio kuat. Suara pun tenggelam timbul je.

"Uni kat terengganu tu...." jawab pendek. 

"Buat kat UPM pun okay. Dekat dengan rumah. Dekat Unimas pun mesti ada kan..." 

"Ish, tak mo dah lah duduk sana" cepat-cepat aku balas dengan suara seolah-olah annoying gila dengan uni. aku sekarang Hehe...

Mama and ayah macam gelak je.

"Takpe, nanti bawak la kereta sekali" ayah saja provok.

Aku senyap je. Bawak kereta ke tak ke, aku tetap dah tak mahu duduk sini.Hmmmm...

"UPM pun ok jugak" Ayah menambah.

Mama mencelah..

"Ayah ni memang gila akademik betul" mama cakap ala-ala mengusik ayah.

Then ayah bebel apa entah. Lebih kurang setakat gaji 2 ribu keje dekat KL tu macam waste of time..bla bla bla bla.......*bersyarah*

Aku dengar tak dengar je sebab volume lagu dalam kereta menghadkan pendengaran aku yang memang kureng ini.

Thanks mama. Aku tahu mama macam back up aku. She knows what my interest is. Hari tu masa kitaorang buat coklat pun dia cakap "Kan nanti along nak ambil culinary"...Mama cool sikit. Tak kisah pasal qualification apa semua ni. Asal perangai baik dah cukup. Yeah, my mum is a teacher. Instead, ayah agak...mmmm, macam mana nak cakap ye..Kalau boleh dia nak aku belajar sampai PhD kot. At least qualification kena lebih dari ayah ataupun sama dengan ayah yang ada master degree.

Ye, memang aku sangat sangat bercita-cita nak melanjutkan pelajaran kalau boleh sampai ke peringkat yang tertinggi. Memang impian aku pun. Tetapi, sekarang aku dah sedar yang bidang aku berada sekarang is not my forte. Serius bukan. Dan even suruh buat free pun haram jadah aku akan buat dengan hati yang senang dan gembira. Cuba kau suruh aku masak ke , mengajar masak or cooking class untuk ibu tunggal kemudian diorang dapat buat duit dengan ilmu yang kau ajar tu. Hell yes aku akan rasa puas gila. Free pun aku sanggup. Tapi, aku kena menuntut ilmu dulu lah kan. Itu perancangan dan impian aku.

Bila ayah tanya lagi macam tu seolah-olah dia tak faham apa yang aku nak. Padahal dulu aku dah jelaskan . Maybe dia ingat aku dah 'deal with the problem'. Tak ada masa depan  ke kerja dalam line 'culinary'. Hina sangat ke? Nampak macam budak tak pandai belajar, you go and choose 'culinary'.Habis cerita Sedih la..Yang ayah nampak, aku buat master jadi pensyarah. Then sambung PhD. That's it. At least bila ada orang tanya, anak kau kerja apa? "Pensyarah"..Tak lah segan nak jawab kot. Pada pandangan aku lah . Maybe he's  bit much dissapointed because I'm no where near to be a doctor, lawyer, engineer and you name it pekerjaan typical yang ibu bapa idam-idamkan anak mereka akan jadi. Sorry, I'm not what you want to be dad. Sorry for not getting so many  A's in SPM, Matrix, Uni...Kalau itu yang dapat bahagiakan mereka. Aku yakin my parents is not like that, but half of me said yes they are. They've never showed it, but I can feel it.Ke, aku yang perasan sorang-sorang.

Apa aku nak buat. Nak bahagiakan hati ayah atau ikut kehendak hati sendiri. I'm a universal feeler raher than a thinker. Bila aku kaji semuala, kebanyakkan keputusan yang aku dah buat selama ini semua berpihak kepada ciri-ciri seoarang 'feeler'. Apa-apa keputusan yang aku buat mesti aku akan fikir sama ada ia akan memberi kesan kepada orang sekeliling, terutamanya yang tersayang. Susah nak jadi manusia degil bila aku pun bukannya  seorang yang degil. Bila jadi keras kepala pun macam best jugak kan. Tapi, aku mesti tak sampai hati nak hampakan harapan orang lain.

Que sera sera
Whatever will be will be
The future is not ours to see
Que sera sera
What will be , will be.

Walau apa pun, aku tetap sayang ayah. Sampai bila-bila.





Wednesday, April 27, 2011

Bahagian ke-3



Hye the sayangs..for those yang berjaya baca part 1 dan part 2, tahniah!! Nanti boleh claim hadiah..teeheeee...*okay ni gurau je..* Before that, minta maaf di atas gangguan mata anda para pembaca atas sketch yang huduh itu. Tuan hamba ni dah lah fail seni. Harap dimaafkan ye..

Back to the business..*ehem ehem mod serious* 
 

~~~~
Dalam pada keadaan kalut caca marba itu, aku didatangi oleh si apek lori ais.

"Amoi, lu apa macam?" suara separuh menjerit. Marah mungkin. what the heck kan...

Aku dah lah cuak gila , takut dan semuanya bersatu. Dah lah kepantangan aku kene jerkah-jerkah macam nie.Nanti nangis.Gyhahahahaha... Masa ni masih didalam kereta. Tak keluar sebab hujan dan aku takut nak keluar sebab takut kereta bergerak ke ape,meletup ke..Ha, pintu aku tak leh bukak ye.  Tak tau kenapa..

"Sorry , sorry uncle.. Nanti saya bayar nanti saya bayar.." gila tergagap-gagap aku. Hehehe. Time nie cuak kott. Sebab aku rasa macam salah aku je. HAish..Mind you, aku baru lepas nangis masa nie. Terkejut kot.

Si apek lori ais nie pun mcam susah hati. Dia bebel itu ini, aku dah lupa apa. Then dia mintak no hp aku, aku ambil no dia. Dia kena hantar benda pagi itu. So, dia chow dulu and dia kata jumpa dekat balai. Fine.

Then, aku teringat something. Call ayah. Sebab si Abg X tuh lama lagi kot nak sampai. Part nie paling tak menahan sebab aku kene tahan untuk tak menangis. Cover suara beb. Ayah dah lah kat semenanjung time tu.

"Ayah, along accident.. kena langgar dengan lori"

"Ya Allah.........................." Kuat gila ayah menjerit....

"Kat mana ni?" suara ayah dah lain macam. Cam risau gile campur suara cam nak menangis.

"kat depan airport..bla bla bla bla......"spill all the details dengan tenangnya padahal dalam hati dup dap dup dap. But the same time I was relieved because I'm still talking and alive.

"Ada luka apa ke" soal si ayah yang kerisauan lagi...

"nope, sakit kepala je. Terhantuk kot...." aku secuba boleh nak bagi explaination yang tak akan merisaukan orang dekat rumah.

"okay, nanti ayah call Lt. Col Z (tak ingat nama uncle ni), nanti dia tolong....bla bla bla bla..Dah of enjin kereta ke belum..?"

"okay..dah"

"duduk dulu dalam kereta"

"ok"

Dan aku bersama cik adik manis itu pun menunggu lah didalam kereta kami. Haish. Tak ada kereta pun yang sudi menjenguk. Maybe sebab hujan dan masing-masing sibuk nak ke tempat kerja..pagi kan time tu. Tunggu punya tunggu dalam 20 minit ke lebih kurang akhirnya kawan ayah aku Uncle Z pun datang bersama staff carnya.. Rileks je dia tanya aku itu ini. Sejuk sikit hati aku ada orang dewasa lelaki yang boleh dipercayai datang.  Fuhhh...Uncle Z ni tentera ye. Dan kemudian datang lak Uncle M pun kawan ayah aku yang memang orang Sarawak. Diaorang duk bincang itu ini and yada yada...Kalau depa tak ada tak tau la macam mana nak hadapi semua itu. Cehwah..drama..

Lepas tu, aku and cik adik manis di bawa ke rumah uncle Z yang dalam kem tentera sebab dia nak gi meeting pagi tu. So , dia incharge kan Sarjan Q. So, sarjan Q yang akan accompany aku gi balai polis .Kepala aku masa tu memang tak leh di kata sakitnya bagaimana. Kepala tak injured, but aku syak ini sebab terhantuk dekat stering masa kena langar. Berdenyut-denyut dan perit.

Sesampainya di balai, Abg X and his friend sudah samapi yaww..Kereta kancil kemek pun ada. Actually, aku pun baru tahu yang kereta tu sebenarnya bukan Abg X punya. Itu kereta yang dia sewa dekat seorang Abg D. Kiranya Abg X sewa kereta nie bayar setiap bulan katakan RM500 then sambil sambil tu dia sewa kan lah kereta nie dekat student lain. Kereta atas kereta lah katanya.

Dalam aku yang masih kesakitan kepala yang teramat, aku kene buat report. Polis tu ambil report aku and apek cina. Berasingan ye. Memula aku expalin dulu. Cerita cerita apa yang berlaku sambil itu si polis nie catit dalam komputer. Then, aku kene lukis or sketch cam mana kejadian berlaku. Heh, dah lah kepala aku sakit weiii.. 

Dah habis bagi report, Si sarjan Q and cik adik manis bersama Abg X and kawan dia tu ada lah dekat luar settle itu ini, borak-borak sambil mendengar cerita dari cik adik manis kot. Aku tak borak sepatah pun dengan diorang. 

Kebetulan pulak, flight aku balik semenanjung adalah pada petang kejadian tersebut. So, aku kene balik kolej , kemas barang semua and bersiap untuk ke airport petang nanti. Nie bulan ramadhan ye kawan-kawan.dan hari itu aku ponteng puasa sehari sebab aku nak telan panadol. Kenalah menjamah sesuatu kan..Tapi dah ganti ye..heeeeeee

Balik je terus baring and tidur...Petang tu dengan kepala yang sakit amat, rasa macam bengkak tau. Driver Uncle Z datang ambil bawak gi airport balik.

Tau tak seksanya aku nak makan waktu itu. Nak nganga mulut pun perit dow, inikan nak mengunyah. Dah lah terblei burger McD. Bajet boleh makan kan. Nie bila buka mulut je pun dah sakit. Memang momen yang tak dapat dilupakan kah. Dan time nak tunggu flight, macam macam bende terlintas di kepala. Kiranya buat reflection tentang apa yang telah berlaku. Serious rasa macam mimpi.

Then sampai dekat Klia mama and ayah dah sampai. Lepas peluk cium mama check kepala aku dan dan tu jugak. Hehe, bengkak sikit. Tapi semua macam cool je lah kan...

Sakit tu dalam seminggu jugak lah nak hilang. The next day, mata aku jadi sepet (sebelah kanan) gara-gara pelipis aku yang bengkak. Serious weh, buruk benor rupanya. even time raya pun tak surut-surut lagi. Macam kene belasah dengan orang je . Aku kan pakai spek, so tak obvious sangat lah.. Thank god..

Dalam beberapa hari tu, baru lah gi private hospital nak check itu ini. Buat scan kepala sekali. Doctor tu cakap tak apa-apa and dia just bagi ubat untuk redakan bengkak...

Sebenarnya banyak benda lagi yang terjadi sejurus aku pulang ke kolej lepas balik cuti raya. It's a bittersweet of life lesson I would say. Malas la nak citer benda-benda pahit. Tak syok...Kene tuduh/assume yang aku nie berpura-pura baik padahal jahat gila memang pahit , sebab aku tak pernah kena. So, now I've learn my lesson. Aku mungkin maaf kan kau, tapi aku tak akan lupakan apa yang kau pernah cakap.....

I was depressed only Allah knows. And I didn't tell anyone. Pernah sekali selepas uruskan hal itu ini, tiba tiba without my knowing, air mata mengalir and  I was just sobbing alone. Results exam? Jatuh selepas zaman kegemilangan. Life lepas tu? Monotonous. Owh, I might spill it in the other entry. Cukuplah setakat nie okkay .Hope those who's reading be extra alert when you are driving.Terlampau berhati-hati pun susah jugak kan bila bawak slow cam kura-kura. Itu pun boleh membahayakan diri gak. Just kalau nak speed maksure  speed kat highway je lah ye. Jangan nak merempit tak tentuhala.Bawak phone and maksure ada credit even time nak beli groceries depan rumah.  And simpan no tel orang-orang yang dirasa dapat membantu dikala kecemasan.

Ingat ye, kalau nak sewa kereta tu fikir 100x. Itu kereta orang dan apa-apa boleh berlaku. Sampai sekarang aku tak ligat nak keluar bila dekat kolej. Dekat satu sem kot aku tak bawak kereta manual gara-gara 'trauma' dengan apa yang berlaku. Aku tak takut drive just aku takut untuk involve dengan mana mana kereta sewa. serik kot. Cukuplah sekali...Even sampai sekarang nak pergi airport pun aku akan call taxi biarpun kena bayar RM30. Tak kisah lah asalkan tak menyusahkan orang. Itu lebih baik kan.




Uncle Z. Maybe borak-borak dengan ayah kot. Report itu ini.





The aftermath. Mujur kereta ada atas divider jalan. Kalau dekat tengah-tengah jalan camna..



Uncle Z and Uncle M

Macam ni lah rupanya keadaan di tempat kejadian. Kereta menghadap traffic. Boleh bayangkan tak?

Tow truck.

Tuesday, April 26, 2011

Pengalaman Hampir Mati

Hello sweet people who's reading right now.
Seriously I heart you from the bottom of my heart. Mhuahhhhh *ok, lap air liur sekarang!!*
Serious tau.Heeeeeeeeeeee...Kalau rajin, comment la, I don't bite. I'll give you flying kiss instead. Free je..Nak tak?? Lol..

Err, tajuk di atas macam serius je kan. Ye, memang agak serius jugak lah. Sebab melibatkan persoalan hidup atau mati. Dan I almost experienced that kind of situation. Dah lama. Lebih kurang 2 tahun lepas. 17 September 2009. Ramadhan ke 27. Masih ingat lagi ni tarikh dan tak akan lupa sampai bila-bila *gila emo*. Terlibat dalam kemalangan jalan raya. Accident berlaku pada waktu pagi around 6.50 am if I'm not mistaken dan hujan.

I've been meaning to write this story long time ago. But I was too 'dwell' with that situation and didn't have the courage to recall what had actually happened. Now, alhamdullilah I've got back my strength and can drive confidently. Chewah..kekadang rasa best gila kalau nak speed. Mind you, dekat rumah sekarang just ada kereta auto sahaja. So, heaven lah bawak kereta kan. Need not to use manual car where you should control the clutch and accelerator. Kene balance kan supaya tak mati enjin especially bila berhenti dekat simpang or traffic lights. Sangat mendebarkan bawak kereta manual, tapi thrill. Rasa best je tukar-tukar gear. But, a bit leceh and sakit kaki kalau traffic jam.

Oh, let's back to the main point. Masa waktu kejadian berlaku, aku masih berada di Kuching. On that day, I was supposed to send my housemate to Kuching airport because she had a morning flight. So, right after subuh prayer, we went to the airport. Ye, memandangkan kami masih belajar, kami hanya menyewa kereta.Kereta kancil je pun. Sejam Rm5. Urusan sewa kereta diuruskan oleh my housemate. Aku hanya diamanahkan untuk membawa kereta pulang je.So, that's it. Kerja aku just drive that car from the airport safely and return it back to the owner.

Malam tu aku dah rasa tak sedap hati. Pagi tu pun perasaan rasa lain macam. Entah, tak sedap hati. Maybe it's a cue lah kan. Tapi, I didn't bother. Buat macam biasa. Sebelum-sebelum ni memang dah biasa hantar kawan-kawan pergi airport. Baru beberapa hari sebelum kejadian aku ada hantar kawan pergi airport. Tapi just drop them at balai berlepas je lah. That's all. But nak dijadikan cerita, hari tu my housemate gi parking kereta and suruh teman dia pergi check in pulak kan. So terpaksa lah megekor. Ingatkan just drop her dekat balai berlepas sahaja, the boleh la berdesup balik ke kolej. Aku dah lah tak pernah gi parking kereta dekat airport tu and tak berapa arif macam mana nak gi uturn balik dari airport untuk ke kolej.

Then, tibalah masa nak balik. Hujan pulak time tu. Hati macam rasa something. Buat bodo je lah kan. Ambil tiket and slowly keluar dari parking lot and the lane looks clear, though. I made my way. But I just don't know what really happend after that tiba-tiba I hesitate nak terus ke nak belok kanan. Kalau terus memang akan sesat because I've never lalu that way. Minyak dah lah my housemete isik sikit giler kan. Kedek tol. dalam pada itu, suddenly I terus belok kanan nak buat u-turn and then bammmmmm!!!!!!! Itu je yang aku ingat. Bunyi yang kuat and rasa macam berpusing.

Luckily at that moment I was not alone. Ada my junior temankan on the way nak balik tu.

"Eh, kenapa nie Y? kenapa nie...."

"Kak kita accident.." my junior replied.. Suara dia cam nak nangis.

Aku blurr sangat time nie. Tak leh berfikir langsung. Agaknya orang accident memang akan jadi macam ni kot. And my head hurtsssssss a LOT. Sakit sangat berdenyut-denyut. I guess I hit something. Stereng mungkin.

"Ha, kita kat mana ni Y" aku lagi blurrr..sebab kereta masa ni bukan dekat atas jalan dah. Dan kereta kitorang menghadap traffic.. serius otak aku tak boleh nak proses kenapa and apa yang berlaku sebanarnya. Macam amnesia. Dalam 10 minit.


Dan...to be continued....

Masa ni aku dalam kereta kawan ayah. Dia yang tolong settle.


Panjang giler cerita, rasa malas lak nak tulis. Nanti bila mood datang ak cerita lagi ye... Nanti aku upload lagi gambar. Insya Allah..take care you all!!

Monday, February 21, 2011

Kawan Kahwin

Oh, saya adalah sangat gian nak menulis. Tadi macam dah rangka apa yang terpendam. Mood adalah agak baik ye untuk waktu sekarang. Hehehe..Oh sekejap..lagu apakah ni dalam radio..jiwengss sgt..x sukaa!! Kata macho kan.Mana layan lagu fesyen serabut cenggini..Inikah namanya cinta yg dicari yadayaa...oh~lirik x boleh belah..

Ape ek nak cerita..Oh, semalam kawan lama masa sekolah menegah dekat JB kahwin. Tahniah kepada beliau. Umur 22 (thn ni) dah kahwin. Bagus bagus. I'm soo happy for her . Ramai gak kawan kawan lama turun dekat wedding dia tadi. Aku of course la tak pergi. Tengok dari FB je lah. Kalau duduk semenanjung sudah tentu akan ku usahakan pergi.

Wow, kahwin dalam usia 22 tahun pada zaman ni memang agak rare. Tak ramai muda mudi yang tengah hangat bercinta akan ambil keputusan utk kahwin dalam usia yang amat muda. Lebih-lebih lagi pasangan sama umur dan masih menuntut lagi. My friends tu still studying lagi kat Melbourne. Rasanya husband dia pun sama gak. Tapi ye lah kan, tahap kematangan tak terletak pada umur . Maybe umur je nampak muda dan macam eh, tak matang lagi kot nak kahwin nie tapi persetankan itu semua kerana ada je orang yang kahwin muda and Alhamdullilah bahagia je aku tengok...My mum lagi lah, kahwin umur 21 kalau tak silap..awal nyer..

Aku? Nak kahwin..no no no..not yet for now..eheh, bukan tak nak kahwin, tapi bukan buat masa sekarang. Calon pun tak nampak lagi batang hidungnye, mancung ke idok hidung tuh, ni nak citer kahwin pulek...Nak bangun pagi secara istiqomah pun agak lemah, inikan pula nak jadi isteri orang. Banyak lagi yang aku kena baiki diri. Luar dan dalam. Nak jadi isteri, ibu, kenalah bersedia mental dan fizikal. Dan aku rasa aku belum cukup matang ataupun mampu untuk pikul tanggungjawab yang sangat besar tu. Tak sempat lagi aku nak berbakti dekat mama and ayah. Nak belanja adik2. And mana ada duitt nak kahwin..Macam mana nak tempah baju sepasang dekat Rizalman...hehehe..

Oh, merepek pasal kahwin, esok ada midsem tak study apa lagi okay. Tak tau bila nak insaf nie...Oh~

Monday, January 10, 2011

When I make her cry..

It was said and done..The pain in my chest has gone away.And I'm not hoping to feel it again in any time soon..

On the way to the airport (9/1/2011-Sunday)

Mama yang hantar pergi LCCT. Ayah main golf rasanya pagi tadi. Sikit pun aku tak tanya mama ayah pergi mana. Entah, bukan nya aku tak kisah, tapi aku tak nak terasa kot. Aku tak nak tahu kenapa dia tak ada. Aku just buat conclusion sendiri sebab tengok golf set ayah x ada and kereta putih x ada. Sedih lah jugak dalam hati ni. Tapi aku fikir maybe ayah lebih berat hati nak lepaskan aku pergi kot.

On the way, aku pretend kuat. Dalam hati aku, berperang dengan macam2 perasaan. Mama drive myVi..Mama ada tanya aku, nak drive ker? Aku macam malas lah pulak kan. Sebab aku tahu, on the way nanti mesti mama nak cakap "sesuatu".

Sampai dekat sendayan mama started asking 
"So, how's your decission? Dah fikir apa  along nak buat?" 
Aku senyap. Pandang depan.
Mama cakap, dia dah tak tahu cara apa lagi nak buat. Keputusan terletak dekat tangan aku. Tapi mama x berleter lah. Then her voic started to crack. And guess what, mama cried while talking to me. Ya Allah, aku buat mama menangis lagi. Tapi aku still control macho. Aku keep chanting, tough, be tough..strong. Padahal air mata dah bertakung dekat kelopak mata.


Mama kata kalau dah itu keputusan aku, uruskan semua proses nak berhenti. Ayah dah tak nak masuk campur urusan aku lagi. Dalam hati aku rasa macam sedih and terkilan sangat. Ayah sampai dah berpatah arang dengan aku..Sedih. Tapi air mata x tumpah lagi masa tu. Aku diam jer. Tak menjawab satu soalan pun.


Then towards the end mama cakap, sebab tak nak anak2 mama and ayah susah diaorang sanggup bersusah payah nak sediakan segala kelengkapan untuk kitaorang adik beradik. Itu sebab sayang sangat dan tak nak anak2 rasa susah semasa belajar macam mama and ayah dulu2. 


Tapi anak2 sekarang (aku lah tu) susah sikit, tak boleh. Ada cabaran, tak boleh handle. Mayabe sebab "comfort" yang aku dapat and rasa selama ni menyebabkan aku tak "tough" or kuat semangat macam mama and ayah. diorang asal orang susah. Aku nie terlebih over dose . Nak apa semua dapat.


Nak kereta? Ayah dah beli. Ayah beli myVi sebab nak pujuk aku supaya habiskan degree..Hebat tak hebat ayah nak pujuk anak dia yang seorang ni? Itu termasuk dalam perjanjian antara aku and ayah. Dia akan belikan kereta, tapi dengan syarat aku mesti habiskan degree..even itu kereta second hand.


"Mama rasa mama and ayah dah sehabis baik beri semua untuk anak2. Tapi tak tahu lah pulak kalau ada yang mama and ayah x berikan lagi"


"Mama nak along tahu, mama tak pernah beza2 kan anak. Mama and ayah sayang semua sama"

"Mama think positive je. Mama anggap nie sebagai dugaan Allah kpd mama" 


Satu yang membuatkan aku sayu bila mama cakap, "Mama and ayah tak marah or benci along. Itu along kena tahu."


"Mama bersyukur sangat anak mama semua mendengar kata. Tak liar, tak keluar malam balik lewat." At this point, aku tak dapat nak tahan kesedihan yang aku pendam tadi and burst into tears. Aku tak meraung tapi just air mata meleleh2. Mama pun nangis kot.


Sedih, aku rasa bersalah buat mama menangis. Dah dua kali mama menangis depan aku. semua sebab aku. Tak tahu lah pulak kalau mama pernah menangis sebab aku masa aku tak nampak. 


While mama cari parking, aku pun terpaksa lah melangkah ke balai berlepas untuk chek-in. serious mata aku rasa memang macam lepas menangis. Air mata kat pipi pun kering tak kering je. Tak sempat nak kesat dengan tisu. Aku start menangis masa nak sampai airport. Tapi kalau orang tengok, maybe diaorang akan ingat budak nie mesti nangis sebab sedih nak nak tinggalkan family.

Dalam plane pun aku rasa sedih jer. Mujur seat sebelah kosong . Aku duduk dekat 10F. Menghadap tingkap. seat first je ada orang. Tapi aku x ambil kisah. sesekali air mata terkeluar gak. 

Dalam hati aku masa dalam kereta, memang aku set mind aku, apa pun yang terjadi, aku mesti teruskan habis degree. Then baru aku kejar apa yang aku minat. This is for them. aku kena stop being selfish and take responsibility. I've to end what I've started. Aku sedar, aku tak dapat nak balas jasa mama and ayah  mebesarkan aku. Tapi, making them happy is my No.1 mission. They are the angels is my hearts.

Now, I'm here in my alma mater. Syukur sangat2 semua urusan aku dipermudahkan hari ni. Aku rasa sangat positive, sangat strong and this is my second chance. Aku kena yakin diri, stay strong and positive all the way till the end.

Surprise surprise, aku tak payah nak extend sampai 1 tahun. Not even half semester. Rupa2nya, aku boleh habiskan core subject semester ni.Ini sebab pngk aku 2.8. Aku ingat tak boleh sebab png aku 1.93 semseter lepas. Tu yang fikir kene drop subject. Luckily my supervisor, Mr. S sangat2 understanding siap tanya "Awak macam mana, okay x?" as soon as I poped out at his door. dia kalau boleh nak gak aku habiskan and grad on time. Being caring as he is, dia siap duduk berbincang dengan aku dengar apa plan aku for next agenda. He is so helpfull . Bertuah dapat lecturer mcm Mr.S... 

Surat permohonan dekan? Checked. Dah signed. Esok tinggal nak bayar and terus uruskan pendaftaran...Syukur Alhamdullilah. Allah permudahkan urusan aku.. Syukur sangat. Hati rasa tenang, dah tak berserabut macam dulu...Inilah ujian buat aku..