Showing posts with label Being Positive. Show all posts
Showing posts with label Being Positive. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

5 tahun dahulu dan sekarang

Oh man. Pernah tak rasa perasaan yang "apa yang aku dah buat selama ini" (dengan tanda soal  yang super banyak dibelakang pertanyaan).

Memandangkan aku godek-godek(literally:baca) semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within yang dipinjam dekat library, aku telah membuat senarai semak perbandingan "Aku 5 Tahun Lepas" dan "Aku Sekarang". Dan juga membuat perancangan "Aku 5 tahun Akan Datang". Berkajang-kajang kertas aku guna untuk menulis. Haha. Below are just the summary.

Lima tahun yang lepas, umur 17 tahun-2006-messed up-SPM

5 tahun selepas itu,

Sekarang. Umur 22 tahun-2011-not that messed up anymore-a mediocre-undergrad student

5 tahun akan datang. 27 tahun-2016-monumental-happily taken (ehem)-lecturer/tutor

I am looking back, take a step behind and rewind the mental picture of who I used to be. And what I used to think. Looking back, I just felt that I want to override the old me and say "You are capable of anything and you have a power beyond measure. Keep strong and hold on". I wish I was saying that. But I just don't.

Apalah yang remaja berusia 17 tahun fikir kan? SPM SPM SPM. 10A1. 10A1. 10A1. Fly oversea. Be a doctor. UK.

Serious aku tak tahu apa yang aku nak pada usia itu. Alah, nak jadi doktor pun sebab rasa macam 'best' kot jadi doktor. Haha. 

Matrix? Flunked. Uni? Almost to the edge. Deep down aku tahu, "I more than what's written on my exam slip". Adakah itu ayat-ayat manusia denial? Haha. Entah. You figure.

It hurtful you know. 5 year ago. Entah, susah nak cakap. 

Aku ingat lagi masa dalam kelas physic, jasad aku ada dalam kelas, pura-pura beri tumpuan padahal otak aku melayang entah ke mana. Memanjang fail. Orang lain excited nak belajar, aku tak. Aku pura-pura belajar.

Kelas add maths lagilah. Sampai pernah aku dengan budak-budak yang fail kena denda lari keliling basketball court dengan cikgu add maths yang super garang. 

Aku tak tahu apa jadi dengan aku waktu tu. Yang pentingnya, jiwa aku hilang entah ke mana pun aku tak tahu. Bukan masalah cinta ke apa ek. Haha. Sekolah aku semua perempuan.

Sebab sekolah aku ni sekolah berasrama penuh yang semuanya dikalangan cerdik pandai bijak bestari, maka aku ini adalah antara yang tercorot.Kalau nak tengok ranking exam bulanan, nak cari nama aku kena start daripada No.114 (sebab batch aku ada 114 orang) .Lebih-lebih lagi bagi subjek Add Maths.

Kalau kau masuk asrama penuh, memang akan fahamlah bahawa sekolah kau tu akan 'push' student untuk dapat A sebab nak naikkan ranking sekolah. Ranking itu lebih penting. Imej sekolah itu lebih penting.

Kelas yang aku enjoy, BM,BI,Agama Islam. Subjek inilah pun yang aku cemerlang sikit. Haha. See, nampak kan kecenderungan aku ke mana. Seni. Ceh. Seni lah sangat. Yang selalu fail Physic-AddMaths-Kimia. Biologi okay sikitlah.Sebab membaca. Math Mod pun lemah weh. Aku rasa dalam SPM 2006, aku telah mencemarkan rekod sekolah dengan mendapat B3. Aku rasa budak-budak batch aku  semua dapat A1. Sebab memang tradisi sekolah aku time SPM , batch senior2 dulu2 memang dapat semua A1 dalam maths mod. Gila kentang betul.Oh ya, antara sebab aku nak jadi doktor adalah sebab aku terel biology sikit lah. Haha. Yang lain asyik fail je.

Klasifikasi pelajar yang cemerlang/masa hadapan cerah = Jumlah A yang dicapai

Kau dinilai hanya berdasarkan deretan A dalam kad kemajuan pelajar. Sistem 'nilai' a.k.a life values? Oh, tak penting. Asalkan banyak A, maka itulah dia pelajar cemerlang. Bahagia hidup di dunia. Akhirat? Tanggung sendiri.

Tak penting pun kalau kau seorang pelajar yang jujur,amanah, bertanggungjawab, bersopan santun, hormat orang tua, sembahyang cukup 5 waktu sehari, puasa penuh di bulan Ramadhan , dengar cakap mak ayah, tak mencarut, tak mengumpat/kutuk cikgu senyap-senyap tapi pura-pura baik depan cikgu, tinggi common sense, tak escpae kelas, tak escape prep,t ak menipu, tak mencuri, tak fly dari sekolah senyap-senyap, tak ada hubungan songsang etc.

Semua dia atas tak penting, asalkan kau score sebanyak A yang mungkin.Senang kata, tak perlu jadi baik pun.

Mungkin aku tak 'sepandai' mana di mata cikgu/kawan-kawan dulu, tapi aku tahu aku ada values of life yang aku pegang. Yang dah ditanam dalam blueprint aku sejak kecil. Yang mama ayah dah ajar aku dulu-dulu. Yang jadi kan aku, aku. Bukan mereka.

Tapi, manusia tak pandang itu semua bukan? Seriously. Aku pernah rasa. Memang semua orang akan "judge a book by its cover".

Mungkin silap aku, lambat dicover apa yang aku mahu + minat + kecenderungan. Tak banyak exposure. At least sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.

Ourselves is not our physical. We are our soul. We are a spiritual being experiencing life in our physical body. Sorry, I couldn't come out with the right phrases. It's in Anthony Robin books. Dah hilang those pages.

Perasan tak, bila manusia mati jika ditimbang jasad sebelum dan selepas kematiaan, tiada apa yang beza. Dia tetap mati. Jasad masih terkaku, tetapi yang hilang dan pergi adalah 'roh' atau 'soul' dia.Manusia-manusia yang masih di 'preserve' dalam bilik mayat, physical still intact(bergantung kepada kes kematian), tapi yang menentukan dia hidup atau mati adalah 'roh' seseorang itu.

Baru aku faham. Tak pernah terfikir pun sebelum ni.

One beautiful soul is so hard to find, kan? It will always comes with a high price for you to attain one or to be the one. It's like a sacred gem.

P/S: Ya, aku sengaja tutup ruang komen kali ini. No expectation. I just wanna vent out my 2 cent. Dan ya, aku belum tidur lagi sebab otak aku aktif banyak fikir perkara,selain exam yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang.

Friday, December 16, 2011

Tolonglah jaga elok-elok

Ok, semalam aku ada 'terbaca' blog seorang blogger  yang aku tak pernah 'terjumpa' pun blog dia sebelum ni. Dan, tskkk..Ohh emm gee, he makes me wonder. Semua spesies lelaki di muka bumi ni sama juga ke lagu itu? Err, ayat-ayat dia dalam blog memang 18sx dan faham-fahamlah yer. Isu-isu yang dia selalu tulis pun 70% pasal hal-hal ____ haha. Faham-faham sendiri lah.

Pfttt..mencemarkan pemikiran aku. Haish. Ok, aku tak berazam pun nak usha lagi. Tapi kalau korang rasa nak usha, silakan. 

Aku bukan apa, kalau boleh biarlah tulis perkara-perkara yang baik dan menggunakan ayat-ayat yang baik. Entahlah, aku macam tak boleh terima kalau 70% ayat yang digunakan adalah bahasa-bahasa yang sepatutnya **** kan. Finelah, kalau dah tak tahan nak mencarut pun, try lah guna bahasa yang tak ekstrem sangat.

Sebab, 

Apa yang kita Baca, Dengar, Lihat, Fikir semuanya mempengaruhi aktiviti 'subconcious mind' yang maha power. Tahukah anda yang minda kita terbahagi kepada dua ; concious mind (CM) and subconcious mind (SM) *mood dicovery channel*. Bagus kalau tahu. Kalau tak tahu pun takpe. Meh aku bagi tahu.

SM ni kiranya macam 'minda segar' (bak kata Prof. Dr. Muhaya) dan dia beroperasi 24jam tanpa henti. SM ni kuasanya sangat hebat, jika kita tahu macam mana nak 'handle' dia.

Nak cari SM? Dia ada di setiap cell dalam badan kita. Katakanlah average cell dalam badan manusia ada 63 trillion, so SM is in each of those cells. So, sebab tu kamu orang pernah terbaca tak pasal 'self healing' dan macam mana ada manusia yang 'sakit' boleh 'heal' dengan sendirinya. Provided, they know how to engage with their SM.

Sebab apa aku kata Subconcious Mind ni hebat? Sebab, bayangkanlah siapa yang kawal aktiviti pam darah ke jantung, yang kawal uptake oxygen, kawal hormonal activity, yang kawal urinary baldder kau masa kau tidur mahupun dalam sedar? Cuba fikir, apa akan jadi bila minda kau 'fikir' hatta sesaat dua untuk 'how to breath', sah sah lah kau akan mati kan.Ciptaan Allah yang hebat.

Itu daripada segi saintifik. Ini aku cuba bagi contoh daripada segi non-scientific pula.

Katakanlah Ah Bu selalu tengok tv cerita cerekarama bodoh pasal cinta-cemburu-bunuh-orang kaya kejam. Dia kemudiannya suka baca blog yang asyik cakap benda-benda mengarut dan sampah - tak berilmiah - bahasa kesat. Dan dia juga amat gian baca komik - mangga - harian metro. Selain itu Ah Bu juga amat menggemari mendengar lagu lagu yang tiada nilai. Itu adalah rutin dia. Kalau tak buat semua di atas, bukan Ah Bu lah tu. Mungkin itu adalah Ah Bang. Kot. Oh ya, dia suka juga buang masa layan FB usha page awek-awek cun. Cuci mata beb.

So, apa yang terjadi dengan (Subconcious Mind) SM Ah Bu? Cuba lihat pattern 'pemikiran' dia. Macam yang telah dikata apa yang kita lihat - baca - dengar - fikir semua akan meresap masuk dalam SM. Yang uniknya, SM ni tak langsung filter apa-apa. Dia tak kenal mana satu unsur yang 'baik' dan 'jahat'. All those stuff, embeded in your SM. Well done Ah Bu. SM ni ibaratnya macam sekeping ladang yang maha subur. Dan apa yang kau lihat - baca - dengar - fikir semua yang bakal menentukan apakah 'hasil' nya nanti. Kalau kau tanam lalang, tak kan nak expect dapat pokok durian ye tak? Logic. 

Sebab apa pentingnya kita 'tanam the right seed of thought' adalah, perkara tersebutlah yang akan membentuk 'habit' kita. Kan aku ada kata, minda kita ni ada dua part. Satu adalah minda sedar ; dua adalah minda separa sedar (subcon mind). Minda sedar ni adalah apa yang kau fikir. Dan the only way to get through your subconcious mind (SM) adalah memalui Concious Mind dahulu.

Contoh:


Ah Bu sering rasa malas nak buat homework Add Math sebab dia rasa dia lembap/lambat pick up.(Ini adalah ketika Concious Mind dia yang berkata-kata). Banyangkanlah, selama sejak form 4 sampai lah form 5 dia dok kata "aku bodoh, aku lembap, aku memang tak boleh buat, aku loser" tiapkali nak buat Add Math. So, what happend here? Slowly, tanpa dia sedari dia dah tanam seed of thought yang cakap dia bodoh-loser and all. SM dah pick up all those saying dan tengah berhempas pulas nak buktikan yang apa si Ah Bu katakan itu memang benar. Ingat, SM will never able to distinguish bad Vs good stuff. So, jadilah Ah Bu seperti apa yang 'dikatakan' dan 'difikirkan'. Memang selama-lamanya dia loser dalam Add Maths. Oh, aku pun benci gak Math and Add Maths. Mujur SPM score.Padahal masa exam memanjang fail. Haha.


Sebab tulah penting kena selalu 'kawal minda'. Maksudnya apa-apa perkara yang bakal difikir/dilihat/didengar/dibaca, maksure benda-benda bagus yang baik dan kalau terbuat yang selain itu, cuba justify kan dan jadikan dia 'baik'. 


Bak kata Prof. Dr. Muhaya kita ni sepatutnya hidup daripada 'dalam ke luar' dan bukan 'luar ke dalam'. Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.


Aih, panjang doe aku bebel-bebel. Maaf. Haha.

Yang Benar,
-Manusia yang sedang dalam proses nak jadi lebih baik sebab dia pun banyak juga buat benda tak baik sebelum ini-


Thursday, December 1, 2011

Mata Hati

Banyak yang nak dicoretkan, banyak yang nak dikongsikan.
Syukur Ya Allah kau gerakkan hati aku.Walau mata sembap bila bangun tidur , tapi hati rasa lapang sangat.
Macam, aku dah jumpa the reason kenapa aku ada di sini , i mean the real reason kenapa aku hidup.
Syukurlah.

Baru aku sedar, aku selama ni hidup main-main. Tak fikir masa depan. Tak fikir nak cari DIA. Aku rasa aku ok, tapi aku tak ok pun. Lompong. Hati tak hidup. Banyak sangat dosa.
Apa saham akhirat aku? 
Apa dah cukup ke bekalan nak bawa ke alam barzakh dan di padang mahsyar nanti?
Aku masuk neraka ke syurga andai kata aku mati sekejap lagi ?
Aku blogging ni apa manfaatnya? Nak show off ke, nak cari keredhaan DIA? 
Siapa aku di mata DIA?
Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ni?
Serius banyak persoalan-persoalan yang dulu kabur, sekarang dah makin jelas. Tapi yang aku paling sedar, selama 22 tahun hidup ni aku banyak melihat perkara melalui pandangan mata fizikal, mata nafsu dan mata akal. Amat jarang sekali aku cuba nak pandang setiap perkara dengan pandangan mata hati. Padahal itu lah yang paling penting.

Macam aku dah terlepas banyak perkara-perkara penting dan bermakna sebab selalu pandang setiap kejadian/perbuatan manusia/ bukan dengan pandangan mata hati. 

Dalam setiap benda/perkara yang aku nak buat, tak pernah pun sekali nak associate kan DIA. Patutlah hanyut. Sebab tak ada matlamat. Kala ada pun matlamat setakat nak mencapai kebahagiaan di dunia. Nak kejar semua perkara dan sampai terlupa, aku ada matlamat yang paling penting . Akhirat. Apa yang aku fikir selalu how to please people, tapi pernah kah terfikir how to please Allah. Aku selalu fikir, apa yang manusia akan kata pada aku tapi pernah tak aku terfikir apa yang Allah kata/fikir tentang aku?

I hope, we are in the same page. It's never too late to change. Percayalah. Bila kita bersedia nak tuntut ilmu, 'guru' akan datang. A saying from someone (i can't remeber). Not literally a teacher, tapi maybe gerakkan hati untuk buat kebaikan or kita terselak buku , or terjumpa something on the net or terjumpa someone. It can be anything. And I hope, I can give little something to y'all..okay..


Saturday, November 26, 2011

We chase, we lose.

We are chasing things.  I reckoned that. It's just not you. No worries. I did that too. Orang selalu cakap," kita kena kejar apa yang kita mahu".  Tapi, relevenkah pemikiran sebegitu?  Lojiknya, bila kita kejar sesuatu, benda yang kita kejar itu pasti akan lari bukan. Refleks.

Kita dikejar anjing - buka langkah seribu. Kita kejar someone yang kita mahu, dia lari. Logic. Kita kejar our dream job, we'll never settle for that.

Why does that even happen? Bukankah bagus bila kita go for what we want, isn't it? So, we chase after something like crazy.

Perasan tak kadang-kadang perkara yang berlaku dalam hidup kita berlaku bila kita tak rancang apa-apa. Ia berlaku dalam keadaan kita tidak aware. When we least expect it. And, it just happens.

Bila kita dalam keadaan 'mengejar' sesuatu be it - job, lover, wealth and etc.,  we actually created a state of mind that we 'lack' something. Dan apa yang berlaku, that state of mind will keep coming back and create the same situation over and over again. Bila kita fokus pada apa yang kita tiada, guess what? Kita akan terus dapat apa yang di fokus kan itu. Null.

And yes, we are desperate. The state of 'lack' something shows that we are so desperate. We can never get what we want when we are in that state of mind. That's when we 'need' something.

You've got to be able to tell apart between 'needing' and 'wanting'. Because the feeling of needing is totally different from the feeling of wanting.

Wanting is more of happy anticipation. Bila kita mahu sesuatu, kita fokus pada apa yang kita akan dapat. What we will be having. And, that is why we get it.

Dan aku sedar bila aku dalam keadaan desperate macam when i lost something (memang dasar pelupa), i'll search that thing frantically like a mad person. Masa tu, my state of mind was so 'kaca bilau' dan dalam keadaan 'desperate', because i need that thing real quick.  Apa yang terjadi biasanya? Sama ada tak jumpa atau pun akan jumpa dalam kadar masa sejam lepas itu ataupun esoknya , tapi yang pentingnya bukan pada waktu dan saat itu. Kadang-kadang, benda yang dicari depan mata saja, tapi boleh tak nampak. See, bila kita desperately need something, we won't get it.

Jadi, dengan cara bagaimana kita nak atasi perkara dia atas? 

First, kena wujudkan state of mind yang membolehkan kita bertenang. 'I deserve to get what i want' , 'I have all i need'. See, that kind of words are so empowering dan menunjukkan yang kita ada sesuatu, dan bukannya 'lack' of something.

Usaha, dan terus usaha untuk dapat apa yang dihajati. Tapi, pastikan kita ada set pemikiran yang betul. Kalaupun apa yang dikejar/hajati tak kesampaian, terus cuba sampai dapat. Keep moving on. Mungkin tak tercapai hari ini, dan siapa tahu esok-esok kita akan dapat bukan? 

Bak kata Yuna, "tak semua kau rancang akan berlaku". Penakut.

Tak bermakna bila kau 'let go' sesuatu kau akan kalah bukan? Tak bermakna kau 'move on' kau mengalah. Maknanya kau kuat. Kau pandang ke masa hadapan. You have all that you need. More than enough.

Aku tulis entri ni untuk diri sendiri sebenarnya. Nak pujuk diri supaya lebih berusaha dan yakin yang aku layak dapat semua impian-impian dalam hidup. Memujuk diri untuk lebih 'care' dengan diri sendiri. Memujuk hati untuk percaya yang aku boleh. Memujuk diri untuk ...banyak perkara sebenarnya. Senang cerita, memang aku dedikasikan khas untuk diri sendiri. Oh ya, untuk kamu juga.Wherever and whoever you are, stay strong okay. Be your own cheerleader.

Manusia cepat sangat lupa. Aku? Lagilah. Nak nasihatkan orang memang senang. Nak yakin kan diri sendiri, bukan main payah lagi tahu. Dalam aku sedang mengarang entri ni, aku harap tiap apa yang aku coretkan, aku akan ingat sampai mati. Terus masuk dalam kotak memori jangka panjang.

Ok, senyum lebar-lebar with a pair of smiley eyes .Oh, lupa nak cakap. Girls are the preetiest when they are positive. So, I'm going to be one :D

Wednesday, November 2, 2011

# Edisi Azam 1

Boleh tak, sementara tengah mencari idea nak buat assignment, tiba-tiba muncul idea yang agak bernas, tapi aku tak tahu bila masanya akan tiba..Haha.. Ini gara-gara melihat kek yang super ohsem dalam belog orang lain aku fikir. Dan datanglah idea untuk


  to bake my very own continental cake for my engagement + wedding (untuk hantaran)


Berangan tak ingat. Haipp, jangan gelak  ye bila baca. :D

The truth is, aku yakin aku boleh. Cuma nak kena belajar lagi teknik-teknik yang betul daripada yang pakar. Dah survey kelas yang best. One cake cost about RM250.Phewww~mahalnya kan..

Tapikan, lambat lagi aku rasa perkara-perkara itu akan berlaku. Aku kira, lagi 4 tahun. Umur 26 tahun. Tahun 2015. Budget macam tu lah, tapi takdir tuhan kita tak boleh defy bukan?

Mama umur 31 dah ada anak tiga orang. Uhuk uhuk uhuk..

Aku? Umur 27 pun paling awal aku boleh fikir untuk kahwin.

Chill lah kan. Ada apa hal kahwin lambat pun *ok, ni statement nak sedapkan hati*. Mungkin sedikit jealous je lah tengok kawan semua dah gendong anak ye tak.

Aku target, sebelum kahwin, #wajib :

-amik lesen skuba, then pergi Sipadan, Semporna, Kapas, Redang
-panjat gunung Kinabalu
-marathon
-travel at least ke satu atau dua negara jiran (Bandung, sebab shopping murah..heeee)

Atleast, adalah bukti-bukti atau contoh nak tunjuk dekat 'future kids' kan. Kenalah bagi contoh-contoh yang baik, supaya diaorang 'inspired' dengan their mummy. Haha~Oh, cukuplah tu. Masalahnya, kena kumpul duit dulu kot. Unless lah ada sugar daddy, kan. Bapa kandung cukup sudah. Banyak gila target-target lain tengah menanti ni. Haish,kalau bab berangan memang champion.


"Dreaming is for the living heart"
"Your vision of where or who you want to be is the greatest asset you have. Without having a goal, it's difficult to SCORE"


Now, that i already make it official, shall i make it true. Doakan ye.

Sunday, October 30, 2011

Plain Happy

Quick Update:

I'm fine bebeh..haha~

Semalam:

1. Study sikit. Sikit jelah..What's speciation, ways of speciation, define biodversity, domino effects..yada yada..what's threats to biodiersity ..uhuk uhuk..Esok midsem beb!! Pray for me okeh..Serius, aku tak pernah serajin ini..Speaking of change kan..

2. Lepas solat Subuh, semangat kekentalan sungguh dengan mandi terus lalu tak tidur dah sebab nak study..rajin tak rajin tak? Haha..

3. Juga semalam drive jalan-jalan teman kawan pergi The Spring. sumpah dah lama tak jejak sana.  Perghh, jammed. Penat weh bawak kete viva manual..Sakit kaki sebab jammedMujur tak de kes enjin tiba-tiba mati kan..Haha..I wish my car is here...Envy gila tengok orang bawak keta auto..ENVY!!!

4. Speaking of that, i did a good thing yesterday.Aku fikir la.. Ok, along the way to bandar kuching jammed bukan. So, along the simpang and tributaries of the road, ada lah kereta nak masuk the main road .My car was on the main road. So, aku bagilah  kereta tu jalan dulu. Perghh, ada sorang pakcik bawak kete Saga FL je kot menyombong gila. Aku dah siap angkat tangan (as a cue ) untuk bagi dia jalan dulu kan, dia buat dek je sambil terus masuk the main road. And surprisingly, aku tak mengamuk pun (mengamuk as in menyumpah seranah pakcik tu). Aku senyum je dan cakap dalam hati "i pity him for having that kind of attitude"..Sikit pun aku tak bunyi..Wah, amazing ..Nie gara-gara baca buku Stress that motivates aku fikir. And i felt great doing that.

4. Tiba-tiba aku teringat my lil bro. Dia sangat anti dengan orang yang bila nak mencelah-celah masuk line kita entah dari planet mana, then tak angkat tangan (as a cue of courtesy lah kan). Dia even pernah sound my mum "Mama, angkat tangan tak tadi?" when my mum drives . My brother is only 11 years old for god sake. Kenapa lah ramai je driver yang umur legal untuk bawa kereta tapi tak boleh nak fikir simple gratitude like that. Ok, mungkin mak bapak dia pun tak exhibit good example while driving when they're younger. Maybe. So, now i vow to always be gentle and lead a good example for my future kids..haha~

5. Beli buku baru , dan beli back pack baru. Speaking of impulsive shopping. Sampai kena draw duit dua kali. Haish~

6. Kak Shulli even belanja me crepes and secretly bought it for me while i was busy shopping (browsing je kot).Terharu~ Then i text her on the way home because she's residing in medic campus and i'm living off Kuching city "i love you very strong"..and she replied "i love you too..". Haha~ Funny kan macam mana kita boleh instantly click with people walau baru jumpa berbanding dengan orang yang kita dah lama kenal pun, still sometimes cannot get that closed. 

7. And now, i'm supposed to study but instead , i write an entry..Haha~ Tak sebenarnya nak cari journal on the net,  then terbuka blog pulak. Haish~alasan..

8. Another closed friend make a confession to me. She has someone. Already? Ok, i felt happy for her. Really happy. Why on earth is everyone around me already has someone..

9. Borak with evil sister yesterday sampai berasap telinga.  Tak sabar nak balik rumah this friday!! 

10. The fact that team negeri sembilan menang semalam (Piala Malaysia) makes me happy. Ok, i didn't watch the full match yesterday because i am  tired. Aku ingat aku tengok minit ke 12 ++, minit ke 48 ++ dan minit ke 90++, voila depa dah score 2-1..Hebat nyee.. Anything can happen in football you know..So, don't give up on your team until the referee blow the last whistle..


Tuesday, September 20, 2011

Kecewanya

Bukan kecewa frust putus kasih ke apa. Bukan itu.

Sigh.

Perkhabaran yang aku terima merencatkan momentum kegembiraan aku.
Hampanya hati.

Cerita panjang jadi ringkas, kursus yang aku nak repeat History and Philosophy of Science tak ditawarkan semester ini.

Itu sajalah subjek yang aku kantoi. Core subject. 2 jam kredit. Penat-penat aku bayar yuran ni, urus itu ini dengan harapan semester ni aku akan habis. Alih-alih, something came up dan subjek ni tak dapat ditawarkan.What??

Kecewa? Jangan cakaplah. Aku dari tadi cuba pura-pura bahagia, happy-happy bila kawan baik cuba tenangkan aku. Fake much hah?

Faham tak betapa aku berusaha nak habiskan degree yang aku sendiri tak minat ni. Aku cuba. Aku cuba habiskan.

Mama pernah cakap

"Mungkin jalan yang along kena lalui tak macam orang lain" .Aku lalu jalan yang salah untuk jumpa jalan yang betul.

Harus tunggu lagi.

Sekarang aku sudah daftar subjek Bahasa German dan English For Real World.
Aku fikir aku dapat ambil subject core itu. Dan ya, happpily graduated next January 2012.

Dan kemudian kerja sementara tunggu aku masuk Uitm next intake 2012. Either diploma or degree in Culinary Arts. Aku fikir aku nak ambil degree terus.

Tapi nampaknya bukan begitu jalan ceritanya sekarang.

Ingat aku suka ke berlama-lama di sini, buat sesuatu yang aku hati aku bukan ada 100 peratus?

Aku sedih. Hati hancur. Sikitlah. Sungguh aku tak sabar nak habiskan semua yang ada di sini. Tingalkan jauh-jauh semua yang ada di sini. Mulakan fasa hidup baru.

Entahlah.

Faham tak, kalau subjek tu tak ditawarkan semester ini, then aku kena ambil satu subjek itu semata-mata semester depan. Sahaja. Then kena bayar yuran all over again...Apa punya sistem pun aku tak tahu. Dah lah, jangan masuk uni sini kepada sesiapa yang berhajat nak datang Kuching.

Nak marah siapa? Marah diri sendiri.

I havent's told mama and ayah yet. Kesian diorang. Have to wait for me. Bear with my self. Ingat aku tak rasa serba salah ke?

Agak-agak umur 26 tahun barulah aku habis belajar secara kasarnya.Haha~And now i'm 22. Nak masuk uitm lagi lepas ni. Pheww, a long way to go. Harap-harap boleh sampai.

Kerja lagi lepas tu *nak jadi lecturer, uhuk uhuk uhuk*

Oh, jangan tanya nak kahwin bila ye? Haha. Lempang karang.

A long way to go babe.

Mungkin ini jalan untuk aku belajar bersabar. Kadang-kadang perkara-perkara terbaik dalam hidup tak datang dengan segera. Harus kenal jerih perih , dan nanti baru akan jumpa dengan yang terbaik itu. Aku harap aku dapat jadi seorang yang penyabar. Dan juga gigih.

Tunggu aku lagi empat tahun, boleh?

Thursday, September 15, 2011

Perempuan cantik itu

Bila jumpa perempuan cantik *definisi cantik berbeza bagi setiap individu* mula lah terkebil-kebil mata tengok sambil dalam hati  berkata-kata, Aduh cantiknye dia ni..Untunglah siapa dapat.

Yang cantik bagi aku adalah yang lemah lembut*ok, aku tak berapa nak lemah gemalai lembut auw auw * ,baik hati budi, periang, manis senyuman, beradab sopan dengan semua orang. Oh, dan juga ada comman sense yang tinggi.

Dalam hati tak putus-putus kagum, Aduh cantiknye dia ni..*bukan lesbian ke ape ek...haha. i'm straight.no bengkok-bengkok~*

Kalau aku yang perempuan dah kagum, apatah lelaki pulak ye tak ?

Tiba-tiba tanpa dipinta (sebab dah jadi concious), mulalah banding diri sendiri dengan "orang yang dikagumi" itu. Oh no~

Worst.

Tiba-tiba aku teringat ada terbaca dalam buku andrew matthews, dia cakap (tulis )

"when we compare ourself with someone, we will always lose"

Dan juga aku teringat quote dalam tumblr,

"be yourself. Because everyone else is taken"

Betapa bahayanya cycle pemikiran sebegini. Bila kita selalu mebandingkan diri dengan orang lain, kita akan kalah. Dah banyak kali nampaknya aku kalah kan, kalau dikira-kira.Berjuta-juta lemon.

Kenapalah narrow minded sangat kan? Banyak lagi kualiti dalam diri yang boleh dikagumi *untuk meningkatkan self-esteem*. Oh man~ kena selalu ingatkan diri yang "I have all what i need". Bersyukur seba sihat, cukup sifat, boleh berfikir,semua deria sempurna. Apa lagi yang aku nak ni??? 

Is it just me thinking like that? Ataupun faktor gender? Adakah perempuan cenderung untuk membanding-bandingkan? Ataupun lelaki juga begitu?

Harus reverse back the way I think. Lihat dengan mata hati. Bukan dengan mata kepala. Nafsu beb nafsu semua tu.


Monday, September 12, 2011

From Perlis with love...

While on the go (up north), i can't help but thinking of something.*dah sampai Seremban and tomorrow will be leaving home to Kuching...sobs sobs..*

"you are not even a significant person in my life, why on earth do i need to care of you..unless if you're my husband, then you are my no.1 priority..."

Okay, maybe hellioz post: @ Terfakab something like that did inspired me to think of that..

It is funny when we were so called in love (obviously not me..haha), and when you gave everything ( in terms of love..) then suddenly you and him/her on the verge of breaking up..you had nothing then...

It is funny when two person who are insanely in love and lovey dovey boleh jadi musuh ketat..pelik betul...bila dah putus, saling benci membenci. Maki sana, maki sini. Errr, apa yang tinggal?all the good things, terus tak nampak..haish....

Wasting time, wasting energy..

Mungkin daripada mula, niat mereka lain..ataupun tak ada niat yang spesifik pun..saja nak test market..mungkinlah kan...bila kita tak ada matlamat dalam perhubungan, we tend to drift away. Bosan. Bila dah bosan apa susah? Putus saja.

While we were in Perlis, it's like walking down the memory lane for my dad..sebab lepas bertunang dan semasa bertunang dengan my mum dalam 28 tahun yang lampau, he had to stay there..while my mum pula dekat maktab perguruan di kl...so, they kept the relationship via letter..no phone call or sms thingy ( obviously..haha)...

Bertunang selama 3 tahun...agak-agak orang muda mudi sekarang bolehkah sesetia itu..tunggu tiga tahun? With limited meetings and all..anything can happen dude..

Ikhlas, good intention, tak nak malukan mak ayah dekat kampung maybe adalah faktor yang menyebabkan hubungan orang- orang dahulu sangat utuh...unlike the y generation now..unlike us...or mungkin ada juga yang begitu, tapi tak ramai. Oh lupa, orang sekarangkan ramai scandal..kan kan kan?

"inilah kedai ayah belikan mama kain buat baju tunang dulu..mahal oooo..dulu ayah manalah berduit sangat"ayah mention bila kami lalu dekat one of the roads in kangar..

Yelah, waktu tu ayah baru jadi grad daripda maktab tentera diraja..kiranya baru start kerja lah kan..mana nak hantar duit untuk orang tua dekat kampung lagi...he is the breadwinner in the family...

"ramai ooo yang nak mengurat. Maklumlah pegawai muda. Badan kecik molek lagi masa tu (masa itu sahaja..haha). Bila pergi bandar Kangar, ramai sales girl yang terbuntang biji mata. Kalau boleh, diorang nak nikah dengan kitaorang dan dan tu juga" ayah cerita pada kami...

Ayah aku kata, kalau kita senangkan hati mak ayah InsyaAllah laluan hidup kita akan jadi smooth sahaja...

He is the living proof.

Lepas putus cinta ( before he meets mum), ayah terus tak toleh belakang. Dia just fikir nak kerja elok-elok, nak tolong wan and atok dekat kampung, tolong adik beradik yang 9 orang tu..dan kemudian, ayah jumpa mama. Not literally meet up, but diatur family*ayah aku suruh cari cikgu juga sebab his ex pun cikgu juga..haha*...kenal kenal, then bertunang 3 tahun...kemudian kahwin..now happily married for 24 years..how easy was that.

Aturan tuhan juga itu. Aturan yang sangat indah dan sempurna. Lari celah mana pun, jika dah termaktub jodoh , akan jumpa juga ye tak? Bercinta bagai nak rak dengan orang lain pun, akhirnya jika dah tersurat tiada jodoh antara kalian, lepaskanlah dengan rasa senang hati. Kita berjumpa dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang betul bukan?Kenanglah perkara-perkara yang indah-indah sahaja.Maafkan dan move on.Hati akan rasa lebih tenang.Oh, mungkin dia curang, tapi kita tak adalah serendah itu untuk membenci. Sebab dalam hati kita ada sejuta ruang kemaafan...dia boleh sahaja senang-senang lukakan kita, tapi kerana kita adalah manusia yang sangat kuat jiwanya, we forgive. And we move on. Kita sentiasa ada pilihan. Nak berdendam sampai ke sudah ataupun memaafkan. Tak kurang apa pun kalau kita memaafkan bukan? Hati tenang, hidup senang...

Moga bercinta secara sederhana okay. Kita bersama si dia untuk belajar sesuatu yang kita tak tahu. Tentang hidup. Saat dia melafaz akad, barulah dia adalah segala-galanya bagi kamu. Barulah frasa "you are my everything"  releven. Save the best things last.

Thursday, September 8, 2011

4 bulan yang akan datang,please be good to me okay.



*Currently Playing : Astair, Matt Costa* ----lagu ni best, bagi aku.


one way ticket: checked

semester registration : checked

semester fees: checked

luggage: ------

stuff to bring back to kch: -----

state of mind: ------ bluerghhh *don't wanna gooo, but got to go.what to dooo laaa*

date of departure: September 13, 2011. 0710-0855. AK5200


Masa mencemburui. Ah, tak apa. Empat bulan sahaja. Dalam tempoh empat bulan, macam-macam boleh terjadi. Sedar tak sedar nanti, dah masuk bulan 1, 2012. Yehuuu~ *tak sabar tak sabar nyeee*

4 bulan terakhir di Kuching. 

enjoy every moment there. take lots of picture. pergi national park. banyak tempat yang aku tak pergi lagi..nak pergi bako national park lagi. cultural village pun tak pergi lagi. panjat gunung gading..

this is why i need my car there..huarghhhh~malangnya ia akan tetap berada di Seremban. Rest in peace my bubu. So gonna miss you while i'm desolated there..When i need you the most, that's when you leave me kan..nasiblah..terpaksalah aku sewa kancil manual yang stereng ketat nauzubillah..haha~ aku pasti, aku sure akan telan airliur, envy tengok orang drive kereta menyerupai my bubu at home..cemburu doe!!! if only aku boleh pos kereta ....

Resolution *for next coming semester a.k.a the final semester* :


enjoy, be happy, be more positive everyday, finished what i've started . score all A's for the subject i'm going to take *mood skema*. jadi budak rajin. attend EVERY class comes rain or shine. baca notes before lecture. be positive. be positive. be positive and HAPPY. Live one day at a time.

Saturday, August 20, 2011

Tazkirah Subuh

#sabtu (hari ni)#

Mama dan ayah ajak pergi masjid negeri. Solat subuh dekat sana dan dengar kuliyyah subuh selepas bersahur.Adik-adik aku semua pakat tak nak ikut. So, aku jadi wakil lah kiranya. Pertama kali pergi.Biasanya mama dan ayah pergi waktu weekend sahaja. Hari-hari biasa ayah kena balik ke KL lepas sahur. Perasaan semasa di sana pada waktu subuh yang sejuk rasa macam sama masa pergi umrah dengan mama tahun 2005. Kenangan. Harap-harap dapat pergi lagi. Insya Allah.

Mata terasa perit  tahan mengantuk lebih-lebih lagi waktu ustaz tu bagi ceramah.Adalah juga sekali dua *ataupun lebih dari itu* mata terpejam. Haha~ Tapi maintain cool. Aku tengok ada je makcik-makcik yang dah 'syahid'. Baring terus. Tak pa lah. Mak-mak kan lagi penat dalam bulan puasa ni. Sediakan itu ini, masak itu ini. It's an exception. Respect lah dekat dioarang. Ingat senang ke nak buat semua tu?

Ohh~ustaz tu kelakar lah jugak. Siap keluar ayat "bang bang boom" ,"gorilla" (yg dlm cerita bang bang boom tu),Ustaz tu kata dia pun tengok cerita tuh. Haha~cuma time bulan puasa dia tak dapat nak tengok. Terawih. Sempoi sungguh lah ustaz oii.

Apa yang buatkan aku mengantuk ialah dah lah kawasan jemaah perempuan dibatasi dengan penghalang tu.Kiranya tak nampak si ustaz tu berceramah. Hanya dengar disebalik tabir. So, sah-sah lah suka hati  nak fokus ke tak kan. Nak tidur pun lagilah tak salah. Dengan aku tak bawa speknya, lagi lah rasa macam nak tidur. Memang rabun ayam lah.

On the way balik rumah around 7am ++ dengar lah segmen apa entah dekat radio ikim.Ok, aku bukan pendengar tegar ikim, tapi mama aku selalu buka ikim dalam kereta dia. Aku dengar suara penyampai jemputan tuh. Aduh, lembut sungguh ohh . Sejuk hati dengar. Then, mama dekat depan tu cakap "Dr. Muhaya"..Dia tanya aku. "Dr. Muhaya ni from UKM kan?" . "A'ah.Ukm. Sama dengan Dr.Harlina" aku tau sebab aku pernah beli buku Dr.Muhaya dulu. She's a professor + eye specialist+ motivator. Hebat sungguh.

Oh, aku ni memang ada kecenderungan untuk suka benda-benda berunsurkan motivasi. Haha~ Tapi, tak adanya nak prkatikkan ke apa. Selama 10 minit drive ke rumah dari masjid, aku tumpu perhatian sungguh dengar celoteh dia. Setiap kata-kata dia aku rasa nak salin. Macam-macam benda dia cakap. Oh, harus la dengar segmen ini next week.

Balik rumah terus mengelabah cari mp3. Nak dengar ikim slot Dr. Muhaya tuh. Tebiat sungguh.Selalunya stok-stok dengar hitz.fm , fly.fm, hot.fm kan...Adoii laa.. Hikmah bulan puasa kot. Insaf sikit.

Ni adalah few thing yang aku sempat salin/ingat apa yang Prof.Dr. Muhaya cakap *untuk diri sendiri ingat * :

1. Jangan sekali-kali nak bertangguh buat benda baik. Buat sekarang jugak. Cuba one day at a time. Contohnya, hari ni aku nak instill sikap senyum. Nak senyum dekat semua orang hari ni. Jumpa je orang, senyum dulu. Muka manis. Tapi jangan la pi senyum tak tentu hala dekat mana-mana lelaki (bagi perempuan) or perempuan(lelaki). Jadi kes lain pulak nanti. Buat selama 21 hari berturut-turut untuk jadi habit.

2. Petua nak jadi orang yang sikapnya lemah lembut. Bukan lembut yang auww auww tu ek. 5S. Senyum . Salam (bagi salam kepada sesama muslim e.g kalau masuk dalam lif ke, kita bagi salam dulu . Lepas tu borak-borak lah sikit). Sopan & Santun (e.g kalau kita nak buka pintu, bagi orang masuk dulu). Err, lagi satu S aku tak sempat salin. Huhu~

3. Petua kepada segala petua kalau nak bahagia dalam hidup, never ever hurt anyone. Biarlah orang nak buat jahat dekat kita, tapi jangan sekali-kali kita buat balik dekat orang tu okay *nampak susah kan. Semoga jiwa kita kuat untuk buat benda-benda baik*

4.Buat apa-apa pun, start with good intention. Kerana Allah s.w.t. Sebab dia matlamat kita.

5.Dalam hidup ni, ramai orang mengejar cita-cita*aku pun sama*. Apa yang kita perlu kejar  sebenarnya adalah mencari 'makna hidup' dan selalu kena fikir apa kebaikan yang akan kita tinggalkan kepada orang lain. Maknanya, hidup untuk memberi.

Actually, banyak sebenarnya dia cakap. Tapi tak sempat dengar. Kalau dengar pun, tak semua masuk dalam hati + otak kan. Hope dapat dimanfaatkan *oh, do i sound like ustajah now?haha..*