Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Rindu


So, simpan dalam hati. Duduk diam-diam okeh. Rindu!

/////

Selamat Hari Raya, in advanced...haha...

/////

Aku kerja time raya. Cuti sehari the day before raya.

/////

Baju raya tak siap lagi, mungkin esok. Kot.

/////

Gigi aku dah ok sikit. Tak sakit sangat. Teeeheee..

/////

Kedai dah semakin 'gila' setiap hari starting from berbuka puasa. Serious gila. Asyik full house sampai kena halau customer. Lain kali, book dulu ye!


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 13, 2012

Cemburu


Semua tentang kamu.
Ya, semua.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 7, 2012

It's okay

Mungkin bukan aku yang 'someone' tu.
So it's fine.
It's okay then.
It's okay......
Walaupun aku tak rasa okay sangat.
Sebab........
Sigh.

It's just so complicated i can't even describe how we've come so far.
Entahlah.
You'd realize if you can read those signs, cues and all.
Dah penat main hide and seek.
Dah penat tipu perasaan sendiri.
Dah penat harap dia faham.
Dah penat.
Penat.
So, aku rasa aku perlu spend time untuk diri sendiri.
Untuk tak expect apa-apa.
Untuk terima semua seadanya.

I'll keep my distance.

Nak berehat selama 40 hari dari blog, internet dan semuanya.
We'll see how it goes.

Nice knowing you btw. You.

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, June 11, 2012

Falling

Because the best part is falling.
Heaven.

Suka tengok dia senyum. Suka!
Tengok dari jauh aje pun.
Jauh sangat tak tahu kalau dia sedar ke tak.
Hai awak!!*waving hands*

Tak, ni bukan crush ke apa ke.
Haha. And nope ini bukan mamat pakai tee hijau and khakis tu. Itu cerita basi dah pun.
This is real.

Susah sangat ke nak confess?
We are so lost in translation.

I hope we are real.


Tuesday, June 5, 2012

Until then,

I'll be waiting for you to save what we had.
If there's any.

Sincerely,
Yours truly.




Saturday, April 14, 2012

A husband is so hard to find

"Ada boyfriend?"

"Tak." dengan tulus ikhlas aku jawab. Haha.

"Tipu.." dia tak percaya. Semua pun tak percaya.

"Tak percaya sudah."

Errrrghh. Wajib ke ada boyfriend? Hidup tak boleh jalan ke kalau tak ada boyfriend?

Kenapa ni semua orang tanya??? Stress!

Aku taknak boyfriend, aku nak suami. Boleh tak tolong cari kan? Gila.

Hmmmmm..

Lelaki yang 'tidak menakutkan' macam dah pupus. Endangered species. Nearly extinct.

Speaking of that, aku tak ingat the exact day and time, but it was last week. On the way balik kerja, nak dekat 12 am. Drive sorang2. Bukak fly.fm.Lepas tu menangis time bawak kereta. Aku tak tahu apa yang sedihnya, but the fact that I cried over a song sangat lah pathetic. It was not really because a particular song, but entahlah.

Lonely could be the best word to describe how I felt at that particular time.

Sunyi dalam riuh.

Being busy is the best cure I guess.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 27, 2012

Bisu

Diam itu lebih baik.
(ini apa yang aku fikir sekarang)

Rasa mual dengan semua.
(aku rasa mahu lari)

Sunyi dan beku.
(hati sendiri)

Perubahan.
(sedang berubah dan mencari perubahan)




Saturday, March 24, 2012

101


# I just had a can of mocha. A good stress reliever.

# I heard a rumor. Running Man gonna come to Klcc next april! Wow oh wow. Nak pergi...I'm a fan yawww..

# It's hard to decide

# Bila ada tak rasa apa, bila hilang rasa...? I wish to vanish. Just go.

# Change is hard, and if your're prone to be so result oriented , it just suxx

# I feel like to mencarut these day. Duhh..my mencarut vocab are 'bodoh' and 'shit' . Haha. Dua tu je lah. I don't know why but everything seems to get into my nerve. It's ugly but yeah that's the fact. I feel bad though. Bad.

# You can't really hate someone you love. That's it.

# Last few weeks, aku rasa sakit dekat bahagian bahu.Especially time nak tidur. Not really that area sebab aku pun tak tahu sakit dekat mana, yang penting it hurts. Now, tekaan aku salah sebab when I exhale, I feel the pain inside my throat. Duhh..nak describe sakit kat mana pun tak reti dah.

# Inspiration, please come to me!

# Hate is a stong word. So, beware.

# I talk less now. Does that exhibit the sign of depression?

# Hmmm..

Please save your self.

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 16, 2012

All About Us

I realized that, if you're hiding your sacred heart then no one can ever reach out to you. Let it out. Open up. Just take the risk. Play safe? It's about taking chances and trying. No harm in trying. What's more pathetic than failing is giving up before even trying. Period.

Inspired by, Just In Love-Joe Jonas.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, February 21, 2012

Failed

God. I'm so lack of idea right now. Dalam kepala , banyak benda nak tulis banyak nak luah tapi alih-alih bila menghadap skrin, terus jadi blank. Haha. I should have a small note book. Macam buku 555 tu. Senang nak tulis idea.

Mengimbas kembali perbualan dengan Prof. Is dekat dalam bilik tutorial minggu lepas.

Dia tanya aku spontan, apa maksud Ontological sambil pandang aku yang terconggok dalam bilik tutorial seorang diri.

"Ermm, it's a branch of philospophy that talks about things in the world and their interaction" Penat doe hafal terms-terms semua. Nasib baik ingat.

Dia senyum. Dan berhenti pandang skrin sambil pause sekejap.

"Awak ni pandai. Paper final awak jawab dengan baik. Susunan ayat awak semua ok saya tengok.Saya tak percaya student macam awak fail" perlahan dia berkata-kata.

"Saya tak tahulah apa masalah awak.." Prof Is pandang aku.

Ok, aku admit rasa macam 'best' bila Prof cakap macam tu. Haha. But why now Prof? Why..?


Sebab saya tak hantar SATU assignment dan tak buat forum. Kenapa saya tak buat? Sebab saya malas dan sebab saya tak minat dan sebab saya rasa subjek ni membosankan.  Saya pun hairan kenapa subjek susah saya boleh skor, dan subjek ni saya sangkut. Erm, sampai dua kali. Gila kan? Err, tapi saya tak gila. Saya normal dan waras. Subjek Microbiology yang Prof ajar masa Sem 2 saya dapat B+. Saya suka je dengar lecture Prof, walau kawan-kawan lain dah tidur dalam lecture hall time tu.  Entahlah Prof, something happend dan saya tak tahu nak terangkan macam mana.  I have my own issues too. Sorry, I didn't mean to hurt you. It's my fault.
 
Aku jawab dalam hati jelah. Apa, ingat aku berani ke nak jawab macam tu? Mimpilah. Haha.

Bermasalah sungguh aku ni. Haha. Luaran mungkin lecturer tak akan jangka pesen student macam aku yang tak banyak cakap  + innocent *to their eyes* rupanya seorang yang bermasalah. Innocent ke? Haha. Suka ponteng kelas bila takde mood tu innocent ke? Wahaha.. Aku suka rebel sorang-sorang masalahnya kalau ada benda tak puas hati. Lepas tu rasa guilty sebab tak pergi kelas. Buat dosa kan, haruslah rasa bersalah. Haish..

Sangat tah ape-ape.

Aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak deal dengan student if one day I'd be a lecturer. Haha. What comes around goes around. Kan?

Kejap, ok aku tak suka kutuk lecturer dan aku tak suka orang yang suka kutuk-kutuk lecturer, lepas tu depan dia bukan main baik lagi. Lembut gigi daripada lidah. Sangat talam. Kepantangan aku. Sebab buruk baik lecturer pun, dia tetap seseorang yang menyampaikan ilmu. Kalau kawan-kawan dok komplen or cakap-cakap belakang, aku just dengar jelah. Nak menambah itu ini, aku agak kureng sikit. Eh, tak bermakna aku tak pernah kutuk. Pernah kot tanpa disedari. Haish, macam-macam peel betul lah. Kecualilah kalau lecturer tu macam gampang, barulah namanya akan ku sebut2. hahaha..jahat gila. Tapi, aku tak pernah jumpa lecturer macam gampang setakat ni. Yeay.

To play it safe, aku kalau boleh lagi suka  kalau lecturer tak kenal aku.Tak tahu nama lagi bagus. Boleh jadi invincible (supaya boleh skip kelas). Tapi, ambik kau. Aku syak, satu jabatan dah tahu nama aku sekarang. Choyy..Patutlah asyik tersedak je lately. Haha. Ketua jabatan (ex-supervisor) lagilah dia kenal aku. erkk, so memang tak boleh lari. Co-ordinator program, dah memang cam muka aku ni. Lagilah..hadoii..

Mesti diorang pelik, apalah masalahnya budak ni??

Kalau cerita pun, diaorang tak akan faham. Tak akan. So, better off I keep it all to myself.  Aku rasa macam buang masa cerita perkara yang aku rasa sesiapa pun tak akan faham. Ye, mereka boleh beri pendapat, tapi I need someone that not can just give "pendapat" but at the same time can "feel" the same way. Susahnya. It's like looking for a needle in a haystack.

Aku tak tahu ni habit buruk ke baik. Aku tak suka nak share problem. Dengan sesiapa. Haha. Kegembiraan tu, of course akan dikongsi. Aku rasa, kena belajar untuk lebih 'open up' dan 'express' perasaan. Macam, it's okay to upset/marah/cry over something. Kan ada jenis-jenis manusia bila diorang ada problem/dilema they'll straightly say about that. Just blurt it out randomly to just  anyone. Kalau aku, aku akan cuba deal dulu sendiri, dan bila sampai satu tahap yang aku rasa aku perlu bagi tahu sesiapa, barulah aku akan open up.

Tapi, It's so stressful. Kena pretend okay, padahal tak. Jasad ada dekat Malaysia, hati ada dekat London. Haha. Begitulah.

If you never failed, you've never lived.

Saturday, February 4, 2012

Dude, i'm fine

Duhh...it's been like a roller coster kinda feeling. This whole week. Ok, tak perlu tanya apa dan kenapa dan bagaimana because i plan to keep it to my selp. Zip-ed and sealed.

#1 Hello february, im still the same. Bye bye january, you were my nightmares.

#2 I realized, I'm not someone that "wear her heart on her sleeves". Final.

#3 I believe in good things, good deeds, good intention. What comes around goes around. Never hurt people feeling, intentionally.

Because of #2, it's hard to almost say anything. Like..

"listen, i am so lost and sad and hopeless now"
"can you make me laugh now, because i feel like i cannot live anymore"
"yes, I flunked. Yes, i'm stupid. Yes,i don't deserve a second chance. It's all bleak now"
"it's all my fault"

Mimpilah nak dengar semua itu.

Macam bila you are so sad, but you just can't cry your heart out. On the surface, everything seems okay, but deep down its a hurricane.

Tekup muka atas bantal pun tak mampu nak hilangkan kecewa. Sebab kena sedar sendiri, jatuh bangun hidup dan mati pun, kena tanggung sendiri kan. Nangis bagai nak rak pun, kena tahu bila nak berhenti. Hujung-hujung nya, harus kuat untuk diri sendiri. Yes. Diri sendiri.

That's why i blog. I guess, "talk is cheap".

Monday, January 30, 2012

Heart camping

What would you do if someone is camping in your mind/heart?
Weird.
It could be just a fling. Temporary. Nevermind.
Keep on going with your life. Let the time flies. Erase and backspace. And forget.
The thought that, you can survive all alone without another significant others is overrated.
You just wanna avoid all these unimportant matter, but they keep creeping out slowly.
Weird.
Shoot.
I'm so doomed.
I hate this.Hate.Hate.Hate.
The best part is ,the person camping in your heart will never know that he/she been all along there.
Bummer.
Pathetic.

Friday, January 20, 2012

Not good enough

Aku terfikir sesuatu.Tak penting, tapi..entah. Dalam hidup ni (aku), perkara yang paling susah adalah perasaan as if you are not good enough. Macam , rasa diri tak cukup bagus dan tak tertandingi. Sounds complicated, but it's one of the issues i've been dealing with.

Unnecessary thought. But it's there.

Aku tahu, manusia memang tak sempurna tapi masih nak juga jadi sesempurna mungkin.

Oh, I'm not good enough, but she is..etc.

Samakan diri dengan manusia lain, yang akan selalu kalah adalah diri sendiri bukan?

Entah. Sebab aku rasa aku biasa-biasa sahaja. Plain. Banyak buat salah, banyak buat dosa. Dan bukannya maksum. Serius.

Nak ukur buruk dan baik manusia, bukan nya kerja manusia. Kita hanya boleh mengagak, tapi dalam hati hanya DIA yang maha tahu.

Dalam berbilion manusia, hanya seorang sahaja yang mahu hidup dengan kau sampai bila-bila dan harapnya sampai ke syurga. Pasti akan ada seorang. Aku? Tak ketemu lagi. Aku selalu cakap dalam hati (doa), my first would be the last. Berangan. Sebab aku reservekan ruang dalam hati untuk seorang je, makanya ia akan selalu kosong. Dan juga sebab dia special maka, itu hanya ruang untuk dia. Nak tunggu yang seorang tu, itu yang payah. Sehingga itu, kita hanyalah kawan.

Yeah, i'm conservatife like that. Save the best for the last.

But, i don't think i'm good enough for anyone. Alasan untuk kosongkan ruang dalam hati. Bila aku cuba jadi sempurna, aku tahu itu bukan aku.

Rancangan adalah usaha manusia. Takdir dan ketentuan adalah milik tuhan. Ya mungkin kita boleh
berdoa dan usaha agar yang di mimpi tercapai. He knows best.

Tuesday, December 27, 2011

Entahlah

He said.
"We could have been something"

She said.
"Still can be"

He said.
"Perhaps someday"

-Chuck Season 5-

~~~~
Belek-belek handphone. Malam tadi.
I need a decent conversation with a human.
Haha. Then tengok jam, 10.50pm. Malam. Dah tido kot semua orang.
Takpelah.
Then I realized,  macamlah aku boleh luahkan semua.
Bila rasa down, at least hearing someone saying something good to you, then everything going to be perfectly fine.
Ada masanya kau boleh jadi your own saviour, dan ada masanya you just need someone.
Ada masanya you can come out with 1001 reason to be happy, ada masanya tidak.
Ada masanya you have to keep it all to yourself, dan ada masanya you've got to open up.
Sedihnya.
Tak sempat nak menangis, terus masuk tidur.

Sunday, December 25, 2011

A rant that not worth reading



*Ohbijou, Make It Gold*

*Dairy Mode* 

Hujan sepanjang hari. Non-stop. Sejuk.
Dan ya, aku tak productive pun hari ni. Sigh.

I've been avoiding something lately. To fill the void, I didn't do what I'm supposed to do. Like study or siapkan assignment. Gosh, yes. I haven't submit my one assignment. Eh, ada dua sebenarnya. #Pengakuanjujur. Haha. Got 3 more forums to be done. Study week sepatutnya study, tapi aku kena siapkan assignment. What a slacker. Ok, aku tak tahu ini sebab mengada-ngada or apa ke, tapi yes aku habiskan apa yang perlu (study) ini pun sebab #terpaksa #terpaksa #parents #tak tahu. Haha. Complicated kan. Satu yang aku perasan adalah, seteruk-teruk keadaan pun, aku still survive. Macam even sekarang aku buat benda yang aku tak suka (berada di sini mengambil course yang tidak diminati. Believe me, it's complicated) , aku kiranya ok lagilah. Cuma sometimes, the 'kekesalan' kicks in.Haha. Dan, swooosh...terus paralyzed tak boleh buat apa-apa. Macam sekarang. Siap boleh blog lagi tu. Hehe. Haish, macam mana lah aku nak take things seriously ek? 

Seriousseriousseriousseriouseriousserious....

Ok, seriously tak membantu. Pun.

Sifat-sifat lambat rasa 'panic' memang tak membantu kali ini. hmmm.Jealous lah dengan roomate aku. Dia tengah study kot ni. Rajin gila .Aduhai lah. Hari hari pun study. Ok, jangan tanya aku ye, dah study ke belum. Haha. Chill sangat.

Aku fikir, aku ni seorang yang praktikal. Maksudnya, aku suka nak belajar perkara-perkara yang aku boleh aplikasikan dalam real life situation. Apa yang aku belajar sekarang ni, aku tak tahu nak apply macam mana + tiada minat. Someone said, minat boleh dipupuk. Kalau seluruh system dalam badan-otak dah kata 'tidak' , selepas kau berdepan dengan macam-macam life references yang mengatakan 'this is just not you', maka.....yeah.

I must say, I'm more into 'street smart' rather than 'book smart'. haha. A bit of both is important. But really, can you have the best of both world??? 

Academically, kalau aku rajin sikit dan persistent I believe I can achieve more. Tapi seriously, rasa macam robot. haha. Mungkin sebab aku tak tahu apa makna di sebalik yang aku buat ni kot. Yes, "makna". The means to do what you do.

Sebab sebelum ni pengaruh luaran semua mempengaruhi aku untuk kejar cita-cita. Tapi tak ada seorang pun pernah kata , kejar makna di sebalik cita-cita. Cari makna di sebalik semua yang di lakukan.

Makna? Erti? 

Tau tak, aku teringin sangat nak belajar sign language. Nanti boleh pura-pura menyamar jadi bisu. Haha. Ceh. Entah, teringin nak buat benda-benda yang bermakna. Macam, tolong kanak-kanak istimewa ke. Budak-budak normal kalau kita layan diorang berborak, boleh tahan penat jugalah nak handle. Kadang-kadang annoying. Sebab kecik-kecik dah gedik. haha. Omg, jahatnya aku. Tapi, kanak-kanak istimewa ni macam lain sikit. Aku tak tahu aku boleh deal ke tak dengan diorang. Tapi seriously, diorang comel. Unik. Dan mereka pure. Ahli syurga. I should ask my mum more about this because she did a study on those kids.

Ok, jauh menyimpang.

"Gadis biasa yang mempunyai kecelaruan dalam memilih cita-cita" - Aku. Mungkin.
"Gadis biasa yang percaya she's more than she is now" - Aku.
"Gadis biasa yang percaya she's something. Not just a mediocre" - Aku.

"Apa manusia berkata atau fikir pasal diri kamu tak penting. Yang penting apa yang kamu fikir tentang diri kamu sendiri"

I almost forget that sometimes. Jadi, apa lagi...

Sila buat assignment dan study. For the last time. The final last straw. Let's do the best.Oh my, I almost forget. This is my very final semester. Yang terakhir.



Saturday, December 24, 2011

Let's talk future, shall we?

2012. Coming soon. Very soon.
And my resolution next year would be....*drumrolls*

Rahsia.Haha. Let me keep that to myself okay.

Adakah sekitar tahun hadapan aku akan membuat kontrak menjadi supir, ulang alik hantar adik-adik ke sekolah? Who knows right? Oh, aku rasa aku akan berulang alik rumah--->Sekolah Menengah King George V. Babe, you've made a right decision! Stick to your plan.

Juga,

Adakah aku akan menjadi seorang pelajar lagi?Again? Tak penat ke weh..? You tell me.

Juga,

Adakah aku akan dapat join Putrajaya Night Marathon 2012 yang tarikh rasminya pun tak keluar lagi?

Juga,

Adakah aku akan kerja part time sebagai gadis kopi. Eh, maksudnya keje dekat Starbucks? Aku prefer Kinokuniya. Opssssie...

Juga,

Adakah aku dapat masuk Uitm? Pasti kah? Fikirfikirfikirfikirfikirfikir.

Juga,

Pasti ke ini semua yang aku mahu? Frasa pertama dan ketiga aku pasti. Yang lain ada sedikit sangsi.

Betulah. Aku dah sampai fasa di mana aku kena take everyhing seriously. Let me make it clear, E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G. This is not fun. Kena map out my destination and plan the direction. Check bearing. Arah angin semua. Eh??? Haha. I mean, prepare for the future.

Exciting + Thrilling + Scary = Future.

Ya ya ya, no one knows what the future holds , kan?That's the fun thing. Surprises. Ehmm, but I can't bear surprises.

Macam, aku rasa aku perlu cari 'minat' / 'hobi' baru. A new muse. Selain membaca. Itu keperluan. Bukan sesuai di namakan hobi, mungkin. Juga selain memasak/membaking. Itu kemahiran. Yang wajib dipelajari. Haha. Survival skill. Semua orang memang sedia tahu dan pandai masak pun kan*coughing + rolling eyes*

A new muse would likely be, possibly be..

#Membuat jahitan manik Passed. Next2 year.
#Menanam bunga? Bunga melur? Pokok Jagung boleh tak? Tak ada tanah.
# Menjahit?Pftttt. Bosan la.
# Fotography.
# Writting. Emm, blog cukuplah.
# Jual ais krim malaysia. Nanti adik aku yang habiskan aikrim tu. Sure tak kan dapat untung pun.Tsk.

Fotoghraphy seems okay. Aku ada one point and shoot camera. Canon Ixus (model apa tak ingat). Colour dark brown. Ayah belikan. Aku ingat lagi. Tiba-tiba je masa kitaorang kat Wisma Saberkas (kat Kuching) nak beli printer kot, tiba-tiba ayah kata "jom beli camera". Sebab? Entah, tak ada sebab. Touching tak? Hahaha. Ish, suka tau buat aku terharu. Hmmmm...Tiba-tiba teringat kat ayah yang forever pun busy je. Hmmmm...Rindu la pulak.

Malangnya, nak tau tak kamera tu pergi mana? Ada je tersimpan dengan kemas di dalam almari. Teehee. Pemalas nak ambil gambar. Ye, dah lah tak ada skill nak amik gambar, dah tu tak mo kurang berminat belajar  'techincal-know-how' of a camera or  how to take one beautiful pikcha. Aihh..

Macam mana nak tangkap gambar yang super bermakna dan cantik guna 'compact camera'? Is it possible? Shutter speed, lighting, ISO semua tu sumpah aku tak faham. Tapi, serius teringin nak tangkap gambar yang cantik-cantik. Haha. 

Adikku, nak pinjam dslr ang boleh tak??...ehehe...

Oh ya, I've been de-stressing my self watching matlutfie Vlog. Lawak ahh dia. Baguih betol. Pandai ang buat vlog eh.

I think, for 2012 I need to run hand in hand SOLO. I mean, it's really a time for me to be 'the star of the year'. Focus on healing. No commitment. Only a commited vow. To my own self. It's okay to be alone. Yeahh. Fresh start for a new life. Senyum.

You cannot give something that you don't have. Macam bila aku tahu hati aku tak cukup lagi nak dibahagi-bahagi sama rata dengan manusia sekeliling aku, aku perlu 'recharge' balik. Dan cara aku nak cukupkan rasa dalam hati aku supaya aku boleh bahagi dan kongsi dengan manusia-manusia sekeliling aku adalah dengan baiki diri aku dulu. Tunggulah aku sembuh dulu. Haha. A damage beyond repair. It's gonna takes some time. Mungkin 2012 boleh bawa makna. Who knows.

Doakan aku.

5 tahun dahulu dan sekarang

Oh man. Pernah tak rasa perasaan yang "apa yang aku dah buat selama ini" (dengan tanda soal  yang super banyak dibelakang pertanyaan).

Memandangkan aku godek-godek(literally:baca) semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within yang dipinjam dekat library, aku telah membuat senarai semak perbandingan "Aku 5 Tahun Lepas" dan "Aku Sekarang". Dan juga membuat perancangan "Aku 5 tahun Akan Datang". Berkajang-kajang kertas aku guna untuk menulis. Haha. Below are just the summary.

Lima tahun yang lepas, umur 17 tahun-2006-messed up-SPM

5 tahun selepas itu,

Sekarang. Umur 22 tahun-2011-not that messed up anymore-a mediocre-undergrad student

5 tahun akan datang. 27 tahun-2016-monumental-happily taken (ehem)-lecturer/tutor

I am looking back, take a step behind and rewind the mental picture of who I used to be. And what I used to think. Looking back, I just felt that I want to override the old me and say "You are capable of anything and you have a power beyond measure. Keep strong and hold on". I wish I was saying that. But I just don't.

Apalah yang remaja berusia 17 tahun fikir kan? SPM SPM SPM. 10A1. 10A1. 10A1. Fly oversea. Be a doctor. UK.

Serious aku tak tahu apa yang aku nak pada usia itu. Alah, nak jadi doktor pun sebab rasa macam 'best' kot jadi doktor. Haha. 

Matrix? Flunked. Uni? Almost to the edge. Deep down aku tahu, "I more than what's written on my exam slip". Adakah itu ayat-ayat manusia denial? Haha. Entah. You figure.

It hurtful you know. 5 year ago. Entah, susah nak cakap. 

Aku ingat lagi masa dalam kelas physic, jasad aku ada dalam kelas, pura-pura beri tumpuan padahal otak aku melayang entah ke mana. Memanjang fail. Orang lain excited nak belajar, aku tak. Aku pura-pura belajar.

Kelas add maths lagilah. Sampai pernah aku dengan budak-budak yang fail kena denda lari keliling basketball court dengan cikgu add maths yang super garang. 

Aku tak tahu apa jadi dengan aku waktu tu. Yang pentingnya, jiwa aku hilang entah ke mana pun aku tak tahu. Bukan masalah cinta ke apa ek. Haha. Sekolah aku semua perempuan.

Sebab sekolah aku ni sekolah berasrama penuh yang semuanya dikalangan cerdik pandai bijak bestari, maka aku ini adalah antara yang tercorot.Kalau nak tengok ranking exam bulanan, nak cari nama aku kena start daripada No.114 (sebab batch aku ada 114 orang) .Lebih-lebih lagi bagi subjek Add Maths.

Kalau kau masuk asrama penuh, memang akan fahamlah bahawa sekolah kau tu akan 'push' student untuk dapat A sebab nak naikkan ranking sekolah. Ranking itu lebih penting. Imej sekolah itu lebih penting.

Kelas yang aku enjoy, BM,BI,Agama Islam. Subjek inilah pun yang aku cemerlang sikit. Haha. See, nampak kan kecenderungan aku ke mana. Seni. Ceh. Seni lah sangat. Yang selalu fail Physic-AddMaths-Kimia. Biologi okay sikitlah.Sebab membaca. Math Mod pun lemah weh. Aku rasa dalam SPM 2006, aku telah mencemarkan rekod sekolah dengan mendapat B3. Aku rasa budak-budak batch aku  semua dapat A1. Sebab memang tradisi sekolah aku time SPM , batch senior2 dulu2 memang dapat semua A1 dalam maths mod. Gila kentang betul.Oh ya, antara sebab aku nak jadi doktor adalah sebab aku terel biology sikit lah. Haha. Yang lain asyik fail je.

Klasifikasi pelajar yang cemerlang/masa hadapan cerah = Jumlah A yang dicapai

Kau dinilai hanya berdasarkan deretan A dalam kad kemajuan pelajar. Sistem 'nilai' a.k.a life values? Oh, tak penting. Asalkan banyak A, maka itulah dia pelajar cemerlang. Bahagia hidup di dunia. Akhirat? Tanggung sendiri.

Tak penting pun kalau kau seorang pelajar yang jujur,amanah, bertanggungjawab, bersopan santun, hormat orang tua, sembahyang cukup 5 waktu sehari, puasa penuh di bulan Ramadhan , dengar cakap mak ayah, tak mencarut, tak mengumpat/kutuk cikgu senyap-senyap tapi pura-pura baik depan cikgu, tinggi common sense, tak escpae kelas, tak escape prep,t ak menipu, tak mencuri, tak fly dari sekolah senyap-senyap, tak ada hubungan songsang etc.

Semua dia atas tak penting, asalkan kau score sebanyak A yang mungkin.Senang kata, tak perlu jadi baik pun.

Mungkin aku tak 'sepandai' mana di mata cikgu/kawan-kawan dulu, tapi aku tahu aku ada values of life yang aku pegang. Yang dah ditanam dalam blueprint aku sejak kecil. Yang mama ayah dah ajar aku dulu-dulu. Yang jadi kan aku, aku. Bukan mereka.

Tapi, manusia tak pandang itu semua bukan? Seriously. Aku pernah rasa. Memang semua orang akan "judge a book by its cover".

Mungkin silap aku, lambat dicover apa yang aku mahu + minat + kecenderungan. Tak banyak exposure. At least sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.

Ourselves is not our physical. We are our soul. We are a spiritual being experiencing life in our physical body. Sorry, I couldn't come out with the right phrases. It's in Anthony Robin books. Dah hilang those pages.

Perasan tak, bila manusia mati jika ditimbang jasad sebelum dan selepas kematiaan, tiada apa yang beza. Dia tetap mati. Jasad masih terkaku, tetapi yang hilang dan pergi adalah 'roh' atau 'soul' dia.Manusia-manusia yang masih di 'preserve' dalam bilik mayat, physical still intact(bergantung kepada kes kematian), tapi yang menentukan dia hidup atau mati adalah 'roh' seseorang itu.

Baru aku faham. Tak pernah terfikir pun sebelum ni.

One beautiful soul is so hard to find, kan? It will always comes with a high price for you to attain one or to be the one. It's like a sacred gem.

P/S: Ya, aku sengaja tutup ruang komen kali ini. No expectation. I just wanna vent out my 2 cent. Dan ya, aku belum tidur lagi sebab otak aku aktif banyak fikir perkara,selain exam yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang.

Monday, December 19, 2011

Mama (bukan entri hari ibu)


*Song For Mama, Boyz to Men* (sila tekan 'play' sebelum membaca entry untuk lebih feel)

Esok mama saya (guna tone lembut sikit) ada exam.
Dia minta saya doakan dia. Dia SMS, "Doakan mama ye. Esok sampai hari rabu mama exam"
Haha. We're both undergrad student. Infact, 3 of us. Mama-angah-yours truly.
Tapi mama paling terel hebat. PNGK 3.5...kalah saya. Malu sungguh.

Mama saya seorang yang cool. Faham tak? C-o-o-l. Dia tak banyak cakap macam ayah, tapi dia sayang saya. Tengok mata dia pun dah tahu. Saya tahu itu. Mat saleh bilang, "Your eyes is the window to your soul". Dia tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan. Mat saleh bilang sekali lagi "Action speaks louder than words". Takpe, saya faham. Tak payah cakap pun tahu, tapi kalau cakap lagi sweet kan?

Saya rasa, saya jarang luangkan masa dengan dia. Sejak, masuk asrama masa form 4. Sampai sekarang umur 22. Kiralah sendiri berapa tahun asyik duduk jauh dari dia. Sampai dah tak tau nak manja-manja macam mana. Haish. Teruk kan? Padahal masa kecik-kecik, manja nauzubillah. Asyik-asyik jerit "mama". Asal dah besar panjang tak boleh jadi balik macam tu?

Saya fikir-fikir lagi. Umur mama 12 Januari 2012, dah mencecah 46 tahun. Ayah pulak, 50.Nanti, katakanlah saya kahwin lagi 3 tahun daripada sekarang. Katakanlah ye. Haha. So, saya ada masa 3 tahun untuk betul-betul spend masa dengan mama. Dan ayah juga. Sebab lepas tu, prioriti seorang isteri adalah kepada suami. Nanti, dah susah nak manja-manja dan spend time togather. Wuuuu..Sedihnya. :(

Siapa nak teman diorang buka puasa? Siapa nak teman diorang time raya? Siapa nak teman diorang borak-borak? Siapa nak teman diorang pergi masjid time Ramadhan? Siapa nak teman diorang pergi jogging lepas tu breakfast sama-sama? Siapa nak teman mama pergi pasar tani ?

*Sebak*

Sebab tu, saya fikir saya harus peruntukkan masa untuk mereka. Sebab saya dah rugi banyak tahun dengan jadi seorang yang ignorant & selfish & ego. Saya tahu saya teruk. Saya tahu saya banyak salah. Saya tahu saya banyak berubah pun sebab mama selalu doakan saya. Kalau tak, mungkin saya jadi lebih teruk lagi.

Saya tahu mama selalu backup saya bila saya argue dengan ayah yang lebih berfikiran 'logic'.  Saya suka bila mama back up saya. Tapi, mungkin ayah dah pujuk/brainwash mama dan lepas tu mama akan pujuk saya elok-elok dan stick to his plan. Selalu macam tu. Takpelah, asalkan diorang happy. Bila lagi nak buat diorang happy kalau bukan sekarang kan?

Korang, tolong doakan mama saya supaya dia dapat jawab exam dengan cemerlang ye!

P/S: I'm pulling all nighter now. Assignment oh..I love you. Haha~

Saturday, December 17, 2011

They are the same, but every heart is not.

Based on my random rambling  here, i did mention that i hardly get the pattern of what generally man would think of. Macam, adakah mereka generally dilahirkan sebagai 'pervert' mahupun generally 'saint'. Haha.

Ok, aku cuba merasional kan fikiran aku dengan membuat deduction bahawa no man is the same. Period. Sebab aku fikir tak adil sama sekali untuk membuat 'assumption' berdasarkan manusia-manusia yang kau pernah jumpa/dengar/baca.

Yes, aku pernah terbaca pasal lelaki yang 24  jam cakap pasal shiteous stuff. Seolah-olah dalam kepala otak dia dah tak ada benda lain dah nak fikir.

Yes, aku pernah jumpa lelaki gampang yang tak ada manner. Sangat annoying. Sangat tak best.

Yes, aku selalu dengar dalam radio tentang luahan isteri-isteri bahawa suami dia pemarah,  kedekut, tak penyayang, suka condem isteri, tak peduli hal keluarga, memperhambakan isteri etc.

Tapi,

In real life situation, lelaki terdekat sekeliling aku macam Ayah, atok, uncles and all tak ada pun macam seperti di atas. Lebih-lebih lagi ayah aku lah kan. So, adakah adil untuk aku menyamakan semua lelaki begitu? You tell me.

Just because you've been toyed by a douchebag, dosen't mean that you'll be ended up with the same type of man , kan?

Perception.

Macam bilamana kau selalu jumpa perempuan emo dan gedik, adakah kau akan samakan semua perempuan pun begitu? Adil ke bagi perempuan yang langsung tak emo dan gedik? Haha..Kesian mereka. Dah lah cool , baik pulak tu. :D

Aku fikir, you'll get what you wish for.Apa yang kau percaya, itulah yang kau akan dapat. Kalau kau yakin yang kau deserve someone good, and yes you'll be. Tak sekarang, mungkin selepas kau dikecewakan 10 kali baru akan jumpa. 

Yang penting, percaya dan yakin. Mungkin 1 dalam 10 orang yang kau jumpa, dia ada kat situ. Mungkin dalam 100 lelaki dalam fakulti tempat kau belajar ada 30 orang yang ok. Mungkin dia ada, tapi kau yang tak nampak. Sebab kadang-kadang "we are looking, but not seeing".

Think good thought.

Saturday, December 10, 2011

Memohon

Jawapan kepada solat istikharah tak semestinya datang dalam bentuk mimpi kan?
Datang dalam bentuk 'rasa', 'keyakinan' dan 'gerak hati' juga.
Sebab mengikut pengalaman, tak pernah perkara-perkara yang didoakan itu aku temui jawapannya dalam bentuk mimpi.

Dan setelah istikharah lagi beberapa hari lalu aku mimpi something. Tapi, macam pelik. Entah. Mungkin sebab aku tak mahu percaya. Sebab yang aku mahu, tak muncul. Mungkin.

Sesungguhnya, DIA lebih tahu yang terbaik untuk aku.