Showing posts with label Random thought. Show all posts
Showing posts with label Random thought. Show all posts
Wednesday, August 15, 2012
Rindu
So, simpan dalam hati. Duduk diam-diam okeh. Rindu!
/////
Selamat Hari Raya, in advanced...haha...
/////
Aku kerja time raya. Cuti sehari the day before raya.
/////
Baju raya tak siap lagi, mungkin esok. Kot.
/////
Gigi aku dah ok sikit. Tak sakit sangat. Teeeheee..
/////
Kedai dah semakin 'gila' setiap hari starting from berbuka puasa. Serious gila. Asyik full house sampai kena halau customer. Lain kali, book dulu ye!
- Posted using BlogPress from my iPad
Tuesday, March 27, 2012
Bisu
Diam itu lebih baik.
(ini apa yang aku fikir sekarang)
Rasa mual dengan semua.
(aku rasa mahu lari)
Sunyi dan beku.
(hati sendiri)
Perubahan.
(sedang berubah dan mencari perubahan)
(ini apa yang aku fikir sekarang)
Rasa mual dengan semua.
(aku rasa mahu lari)
Sunyi dan beku.
(hati sendiri)
Perubahan.
(sedang berubah dan mencari perubahan)
Saturday, March 24, 2012
101
# I just had a can of mocha. A good stress reliever.
# I heard a rumor. Running Man gonna come to Klcc next april! Wow oh wow. Nak pergi...I'm a fan yawww..
# It's hard to decide
# Bila ada tak rasa apa, bila hilang rasa...? I wish to vanish. Just go.
# Change is hard, and if your're prone to be so result oriented , it just suxx
# I feel like to mencarut these day. Duhh..my mencarut vocab are 'bodoh' and 'shit' . Haha. Dua tu je lah. I don't know why but everything seems to get into my nerve. It's ugly but yeah that's the fact. I feel bad though. Bad.
# You can't really hate someone you love. That's it.
# Last few weeks, aku rasa sakit dekat bahagian bahu.Especially time nak tidur. Not really that area sebab aku pun tak tahu sakit dekat mana, yang penting it hurts. Now, tekaan aku salah sebab when I exhale, I feel the pain inside my throat. Duhh..nak describe sakit kat mana pun tak reti dah.
# Inspiration, please come to me!
# Hate is a stong word. So, beware.
# I talk less now. Does that exhibit the sign of depression?
# Hmmm..
Please save your self.
- Posted using BlogPress from my iPad
Friday, March 16, 2012
All About Us
I realized that, if you're hiding your sacred heart then no one can ever reach out to you. Let it out. Open up. Just take the risk. Play safe? It's about taking chances and trying. No harm in trying. What's more pathetic than failing is giving up before even trying. Period.
Inspired by, Just In Love-Joe Jonas.
- Posted using BlogPress from my iPad
Inspired by, Just In Love-Joe Jonas.
- Posted using BlogPress from my iPad
Saturday, December 24, 2011
5 tahun dahulu dan sekarang
Oh man. Pernah tak rasa perasaan yang "apa yang aku dah buat selama ini" (dengan tanda soal yang super banyak dibelakang pertanyaan).
Memandangkan aku godek-godek(literally:baca) semula buku Anthony Robins, Awaken The Giant Within yang dipinjam dekat library, aku telah membuat senarai semak perbandingan "Aku 5 Tahun Lepas" dan "Aku Sekarang". Dan juga membuat perancangan "Aku 5 tahun Akan Datang". Berkajang-kajang kertas aku guna untuk menulis. Haha. Below are just the summary.
Lima tahun yang lepas, umur 17 tahun-2006-messed up-SPM
5 tahun selepas itu,
Sekarang. Umur 22 tahun-2011-not that messed up anymore-a mediocre-undergrad student
5 tahun akan datang. 27 tahun-2016-monumental-happily taken (ehem)-lecturer/tutor
I am looking back, take a step behind and rewind the mental picture of who I used to be. And what I used to think. Looking back, I just felt that I want to override the old me and say "You are capable of anything and you have a power beyond measure. Keep strong and hold on". I wish I was saying that. But I just don't.
Apalah yang remaja berusia 17 tahun fikir kan? SPM SPM SPM. 10A1. 10A1. 10A1. Fly oversea. Be a doctor. UK.
Serious aku tak tahu apa yang aku nak pada usia itu. Alah, nak jadi doktor pun sebab rasa macam 'best' kot jadi doktor. Haha.
Matrix? Flunked. Uni? Almost to the edge. Deep down aku tahu, "I more than what's written on my exam slip". Adakah itu ayat-ayat manusia denial? Haha. Entah. You figure.
It hurtful you know. 5 year ago. Entah, susah nak cakap.
Aku ingat lagi masa dalam kelas physic, jasad aku ada dalam kelas, pura-pura beri tumpuan padahal otak aku melayang entah ke mana. Memanjang fail. Orang lain excited nak belajar, aku tak. Aku pura-pura belajar.
Kelas add maths lagilah. Sampai pernah aku dengan budak-budak yang fail kena denda lari keliling basketball court dengan cikgu add maths yang super garang.
Aku tak tahu apa jadi dengan aku waktu tu. Yang pentingnya, jiwa aku hilang entah ke mana pun aku tak tahu. Bukan masalah cinta ke apa ek. Haha. Sekolah aku semua perempuan.
Sebab sekolah aku ni sekolah berasrama penuh yang semuanya dikalangan cerdik pandai bijak bestari, maka aku ini adalah antara yang tercorot.Kalau nak tengok ranking exam bulanan, nak cari nama aku kena start daripada No.114 (sebab batch aku ada 114 orang) .Lebih-lebih lagi bagi subjek Add Maths.
Kalau kau masuk asrama penuh, memang akan fahamlah bahawa sekolah kau tu akan 'push' student untuk dapat A sebab nak naikkan ranking sekolah. Ranking itu lebih penting. Imej sekolah itu lebih penting.
Kelas yang aku enjoy, BM,BI,Agama Islam. Subjek inilah pun yang aku cemerlang sikit. Haha. See, nampak kan kecenderungan aku ke mana. Seni. Ceh. Seni lah sangat. Yang selalu fail Physic-AddMaths-Kimia. Biologi okay sikitlah.Sebab membaca. Math Mod pun lemah weh. Aku rasa dalam SPM 2006, aku telah mencemarkan rekod sekolah dengan mendapat B3. Aku rasa budak-budak batch aku semua dapat A1. Sebab memang tradisi sekolah aku time SPM , batch senior2 dulu2 memang dapat semua A1 dalam maths mod. Gila kentang betul.Oh ya, antara sebab aku nak jadi doktor adalah sebab aku terel biology sikit lah. Haha. Yang lain asyik fail je.
Klasifikasi pelajar yang cemerlang/masa hadapan cerah = Jumlah A yang dicapai
Kau dinilai hanya berdasarkan deretan A dalam kad kemajuan pelajar. Sistem 'nilai' a.k.a life values? Oh, tak penting. Asalkan banyak A, maka itulah dia pelajar cemerlang. Bahagia hidup di dunia. Akhirat? Tanggung sendiri.
Tak penting pun kalau kau seorang pelajar yang jujur,amanah, bertanggungjawab, bersopan santun, hormat orang tua, sembahyang cukup 5 waktu sehari, puasa penuh di bulan Ramadhan , dengar cakap mak ayah, tak mencarut, tak mengumpat/kutuk cikgu senyap-senyap tapi pura-pura baik depan cikgu, tinggi common sense, tak escpae kelas, tak escape prep,t ak menipu, tak mencuri, tak fly dari sekolah senyap-senyap, tak ada hubungan songsang etc.
Semua dia atas tak penting, asalkan kau score sebanyak A yang mungkin.Senang kata, tak perlu jadi baik pun.
Mungkin aku tak 'sepandai' mana di mata cikgu/kawan-kawan dulu, tapi aku tahu aku ada values of life yang aku pegang. Yang dah ditanam dalam blueprint aku sejak kecil. Yang mama ayah dah ajar aku dulu-dulu. Yang jadi kan aku, aku. Bukan mereka.
Tapi, manusia tak pandang itu semua bukan? Seriously. Aku pernah rasa. Memang semua orang akan "judge a book by its cover".
Mungkin silap aku, lambat dicover apa yang aku mahu + minat + kecenderungan. Tak banyak exposure. At least sekarang, aku tahu apa yang aku mahu.
Ourselves is not our physical. We are our soul. We are a spiritual being experiencing life in our physical body. Sorry, I couldn't come out with the right phrases. It's in Anthony Robin books. Dah hilang those pages.
Perasan tak, bila manusia mati jika ditimbang jasad sebelum dan selepas kematiaan, tiada apa yang beza. Dia tetap mati. Jasad masih terkaku, tetapi yang hilang dan pergi adalah 'roh' atau 'soul' dia.Manusia-manusia yang masih di 'preserve' dalam bilik mayat, physical still intact(bergantung kepada kes kematian), tapi yang menentukan dia hidup atau mati adalah 'roh' seseorang itu.
Baru aku faham. Tak pernah terfikir pun sebelum ni.
One beautiful soul is so hard to find, kan? It will always comes with a high price for you to attain one or to be the one. It's like a sacred gem.
P/S: Ya, aku sengaja tutup ruang komen kali ini. No expectation. I just wanna vent out my 2 cent. Dan ya, aku belum tidur lagi sebab otak aku aktif banyak fikir perkara,selain exam yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang.
Labels:
Being Positive,
Cita-cita,
Luahan Hati,
Random Stuff,
Random thought
Saturday, December 17, 2011
They are the same, but every heart is not.
Based on my random rambling here, i did mention that i hardly get the pattern of what generally man would think of. Macam, adakah mereka generally dilahirkan sebagai 'pervert' mahupun generally 'saint'. Haha.
Ok, aku cuba merasional kan fikiran aku dengan membuat deduction bahawa no man is the same. Period. Sebab aku fikir tak adil sama sekali untuk membuat 'assumption' berdasarkan manusia-manusia yang kau pernah jumpa/dengar/baca.
Yes, aku pernah terbaca pasal lelaki yang 24 jam cakap pasal shiteous stuff. Seolah-olah dalam kepala otak dia dah tak ada benda lain dah nak fikir.
Yes, aku pernah jumpa lelaki gampang yang tak ada manner. Sangat annoying. Sangat tak best.
Yes, aku selalu dengar dalam radio tentang luahan isteri-isteri bahawa suami dia pemarah, kedekut, tak penyayang, suka condem isteri, tak peduli hal keluarga, memperhambakan isteri etc.
Tapi,
In real life situation, lelaki terdekat sekeliling aku macam Ayah, atok, uncles and all tak ada pun macam seperti di atas. Lebih-lebih lagi ayah aku lah kan. So, adakah adil untuk aku menyamakan semua lelaki begitu? You tell me.
Just because you've been toyed by a douchebag, dosen't mean that you'll be ended up with the same type of man , kan?
Perception.
Macam bilamana kau selalu jumpa perempuan emo dan gedik, adakah kau akan samakan semua perempuan pun begitu? Adil ke bagi perempuan yang langsung tak emo dan gedik? Haha..Kesian mereka. Dah lah cool , baik pulak tu. :D
Aku fikir, you'll get what you wish for.Apa yang kau percaya, itulah yang kau akan dapat. Kalau kau yakin yang kau deserve someone good, and yes you'll be. Tak sekarang, mungkin selepas kau dikecewakan 10 kali baru akan jumpa.
Yang penting, percaya dan yakin. Mungkin 1 dalam 10 orang yang kau jumpa, dia ada kat situ. Mungkin dalam 100 lelaki dalam fakulti tempat kau belajar ada 30 orang yang ok. Mungkin dia ada, tapi kau yang tak nampak. Sebab kadang-kadang "we are looking, but not seeing".
Think good thought.
Monday, December 12, 2011
Diam tapi bising
I wish i could undo some of things i've said
I wish i didn't do what i did
I wish i'm strong enough to say sorry
I wish i didn't do what i did
I wish i'm strong enough to say sorry
~~~~
Home
Mahu pulang
Aku harap semua berakhir dengan baik
Mahu lekas pulang
Rindu
~~~~
Perihal hati sangat payah untuk diperkatakan
Pelik
Tapi aku cuba jadi rasional
Menilai diri sendiri sendiri lebih utama aku kira
Aku serah urusan ini pada DIA
~~~~
Soal hidup dan masa depan
Cari separuh diri yang hilang
Cari inspirasi dan memberi inspirasi
Cari tenang dalam sulit
Cari bahagia dalam kalut
Mencari DIA
~~~~
Kalutnya hati, tuhan saja yang tahu. Entah apa yang di'kalut' kan pun aku bingung. Serba tak kena. Doakan aku.
Saturday, December 10, 2011
Memohon
Jawapan kepada solat istikharah tak semestinya datang dalam bentuk mimpi kan?
Datang dalam bentuk 'rasa', 'keyakinan' dan 'gerak hati' juga.
Sebab mengikut pengalaman, tak pernah perkara-perkara yang didoakan itu aku temui jawapannya dalam bentuk mimpi.
Dan setelah istikharah lagi beberapa hari lalu aku mimpi something. Tapi, macam pelik. Entah. Mungkin sebab aku tak mahu percaya. Sebab yang aku mahu, tak muncul. Mungkin.
Sesungguhnya, DIA lebih tahu yang terbaik untuk aku.
Datang dalam bentuk 'rasa', 'keyakinan' dan 'gerak hati' juga.
Sebab mengikut pengalaman, tak pernah perkara-perkara yang didoakan itu aku temui jawapannya dalam bentuk mimpi.
Dan setelah istikharah lagi beberapa hari lalu aku mimpi something. Tapi, macam pelik. Entah. Mungkin sebab aku tak mahu percaya. Sebab yang aku mahu, tak muncul. Mungkin.
Sesungguhnya, DIA lebih tahu yang terbaik untuk aku.
Labels:
Daily Chatters,
Luahan Hati,
Random thought
Sunday, November 20, 2011
Bosan
I'm so sick. Homesick precisely.
Mengada. Mujur ada kawan baik, kalau tak meroyan dah ni. :D
Baru aku tahu aku tak boleh sorang-sorang nanti aku stress , tanpa disedari.
Penemuan terbaru.
Satu target pun tak tercapai. Adalah sikit. Alasan?
Freakin lazy because cuaca amatlah panas hari ni, boleh?
Lost my mojo, don't know what to do, so mundane.
I miss you lah. Patut ke tak patut?
Yang sebenarnya, aku rindu. Itu puncanya.
Rindu semua yang dekat seberang Laut China Selatan. Semualah.
Rindu mama, ayah, dearest siblings dan kereta. Pftttt. Kereta?
Penting tu. Ehehe. Serta katil dan ya, internet yang laju juga.
Oh lupa, elliptical. Patutlah meroyan, tak workout rupanya.
Sini panas gila. Serius kulit aku makin gelap nih.Haish...gedik.
Tah ape-ape aku ni.
Kalau dah stuck, satu benda berfaedah pun tak jalan.
Hmmm,
Bosan. Cepatlah , nak balik rumah selama-lamanya.
Cepatlah datang wahai bulan 1. Cepatlah berganjak.
Cepatlah exam. Habis je exam, aku nak cabut terus.
Mueheheh. Merdeka.
Kalau aku ada telepathy, aku nak try hantar. Dekat siapa tapi? Oh, player harimau muda jersi no.18. Hye~ awak, umur 18 tapi kenapa nampak macam umur 22 eh? Sebaya lah kita..huhu~
Tapi dia muda sangat. Jadi adik angkat boleh? Ehehe.Ong Kim Swee tu pun smart jugak eh. Berkarisma. Ok, sekarang aku tak pandang Khairul Fahmi .Dari dulu pun tak pandang kot. Tak suka. Tapi thanks lah sebab banyak selamatkan gawang Malaysia. Itu je. Marilah kita tengok final match sea game nanti. Teringinlah pulak nak pergi stadium, one fine day. Sambil tengok match, sila jangan mencarut ok, tak baik. Mak marah. :)
Sebab lecturer aku dia kata telepathy ni wujud dan dia pernah guna
untuk hantar pesanan dekat husband dia (before they get married). Sebab dia suka sangat bakal suami dia, tapi tak tahu nak cakap macam mana, then akhirnya dengan guna telepathy, they eventually married now. Amazing.
Err, patutkah aku meragui...?
Ok, ini serius.
.
Maaflah, aku banyak mengarut.
Ah, tak peduli.
P/S: Terima kasih atas karangan kau SpitItOut. Harap dapat hantar kat aku lagi. :D Memang terbaik.
Mengada. Mujur ada kawan baik, kalau tak meroyan dah ni. :D
Baru aku tahu aku tak boleh sorang-sorang nanti aku stress , tanpa disedari.
Penemuan terbaru.
Satu target pun tak tercapai. Adalah sikit. Alasan?
Freakin lazy because cuaca amatlah panas hari ni, boleh?
Lost my mojo, don't know what to do, so mundane.
I miss you lah. Patut ke tak patut?
Yang sebenarnya, aku rindu. Itu puncanya.
Rindu semua yang dekat seberang Laut China Selatan. Semualah.
Rindu mama, ayah, dearest siblings dan kereta. Pftttt. Kereta?
Penting tu. Ehehe. Serta katil dan ya, internet yang laju juga.
Oh lupa, elliptical. Patutlah meroyan, tak workout rupanya.
Sini panas gila. Serius kulit aku makin gelap nih.Haish...gedik.
Tah ape-ape aku ni.
Kalau dah stuck, satu benda berfaedah pun tak jalan.
Hmmm,
Bosan. Cepatlah , nak balik rumah selama-lamanya.
Cepatlah datang wahai bulan 1. Cepatlah berganjak.
Cepatlah exam. Habis je exam, aku nak cabut terus.
Mueheheh. Merdeka.
Kalau aku ada telepathy, aku nak try hantar. Dekat siapa tapi? Oh, player harimau muda jersi no.18. Hye~ awak, umur 18 tapi kenapa nampak macam umur 22 eh? Sebaya lah kita..huhu~
Tapi dia muda sangat. Jadi adik angkat boleh? Ehehe.Ong Kim Swee tu pun smart jugak eh. Berkarisma. Ok, sekarang aku tak pandang Khairul Fahmi .Dari dulu pun tak pandang kot. Tak suka. Tapi thanks lah sebab banyak selamatkan gawang Malaysia. Itu je. Marilah kita tengok final match sea game nanti. Teringinlah pulak nak pergi stadium, one fine day. Sambil tengok match, sila jangan mencarut ok, tak baik. Mak marah. :)
Sebab lecturer aku dia kata telepathy ni wujud dan dia pernah guna
untuk hantar pesanan dekat husband dia (before they get married). Sebab dia suka sangat bakal suami dia, tapi tak tahu nak cakap macam mana, then akhirnya dengan guna telepathy, they eventually married now. Amazing.
Err, patutkah aku meragui...?
Ok, ini serius.
.
Maaflah, aku banyak mengarut.
Ah, tak peduli.
P/S: Terima kasih atas karangan kau SpitItOut. Harap dapat hantar kat aku lagi. :D Memang terbaik.
Thursday, November 10, 2011
Rambang
Emm, rindu nak tulis-tulis tapi tak ada idea yang spesifik. Boleh tak nak tulis perkara-perkara rambang yang terfikir saat jemari menaip. Oh, lupa nak ucap 'Selamat Hari Raya Haji'. Hmmm, dah basi pun...
1. Kenapa tapak tangan + tangan ayah aku lembut macam pakai losyen padahal itu tangan lelaki yang stock angkat barbell tiap kali workout. Tak pakai losyen pun lembut. Genetik? Kenapa bulu mata adik lelaki aku lentik dan panjang macam perempuan? Kenapa ni ehhh? Jealous? Bolehlah... :D. Ada je lelaki lebih 'cantik' daripada perempuan. All natural you...
2. Raya haji was so-so. Menu adalah soto. Mama masak. Tapi aku missed soto yang first time aku masak dulu. Tak main lah guna paste-masuk-je-dah-siap. Peh, masuk bakul angkat sendiri. Tapi, aku rindu lah.
3.Asyik ter-mencarut boleh tak? Salahkan avril lavine. Lagu Wish You Were Here buat aku asyiklah tersebut benda tu tiapkali nyanyi. Haha~ Bahaya ni kalau adik No.3 yang umur 11 tahun dengar. Tadi dia tanya aku, "Orang tu sebut damn kan?" Aku senyap je..haha. Buat-buat tak tahu.Cepat je telinga dia tangkap.
4. Rutin raya haji. Bangun pagi, tolong apa yang patut (preparation dah buat the day before), makan, lepak, beraya rumah mak ngah sebab nak makan mee kari + camwhore (bukan aku) dekat rumah mak ngah, singgah kedai beli dessert (ais krim magnum maksu belanja maklumlah orang dah kerja ..haha), lepas zuhur drive balik ke seremban (aku drive hoyeahhh...)
5. "Baby main piano grade berapa?" aku tanya adik sepupu darjah empat yang saiz badan memang macam budak 5 tahun tapi mulut becok suruh kau solat kalau kau solat lewat. Haha.
"Grade 2."
"Susah tak main piano?"
"Senang je" yakin tanpa ragu-ragu dia cakap.
Ok, nanti kak long belajar dengan baby. Masaklah aku kena 'laser' dengan baby nanti.
6. Hari isnin kami bercuti-cuti Malaysia satu family. Nak tau pergi mana? Allamanda Putrajaya je pun. Ni sebab nak grant birthdy wish adik No.3 yang nak beli set senapang Nerf dia dekat Toys R Us.Beli segedabak senapang ala-ala machinegun , nak tembak siapa kat rumah pun aku tak tau lah. Tembak kucing-kucing dia agaknya kot.
7. Oh ya, kalau korang pi solat dekat masjid Putrajaya, yang perempuan tu make sure pakai baju yang tak pendek + ketat + baju atas punggung sebab nanti korang kena pakai rain coat masjid kalau nak masuk dalam . Heh. Adik No.2 kena pakai jubah ala-ala rain coat. Aku kira itu jubah untuk non-muslim yang nak visit masjid. Tapi, ada je perempuan muslim yang kena pakai sebab pakaian tak menepati piawaian. Tapikan, aku fikir kita tak sepatutnya judge seseorang berdasarkan pakaian diorang.Yup, ada yang bertutup litup dan baik dan ada juga yang bertutup litup tapi perangai macam sampah. Wasted.
8. Semua orang dalam rumah ni layan Masterchef Malaysia. Aku? Layan je lah...
9. Surprisingly, my mum knows the existence of my blog. Huaaaaaa...nak buat macam mana nie? Aduhh la..Habis la rahsia aku semua terbongkar.
10.Tak study subjek bahasa german lagi padahal balik cuti ada vocabulary test. Bila nak insaf?
11. Life's great and i'm lovin' it. I've made up my mind and got to stick to my 'plan'. A girl gotta move on and live her life isn't it? Baby step. You'll reach your goal eventually.
12. Belajar untuk fokus pada usaha, dan bukannya pada end result. Everyday is a progress even a tiny winy bit of change you've made. Gotta keep that in mind. Sometimes, aku takut. Sometimes, aku yakin aku boleh. Sila kalahkan rasa 'takut' itu ya!
13. Makeup sucks (for me). Dan fake.Bila dah tak make up, kurang cun dah. Dan makeup boleh buat kau nampak cantik mahupun hodoh kalau teknik salah. Sebab muka aku overly sensitive dan alah pada makeup dan apekejadah cosmetics semua, i don't do that much. Dan aku paling takut guna barang make up fake cap ayam . Nak beli MAC or Bobbi Brown or Estee Lauder original, hmmmm lagi 5 tahun lah kot...haha~ Saving saving saving...fuhhh.
14. Aku fikir, jadi lelaki untung sebab diorang tak banyak issues (lebih-lebih lagi hal yang remeh temeh) to deal with.Unlike us. Cuma, diorang akan pikul tanggungjawab yang super duper banyak dan berat. Itupun kalau depa sedar yang banyaknya 'tanggungjawab' yang diorang ada ye tak? Apapun, aku bersyukur aku perempuan. :D
15. Bila time kau rasa kau tak deserve untuk dapat semua yang kau mahu, tenangkan hati dan cakap pada diri "i deserve to have this" dan jangan lupa senyum lebar-lebar sampai nampak gusi. Promise?
16. Dah dah, tak payah expect apa-apa. Just live your life happily and kejar apa yang worth it untuk dikejar. Don't waste your heart. What is meant to be, will always find a way. Eventually. Chill sudah kan..*sedapkan hati*
Have a good day!
Thursday, October 6, 2011
Peluang kedua
Dalam hidup, manusia (baca:aku) selalu saja buat salah. Juga kesilapan kesilapan yang bila difikir-fikir kembali, ohhh was it me before?
Tak kira kecil besar kesalahan, sama ada pada manusia lain mahupun kepada diri sendiri , semuanya harus diberikan peluang kedua.
Kali kedua, untuk menebus kembali kegagalan yang pertama.
Terutamanya kesilapan dan kesalahan kepada diri sendiri.
Kadang-kadang kita boleh memaafkan manusia lain tapi bukan diri sendiri.
Dan kadang-kadang kita lebih jujur dengan manusia lain, tapi bukan dengan diri sendiri.
Ironi.
Haha, sebenarnya i was in the middle of studying (yeah, study lah sangat kan..) and printing notes and all. Reviewing the notes that i used to study and thinking, what was i doing all this while sampai boleh sangkut dua paper yang to some people , easy peasy. Huh~Memang easy peasy pun..Kenapa lah paper yang susah I can score (lulus) and yang easy peasy tersangkut?
Eh, kenapa macam tak pernah belajar je ni?
Nampak senang ..hafal je lah.Asal dulu tak boleh buat???
Dah lah dulu pemalas nak print out nota. Satu nota lama pun tak jumpa. Mujur ada soft copy.Haish, what was I'm doing all this while???? Teruknya.. T______T
See, last semester and the previous one was the hardest point in my life . I was dragged with the situation and kinda lost for a year. Haha~gilalah...No wonder the doctor diagnosed me with having stress. Duh, nasib baik tak jadi depression ke apa.
Looking back now, I'am really thankful that I've get through it. Alhamdullilah.
I notice that i am more calm and collected now. Bila kita dah tenang, we can see clearer. So, setiap masalah atau dugaan kita boleh selesaikan. Wisely. Cara nak tenang? Be happy, surround yourself with good bunch of friends, love people more, make new friends (i met two beautiful single doctor-to-be-soon)..siapa berminat boleh contact me okay..haha~.
And never be alone. Seriously, when the tide strikes, believe me you need someone to be there and pull you out from being drift away. This is so true.
One step at a time. Baby step. Eventually you'll make it there. To whatever you wish for.Life happens gradually and accumulative. One thing adds to another-like drops of water will wear away the rock. It's a bit today, and a bit tomorrow.
That's is my mantra now.
Labels:
Daily Chatters,
Inspirational,
Motivation,
Random thought
Tuesday, September 27, 2011
I dare you to move
*Currently playing: I dare you to move, Switchfoot* #favourite
So it's all said and done
And even the butterflies has gone.
It's a goodbye.
Bon Voyage.
Labels:
Random thought,
She Quote She Rhyme,
Songs n Lyrics
Monday, September 19, 2011
Entry Paling Mengarut
Esok pagi ada kelas bahasa German. Ye, aku ambil bahasa german sebagai elektif. Kenapa? Jepun sudah, Arab sudah, aku fikir bahasa german nampak cool. Masalahnya, satu perkataan pun aku tak tahu. Lainlah masa ambil bahasa Jepun atau bahasa Arab dulu, adalah sikit-sikit pengetahuan asas mengenai kedua-dua bahasa.
Oh, apa yang aku merepek ni.
Tskk.
Tak sebenarnya aku nak tulis benda lain, tapi entah. Ter-mengeluh pasal hal lain. Biarlah.
Esok nak puasa ganti. Room mate a.k.a kawan baik ajak puasa sama-sama. Barulah bestkan puasa ramai-ramai. Bertambah baiklah aku duduk dengan kawan-kawan yang baik-baik. Tskk, asal diorang baik sangat ha???
Hmmm.
Ayah dan mama telefon tadi. wah wah wah, ada orang tu beli galaxy tab pulak. Ipad 2 nak campak mana? Serius tak faham asal ayah beli jugak. Nanti bukannya dia reti guna...Oh, aku lagilah tak reti guna benda alah canggih ni semua.
Bosan.
Tak. Sebenarnya aku rasa sedih. Ye ke? Ye kot. Sikitlah. oh, mungkin bukan sedih tapi macam ...entahlah. Macam ada void dalam hati.
Bukankah kebahagiaan atau happiness datang dari dalam diri sendiri? Cipta sendiri? Saat ni, aku rasa..entahlah. Happy? Ya. tapi ada something missing.
Ke aku yang drag perasaan sendiri. Hmmm.
Aku benci tunggu dan tunggu.Penyabar? Mungkin tak. Tapi still tunggu. Bodohnya. Oh, aku pun benci label diri sendiri dengan benda-benda yang tak baik. But, I just did. And i did it. Tapi aku tahu aku bukan macam tu kan?
Mungkin aku perlu baca semula buku Hapiness Now, Andrew Matthew tulis. Tapi dah tertinggal di rumah dekat Seremban. Oh ya, minature perfume Gucci Flora aku hilang.Puas aku cari dalam beg kuliah, dalam handbeg, dalam almari kanvas, tapi tak jumpa. So, aku anggap ia hilang. Botol kecik harga 50 ringgit yang baru diguna beberapa hari. Clumsy nya aku. Haish...
Aku backspace almost everything. Biar ia hilang. Ironinya, aku masih ternanti. Itu yang paling aku benci. Tunggu dan tunggu, fikir dan fikir. Bodoh nya aku. Benci sebab jadi bodoh.
Sampai aku harap cepat-cepat masa berjalan. Jalan cepat-cepat. Biar aku penat seribu. Penat sangat , sibuk sangat sampai aku tak ada masa nak fikir benda remeh-temeh macam ni. Macam sekarang ni. Type benda yang merapu-rapu.
Sepatutnya aku dah tidur tadi. Broadband aku tak boleh guna. Kawan baik yang baik hati selalu kasi aku pinjam broadband dia yang laju itu. Baik kan dia? Keliling aku ramai orang yang baik-baik sampai aku rasa, kenapa aku selalu jumpa manusia yang baik-baik? Jodoh? Aku bukanlah baik mana pun. Banyak dosa adalah.
Hmmm.
Tapi kalau jadi baik sangat, nanti selalu kena tipu? ye ke? Aku rasa aku kena tipu juga mungkin sekarang. Dan juga dulu. Mungkin aku kena jadi jahat sikit? Setuju?
Serius aku tak tahu nak marah-marah kecuali pada orang kesayangan sebab mereka akan memaafkan apa pun salah aku andai aku buat salah. Nak tengok aku mengamuk? Mungkin kamu bukan orang kesayangan. Haha~
Itu hari semasa official open house, aku sibuk prepare itu ini. Wan dan atok datang petang sebab open house malam. Tangan aku kotor dengan tepung and all. Tak dapat salam dulu. Hold kejap. Buat kerja. Beres, aku basuh tangan nak salam mereka. Oh, badan memang belengas (melekit dengan peluh).
Aku salam wan. Wan cium pipi aku. Aku cakap "Ala wan, kakak berpeluh ni. Busuk laaa~" sebab dia cium aku kan. So, rasa uncomfortable la of course. Aku dah la rushing nak siapkan itu ini. Kalau nak cium lepas mandi ok lah kan..
"Cucu wan mana ada busuk. Wangi ni..." dia cakap sambil cium aku.
Geezz, badan aku melekit kot ni.
Mungkin itu cinta.Cinta tak nampak yang buruk. Semua nya indah. Cinta nenek pada cucu. Sayang dia pada aku sampai siap buatkan rendang, lemang, serunding daging dan siap datang rumah sebelum aku balik Kuching tempoh hari. Padahal wan bukannya sihat sangat.
Cinta mama?
Siapkan barang-barang untuk aku bawa balik. Masakkan itu ini untuk aku. Sebab tu aku iyakan sahaja kalau dia nak buat apa-apa. Walaupun aku tak makan sangat, tapi aku angguk je kepala. Mungkin mama jarang cakap dia sayang aku, tapi aku tahu dia maksudkan itu. Dia macam aku.
Cinta ayah?
Apa yang aku nak, semua dapat. Sampai aku malu nak minta sebab banyak sangat yang dia dah beri. Aku ingat lagi macam mana ayah akan cuba tunaikan permintaan aku. Banyak. Terharu. Ya. Aku fikir, aku tak akan jumpa lagi insan serupa ayah di masa hadapan. Mungkin ada, aku harap. Bayangan suami masa hadapan. Mungkin. Macam mana dia akan pastikan aku selalu dapatkan perkara-perkara yang terbaik. Teringat dia selau akan berlebih-lebih shopping barang untuk aku masa kami di Kuching awal 2008 dulu.
Ayah, rindunya. Dia memang bukan macam mama. Haha. Opposite attract.
Ayah, rindunya. Dia memang bukan macam mama. Haha. Opposite attract.
Cintakah aku? Orang kata bila kita memberi, kita tak akan kurang apa pun.
Apalah yang aku mengarut ni kan. Maaflah. Blog aku ni pun bukannya berilmiah mana pun. Sungguh mengarut kali ni.
Aku rasa nak karaoke, tapi with my kesayangan-s. Dan mereka jauh . Sabarlah.
Labels:
Daily Chatters,
Luahan Hati,
moodLess,
Random thought
Tuesday, August 16, 2011
So young and insane
Good morning.
I've never wake up this so early from just a couple of hours sleep. My eyes still hurt that could almost turn in to tears. Symptoms of not enough sleep maybe.Sore.
And I've never been so contented like now. Ever.
And I've never let anyone cross the border around my territory, but then i did.
It was a mistake,maybe it was not.
So young and insane.
It's not your loss, really.
I've never wake up this so early from just a couple of hours sleep. My eyes still hurt that could almost turn in to tears. Symptoms of not enough sleep maybe.Sore.
And I've never been so contented like now. Ever.
And I've never let anyone cross the border around my territory, but then i did.
It was a mistake,maybe it was not.
So young and insane.
It's not your loss, really.
Thursday, July 21, 2011
Hari khamis yang ohsem *awesome*
Oh, tak tahulah betul atau tak kadar gula yang rendah dalam badan membuatkan i'm moodless. Bluerghh...Puasa la hari ni. Puasa sunat? Banyaklah...Puasa ganti meh...
Haha.Lawak. Tadi tengah dengar LMFAO -Party Rock Anthem*yang everyday i'm shuffelin' tu*, then tiba-tiba lepas lagu tu habis keluar pulak lagu Maher Zain, Insya Allah. Then lagu the Choosen One pulak. I'm using my sister lappy. Insaf jap..sobs..
Ayah dapat dua tiket chelsea lawan Malaysia malam ni. Last minute. So, tadi lepas sekolah mama pi hantar lil bro kat KL so that he can be with ayah to watch the match tonight. Sure pack plus jam macam hape je nanti kan. Oh, me so hate situation like that. Sesak doe. Satu, nak pi toilet susah. Lagi satu nak solat susah (if lets say the match start before maghrib or close to maghrib)...
Last time pergi bukit jalil kalau tak silap mungkin masa tengok tatu (persembahan akrobatik by army) or masa sukan komanwell 1998. Haha, dah berkurun kot...
Oh merepek~
Ha, ada lagi benda merepek aku buat. Buat akaun twitter. Haha. Sebab dalam my new hp ada wireless access plus twitter and whatnot apps, so aku pun menggatal buat twitter. Lepas tu rasa macam, what was I thinking. Nak tweet apa pun kan. Dah ada tumblr and blog cukup sudah..I think I'd be better delete that account.
Bye bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)