Friday, December 16, 2011

Tolonglah jaga elok-elok

Ok, semalam aku ada 'terbaca' blog seorang blogger  yang aku tak pernah 'terjumpa' pun blog dia sebelum ni. Dan, tskkk..Ohh emm gee, he makes me wonder. Semua spesies lelaki di muka bumi ni sama juga ke lagu itu? Err, ayat-ayat dia dalam blog memang 18sx dan faham-fahamlah yer. Isu-isu yang dia selalu tulis pun 70% pasal hal-hal ____ haha. Faham-faham sendiri lah.

Pfttt..mencemarkan pemikiran aku. Haish. Ok, aku tak berazam pun nak usha lagi. Tapi kalau korang rasa nak usha, silakan. 

Aku bukan apa, kalau boleh biarlah tulis perkara-perkara yang baik dan menggunakan ayat-ayat yang baik. Entahlah, aku macam tak boleh terima kalau 70% ayat yang digunakan adalah bahasa-bahasa yang sepatutnya **** kan. Finelah, kalau dah tak tahan nak mencarut pun, try lah guna bahasa yang tak ekstrem sangat.

Sebab, 

Apa yang kita Baca, Dengar, Lihat, Fikir semuanya mempengaruhi aktiviti 'subconcious mind' yang maha power. Tahukah anda yang minda kita terbahagi kepada dua ; concious mind (CM) and subconcious mind (SM) *mood dicovery channel*. Bagus kalau tahu. Kalau tak tahu pun takpe. Meh aku bagi tahu.

SM ni kiranya macam 'minda segar' (bak kata Prof. Dr. Muhaya) dan dia beroperasi 24jam tanpa henti. SM ni kuasanya sangat hebat, jika kita tahu macam mana nak 'handle' dia.

Nak cari SM? Dia ada di setiap cell dalam badan kita. Katakanlah average cell dalam badan manusia ada 63 trillion, so SM is in each of those cells. So, sebab tu kamu orang pernah terbaca tak pasal 'self healing' dan macam mana ada manusia yang 'sakit' boleh 'heal' dengan sendirinya. Provided, they know how to engage with their SM.

Sebab apa aku kata Subconcious Mind ni hebat? Sebab, bayangkanlah siapa yang kawal aktiviti pam darah ke jantung, yang kawal uptake oxygen, kawal hormonal activity, yang kawal urinary baldder kau masa kau tidur mahupun dalam sedar? Cuba fikir, apa akan jadi bila minda kau 'fikir' hatta sesaat dua untuk 'how to breath', sah sah lah kau akan mati kan.Ciptaan Allah yang hebat.

Itu daripada segi saintifik. Ini aku cuba bagi contoh daripada segi non-scientific pula.

Katakanlah Ah Bu selalu tengok tv cerita cerekarama bodoh pasal cinta-cemburu-bunuh-orang kaya kejam. Dia kemudiannya suka baca blog yang asyik cakap benda-benda mengarut dan sampah - tak berilmiah - bahasa kesat. Dan dia juga amat gian baca komik - mangga - harian metro. Selain itu Ah Bu juga amat menggemari mendengar lagu lagu yang tiada nilai. Itu adalah rutin dia. Kalau tak buat semua di atas, bukan Ah Bu lah tu. Mungkin itu adalah Ah Bang. Kot. Oh ya, dia suka juga buang masa layan FB usha page awek-awek cun. Cuci mata beb.

So, apa yang terjadi dengan (Subconcious Mind) SM Ah Bu? Cuba lihat pattern 'pemikiran' dia. Macam yang telah dikata apa yang kita lihat - baca - dengar - fikir semua akan meresap masuk dalam SM. Yang uniknya, SM ni tak langsung filter apa-apa. Dia tak kenal mana satu unsur yang 'baik' dan 'jahat'. All those stuff, embeded in your SM. Well done Ah Bu. SM ni ibaratnya macam sekeping ladang yang maha subur. Dan apa yang kau lihat - baca - dengar - fikir semua yang bakal menentukan apakah 'hasil' nya nanti. Kalau kau tanam lalang, tak kan nak expect dapat pokok durian ye tak? Logic. 

Sebab apa pentingnya kita 'tanam the right seed of thought' adalah, perkara tersebutlah yang akan membentuk 'habit' kita. Kan aku ada kata, minda kita ni ada dua part. Satu adalah minda sedar ; dua adalah minda separa sedar (subcon mind). Minda sedar ni adalah apa yang kau fikir. Dan the only way to get through your subconcious mind (SM) adalah memalui Concious Mind dahulu.

Contoh:


Ah Bu sering rasa malas nak buat homework Add Math sebab dia rasa dia lembap/lambat pick up.(Ini adalah ketika Concious Mind dia yang berkata-kata). Banyangkanlah, selama sejak form 4 sampai lah form 5 dia dok kata "aku bodoh, aku lembap, aku memang tak boleh buat, aku loser" tiapkali nak buat Add Math. So, what happend here? Slowly, tanpa dia sedari dia dah tanam seed of thought yang cakap dia bodoh-loser and all. SM dah pick up all those saying dan tengah berhempas pulas nak buktikan yang apa si Ah Bu katakan itu memang benar. Ingat, SM will never able to distinguish bad Vs good stuff. So, jadilah Ah Bu seperti apa yang 'dikatakan' dan 'difikirkan'. Memang selama-lamanya dia loser dalam Add Maths. Oh, aku pun benci gak Math and Add Maths. Mujur SPM score.Padahal masa exam memanjang fail. Haha.


Sebab tulah penting kena selalu 'kawal minda'. Maksudnya apa-apa perkara yang bakal difikir/dilihat/didengar/dibaca, maksure benda-benda bagus yang baik dan kalau terbuat yang selain itu, cuba justify kan dan jadikan dia 'baik'. 


Bak kata Prof. Dr. Muhaya kita ni sepatutnya hidup daripada 'dalam ke luar' dan bukan 'luar ke dalam'. Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.


Aih, panjang doe aku bebel-bebel. Maaf. Haha.

Yang Benar,
-Manusia yang sedang dalam proses nak jadi lebih baik sebab dia pun banyak juga buat benda tak baik sebelum ini-


No comments: