Sunday, July 29, 2012

Ramadhan with family


Hari ni puasa yang ke-9.
Ok, aku baru tak puasa sehari, time cabut gigi yg ke-2 tu.
Banyak sgt darah.

Semalam, berbuka puasa dengan mama-ayah and 3 muskeeters. Fun! Walaupun sehari, but we managed to spent our time togather. Royale Chulan, not bad tapi aku prefer last year punya buffet kat mana eh, dah lupa. Tenkiu ayah belanja kiteorang! Tapi tapi, aku lagi suka makan mama masak kat rumah, sodap...!

Hari khamis ni pasang braces..weeeeee...tak sabar oiii..nak band kaler purple. Kalau takde, nak kaler baby blue..or pink? Gedikkkk oiii..haha. Kaler hijau pun ok jugak..

Nak cakap apa eh?

Oh, hari ni kerja. Now aku dekat kl lagi.

Thank you Allah, kerana bagi saya rasa nikmat ada 'family' . Bagi rezeki kat ayah saya lepas tu, ayah saya salurkan rezeki dekat kiteorang.

Thank you Allah sebab bagi ayah yang best lagi pemurah. :) . Mama saya pun best jugak, dia pandai masak. Hihi..

Ok, dah. End of mengarut.

Selamat berpuasa!

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 28, 2012

Run forest run!

Jom masuk Putrajaya 2012 Night Marathon nak? Haha.
Nak ke tak nak?Still Contemplating. Masuk 10k, cukuplah sebagai permulaan.

Mau ka, tak mau?
Or
Yakin ka, tak yakin?

Salah satu target or resolusi aku 2012 adalah ini. Makanya, aku hampir terlupa that i used to want to enter this marathon.

Nak training, sempat lagi ni. 20 october start.

Gila, last masuk merentas desa masa tingkatan 5.
Now, what?
Ok, time untuk mencabar diri sendiri sudah bermula.
Now, or never..kan?

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 27, 2012

Love is..?

Kalau kita cinta orang yang kita sayang, kita nak bawa sekali dia ke syurga. Bukan? Tak kan mahu heret mereka sama ke neraka. Ataupun membawa dia mendekati jalan-jalan ke neraka.

Aku bukanlah arif dalam hal cinta, hati dan perasaan ni. Pengalaman pun based on manusia sekeliling aku, macam kawan dan famili. Kiranya memang noob habis la aku ni. Kononnyalah kan.

Tapi apa yang pasti, bercinta lepas bernikah tu lagi sweet mungkin. Itu apa yang aku fikirkan. Haha. Mungkin, agak kolot sedikit pada pandangan mereka yang agak 'liberal' dalam soal ini, tapi aku suka "save the best for the last".

Boring kan? Tak ada movie date, dinner date, lunch date, kenduri date, keluar berdua-duaan, deeper conversation sampai telinga naik panas, pegang tangan time nak lintas jalan *omg, sweet la konon* , surprises, "i love you - you love me conversation", to name a few la kan. Apa lagi eh diorang buat time courting ni?

Tapi tapi tapi, kan best kalau buat semua tu time dah "halal". Bila semua perkara di atas dah buat time bercinta, apa je lah benda yang nak dibuat lagi bila dah nikah nanti. Dah tak ada "surprise element" dalam relationship. Mungkin.

Ok ok, chill.

Itu apa yang aku fikirkan. Apa yang aku fikirkan tak semestinya perlu diterima bulat-bulat. Terpulang, pada yang menilai. Pendapat adalah komoditi yang termurah didunia, kan?

Aku fikir, perkara-perkara macam ni bergantung pada atas dasar apa kau letakkan makna cinta itu, dan matlamat akhir sesebuah perhubungan.

Kalau betul sayang, persiapkanlah diri, berusaha mencapai mampu dari segala segi, jadi lebih matang dalam membuat pertimbangan, timba lebih banyak ilmu, tambah iman, perkuatkan sumber kewangan. Dahulukan persediaan sebelum bercinta. Tapi, ramai yang dahulukan cinta sebelum buat persediaan, kan?

Ok lah, penat type panjang-panjang. Haha. Dah, aku nak buat "persediaan" ni hah. Kalau orang masuk meminang, aku cakap "yes" je nanti. Haha..

We don't have to rush, kan? Take one step at a time. Prepare itu ini, then settle down. Haha. 2 ke 3 tahun, or maybe 4..

Bercinta sampai ke SyurgaNya. Amin.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 26, 2012

Talking to the moon


Malam tadi, bulan cantik sangat.
Langit terang, buat bulan nampak semakin indah.
I wish to capture those moments, tapi apakan daya tengah memandu waktu itu.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 24, 2012

Puasa ramblings

Emmm, maybe dia fikir aku jahat sangat kot.
Fine, takpe.
Takpe takpe takpe takpe takpe.
Fine.
Fine, but not fine.

/////

Sakit gusi, i mean gusi aku bengkak.
Now baru terasa sakit.
Rabu ni cabut lagi dua, then rest untuk dua minggu sebelum the final torture started. Bring it on bebeh!!

/////

Hari ke tiga puasa, tak pernah lagi berbuka dengan family. Sobs. Tapi, sabtu ni maybe dapat kot. sukaaaa....

/////

Sad. :(

/////

Nak sembahyang terawih dekat masjid

/////

Aku tak bake sebarang cookies this year, tengoklah kalau rajin and free. Tengoklah ye.. :)

/////

Maybe kena kerja time raya. I mean, first raya. How laa...??

/////

Maybe aku jadi cikgu lepas ni. Hehehe..cikgu???

/////

Fokus untuk 'menjadi' dan bukan 'mencari'....

/////



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

Puasa, 1st day

Bila dua batang gigi hilang ( kena cabut tadi) aku rasa sebutan 's' aku jadi makin kelakar. Instead of 's' terus bunyi macam 'shh'. Haha. Gila lah. Rabu ni cabut lagi dua, aku tak tahu apa slang yang akan keluar.

Oh ya, cabut gigi so far tak sakit. Time kena cucuk bius tu agak sakit. Then aku masuk kerja dalam keadaan yang mulut sebelah kanan bengkak. Cakap pun macam orang kena strok, i mean sebelah mulut bukak sebelah lagi macam numb. Then after five hours, bengkak and kebas dah surut. Aku cuba untuk tak telan air liur and sisa2 darah. Bukan main banyak oii air liur...hahaha..dan aku puasa ye hari ni..tak syok ahh tak puasa kan..macam sayang je nak skip walaupun boleh jee nak ganti nanti. Harap2 luka cepat sembuh and bengkak cepat surut..

Dahlah hari tu dollah cakap aku ada 'fling'. S fling. Dia macam pelat s, tapi aku tak major sgt. Dia suruh aku sebut " saya suka makan siput sedut". Tak pernah pulak ada kawan or sesiapa tegur before ni.But then dia cakap aku ada sikit pelat. Yolah dollah, kau yo lah yang botol...kalau dia tau aku dah takde gigi ni mesti kena ejek punya. Hahaha..nasib lah dia dah start study..

Fine, yang penting aku sihat alhamdullilah, syukur masih bernafas.

Puasa dah start, so far this year macam lain sikit..ke, lain banyak? now aku rasa macam nak rehat, chill tapi tak boleh......haih...physically and mentally exhausted.

Nak rehat.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 18, 2012

Beauty is pain in the ................

So, dah jumpa the dentist. Dah buat mould gigi..*i'll try to snap a picture of it*.

The doc cakap, aku ada tiga masalah utama iaitu gigi bertindih,open bite and cross bite. Kalau tak faham sila google ye.Hewhewhew..

Dan oleh kerana nak align gigi ni, maka doktor telah memutuskan untuk mencabut 4 batang gigi. Atas dan bawah...glupppppp! Serius cuak. Ambik kau, nak sangat pakai braces maka terima lah padahnya.

So, next appoinment untuk cabutan 2 batang gigi (first pre molar bawah dan atas) adalah pada hari sabtu ini. Dahlah time first day puasa. Aku rasa aku tak puasa kot dan mungkin aku amik unpaid leave. Habis kena marah dgn
Miss Gan karang...

Dah lah sekarang aku suka pakai oversized specs yang old school, so bila dah pakai braces tak ke macam ala-ala ugly betty. Hahahaha..habislah, jatuh saham..specky with braces.

I should start using contact lenses now, kot. Tapi macam leceh. Tapi, i need to wear it!!!

Tadi si fiko tanya

"kau kenapa suka pakai spek mata besar-besar ni?"

"best, view luas"

"kau pakailah spek macam aku ni, kecik sikit. Aku teringin la nak tengok kau pakai spek macam ni"

Hahaha..

Entah,aku rasa cute je macam ni. Hahaha..ok, masuk bakul angkat sendiri. Fiko ni jahat lah. Memang suka cari pasal dengan aku dia ni. Buat aku concious je sekarang.

"Boys think of girls just like a book; if a cover doesn't catch their eyes, they won't even bother to read what's inside"

Terasa?


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 17, 2012

B

You are so full of yourself.


- Posted using BlogPress from my iPad

Mixed


Yeay, finally i'd get to see my dentist! Hari ni ada appoinment nak buat braces. Hewhewhew..suka...! Maybe hari ni check condition gigi and buat mould dulu kot.

/////

Tak lama lagi puasa, semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun depan. Amin.

/////

When times are hard, aku rasa nak lari jauh-jauh amik tiket dan fly pergi Makkah and Madinah. Rindu suasana kat Masjidil Haram, rindu nak nangis sampai mata bengkak lepas tu akan rasa tenang gila, rindu nak minum air zam-zam sejuk anytime, rindu perasaan tenang tengok kaabah..semua hal dunia dicampak ketepi buat seketika.

/////

Allah s.w.t knows best. He always has a better plan. Perlu ingat itu.

- Posted using BlogPress from my iPad


Monday, July 16, 2012

Dup dap


Nervous.
Haih.
Hmmm.
Tengoklah apa jadi nanti.
Tonight.
Hopefully okay.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 14, 2012

Plan B


Dukacita dimaklumkan anda tidak ditawarkan untuk mengikuti ijazah pertama.......ok, result upu dah keluar semalam.

Fine lah, dah expect pun. Tak sedih pun. Haha. Maybe sebab now aku ada plan lain. Kot. Dah ada degree satu lagi cukup lah, tak payah nak ambik sampai dua. Maybe that's a reminder for me.

Konvo next october. Haritu kawan aku yang dah jadi postgrad student and still bertapa di kuching sms, dia rindu nak makan telur masak kurma that i used to make. Hahaha..gila lah. Telur masak kurma je kot..takpe, nanti nasi beriyani aku buatkan..haha...

So, next kena execute plan b lah pulak. Takpe, maybe rezeki aku kat tempat lain. Who knows kan.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 11, 2012

These times are hard

Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak hamba ternanti-nanti

Apa diharap padi seberang
Entahkan berisi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak

/////

Pantun empat kerat yang sangat indah, puitis.
Terasa, terkena batang hidung sendiri.
/////

Moving on is the best option around now. Easier said than done. Noted.

/////

Been avidly listening to The Script (for the first time), idon'tknowwhyit'sso weirdigethyepdup.

/////

Ok, sila ceria kembali!! Semua akan okay. Semua akan kembali biasa ( i hope so).


- Posted using BlogPress from my iPad

Cry

I was uber bored, watched running man ep.90 , get bored again , then decided to watched '7 petala cinta'. It was yesterday by the way.

Ironically, i cried a bucket . Sobbing from the start till the end. Yes, emo gila. Aku pun terkejut apesal lah touching sangat ni??? Pelik dengan diri sendiri.

Tak , i mean aku jenis tak tengok cerita melayu. Sebab most of them merepek-repek baik aku layan korea lagi bagus, haha.

Cerita dia biasa2 je. Adalah nilai-nilai keislaman yang nak diterapkan. Menginsafkan. Way better than syurga cinta punya movie.But, thankslah berjaya buat aku menangis non-stop. Tengok ombak rindu separuh jalan pun aku dah ngantuk ( sampai sekarang tak tengok lagi sampai habis) nak feeling-feeling pun tak kot, haha..

Ok dah , bye nak tidur.
Nite :)

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 9, 2012

Truce


Ok, berdamai. We call it a truce okay?
I was pissed off before so i decided to come out with idea staying idle
for like 40 days...
So, bohonglah tu kan boleh tahan sampai 40 hari.Tipuuuu sangat. Sehari pun rasa macam orang gila.
Pfffffttttttt...

Emosi betul lah perempuan ni *aku le tu...hahaha*
I was carried over laa..
Now bosan tak de apa nak buat bila decided to stay idle. All the ideas semua popped out macam pop corn, tiba-tiba rasa rajin nak merepek, like always. Tiba-tiba nak rasa semua pun nak bagi tahu.
It's a surge of realization...sort of.

See, how complicated it can get...
Whateverlah, malas nak fikir.
Now i get to blog again , boleh merepek-ing again..weehuuuu..

So now chill, tak yah fikir apa-apa.
Esok kerja macam biasa.
Semua akan jadi like what it'll always be.
Plain, silly and simple.

I come to realize, this is the only medium i can get to express myself.
Mad, stress, happy, angst, over the rooftop, giddy, ape semua emotion all being shared here.
I hate to open up, but here i do.

Like, yeah whateverlah...
That's so gonna be my motto now.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 7, 2012

It's okay

Mungkin bukan aku yang 'someone' tu.
So it's fine.
It's okay then.
It's okay......
Walaupun aku tak rasa okay sangat.
Sebab........
Sigh.

It's just so complicated i can't even describe how we've come so far.
Entahlah.
You'd realize if you can read those signs, cues and all.
Dah penat main hide and seek.
Dah penat tipu perasaan sendiri.
Dah penat harap dia faham.
Dah penat.
Penat.
So, aku rasa aku perlu spend time untuk diri sendiri.
Untuk tak expect apa-apa.
Untuk terima semua seadanya.

I'll keep my distance.

Nak berehat selama 40 hari dari blog, internet dan semuanya.
We'll see how it goes.

Nice knowing you btw. You.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 5, 2012

Upside down

Mahu berehat dan berfikir sedalamnya.
Tentang semua.

I need a break.

/////

Expectation sucks. Tak payah expect apa2 lagi senang.

/////

Penat

/////

Penat

/////

No, tak payah cakap kau faham, kau tak faham pun sebenarnya. Shut up! Don't try to be nice.

/////

Jaded

/////

Penat

/////

Clueless

/////

Let's play pretend now.

/////

Bye.

Just take a deep breath, and everything gonna be a-ok.
Everyday is a new beginning.
Play your a-game.



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 1, 2012

We had fun

I miss you blog. Muah muah...

Today off. Ahad. Ye, bukan senang nak cuti hari ahad.
Ada kenduri kat kampung.
Actually sabtu kenduri kg ayah, dan hari ahad kenduri kg mama.
Nasib kampung dekat je, tak yah gaduh. Haha.
Baru aku tahu kenduri kg ayah ada bbq, bakar kambing, nasi lauk pauk, abc cendol semua. Meriah uolss. Rugi nyer i keje hari sabtu. Haih...nie open house ke kenduri, confuse kejap...

Kenduri kg mama , lepas baca yassin makan tengahari. Lauk adalah ayam lemak cili padi (standard lah orang negeri sembilan kan..haha)sambal udang petai, gulai umbut, ikan terubok masin, goreng puyuh berempah. Then i bought one whole cake chocolate indulgence for my cuzzies and family semua. Happy birthday to you lah jawabnya..hahaha..

Now, bila maksu aku nak tunang ni? Kahwin terus pun tak pe kot.Kenduri2 adalah best sebab semua family boleh kumpul and mingle togather. Syiok..

I love my family!


- Posted using BlogPress from my iPad