Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Pavlova Sharapova

Okeh, tajuk tak boleh blah kan..hahaha..dahlah Sharapova kalah final Australia open hari tu..bagi can lah kat Azarenka..kan..Diorang sangat hot okeh..jealous.

Oh ya, aku telah membuat eksperiment 'Pavlova' petang tadi. Biasanya dok dengar orang heboh sana sini makan pavlova kat Alexis. Alexis pun aku tak pernah jejak, inikan nak merasa keenakan pavlova yang digembar-gemburkan itu. Well, Seremban nie apa ajelah yang ada kan..hihihi.. Ini tak leh jadi. Aku harus try satu. Lagipun bahannya mudah dan dah sedia ada di rumah. What you all need are white eggs, castor sugar, vanilla essence, corn flour and vinegar. Mudah kan puan-puan sekalian...hahahaha..Muntah..




Aku salin ikut pemahaman sendiri. Hihihi..so, ayat agak bercelaru sikit.



Korang jangan lah tiru resepi ni ye. Takut lainl ak jadinya nanti. Sebab egg whites tu aku guna baki buat macaroon itu hari. So, aku tak sure sukatan nya tepat untuk 2 biji telur atau tak.Rasanya tak sampai 2 biji kot. Gula pun aku guna 1/3 cup sahaja. Dan aku tak guna habis sebab tak mahu manis sangat. Itupun manis jugak ye. Kalau nak lihat resepi yang lebih tepat, silalah google. Ataupun usha mana- mana blog masakan yang meletops macam cik mat gebu (tiffin biru) , masam manis ( auntie azlita) and many more..dekat joy of baking pun ada resepi nya..diorang ada tunjukkan step by step. Aku just main taram je nih..haha..aku buat half daripada resepi asal. So,untuk selamat sila rujuk resepi asal di blog2 yang disebutkan diatas. Sure tak menyesal punya...Gerenti jadi..cewahh..




Pukul putih telur sampai kembang. Dengan kelajuan maksima. Add in castor sugar bit by bit. Mix  guna mixer sampai bila kau angkat bowl, putih telur tu tak jatuh apabila diterbalikkan.




Dalam mangkuk yang lain, satukan esen vanila, cuka masakan dan tepung jagung




Alaskan dulang pembakar dengan baking paper. Nie versi tak jadi punya Hodoh gils So, tukar plan B


Mulanya, aku tak reti nak buat shape macam mana. Then , aku terfikir nak piping sebab nampak CMG pun pipe his pavlova. So, jadilah dia seperti bentuk di bawah.



Versi yang jadi. Plan B.


Oh ya, jangan lupa untuk sediakan buahan-buahan citrus dan masam-masam seperti strawberry, kiwi, peach. Malangnya kesemua di atas tiada di rumah. Gila ke nak makan stroberi and kiwi hari2? Bankrupt. Tskk.. Aku tengok dalam peti ais ada  anggur + mango, so hentam je lah.  Pisang ada, tapi tak ke pelik tu nak letak sekali. Nehi nehi nehi..







Penat aku nak membuang biji2 anggur itu



Sambil buat kerja, tengok2 ada budak bertuah ni bawah kerusi. Tengok je aku buat kerja.  Suara dia halus je. Suka mengekor orang.Nama dia KKJ. Bukan Khairy Jamaludin ye. Tapi short form untuk Kiki Jr. Apak dia nama Kiki. Muka je innocent, tapi suka berak dalam rumah lepastu aku jugak yang kena bersihkan. Stress!!



Sambil2 tunggu dia masak, sila whip kan whipping cream. Sampai kembang. Mujur ada lagi stok last year. Hentam lah labu..kasi habis.









Lepas Pavlova  dah masak dan dah disejukkan, letak whipping cream atas dia dan taburkan buah-buahan mengikut citarasa . Dan boleh lah ngap ye. Aku makan masa nak teman mama buka puasa. Then tiba-tiba ayah aku lak balik dari KL. Biasanya dia tak balik. So, ayah makan almost one portion. Good daddy!! Ayah ni cerewet bab-bab makanan. So, bila dia habiskan one portion, apakah maknanya itteww ? Hahaha..Yang aku buat ni sangat kecik ye. Mini pavlova. Tadi bila aku nak turun balik nak try another portion, dah habis ok. Waaaa...sapa punya kerja ni??? 

So, oleh kerana aku makan hanya sesuap apa yang aku boleh katakan pavlova ni agak manis walaupun dah kurangkan gula. Lepas ni kena kurangkan lagi sebab aku tak tahu nak bajet macam mana. First time buat. Lepas ni, mungkin boleh kurangkan lagi. Rasa manis dia diseimbangkan oleh whipping cream dan buah-buahan yang masam. Pavlova rangup di luar, chewey di dalam. Itu yang aku boleh katakan. It's a good try. Good experience. You all should try okay!!





Hoyeahh..



P/S: Maaf gambar tak cun atas pencahayaan yang kurang serta tukang amik gambar yang super duper amatur. Ambik guna camera iPad. Malas aku nak pinjam kamera gedabak adik aku tu.

Sunday, February 26, 2012

Life



It was yesterday chores. Semua telah dibuat kecuali cuci toilet, mop lantai belakang rumah serta berjalan-jalan. Ingatkan nak pi putrajaya, but the driver was so busy. He wants to spend some quality time with his garden. Sigh.

Lipat kain and ironing? Ughhhh..double malas. Sekejap lagi..(yelah tu)..hihi.

Today chores? Lazy day. Ughh..asal malas benar ni. Blame to PMS for unpredictable mood swings. Tak ada mood..hmmm..






So, makhluk di atas telah mengutuk aku. Ye, walaupun dia adik kandung yang suka menyibuk nak duduk dalam bilik aku, nak tidur sama2 walaupun dia dah ada bilik sendiri, tetap nak kritik aku. Haish. Ini kah dia ketua pengawas sekolah? Macam tak percaya je kan. Kat sekolah punyalah macho, kat rumah ? Manja. Sindrom anak last. Kot.

Kritikan 1

"Along garang macam singa. Sikit sikit nak marah"

Fakta. Yang menghairankannya, kakak ni jugaklah yang dia cari.


Kritikan 2

"bangun lambat. Lepas subuh terus tidur balik.Sama je macam adin dengan iz"

Time aku bangun awal,dia tak kira pulak kan..saje je kan..


Kritikan 3

"eeee...asal ada macam putih tu dekat muka?"

Fine. Nak dekat period,sah2 lah jerawat tumbuh. Kids, you sure know nothing.


Kritikan 4

"eh, along ada moles dekat bibir ke?"

He pointed out one small tiny dots on my most left lower lips. Yes, on the lips.

"Your husband will not love you.."

Errr??? Ada kaitan ke? Tak kot...

Excuse me...this is a sign that I am a good kisser lah babu!! Hahahaha...


Kritikan 5

" I am sure you future kids will hate you"


Kritikan 6

"hoi, tidur berdengkur kan semalam. Mengacau paan nak tidur je,ish.."

Time dia conquer 3/4 queen size bed, melasak tak ingat dunia, mengigau aku tak kecoh ponnnn...


Kritikan 7

"do i look better with or without glasses?" saja nak tanya.

"ughhh..u should wear em'. you look horrible without glasses." he said. Tak pasti ni gurauan ataupun perlian..

Kawan aku selalu cakap i look better without. Eh, kontra betul.


Kritikan 8

"get a braces.."

"tengah nak buat lah ni..." aku jawab.

Tengoklah, dah cantik nanti aku akan mempoyokan diri di depan dia. Hahahaha..rasakan..at least gigi aku tak pernah kena tampal macam gigi dia.


Kritikan 9

"paan, mainkan along punya plant vs zombie. Tak reti lah. Asyik kalah je"

Ye, aku sangat tak terrel bab2 main game. Nak beli tumbuh-tumbuhan nak tanam kat laman rumah pun tak tahu mana yang terbaik. Asyiklah kena ceroboh oleh zombie.

"ish..itu pun tak reti. Nama je student u.."

Ek eleh..game ni bukannya masuk exam pun..sabar jelah.


Kritikan 10

"jom tengok beauty and the beast nak kat wayang?"

Dia pandang aku sambil buat muka.

"euuw, boring...baik tengok star wars.."

 Eh, please lah. Itu cerita fav zaman kanak2 tau tak. Sila jangan kutuk bella dengan si beast tu. Juga si cawan dan jam antik yang boleh bercakap. I still remember them..lovely~



Oh, hatiku telah dilukai..hahahahaha..eh, tadi baru je main sep sep dengan dia. Gila kan, dah besar pun nak main sep sep. Siapa yang tak matang ni, aku ke dia?

I hatechuuu la brother.



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, February 25, 2012

Macaroon bukan cameroon

Indeed. This is macaroon. Versi defect sebanyak 20%. Boleh macam tu pulak ye. Kecacatan dapat dilihat pada keretakan shells. Dan jugak saiznya yang tidak consistent kerana si tukang buat (aku) hampir berputus asa kerana batter stuck pada piping beg gara2 tesumbat dek kerana tidak mengayak almond powder dan icing sugar. Ye, aku tak jumpa pengayak mak aku. Ada, tapi aku tak jumpa. Bolehlah kalau nak hadiahkan birthday present aku 7 mac nanti pengayak yang stainelss steel tu. Lebih afdhal kalau bagi food processor. Weeehuu...





Errr, they have no legs. Cacat. Aku ingat tak jadi. So, mcm tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebab nak buat macaroons ni sikit punya fussy melihat para ibuk ibuk mengeluh tatkala menghasilkan ia dia laman-laman blog masakan. Padahal guna white eggs, almond flour and icing sugar. Tabur la castor sugar masa nak buat meringue. Aku buat ni pun sebab mama suruh. Kawan dia suruh aku cuba try. Boleh? Kalau jadi, nak suruh aku ajar. Errk..Sebab hari tu kitaorang nak pergi belajar, but something came up.Tak jadi. Auntie tu tau aku tak de keje, maka dia suruh aku try dulu.





The taste? Manis ya amat. Aku tak berapa favour benda2 manis. Rasa chewey but at the same time sangat crunchy. Nampak tak betapa rapuhnya macaroons yang berlubang di atas tu. Nampak keraskan, but dia sangatlah rapuh. Bila masuk mulut, akan cair macam makan cotton candy, tapi chewy at the same time. Ditambah lagi bila sandwiched it with nutella. Ataupun peanut butter. My lil bro kata sedap. Aku cakap kat dia, tak leh makan banyak2 sebab manis. Dia hint2 suruh buat lagi. Hihihi...Insya Allah...nak buat cute2 lagi...Buat sampai tak ada defect.




Huduh nyer..maklumlah, buat dengan hati yang separuh. Ceh. Morale of the story, do the best , tak kisahlah jadi ke tak tapi buat sampai habis. Kalau failed, cuba lagi. Okay...




Berjalan gak projek baking mem baking ni. Hari tu sentap sebab nak buat snickers cheese cake, tapi my mum cakap nanti siapa yang nak makan. Dah capai dah cream cheese dekat giant hari tu. Letak balik. Then terus gi capai spaggethi carbonara punya pre made sauce. Ambik kau..balas dendam..Huaaaaa...tapi betul gak, kat rumah nie orangnya bukanlah kuat makan mana. Kena buat masa family event ke..aku dahlah tak gemar sangat cheese cake. Tapi gatal kan nak buat jugak. Tak faham betul...Siapalah nak jadi tukang makan bahan eksperiment uji kaji aku ye? Haha.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, February 24, 2012

Teka teki teka tekuk

Percubaan 1. Hari ini dalam sejarah. Kalau bijak ce teka apa benda nie...hahaha..

Clue : sebelum dibakar, beginilah rupanya.









Hodohnya. Kan? Hihi..Nanti aku update, jadi ke tak mende alah ni. Tengah tunggu dia rest dalam 30 minutes.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 23, 2012

Satu

"May all your lies keep you warm at night"

Tuesday, February 21, 2012

Failed

God. I'm so lack of idea right now. Dalam kepala , banyak benda nak tulis banyak nak luah tapi alih-alih bila menghadap skrin, terus jadi blank. Haha. I should have a small note book. Macam buku 555 tu. Senang nak tulis idea.

Mengimbas kembali perbualan dengan Prof. Is dekat dalam bilik tutorial minggu lepas.

Dia tanya aku spontan, apa maksud Ontological sambil pandang aku yang terconggok dalam bilik tutorial seorang diri.

"Ermm, it's a branch of philospophy that talks about things in the world and their interaction" Penat doe hafal terms-terms semua. Nasib baik ingat.

Dia senyum. Dan berhenti pandang skrin sambil pause sekejap.

"Awak ni pandai. Paper final awak jawab dengan baik. Susunan ayat awak semua ok saya tengok.Saya tak percaya student macam awak fail" perlahan dia berkata-kata.

"Saya tak tahulah apa masalah awak.." Prof Is pandang aku.

Ok, aku admit rasa macam 'best' bila Prof cakap macam tu. Haha. But why now Prof? Why..?


Sebab saya tak hantar SATU assignment dan tak buat forum. Kenapa saya tak buat? Sebab saya malas dan sebab saya tak minat dan sebab saya rasa subjek ni membosankan.  Saya pun hairan kenapa subjek susah saya boleh skor, dan subjek ni saya sangkut. Erm, sampai dua kali. Gila kan? Err, tapi saya tak gila. Saya normal dan waras. Subjek Microbiology yang Prof ajar masa Sem 2 saya dapat B+. Saya suka je dengar lecture Prof, walau kawan-kawan lain dah tidur dalam lecture hall time tu.  Entahlah Prof, something happend dan saya tak tahu nak terangkan macam mana.  I have my own issues too. Sorry, I didn't mean to hurt you. It's my fault.
 
Aku jawab dalam hati jelah. Apa, ingat aku berani ke nak jawab macam tu? Mimpilah. Haha.

Bermasalah sungguh aku ni. Haha. Luaran mungkin lecturer tak akan jangka pesen student macam aku yang tak banyak cakap  + innocent *to their eyes* rupanya seorang yang bermasalah. Innocent ke? Haha. Suka ponteng kelas bila takde mood tu innocent ke? Wahaha.. Aku suka rebel sorang-sorang masalahnya kalau ada benda tak puas hati. Lepas tu rasa guilty sebab tak pergi kelas. Buat dosa kan, haruslah rasa bersalah. Haish..

Sangat tah ape-ape.

Aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak deal dengan student if one day I'd be a lecturer. Haha. What comes around goes around. Kan?

Kejap, ok aku tak suka kutuk lecturer dan aku tak suka orang yang suka kutuk-kutuk lecturer, lepas tu depan dia bukan main baik lagi. Lembut gigi daripada lidah. Sangat talam. Kepantangan aku. Sebab buruk baik lecturer pun, dia tetap seseorang yang menyampaikan ilmu. Kalau kawan-kawan dok komplen or cakap-cakap belakang, aku just dengar jelah. Nak menambah itu ini, aku agak kureng sikit. Eh, tak bermakna aku tak pernah kutuk. Pernah kot tanpa disedari. Haish, macam-macam peel betul lah. Kecualilah kalau lecturer tu macam gampang, barulah namanya akan ku sebut2. hahaha..jahat gila. Tapi, aku tak pernah jumpa lecturer macam gampang setakat ni. Yeay.

To play it safe, aku kalau boleh lagi suka  kalau lecturer tak kenal aku.Tak tahu nama lagi bagus. Boleh jadi invincible (supaya boleh skip kelas). Tapi, ambik kau. Aku syak, satu jabatan dah tahu nama aku sekarang. Choyy..Patutlah asyik tersedak je lately. Haha. Ketua jabatan (ex-supervisor) lagilah dia kenal aku. erkk, so memang tak boleh lari. Co-ordinator program, dah memang cam muka aku ni. Lagilah..hadoii..

Mesti diorang pelik, apalah masalahnya budak ni??

Kalau cerita pun, diaorang tak akan faham. Tak akan. So, better off I keep it all to myself.  Aku rasa macam buang masa cerita perkara yang aku rasa sesiapa pun tak akan faham. Ye, mereka boleh beri pendapat, tapi I need someone that not can just give "pendapat" but at the same time can "feel" the same way. Susahnya. It's like looking for a needle in a haystack.

Aku tak tahu ni habit buruk ke baik. Aku tak suka nak share problem. Dengan sesiapa. Haha. Kegembiraan tu, of course akan dikongsi. Aku rasa, kena belajar untuk lebih 'open up' dan 'express' perasaan. Macam, it's okay to upset/marah/cry over something. Kan ada jenis-jenis manusia bila diorang ada problem/dilema they'll straightly say about that. Just blurt it out randomly to just  anyone. Kalau aku, aku akan cuba deal dulu sendiri, dan bila sampai satu tahap yang aku rasa aku perlu bagi tahu sesiapa, barulah aku akan open up.

Tapi, It's so stressful. Kena pretend okay, padahal tak. Jasad ada dekat Malaysia, hati ada dekat London. Haha. Begitulah.

If you never failed, you've never lived.

Friday, February 17, 2012

Sorry, I'm Not A Teacher

Dekat kaunter Check-In LTAK. Tengah hari tadi.

"Selamat tengah hari" lelaki dekat kaunter tu menyapa ramah. Antara dengar, tak dengar sebab aku tengah nak cari IC dalam purse.

Jarang kot nak jumpa ground crew kat counter yang ramah. Ataupun tak pernah jumpa kot. Paling-paling pun depa akan senyum sikit. Takdenye nak beramah-tamah nak berborak.

"Ye, selamat tengah hari" aku balas  mengangguk sikit sambil adjust beg atas conveyer belt. Berbahasa sikit. Kan. Ape salahnya.

Hulur IC kat dia.

Dia sengih. Aku pun pelik.

"Awak cikgu ye?" dengan random dia bertanya sambil pandang aku, sambil buat kerja.

Errk. "Eh, taklah" aku geleng kepala . Cepat je jawab 'tak'. Muka aku ni muka 'cikgu' ke? Wahahaha.

"Ooo, habis tu kenapa jawab tadi?" dia senyum-senyum lagi, sambil pandang-pandang kawan dia yang tengah entertain customer kat kaunter sebelah.

Aku macam pelik. Eh, aku dah salah jawab ke tadi? Maybe time mula-mula dia sapa tadi dia panggil aku 'cikgu' kot. Entah aku pun tak faham macam mana 'cikgu' boleh timbul.

"Saje je" aku cakap dengan selamba. Tak tau nak cakap apa. Tak faham sebenarnya ni. Haha.

"Ooo, saje je" dia ulang balik apa yang aku cakap secara slow motion sambil senyum-senyum and pandang kawan dia kat sebelah. Kawan dia pun tumpang gelak. Haish, confuse aku.

Dia tanya nak pergi mana, flight pukul berapa..bla bla bla..

Dah siap semua, dia hulur boarding pass, sambil siap bangun daripada kerusi lagi tu. Errk. Ekstra peramah. Tak payah berdiri pun takpe.

"Terima kasih cikgu.." sempat lagi tu nak mengenakan aku. Tang 'cikgu' tu dia tekankan kuat.

"Gate 2 tau" dia sempat pesan. Macamlah aku tak reti nak cari sendiri.

Sengih sikit. Sikit jelah. "Sama-sama." Then terus blah.

Haish, lelaki tetaplah lelaki.

Ok, boleh tahan handsome la. Tinggi.Ada potensi nak jadi Cabin Crew. Hahahahaha.

Sekian.

Oh ya, bagus Air Asia! Tadi depa pasang lagu daripada Florence and The Machine- Shake It Out time tengah menunggu before passenger load and while taxi dekat runaway before take off. Cayalah. Nasib baik aku tak nyanyi kuat-kuat. Aku dahlah hafal lirik dia. Haha.

Thursday, February 16, 2012

Off

Hai.
Rindunya nak tulis2. Ingatkan dapat endure lebih lama lagi.Haha. Erm, waktu entry ni di auto post kan (teruknya bm. Cikgu bm, mintak maaf), aku berada di seberang laut china selatan.
Hmmmmm..
Jumaat ni balik sini balik.
Hmmmm..
Kuching rindu aku sangat le tu. Tak sampai sebulan dah panggil balik.
Hmmmm..
Some things, happened for a reason.

Thursday, February 9, 2012

Cleansing Cream

Dear who ever happened to be here,
I plan to take a short break from blogging. To disconnect awhile from the net. Perhaps. I have to prepare for something important.Till then, we'll meet again (virtually). I know, no one ever gonna miss me. Haha. I'm not even famous amous blog-writer to begin with. Err, just some random girl that like to whine and blab around her daily routine.I know, boring. Haha.It's hard to leave and not to write anything, but I have to. I've been too preoccupied with this blog-sphere and the net (bad bad), and I forget my own self. Mind you, I'm the type of person who easily get distracted (ADD syndrome). Double whammy. I've ditched facebook, and I'm not sure if I have to do the same to this blog. Errr, let's hope for the later. :D

I'll be back. Soon.
Hug and kisses.

Moving on




What ever had happened, let's face it. 

Tumblr: Here
 

Wednesday, February 8, 2012

Wan

Balik kampung tempoh hari. Balik hari sahaja. Untunglah kampung dekat kan.Tak sampai sejam Seremban-Lubok Cina. Kalau tak tahu, boleh google ye. Haha.

Wan cubit pipi aku sambil cakap

"Nasib baiklah cucu den ni nak sambung  sekolah (belajar di uni)  lagi. Kalau tak dah den nikahkan dengan dak aboi tu hah"

Terdiam jap.

"Aboi mana ni wan?" errr..boboboi kartun tu aku taulah.

"Anak maklang kek (kat) johor tu ha" merujuk kepada cucu sedara tiri wan.

" Anak dia yang mana satu?"

"Ada anak dia sorang tu. Tak kahwin lagi"

Adik-adik aku dan maksu dah bersorak macam apa entah kat belakang tu. Aku macam blur lagi.

"Dia baik ke wan? Ishh, wan ni pandai-pandai je. Sian along" adik aku menyampuk .

"Apo lak tak elok eh. Baik yo perangai " wan membacking 

"Ishh, tak nak lah wan. Tak kenal pun.."

"Along dah ada someone tu  wan" adik aku cakap. Ini entah dia dapat daripada sumber mana la.
 
Wahaha. Gila ke apa wan. Ok, fine harap nenek aku main-main jelah ek.  Aku rasa diorang ada datang last raya. Mak lang tu aku kenal lah. Ada datang raya dengan dua anak bujang dia. Tapi aku tak sure Aboi tu mana satu. Aku bukan jenis suka pandang-pandang orang. Masa dia datang aku buat dek je. Salam dengan Mak Lang tu jelah. Pastu haram nak bertegur sapa. Ai kan pemalu gituuu..hahahahaha.Muka nak menyombong je. Hihi. Haruslah kan.

Ok. Cerita tamat di situ.

Balik ke Seremban semula, dalam kereta dengan Mak Su.

" Kakak tau tak kenapa wan cakap pasal Aboi tu?" maksu membuka topik hangat untuk dibincangkan

"Tak, kenapa?"

"Aboi tu dia suruh mak dia cari kan calon isteri. Tapi dia nak daripada kalangan orang kat kampung ni and orang -orang yang wan kenal. So, mak lang tu pun minta tolonglah wan cari kan calon untuk dia. Ada kak zahidah tu, tapi dia dah ada kawannya. So, wan pun ada jugak suruh maksu cari-cari kan jugak kawan-kawan mak su ke, tapi mana ada kan."

"Aboi tu umur dia 30 tahun, dah ada rumah and kereta semua. Kiranya dia dah stabil lah. Dia keje kat government. Cuma dia tak ada calon isteri ajelah."

"Oooo. Faham"

"Wan saja je gurau tu" mak su cakap. Mak su pun tak kahwin lagi ni. Mana boleh anak buah kahwin dulu. Tak aci lah" kata maksu yang berumur 25 tahun, anak buah paling tua umur 23 tahun (aku).

"Haha. Cepat-cepatlah suruh abang faiz masuk meminang."

Kalau pun wan bersungguh, aku tak rasa aku nak sebab aku tak ready lagi kot. Tak puas enjoy (mengikut kata nafsu). Dan aku tak rasa ayah bagi. Haha. Ayah tak garang tapi dia cerewet. Kalau nak ikutkan perkiraan, tahap umur yang aku rasa agak stabil yakni bila dah tamat belajar (dalam perancangan untuk sambung) dan mula bekerja adalah pada umur 27-28 itu kira dah stabil lah.

Empat ke lima tahun tak lama. Tapi, bila dengar ustaz azhar idrus cakap pasal soal nikah dan jodoh ni, rasa rugi pulak kalau tunggu lama-lama. Silalah google 'Ustaz Azhar Idrus' kalau nak tahu lebih. Hehe. Tapi, maksure korang ada basic bahasa ganu okeh.

Tuesday, February 7, 2012

Memory lane

































Kemas-kemas barang lama. Nota lama daripada kawan zaman matrix pun ada.Oh ya, diorang panggil aku 'ana'. Haha. Orang-orang yang tertentu je panggil sebegitu.Terjumpa macam-macam benda. Teringat macam-macam perkara. Cepatnya masa berlalu. I am a fan of Cristiano Ronaldo. I was. Haha. Dulu lah. Sekarang tak. Lawaknyer. Asallah aku minat dia ek? Semua artikel tu dah selamat masuk dalam tong sampah. Tapi aku tetap sokong Portugal euro 2012 nie.

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, February 4, 2012

Dude, i'm fine

Duhh...it's been like a roller coster kinda feeling. This whole week. Ok, tak perlu tanya apa dan kenapa dan bagaimana because i plan to keep it to my selp. Zip-ed and sealed.

#1 Hello february, im still the same. Bye bye january, you were my nightmares.

#2 I realized, I'm not someone that "wear her heart on her sleeves". Final.

#3 I believe in good things, good deeds, good intention. What comes around goes around. Never hurt people feeling, intentionally.

Because of #2, it's hard to almost say anything. Like..

"listen, i am so lost and sad and hopeless now"
"can you make me laugh now, because i feel like i cannot live anymore"
"yes, I flunked. Yes, i'm stupid. Yes,i don't deserve a second chance. It's all bleak now"
"it's all my fault"

Mimpilah nak dengar semua itu.

Macam bila you are so sad, but you just can't cry your heart out. On the surface, everything seems okay, but deep down its a hurricane.

Tekup muka atas bantal pun tak mampu nak hilangkan kecewa. Sebab kena sedar sendiri, jatuh bangun hidup dan mati pun, kena tanggung sendiri kan. Nangis bagai nak rak pun, kena tahu bila nak berhenti. Hujung-hujung nya, harus kuat untuk diri sendiri. Yes. Diri sendiri.

That's why i blog. I guess, "talk is cheap".