Saturday, August 1, 2020

2020 ? Ye saya masih single.

1. Finally hati aku terbuka sikit nak kahwin. Oh ya, umur aku 31 tahun ini. Tapi muka tak nampak macam 31 tahun. Aku tak rasa aku dah 31. That's why I don't look my age? Haha. Ah, it's just a number. Doakan aku temu jodoh yang baik-baik ok. I finally realized, the one that holding me back all this while is myself. Aku banyak sangat songeh dan alasan. Orang offer nak kenal-kenal aku reject. Apakah?

2. Aku setuju dengan frasa yang perigi perlu mencari timba. Tiada salah bukan? Fikiran aku terbuka sedikit demi sedikit yang perempuan bukan hanya perlu 'menunggu' dan 'dipilih', kita juga WAJIB 'memilih' bakal suami kita. Fasa memilih hanya wujud sebelum berkahwin ya. Dulu aku fikir, cukup doa2, solat hajat atau melakukan ibadah khusus untuk bertemu jodoh sambil menjaga diri adalah satu-satunya ikhtiar seorang perempuan muslim. Menunggu dan terus menunggu. Apakah usahamu? Oh aku dah berusaha. Aku dah doa, aku dah jaga diri, aku dah tingkatkan ibadah dan perbaiki diri tapi mana bakal imam tak muncul-muncul ni? Ibarat nak makan, tapi tak nak usaha pergi dapur cari makanan. Hanya doa sahaja dengan harapan makanan muncul depan mata.

3. Usaha aku this year, nak aktifkan diri cari bakal imam. Kenal-kenal (bukan bercinta ya) dengan lelaki yang aku rasa ada kriteria husband material. Dulu aku ada daftar baitulmuslim dan tilljannah tapi dah delete akaun. Bukan untuk aku medium itu. Aku prefer orang yang aku kenal, or orang terdekat kenal. Bukan manusia asing yang tak ada connection. Aku rasa medium cari jodoh islamik(tak adalah islamik mana pun) itu bias. Aku rasa lah. Kalau kau tak fotogenic/ cun memang tak lah nak dapat dm lelaki. Gambar kena letak fliter cun-cun. Rupa paras penting selain kau kena kerja best. Lelaki sana memilih oi (perempuan pun sama gak 2x5 je). Nak bakal zaujah bekerjaya gaji 3k ke atas or nak yang kerja gomen sahaja. Adoi la.

4. Now aku puya agenda, berkawan untuk kenal, kenal untuk kahwin. Bukan nak kena bercinta bagai. Cukuplah pengalaman kenal lelaki yang salah dulu. 2 bulan je then aku minta break. Sholud've been earlier. Too many red-flags. Ya Allah 2 bulan tu banyak gila aku belajar dan dapat pengajaran. Kalau rajin aku story. Dengan time tu aku tengah dapat interview government yang aku idam-idamkan. Then, aku failed final stage interview tu. Aku break pulak dengan dia. Seriously mcm roller-coaster hidup aku time tu. Double heart-broken. Aku lagi heart-broken tak dapat job tu sebenarnya. 

5. Kriteria aku untuk bakal imam waktu dahulu kala? Asalkan solat 5 waktu (ada basic agama etc) , stable job dah ok selain perangai yang senonoh. Now, aku fikir. Hoih solat tu benda basic kot. Puasa? Zakat? Itu benda basic. Macam gosok gigi. Kau nak ukur orang tu pembersih or pengotor sama ada dia gosok gigi atau tak? Itu benda basic kot. Semua orang gosok gigi. Yang tak gosok gigi tu sah-sah dia pengotor. Gosok gigi itu perkara wajib.  Agama is beyond solat 5 waktu, puasa, zakat etc.

7. Now? Agama of course No.1 . Dia wajib lebih daripada aku drpd segi agama dan seseorang yang melengkapi aku. Melengkapi? Aku perlu kenal strength and weakness di dalam diri sendiri in order for me to find the one that is able to complement my temperament. Contoh kekurangan : aku emotional, sensitive. Aku perlukan bakal imam yang cool, tenang, sabar, rational. Contoh  kelebihan aku : aku independent . Suami aku tak perlu risau nak out station or tinggalkan rumah lama-lama ke sebab aku boleh survive jaga diri dan selesaikan hal rumah tangga. Listkan banyak lagi ciri-ciri yang kau perlukan, dan bila tahu ciri-ciri bakal imam khas untuk diri kau, boleh lah teruskan pencarian dan buat penapisan. Gitu. Bila kau tak tau apa yang kau mahukan itu yang end-up dengan orang yang salah (berdasarkan pengalaman aku yang lepas).

8. Umur? Honestly aku tak kisah as long as he fits criteria yang aku cari. Yang penting matang dan ada leadership selain ada sifat bertanggungjawab. Boleh lead wife, family. Matang bukan pada usia ye. Tua tak semestinya matang, muda tak semestinya tak matang. Ex aku dulu 5 yrs younger than me. Of course dia nampak tua drpd aku. Haha. Thank god muka aku baby-face luls. Dia nampak je macam matang tapi tak pun . Bukan sebagai husband material. Lelaki baya-baya aku or beza tua setahun dua daripada aku banyak yang dah selamat jadi laki orang so aku tak boleh expect nak dapat range umur sebegitu. I keep my option open by lowering my expectation in terms of age. It's either going to be someone younger than me or older than me or even duda. Tapi bukan suami orang ye!!!

9. Perempuan kena cari lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Especially on 'agama'. Seriously. Bab hidayah ni bukan kerja manusia. Itu kerja tuhan. Dia tak solat even before kahwin dan kau rasa it's okay, he'll change. Kau rasa dia akan berubah ke lepas kahwin? Tak ok. Kalau berlakon pun takat 1 bulan je ada perubahan. Lepas to back to default mode. Arahan Allah pun dia ingkar inikan pulak bila kau nasihatkan dia. Memang tidak la sayang. Parah kalau dapat ketua keluarga tidak ada langsung akhirat oriented punya minded. Nak dibawa kemana rumah tangga itu nanti? Leader corrupt? Followers?

10. Now is time to choose. Choose wisely time single available ni. Bila dah kahwin, kena hadap pilihan masing-masing. No turning back unless you divorce. Perempuan nak ke ada track record cerai berai ni? Tak kan. Kalau boleh nak kahwin sekali sahaja seumur hidup.