Wednesday, March 30, 2011

BUNUH DIRI?

Ye, ini kisah benar. Baru berlaku petang tadi dekat uni tempat aku menuntut ilmu ni hah. Bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan di tasik uni. Mati lemas. Aku belajar dekat uni mana? Kalau ada keluar berita esok , sah lah yang kat situ lah tempat aku belajar sekarang.

Haih, gempak jap hari-hari ku di sini. Aku pun terfikir, apekah masalah sang pembunuh diri sampai dia sanggup menyabut nyawanya sendiri. Dengar cerita dia budak fakulti engineering, tahun ke-2 dan india muslim dan seorang lelaki. Tapi aku tak dapat nak ikut perkembangan semasa di kampus memalui FB lantaran FB ku telah dibekukan buat seketika. Tapi, petang tadi sempat lah jugak lalu tepi tasik sebelum balik ke kolej. Mayat dah dijumpai selepas sejam si sang pembunuh diri terjun ke dalam tasik. Tapi masih ramai orang dekat jambatan petang tadi.

Sayang seribu kali sayang. Aku pun ada masalah jugak. Tertekan jugak. Tapi, syukurlah tak terfikir nak buat benda-benda macam tu. Tiba-tiba terasa nyawa itu adalah sesuatu yang amat berharga dan tak ternilai. Seburuk-buruk aku ini pun, aku masih bernyawa. Seberat-berat masalah yang aku hadapi sekarang ini pun, aku masih bernyawa dan bernafas. Sihat. Hiks, tetiba rasa macam, beruntungnya aku masih hidup kan, biarpun kepala macam weng je lately.

sayangilah diri anda...aku sayang diri aku 101%....;D

Monday, March 28, 2011

bizi

Ye, saya adalah bizi(busy). Pagi petang siang malam bermukim di makmal sahaja sekarang nie. Sampai sabtu ahad yang biasanya adalah waktu yang tak produktif telah menjadi begitu terisi. Bangun pagi je dah menapak ke makmal. Bawak tapau segala dan makan dekat lab walaupun itu adalah kawasan larangan untuk makan-makan. Ah, pedulik ape kan??? Karang dah petang-petang sikit menapak semula ke kolej. Malam lepas isyak dalam 8.02pm (zon Samarahan ye, bukan key ell) bergegas semula ke makmal. Lepastu balik semula ke kolej dalam kol 11.30pm. . Adeh, tiba-tiba jadi rajin pulak kan. Memang tak ada masa nak berehar-rehat lah..Balik je bilik memang hanya untuk melelapkan mata jek.. Sekarang nie pulak tengah tunggu nak run sample guna HPLC. Erm, kejap lagi lak ade presentation .Haish~ otak saya weng sikit, tapi saya sabar..hikhiks..

dah lah, malas nak tulis. Takut nie...

Friday, March 25, 2011

Deep Shit!!! Part - Uno

Jika di alih bahasa, tajuk di atas akan berbunyi "Tahi Dalam". Perghh, tak ngam langsung maknanya.
Yeah, aku mengalami situasi yang boleh diklasifikasikan sebagai "deep shit" pagi tadi.

I was sad (am not crying but just had teary eyes...),  I hit rock bottom (again)my morale  went down, I was pissed of with my self ........

Doom..

Needless to say.

But then I realized that "hey, this is not the end of your life, chill"

Arghhhh...I was feeling really mad with myself for being so cool so ignorant..

So cool not to worry.. Chill chill chill until I choke..

Yeah, finally I've come to realize it's just one of my many traits...too cool to react..

Cold + Cool + Ignorance = Hannah

Does it even make me become iceberg? ghahahahaha...





Nota kaki: Dugaan apakah ini? Be strong.

Tuesday, March 22, 2011

Aku tidak kuat

Kawan aku kata aku hebat.
Sebab?
Aku boleh bertahan dengan sesuatu situasi yang menjengkelkan.

Aku sangsi.
Aku kata tidak. Menagkah tuduhan.
Sebab dalam keterpaksaan, kita boleh buat apa sahaja.

Dia kata dirinya tidak begitu.
Dia akan 'cabut' ataupun angkat bendera putih jika berada dalam situasi seperti aku.

Kamu tidak tahu kawan.
Pernah beberapa kali aku cuba keluar dari situasi 'menjengkelkan' itu.
Namun "penakut' itu nama tengahku.
Keputusan yang gagal di laksanakan.
Risiko yang besar. Aku tewas dengan perasaan.
Dalaman aku berkonflik celaru.
Banyak hati yang perlu dijaga.
Banyak hati yang menyimpan harapan.

Aku bungkam.
Resah dalam setiap langkahku meneruskan jalan hidupku ini.
Hanya hati yang tahu.
Hanya diri yang rasa.
Sering aku berfikir
Hidupku untuk apa, untuk siapa?

Manusia yang kalah itu siapa?
Manusia yang lemah itu siapa?
Manusia yang tewas sebelum berusaha itu siapa?
Manusia yang lesu itu siapa?

Aku harus belajar.
Untuk menjadi manusia kuat.
Manusia kental yang dapat menahan caci maki dunia.
Tidak gentar pada duri dan ranjau duniawi.
Umpatan kata nista tak mampu meruntuhkan diri.
Caci keji kutepis dengan senyuman.

Ya, aku mahu menjadi seorang yang kuat.
Alangkah indahnya punyai hati setegar itu.

Sunday, March 20, 2011

rajin

syahbas  kepada diri sendiri kerana hari ni agak produktif sikit.
pagi-pagi dah pergi lab.
esok pun pergi lagi.*anak sapo la nie*
yeay, tadi dh start  buat thesis writing
walaupun badan dan otak dah tak symmetry.
walaupun hajat di hati ingin berehat-rehat sambil menonton cerita HKLBR,
namun hasrat itu dikuburkan sahaja. cewahh..*masalahnyer angin rajin tu  bukan boleh dijangka*

baiklah, hamba ingin beradu sebentar.
esok hari ahad.
saya mahu pergi ke makmal.
tolong doakan saya agar rajin-rajin kan diri.
sebab saya bukannya rajin sangat pun.
eh, kamu tahu tak yang PM and konco-konconya 
berada di bumi kenyalang yang permai ni sekarang?

eh,oklah mengarut.


 



Friday, March 18, 2011

busy bee

busy ah sekarang..
nak balik ke tak nak bulan 4 nanti..??
haih~projek tahun akhir tak siap lagi oiiii..
tetiba supervisor cakap semalam aku kena wat statistical analysis lak.
warrrghhh...walaupun masa first year aku dapat A stats *mood berlagak*,  lepas tu harom nak dapat A  untuk lain2 subjek dah pun ... tak fail pun dah kira bersyukur tau tak..
tapi aku dah tak ingat la statistik statistik ni oiii..
regression, binomial and yada yada..
i hate numbers..

haish~esok hari sabtu kena ot (overtime)
aku nak bedah ikan. siapa nak ikot jom...
dah la lab adalah agak 'keras' hokkey..
tskk..*telan air liur*
harap-harap time aku okay dan dipermudahkan urusan oleh Allah.Amin.
dah lah aku ni bukan nye pem'berani' sangat..(sila jangan keji)
tapi tak adalah penakut sangat okayy..hehehehe..

Wednesday, March 16, 2011

FB no more

I've officially deactivate my Facebook account.
How cool is that ha? Eheh.
Reasons?

I hate FB.Sorry Mark Zuckerberg!!
And I've finally come to realize that FB is not for me.
I mean, a person like me.
Heh, mengada-ngada.

Lagipun sekarang tengah menghadapi saat-saat genting menyiapkan projek tahun akhir.
Arghhh, takuttttttt...
Tension..(tapi sempat la pulak nak godek-godek blog kan????)

And tension pasal baju semua semakin ketat?
Salahkan baju pulak kan.
Padahal melantak macam harem.
Exercise? Jagan tanya.
Last week sempat buat 2 kali sahaja dalam seminggu workout.
This week? Belum berjalan lagi.
Aduii, tension mak ok!!

Caner nak fit and healthy nih???
Hadoii, susah hati wei.
Tsk, memang tak boleh jadi ni.
Kena tukar plan.
Execute another method.
Haish~

Kepada adikku yang cun melecun ittuew..
Hey, you are not fat ass okay! You are just fine. Awak ingat badan keding-keding tu cantek ke ha?
Awak dah okay la cik ani oiii (berapa kali nak cakap niii).Just perlu tonned kan badan kasi flat abs, and tonned arms je lagi.
TAkpe2, along balik umah nanti kite angkat besi sama2 hokkey???kuikuikui..
Serious cakap nie, ikhlas.
Budak yang ejek awak demok tu kan sebenarnya die jeles sebab badan die kering cam kerengga.
Kan kan kan? si syamil tu kan? anak cik kahar jiran kat umah kite tu kan?
Dah, jangan kawan ngan si syamil tu. Kalau dia ejek jangan nak sentap-sentap okkey.
Tak hot langsung tau. Kalau dia ejek lagi, cakap balas kaw-kaw sembur sampai air liur tersembur kena dekat muka dia.

"wei, aku mintak beras kau ke nak makan ha???"

"apa aku kesah, kau tu handsome sangat ke nak kutuk2 org hah" sambil jegil2 mata.

Errr..ayat yang lain-lain, fikir lah sendiri ye. Hehehehe..Yang penting, kalau die ejek lagi balas la oii..Tak pun, mengadu terus dekat ayah dia. Bukan ke ayah kita besfren dengan ayah si syamil tuh. Hehehehehe...

Oh, okay aku sudah mengarut.
Ciao~

I caught myself



Down to you
You're pushing and pulling me down to you
But I don't know what I

Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought
Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought of you

Of you
You're pushing and pulling me down to you
But I don't know what I want
No, I don't know what I want

You got it, you got it, some kind of magic
Hypnotic, hypnotic, you're leaving me breathless
I hate this, I hate this, you're not the one I believe in
With God as my witness

Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought
Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought of you

Of you
You're pushing and pulling me down to you
But I don't know what I want
No, I don't know what I want!

Don't know what I want
But I know it's not you
Keep pushing and pulling me down
When I know in my heart it's not you

Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought
Now when I caught myself, I had to stop myself
From saying something that I should've never thought of you

I knew
I know in my heart it's not you, I knew
But now I know what I want, I want, I want
Oh no, I've should have never thought!

Tuesday, March 15, 2011

Message to ex-crush

I saw you  yesterday..
Eheh..
I was wondering what you are doing in the faculty..
Oh~maybe preparing your master degree?
Great to know..
Btw, good luck.

From,
You-Don't-Know-Me

Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

Sangap & Payung Hijau Itu

Tak payah call-call boleh tak?
Malas lah nak angkat dan jawab.
Siapa suruh tak datang masa nak buat experiment hari tu.
Alasan. Aku datang lambat sikit. Alih-alih sampai ke sudah aku tercongok-congok buat kerja dengan yang lain. Itupun yang seorang hamba Allah tu macam mengelat buat kerja.
Ye, aku memang tak pandai nak marah-marah. Tak pandai nak arah-arah. Tapi beragak lah sikit kan.
Bila nak hantar report mulalah nak cari aku kan. Nak minta results.
Tau pulak kan nak minta.
Masa berdating dengan awek tu tak ingat pulak.
Sibuk bercinta-cinta, study entah ke mana-mana.
Ok, aku tak jealous langsung ya. Sebab aku menyampah je. Cubalah serius sikit.
Dahlah sampai kena extend study setahun.Buang masa tau tak!!!
Sorrylah aku terus off hp sebab malas tengok talian berdering-dering. Tak ada mood nak angkat.
Kalau aku rajin aku email kan results. Pandai2 lah nak buat discussion sendiri.
Susah lah macam ni.


~~~~

Aku baru beli payung warna hijau muda. Sebulan lepas kalau tak silap. RM 8.50..
Ahad lepas aku ingat lagi itu kali terakhir aku guna payung sebab aku pergi lab awal pagi  sampai tengah hari. Lepas balik, aku macam biasa sangkut payung dekat depan rumah.
Esok nya, aku nak guna payung ke kelas tapi dah tak ada.
Aku pun fikir-fikir. Eh, aku tertingal payung dekat kafe lagi ke ni.Ala, mesti dah hilang lah tu. Aku ni kan pelupa sikit. Makan semut banyak sangat kot. Tak pun sebab kesan eksiden 2 thn lepas. Lupa memanjang. So, aku anggap mungkin aku tertinggal lagi payung kat kafe sebelum balik ke bilik. Harapan nak jumpa balik payung memang tipis lah. Ini kali kedua aku hilang payung dalam tempoh satu semester. Memang tak pandai jaga barang.

Tapi Selasa lepas aku borak-borak dengan housemate dan cerita dengan dia yang payung aku hilang lagi . Dia pun terkejut sebab dia tau aku baru je beli payung. Dia tanyalah macam mana aku boleh hilang payung lagi. So, aku cerita lah apa yang aku ingat. Sebab aku agak yakin yang aku memang dah bawak payung tu balik dan sangkut dekat depan hall. Macam biasa.

Then, my housemate pun cakap yang hari ahad lepas, ada sorang international student dr China yang selalu lepak rumah kitaorang tanpa diundang and konker tengok tv dengan tuan rumah. Boleh ke buat perangai macam tu? Nasib baik tu bukan tv aku. My housemate cakap yang si budak foreigner ni dtg2 buka pintu and terkejut nampak payung hijau aku tu. And she's mumbling that itu adalah payung dia yang dah hilang. What the heck kan?? Aku punya payung laahhhhh...Isk, masa my housemate aku cerita tu memang aku macam dah *^*^%^. Bengang lah. Sekarang dah lah hujan panas hujan.. Memang sangat-sangat memerlukan payung untuk ke mana-mana.Itu memang payung aku!!!!!!

Nak dijadikan cerita tadi si foreigner tu dtg lak rumah pagi tadi. Kebetulan aku ada dekat hall tengah tgk Oprah. I saw her with my umbrella!!!!! Dia cari housemate aku. Sebab housemate aku tu agak rajin layan si foreigner tu berborak. Aku macam malas sikit nak layan dia sebab aku rasa ntah, malas nak layan sebab dia jenis tak beradab sesuka hati masuk rumah orang sebab nak tengok tv dan konker terus tv tu buat macam harta benda sendiri padahal kitorang serumah tak kenal dia langsung kot. Heh, lagipun aku kan berat mulut...

OMG, aku nampak dia dengan payung hijau tuh. Sah lah memang dia yang amik. Tapi, yang menghairankannya, aku tak reti nak mintak balik padahal tu memang payung aku. Sebab tadi dia berborak dengan aku tanya mana si housemate yg lagi satu...bla bla bla. Alih-alih, aku jadi kelu tak tahu nak mula macam mana. Tapi aku tahu itu memang payung aku. Macam mana?? Dah lah BI dia agak kucar-kacir, satu hal lah pulak nak menerangkan yang-itu-adalah-payung-aku...Aku tak tahu yang dia faham atau tak. Leceh. 

Aku  tak reti nak minta-minta. Selalu macam tu. Even aku tahu itu hak aku. Macam dulu ada sorang kakak masa duduk rumah sewa di KL nie minta aku onlinekan Maybank2u. Nak beli topup katanya. Tapi, aku cakap yg aku ada extra topup. Ambik yang aku punya dulu je lah. Nanti bayar. Tapi, sampai aku nak keluar rumah sewa tu pun dia tak bayar-bayar lagi. Dia lupa atau aku yang tak ingatkan? Ok, soal duit memang aku tak berkira sangat, tapi tak lah sampai beratus-ratus ataupun beribu-ribu pun aku nak diamkan.Tapi , ntahlah. Macam loser ke aku ni???

Serious aku nak payung tu. Tolonglah,  lagi satu sem je aku nak habis study ni. Tak kan nak beli payung lagi kot...Agak-agak aci tak kalau aku senyap-senyap gi rumah dia dan ambik payung tu. He he he..Jahat ke macam tu??? Tak ada idea ni...


Thursday, March 10, 2011

Buli balik

I did mention last night that we (me and my friend) went out and dine. Instead of KFC, we decided to try Pizza Hut. Yummeh..But tak habis makan pun. Too tamak to order everything..Tapau bawak balik and eat pizza as a breakfast. Great!! Borak2 banyak benda and ada banyak cerita keluar last night. Okay, I've already promise with dayah not to mention the story to anyone so, let's be honest okay..Haish~macam-macam terjadi. We were discussing, not 'mengumpat'ing okay..!!! No names involve..*Sigh*

And another friend come to me last night with teary eyes and broken heart. Sian kawan ku ini. Let's name her Cik M. She is one of my close buddy here in uni. KAlau aku tak cukup makanan or tetiba malam rasa lapar nak makan megi, tanpa malu2 aku akan msg dia and mintak megi. Kan aku dah cakap, aku nie pemalu...heeeeeeee.Tapi dengan Cik M aku tak malu sangat. We even did our internship togather and live togather in a rented room togather for the past 2 month last year. Hai, berapa banyak 'togather' lah kan..Senang cerita, aku senang bangat berkawan dengan cik M ni. Dia baik orangnya, peramah pulak tu. Tak macam aku kan. Berat mulut. Kitaorang memang rapat. Tapi bukanlah macam pasangan belangkas yang bersama berkepit ke hulu ke hilir. Ke kelas pun kena berdua, ke kafe pun kena berdua. Itu bukan aku sebab aku jenis independent dan tak suka tunggu2 orang or menunggu orang. Ada masa-masa tertentu, baru kitaorang makan sama2 or gi keluar sama. LAgipun, kitaorng lain-lain course tapi sama fakulti dan lain2 blok but masih di kolej kediaman yg sama.

Nak dijadikan cerita, malam tadi Cik M ni ada discussion. So, dia ada pesan suruh kirim KFC tapi aku boleh pulak terlupa. So, kesian kat dia x dapat makan. Aku pun offerlah Cik M megi. Around 11pm lepas habis discussion, dia dtg bilik aku. Time tu aku nak tidur dah sebab penat weh semalam. Petang tuh aku siap wat workout lagi. Malam lak keluar ngan kwn lagi satu.

Cik M mengadu dekat aku yang dia terasa sangat dengan kelakuan dua orang hamba Allah nie yang sama course dengan dia. Last night was the highlight of the event lah. Senang citer, Cik M nie telah di buli secara mentally oleh hamba Allah nie. Buli secara mental? Aku perasan benda nie dah lama dah. Tapi sebab aku rasa Cik M nie penyabar sangat orangnya, she kept quiet and pretend everything is okay..Cik M and this two hamba Allah kira geng lah. Selalu 3 orang buat assignment, duduk kat kelas and sama course kan. dalam dok berkawan rapat  nie, Cik M selalu dibuli. Mentang2 hamba Allah nie mulutnya lantang berkata2, dia ingat dia boleh arah2 orang sesuka hati ke??Aku benci orang yang jenis lantang and mulut cam puaka dan suka merendah-rendah kan orang. Mentang-mentang lah Cik M tu jenis mendengar kata, agak lurus, baik hati kau dengan sewenang-wenangnya pijak2 dia..Apa jenis manusia lah. Aku perasan si hamba Allah nie memang jenis yang suka kutuk2 orang. Depan manis, belakang dok kutuk2. Sian weh kawan aku. Tak pernah2 dia menangis, malam tadi dia luahkan semua benda kat aku. Terkejut weh dengar citer dia. Sebab Cik M bukan jenis suka kutuk2 orang. Aku tau tu sebab dah bertahun kawan dengan dia. Aku tau dia jenis macam mana sebab kita orang jenis boleh masuk sekepala.

Satu yg aku perasan, kalau nak tahu orang tu boleh dipercayai  atau tak tengok cara percakapan dia. Kalau dah jenis suka mengumpat mengata orang itu ini depan kau, tak hairan dia boleh buat perkara yang sama pada kau jugak. Stay away from this person...

Benci dengan orang yang suka menindas. Dia rasa dia hebat, mulut lancang dan petah berkata-kata, ada kuasa pengaruh orang, dia fikir dia boleh buat sesuka hati dekat orang lain. Aku suruh Cik M berdoa sebab doa orang teranyia makbul. Aku even harap dia (si pembuli)tak dapat keje lepas grad nanti. Jahat kan aku... Aku geram lah weh. Tak sangka dia perangai macam tu. Kalau nak cerita memang banyak. Tapi aku malas nak cerita. Sakit hati jadinya nanti..

Dah lah. Malas nak tulis panjang2. Semoga si pembuli mendapat balsan setimpal..Amin~

Wednesday, March 9, 2011

Just A Dream..


I loike the lyrics..Heh.



Okay, jap gi nak kuar ada org nak belanja kepsi..Eh, bukan. NAk temankan dayah yang tension katanya. Nak tension ape, FYP dia dah nak siap kot. Aku ni lagi lah..Nak kena tazkirah sket dayah ni.Xpe2, jap gi sambil makan2 kepsi akan ku tazkirah kan dia..Ececeh..macam lah qualified sgt..

One happy girl...

yeeHuuu..hari ni rasa produktif sebab dapat buat macam2 perkara. Dapat bangun awal pagi lepas tu sempat basuh kain (washing machine yg buat) sidai kain, sapu lantai bilik, tukar cadar, dengar radio Hot Fm, minum nescafe o sambil makan butterscotch yang kirim dari kawan baru pulang dari semenanjung memang heaven. Tak sedar sampai makan 4 slice dalam satu ngap. Gilo melantak sungguh. Haish~perasaan bangun awal pagi dan dapat buat macam2 perkara memang sedap sangat. Rasa Strawberry pulok...huhuhu~

Oh, hari ni tak ada kelas. Lagilah heaven. Just attend discussion Inland sahaja. Bincang itu ini untuk next real discussion with Dr.Ruhana. Dan pukul 2.45 tadi main boling dengan Annia and Kinah. Heeee..syiok oooo. First time ever aku dapat 94 marks dalam one game. Tak pernah2 dapat markah setinggi tu. I'm sooo happy lor. Kinah score the highest mark. 98..Annia dapat 84. Terror ah diorang. Aku masa awal2 main boling asyik masuk longkang je..Tak pernah nya nak score 50 and above..

So lepas main boling kat kampus terus makan2 kat kafe di HEP. Diorang belum lunch lagi. Aku just order Ice blended Mocha. Dah kenyang sebab baru je lunch..Pas tu nampak kinah order slice choc cake nampak cam sedap lak. so, aku pun tanpa ragu2 meng order slice cake yg nampak cam sedap. But, tak shedap lahh..Tak habis ok. Sangat membazir. Ke aku yg dah kenyang. Membazir sungguh.

Pastu borak2 ngan diorang.Release tension...Next week plan nak main boling lagi. Tapi ajak ramai2 lagi geng. Patu terus2 gi jalan makan pizza hut. MAkan sorang2 tak besh, kena ajak ramai2 baru feel sket. LAgipun, dah final sem. Lepas ni masing2 dah tak dapat nak bonding2 sebab ada yg duduk semenanjung, annia and Kinah org sitok (sini ; bhs swk) pulak anak jati Sarawak. Haish~gonna miss them..

Hari ini saya rasa bahagia. Ececeh..Okay, harap-harap esok pun saya bahagia jugak walaupun Final Year Project + Assignment + Presentation tak siap lagi....Yeah~

A lesson learnt today: Kalau stress, gi cepat2 enjoy dgn kawan2. Chill2. Gelak2. Selesaikan daily chores yang tertangguh mcm kain sebaldi yang tak basuh ke, sapu2 lantai- mop kalau rajin extra berganda2, tukar cadar,bukak langsir besar2 bagi matahari masuk, minum kopi, baca journal (study related). Dalam kata lain, buat sesuatu agar hari anda lebih 'worth it'.....Lagi satu, bangun pagi2 memang best. Perasaan dia lain sikit sebab kita macam berjaya accomplish and seolah2 kita tak ketinggalan.Heh, ini pendapat aku lah kan. Sebab selalu kalau bangun lewat rasa macam; Heck, I miss something. Seolah2 hari kau tak lengkap kan??? Macam something missing..Perasaan berjaya bangun pagi dan bukak tingkap langit still gelap lagi  dan berjaya pergi ke kelas paling awal iaitu pada awal 8 pagi memang heaven. Cuba try!

Monday, March 7, 2011

.It's 7 Mac.

I' m officially 22 today.




Big 2-2...

Saturday, March 5, 2011

Aku seorang yang Cemburu! So what..??

Oppss. Jangan salah sangka. Aku hanya akan jealous kepada orang2 tertentu sahaja. Aku sedar yang aku tak ada BF tapi itu tak bermakna aku akan jealous pada kamu yang berpunya lantas memutuskan untuk merampas BF hot kamu itu.Tidak tidak sama sekali ya.Dan aku juga tidak akan cemburu membuta tuli kalau kamu lebih kaya dari aku sebab hanya 'mereka' yang mampu membuatkan aku terus-terusan cemburu. Mereka-mereka ini berbakat besar lantas menjadikan aku macam cacing kepanasan dek terpana dengan kebolehan dan bakat mereka. Tapi ni jealous atas dasar yang baik lalu membuahkan perasaan kagum sambil dalam hati berdetik "wah, aku pun nak jadi macam diorang!!Gila jealous..." Ha, tak ke molek begitu. Ya, sila jangan salah sangka okay!

~~~~

Mangsa penjelousan #1
Seorang gadis yang cantik+pandai (medic student di Russia) + pandai GILA memasak especially baking + muda belia (around 23-24 kot sebab aku tak confirm sangat). Kombinasi kriteria calon isteri yang sungguh ideal. Haipp..tapi Kak Rai hatinya telah di curi oleh sang jejaka ya.So tak ada can lah nak mengorat...Heeeee...Aku baru je terjumpa blog tuan empunya diri dari link blog maksu. First time tengok blog kak rai dah nampak berderet-deret recipe dekat side bar. Wah, banyak sungguh recipe2 cik akak nie dah buat. Tambah mengkagumkan aku ialah dia siap buat business kecil-kecilan dekat Russia sambil tengah bekajar medic. Mak aih, terus aku jatuh kagum and salute la dekat kak rai sebab dia dah lah seorang pelajar medic di Russia (you know how tough that course can be kan..), pulak tu pandai gilos memasak. Kagum berganda2.. hasil cupcakes dan kek2 yang kak rai jual cantik2 belaka.Kak Rai your inspired me to bake more and cook more after this....Kek2 and cuppies dekat bawah nie semua Kak Rai buat tau. Ni gambar diambil dari blogshop dia kat sini! . Nie pulak blog peribadi Kak Rai...Here!! Banyak sangat recipe yang boleh di dapati kat sini. Insya Allah balik cuti sem nanti boleh try recipe dari blog Kak Rai...

Cantik kan cuppies yang kak rai buat. Fondant cuppies kalau tak silap ni..

Special request lagi..Kek khas untuk menteri..kagum lagiii....

Nampak sangat tempting kan?? Terliur dibuatnya..


~~~~

Mangsa Penjelalous #2
Juga seorang yang sangat hebat dalam bidang baking. Aku tak sure nak bahasakan tuan empunya blog ni kakak or aunty sebab tak dapat nak agak umur.Tapi rasanya baya-baya my mum kot.. terjumpa blog aunty Zalina ni dalam last week. Lebih best lagi kedai bakery aunty dekat Seremban je. Apa lagi, aku pun sudah memasang angan-angan untuk pergi kelas aunty nanti. bila dah habis belajar tak lama lagi. Harus memujuk mama nanti nak ajak belajar sama2..Heeeeee...Dekat kot dengan rumah. Sepanjang minggu lepas dok membelek hasil air tangan aunty ina ni. Btw, aunty ina ni buat kelas DIY (one to one person) dan ajar macam2 jenis kek yang best2 and meletop macam choc indulgance, red velvet, Italian Rainbow, Opera, Cuppies, Pastry, Tarts and macam-macam lagi lah..Banyak sangat and nampak tempting ..Aku rasa sangat kagum dangan aunty nie even tak jumpa lagi sebab dia nampak sangat ikhlas dalam mengajar student2 dia. Dia macam suka sangat bila recipe yang dah diajar dapat digunakan student2 dia untuk buat home business. Biasanya kan ada sesetengah orang yang agak kedekut ilmu dalam bab-bab memasak/baking nie. Takut nak turunkan recipe sebab takut orang lain caras recipe asal dia dan buat benda yang sama macam dia . Tapi aku nampak aunty ni sangatlah baik hati  dan bersungguh-sungguh mengajar even aku tak gi belajar lagi dengan dia ni..Ni blog dia...here!!.Gambar-gambar semua di ambil di blog aunty Ina. Cepat serbu!!! Gambar2 nie semua kek2 yang dibuat oleh student2 aunty ina. Kek aunty memang dijamin lebih cun and meletopss la kan..Siapa leh lawan tokkey ye tak..Heeee..Nanti nak pujuk mama ajak gi pi belajar sama2 lah...Mama and me memang berkongsi minat yang sama dengan aku cuma masa tak megizinkan dia untuk baking memandangkan she's working + still studying..

Tempting sangat Black Forest Cheese Cake ni...




Italian Rainbow...So comel!!

My all time fav Secret Recipe Cakey-Choc Banana..Tgk,aunty ina leh ajar cake shedap ni..X yah dah gi SC lagi.


Mangsa Penjealous #3 dan seterusnya


Chuck Huges..Suka tgk dia kat kitchen!! *drool*



Nigella Lawson..


Curtis Stone..Too handsome for a chef...Haish~

Paula Dean. Nenek comel yang pandai masak!!



So, kesimpulannya kalau korang pandai masak or berbakat dalam bidang culinary nie memang akan jadi mangsa 'penjelousan' aku..Heeeeeeee....Jaga-jaga...!! Aku sangat tercabar dan rasa looser gila sebab aku tak pernah buat cake/masak hebat-hebat tapi dalam hati memang nakkkk sangat buat apa yang diorang buat. Yeah, habis je belajar tak lama lagi memang kena latih balik skill masak memasak ni.Kalau takat buat cheese tart  dengan mee hailam apa barang kan?? Cuba masak gempak2 sikit Hannah oiii!!! Ye, baiklah saya akan berusaha selepas ini. Sila undi support saya ye semua!!! Arigato..

Tajuk-less


Oh, minggu ni adalah minggu yang agak stress. Submit assignment lah, tambah-tambah lagi memikirkan tentang Final year Project yang tak dapat nak buat lagi padahal nak kena hantar 1st draft 4 April ni. Oh~pening aku. Tension2.. Kursus Soft skill tak habis attend lagi. Nak pergi dengan Kinah semalam memandangkan Jumaat memang tak ada kelas.Dah siap2 message dia malam jumaat tu nak ajak pergi.


Tetapi, malangnya perutku membuat hal pula. Hal apa?? Cirit birit la pulak + sakit perut yang ala2 period pain. Biasanya kalau aku ceriberi pun tak akan sakit perut sangat. Tapi semalam punyalah sakit macam period pain. And aku sangat jarang dapat period pain. Usually flow memang light and easy sahaja. Haish~memang tak boleh tido lah semalam. Dok sapu minyak cap kapak. Minyak angin yang power2 tuh memang aku tak ada just minyak gamat je yang ada. Ape kes lak nak sapu minyak gamat kan. Heeeee...So, gunalah je minyak cap kapak yang tak panas sangat sebab tu minyak yang dah agak lama..dah tak ummph.. sakit perut ni ala2 contraction lah (ceh, mcm lah ada pengalaman kan..), dalam 10 mins dia menyerang. Memang mengiring ke kiri ke kanan pun tak boleh nak endure the pain. So, aku akan bangun balik dari pembaringan sebab kalau baring lagi sakit mencucuk-cucuk.
 

Pagi ni I'm feeling better, and sakit tu tak menyerang lagi. Hopefully.. tak sakit-sakit lagi sebab susah lah nak buat kerja. Cett, macamlah rajin sangat..Hari ni ingat nak gi library, tapi tengok lah macam mana. Last week memang emo habis lah. Aku pun tak faham. Eheh, maybe that's the symptom of early PMS kot. Haih, thinking all negative about my self. Seriously menjatuhkan esteem aku . Takpe, sabar lah sikit lagi je nak habis okay. Tak lame dah. Lepas nie leh berjoli sakan huhahuha..yeah...Tak sabar gilos nak kuar dari uni yang 'terchenta' ini...

Btw, today is my aunties birthday. Maksu and Mak Ngah..Happy birthday to both of you dear..Maksu going to be 24 and Mak Ngah aku tak sure tapi 43 kot sebab my mum is 45 this year. Yeay, my 2 years age apart maksu just got a job at CIMB . So happy for her. Tak sabar nak pau maksu lepas nie..Heeeeee..Bersedialah ye maksu!! Sorry tak dapat nak bagi present or belanja sebab i'm away + broke. Tunggulah dah jadi jutawan esok baru belanja korang k..*evil laugh*

Thursday, March 3, 2011

Crap

I was Feeling really crappy yesterday.
Sangat teruk and tak boleh blah.
Haish, rasa nak down tapi kena kuatkan semangat balik.
Dah lama tak exercise ni. Kasut pun dah sampai.
I wish I could run away.
serious nak lari jauh2 sebab malas gila nak habiskan sisa2 hidup kat sini.
Apa yang aku belajar aku tahu aku tak akan guna lepas ni.
so, aku belajar atas dasar apa?
I feel so useless.
So aku bernekad kalau benarlah bidang culinary memang takdir untuk aku,
I'll go for it no matter what...Really2 go for it.
I feel like dumb sitting in the class yesterday.
Rasa tak berguna,rasa aku tak sepatutnya ada dalam kelas ini belajar apa yang aku belajar sekarang.
Looking at my friends semua beria-ia buat assignment, buat FYP, padahal aku
tak berapa nak semangat sebab aku tahu aku bukan berada di jalan yang betul.
Aku tak suka and tak suka. I have another option in the future.
And ini? It's sucks sebab aku tak dapat nak all out.
Rasa bodoh gila.
Aku tahu aku tak pandai tapi aku percaya dengan kebolehan dan minat aku.
Dan aku pasti akan polish ia sebaik mungkin.

That's my promise.
Aku akan hold on no mater what.
Hold on for them.
Just for them.
it's for my mum and dad.

Tolong jadi matured and kuat!!!!!!!!!

Wednesday, March 2, 2011

Super Stress!!!!!!!!

I'm supper Stress for the past couple of hours ago then I decided
not to dwell in it. Let go and just deal with what i've got to do.

Blame it to PMS !! Booooooo~

Feeling super rindu at all peeps back in home.
Why oh why you guys didn't call me. Or should I call you? I'm almost dying ni!

Masa-masa stress ini lah macam-macam benda pop up in my head, remind me a LOT of things that I have not completed yet. Chores, Assignment, Project, Thesis, Reports bla bla bla bla...Then the guilt start to kick in.

Bila fikir-fikir balik, aku nie 'student' je pun. Kerjanya dah tentulah study, siapkan assignment, reports and etc. Apesal nak emo tak pasal2 and whinning all day long. Bukannya kena membanting tulang untuk mencari duit ke, kena masak and jaga anak ke..Belajar je. Simple as that. Haish~

Time management? Ya, I'm supper sucks with it too..Eheh. Procrastination is some kind of drugs that is supper effin hard to resist. Guilty pelasure. Really (100000x) have to break this stupid habit. My bad.

Belajar benda yang kita tak minat dan perlu berpura-pura minat adalah agak sukar kerana kena paksakan diri untuk move on dan kena sentiasa setkan dalam kepala untuk stay strong through the finish line.Dan jangan nak pentingkan diri sendiri sahaja. Fikir perasaan orang tersayang juga. Sebab setiap keputusan akan memberi impak bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga pada manusia-manusia kesayangan kita. Bahagiakan mereka juga walaupun dalam diri rasa nak 'give up'.

My mum says I'm a quitter. Always. Dari zaman sekolah lagi. Susah sikit mulalah cari alasan. Maybe sebab manja sangat semua nak dapat and have too comfort around making me like this.Shame on me for having this traits. But this time around, I'm going to stay strong and fighting. No matter hard or difficult or stress I am (separuh mati), I'll preserve and run through the finish line. Insya Allah. For you, I will.....So, I dedicate this degree to both of you!!

Last year  I wish and apologised ayah for not able to give him present during his birthday. And he replied. "Thank you my dear, your present will be the scroll on your graduation day". See, he didn't even want anything but for me to just graduate. Simple right?

Aku tahu aku dah menghampakan diorang. Aku tahu aku selalu buat diorang kecik hati sama ada sengaja atau tak sengaja. Aku tahu aku selalu buat diorang risau sebab kalau aku ada masalah aku diam je tak cakap or cerita kat diorang. Mama ada cakap dulu baguslah dapat resluts 3 pointer and above (masa 1 st year sahaja malangnya), keep it up sebab tak adalah ayah bising2 sebab results matrix aku corot2 je dulu. Then aku agak terkejut lah sebab ayah tak pernah complain depan anak2 or marah2 kalau resluts kita orang teruk. Now,results aku menurun gila. And aku dapat bayangkan betapa kecewanya dia terhadap aku. *Cry* Tapi, being him dia tak pernah marah2 aku depan-depan tapi aku dapat rasa yang ayah kecewa gila dengan aku. Lagi2 bila aku kata aku nak quit and sambung belajar dalam bidang lain.

Rindunya dekat ayah..Harap-harap ayah dah tak sakit kaki lagi. Harap-harap ayah maafkan aku sebab jarang call. Aku takut aku nangis je nanti  kalau cakap dengan ayah .Tu yang malas nak call. Nanti dia risau lak. Dahlah masa nak balik uni hari tu tak sempat salam and hug ayah. Ayah tak hantar aku pun masa nak gi airport. You know how bad I am to show affection to others..Kelemahan yang perlu diperbaiki.




P/S:  Tolong doakan aku ye!!! Aku cuak ni...

Tuesday, March 1, 2011

Situasi

 
Ayam Penyet..Pic taken from here!
It's 5 am ++ and I'm HUNGRY like god knows!!!!!!!
Nak macam kat atas tuh...
Tak makan dari malam tadi sebab tido awal. Penat lah hari ni and I didn't sleep last night.
Pergi kelas petang tadi pun dah macam weng je kepala. Ikutkan hati aku yang jahat ni nak skip je kelas tu tapi mana bolehhh sbb that lecturer is my supervisor.. Kantoi nanti.
Yeah, kan dah cakap aku jadi Hannah Cullen sebab nak siapkan assignment.
Baru bangun around 4am tadi, buat apa yang wajib then terus serbu laptop yang terlupa nak off sebab punyalah tak tahan mengantuk malam tadi.


Ye, aku pelajar yang tak berdedikasi langsung yang sekarang tengah gabra sebab today is Mac and that means my journey here is almost come to an end (suka 100000x). Tetapi, segalanya perlu di submit tak lama lagi.

Thesis + Presentation (draft 4/4)
Toxic Experiment + Lab Report (14/3)
Term of Reference + Presentation (Near 4)
Inland (shoot, baru ingat dalam this week kot..)
Final Year Project aku tak ada result laginie!!


Lagi?

Study supaya tidak kantoi dan dapat bergraduat dengan jayanya
pada bulan 10 nanti.

 Anugerah Dekan?

Hanya mampu berangan sebab dah sem akhir kan, bayang2 anugerah tu
memang tak nampak pun. *Sigh*

Perasaan?

Separa stress


Sekian.

P/S: It's Mac..Menjelma sudah hari tuaku..