Friday, November 22, 2013

New Moon

Hey

Maaf kalau beberapa ketika yang lepas jikalau anda berkunjung ke mari dan tidak dapat membuka belog ini.

Ya, saya secara 'sengaja' menutupnya seketika. Sengaja.

Kenapa?

Haha. Sebab saya rasa 'bosan' dengan hidup dan terbawa-bawa emosi hingga merasa, 'cari-lah-hidup'. Ya, saya terkadang teremosi. Ughh. Tak apa, tak perlu faham. Sulit.

Emm, sayang sangat nak tinggalkan begitu saja catatan-catatan masa lalu. Ya, adakala rasa nak bagi penampar dekat diri sendiri sebab menulis perkara-perkara yang bila dibaca ketika ini, rasa nak gelak dan loya. Eh, saya kah itu?

Mungkin itu menunjukkan transisi pola pemikiran yang berubah seiring dengan perubahan masa. Banyak yang berlaku dalam 3 tahun. Saya bermula pada usia rejim pemberontakan berantakan dalam jiwa. 21 tahun.

Saya tidak bercadang mahu memadam kesemuanya. Perkara yang tidak signifikan mahupun yang signifikan, keduanya adalah berharga. Keduanya sama penting. Kesilapan dan kebodohan masa lampau adalah guru terbaik untuk kehidupan seterusnya. Ya, saya banyak membuat silap. Kesilapan bukanlah kesilapan jika kita pandai memberi makna padanya.

Mungkin kebanyakan masa saya sering merasa saya yang paling betul, saya yang paling bagus, sedangkan mungkin realitinya tidak sebegitu.

Oh ya, saya berfikir mahu terus menulis sekiranya mempunyai kesempatan di masa depan. Mungkin jika sedikit rajin, akan mengubah susun letak blog supaya lebih 'chic'. Haha. Memberi nafas baru mungkin. Siapa yang mahu membaca, ya silakan. Tidak pernah terfikir untuk menaikkan traffic atau mengejar glamour. Tidak sama sekali. Nuffnang? Nah..tak perlu (untuk blog picisan sebegini).

Cuma seorang gadis yang menulis apa yang ada di fikirannya, apa yang ada dihatinya, memperlihatkan sisi emosi dirinya, menyuarakan pendapat yang selalunya jarang dikupas, berkongsi saat suka duka. Begitu. Temanya adalah 'berkongsi'.

Bagi saya, ianya adalah suatu ruang menyaksikan saat diri berkembang memekarkan diri (baca:bukan apam mekar).

Transisi diri umpanya.
Dulunya dungu, kini sedikit berilmu. Contoh.
Dulunya penakut, kini semakin berani. Contoh kedua.

Ah, maaf saya melalut banyak. Saya rasa, saya mahu mula menggunakan tone 'bersopan' didalam menulis. Haha. Bersopan santun amalan mulia.

Assalamualaikum.


Saturday, November 16, 2013

Open Season

Hai
Saya fikir macam malasnya lah nak berblog lagi,
Jadi saya fikir nak

a) tutup kedai (delete/private)
b) biar je blog bersawang-sawangan
c) terus menulis
d)__________________

Hmmm.
Doakanlah saya ubah fikiran untuk keep on writing. Oh, I need a reason...

Friday, November 1, 2013

Hello

November comes.
Hello November!

Next month, we are all moving to the other continent. In Sha Allah.
Perasaan?

1. Teruja
2. Borderline, tak happy sangat tak lah suka sangat
3. I should be happy, kan? ok, I'm blessed and happy.

Err,okaylah short update je ni. Nak pack barang semua esok kontena datang. Omg, I haven't packed anything yet. ughhhh..I hate packing.

Bye peeps!