Saturday, April 2, 2011

April bukan fool

Hye april..
Bye-bye mac..

Owh, intro yang entah apa-apa. Sekarang aku tengah jatuh hati dengan cerita 'secret garden'..Suka GILE dengan ost SG..Especially lagu That Woman/That Men. Dah berapa kali aku dok ulang-ulang main lagu tu. Sampai terbelit-belit lidah nak nyanyi ala-ala orang korea. Susah juga  sangat nak menyebut.

Kerja adalah melambak. Tapi lab work dah habis. Yeeehuuuuu...Boleh start write up thesis. Gila tak, hari isnin nak kena hantar draft tapi apa pun tak buat lagi. Memang gila..Opsss, tapi tahap kegilaan aku tidak sampai membuatkan aku mahu 'terjun'. Tasik unimas memang dalam. Anda ada bran????

Kalau stress aku akan buat apa?

1. Buat bodoh.
2. Lari dari masalah
3. Cari masalah lain

"tiada masalah yang tak dapat diselesaikan". Semalam aku terbaca notis besar terpampang dekat fakulti. Ini mesti gara-gara  kes bunuh diri rabu lepas. Sesiapa yang ada masalah, dinasihatkan untuk berjumpa kaunselor fakulti ataupun jumpa mentor masing-masing. Tak pernah aku tahu pulakdekat fakulti aku ni ada kaunselor rasmi. Yang aku tahu, dekat PPP je yang ada kaunselor. Ignorant.

Dengar cerita, arwah (yang bunuh diri) merupakan pelajar yang bijak, SPM 9A, JPK kolej kediaman, pointer 3 and above...Seems complete. Dari segi akademik , memang cemerlang. Tapi dari segi emosi mungkin dia kurang mahir untuk mengawalnya.

Dahlah, tak baik dok cerita bukan bukan pasal arwah. Yang penting, masing-masing kena ambil iktibar atas tragedi yang berlaku. Sayang sebab tak ada orang dapat halang dia. Sayang sebab tak ada sesiapa yang endah akan 'suicide note' yang dia tulis di dalam belognya . Ye, sebab manusia semuanya pentingkan diri sendiri. Sibuk. Hal engkau kau punya pasallah.

May he R.I.P.....
 

No comments: