Monday, April 4, 2011

Berhentilah waktu.

Pernah tak kamu orang nak ubah sesuatu, tetapi tak tahu mana mahu mula dulu?


Pernah tak kamu orang nak memulakan sesuatu, tapi tak tahu mana mahu mula dulu?


Pernah tak kamu orang nak mengakhiri sesuatu, tapi tak tahu mana mahu mula dulu?


Pernah tak kamu orang mahu berhentikan waktu.


Sekejap sahaja. Tak lama.


Sebab ada sesuatu yang kamu orang mahu ubah/baiki.


Dan semestinya waktu akan kalahkan kita. Aku dan engkau.


Tewas lagi rupanya aku.


Tak mampu kalahkan sang waktu.


Seperti sebelum sebelum ini.


Dan sampai bila bila pun aku sedar, aku yang kerdil dan lemah ini memang tak akan dapat kalahkan sang waktu.

~~~~

Waktu yang laju ataupun aku yang lembap? Salahkan waktu bila aku tak dapat apa yang aku mahu. Selalu pun begitu juga. Memang aku mahu waktu berhenti supaya aku dapat berhenti bernafas seketika. Berhenti dan berhenti sebab aku penat sangat. Aku penat. Ah, apa lah yang penat sangat pada remaja berusia 22 tahun? Aku tak perlu cari duit. Aku tak perlu jaga makan pakai anak beranak. Aku tak perlu menjaja kuih atau pun buat part time promote MLM lepas habis kelas. Apalah penat aku berbanding penat buruh binaan, promoter di pusat beli belah, pemandu teksi. Tak setanding.

Aku tak penat dengan kehidupan. Entah, aku rasa sesuatu itu hilang dari diri aku, tapi aku tak tahu apa yang hilang. Pelik. Sampai penat dibuatnya.

Meski lari 1000 batu pun tak mampu menghilangkan rasa dalam hati ini. Meski terbang setinggi langit pun hati tetap resah. Lalu, cara apa lagi yang aku ada untuk tenteramkan resah hati. Aku pun bungkam.

Hukumlah aku Tuhan, aku manusia berdosa.

No comments: