Adik No.3 a.k.a babu tengah main laptop. Suddenly aku dengar dia humming sambil kepala tergeleng-geleng.
Tsk. Owh, rupa-rupanya tengah tengok clip video dekat youtube. Amboi-amboi. Keadaan sekeliling tak diendahkan sama sekali.
"Oii, lagu apa tu paan?" aku tanya.
Tak layan.
Lama sikit lepas aku tepuk badan dia, baru nak menyahut.
"Along tak tau ke? Nie kumpulan paling famous di dunia" dengan yakin tanpa was-was dia bagi tahu. Nada suara tak mahu kalah. Macam nak sindir aku pun ada jugak.
I was like.Ha? Siapa tu? Terus aku tengok skrin laptop. Errrk, tak kenal pun. Ingatkan coldplay ke, onerepublic ke...
Rupa-rupanya,
![]() |
Jangan main-main. Band terfamous di dunia ni beb...heh. |
Hits single diaorang "Boyfriend". Selalu keluar flyfm and hitz.fm. Memang lagu ni kitorang cakap "lagu paan" sebab dia hafal lirik lagu nie.
Budak-budak umur baya dia kan suka tengok kartun especially channel disney, nickelodeon .Dia kenal group "Big Time Rush" dari channel Nickelodeon lah.
Haish. Macam-macam.
No comments:
Post a Comment