I'm home. Safe and sound.
Flight pukul 1245, sampai KLIA pukul 1430. Semalam.
Solat dulu. Suruh mama ambik lambat sket. Around 3pm, she came.
Borak-borak dalam kereta.
Borak pasal apa? Pasal bibik aku. Aku pun terkejut sebab my mum tak cerita in detail while I was away. Dia telah meroyan berpura-pura sakit, padahal dah jumpa doktor dua kali dan even doktor pun tanya mak aku "Are you sure she's sick?". Doktor pun kata dia sihat walafiat. Lepas tu merengek-rengek dekat mama "Puan, saya enggak sihat. Badan saya enggak enak..bla bla bla..".
Masalahnye.Makan tak nak. Orang dah belikan makanan tak makan, dan dah siap masak kadang-kadang tu tak makan. Mana tak mengiggil badan. Lepas tu meroyan "enggak enak, enggak enak"...Tskkk..Dah sakit tu, baring lah rehat. Mama aku take over semua kerja dia. Memang suruh dia berehat. Ni tak. Tak sampai 10 minit masuk bilik lepas kena paksa berehat, keluar balik bilik merenggek "enggak enak badan". Bayangkanlah dia punya 'tak makan saman' punya perangai. Ya Ampun..
Hari rabu lepas dia pergi panjat gate rumah aku lepas tu pergi mengadu(buat drama sakit dia, parkinson..haha) dekat rumah makcik depan rumah ni. Sambai terbaring-baring dekat rumah orang. Gila memalukan. Masalahnya, asal nak panjat gate. Rumah aku gate auto. Tekan je lah suis tu, pas tu keluar. Ni boleh dia gi panjat gate. Sampai jiran depan rumah call Ayah dekat KL, then call pulak mama yang tengah mengajar.Mama sampai 'naik angin' . Lepas tu cakap tak larat nak bangun. Padahal tadi macam mana boleh larat nak panjat gate segala kan. Hadoii..gila lah dia.
Family aku layan sikit punya baik, macam ni dia buat dekat kitaorang. Yang paling kesian adalah my mum la. Mama yang cool tu terus jadi ala-ala mak tiri. Haha. Serius weh, mama bukan jenis orang mulut jahat and all. Dia tak pernah mengamuk. But, dengan bibik aku ni, gila lah tercabar kesabaran dia. "Mama sepanjang 2 minggu ni asyik terjerit-jerit" . Serius suara mama serak bila aku borak dengan dia semalam.
Kalau dia mengaku elok-elok cakap dia nak balik, rindu anak dan suami ok lah. Boleh belikan tiket. Balik sekejap. Ni dah lah kerja tak sampai setahun, dah buat hal menipu(berlakon drama watak perempuan parkinson..hehe) dan susah kan semua orang. Serius dia patut rasa bertuah sebab dapat majkan macam mak and ayah aku. Baju semua belikan baru, baju raya pun ada, duit raya ayah aku bagi rm100 kat dia dan siap kirimkan duit bagi anak dia dekat indon sebab time tu gaji dia tak masuk lagi (tempoh 6 bulan pertama), so time tu dah dekat nak raya, knowing that ayah aku bank in kan duit. Makan and minum semua free. Kalau kitaorang keluar, memang akan belikan dia sekali. Tempat tinggal semua selesa. Family belah mama and ayah semua layan dia baik. Apa dia nak lagi..? Kerja bukan nya berat mana pun. Masak tak payah, mama ada. Bukannya kena jaga baby and budak-budak kecik. Kat rumah tu ada adik lelaki and perempuan aku je. Aku and my other sis tak duduk rumah. Just kemas rumah je. Kerja dia pun dia buat ala kadar je tau tak. Mama dah tegur banyak kali, menjawab pulak tu. Hadoii laaa.Kitaorang still tolerate dan boleh terima sebab yang pentingnya mama akan pergi ipoh every school holiday sebab dia pun belajar part time juga. So, while she's away dengan adanya bibik, boleh lah jugak nak tolong tengokkan adik aku dua ketul dekat rumah tu. Harapan je lah..Nasib mama nak habis belajar dah.
Semalam kan first time aku balik rumah. Aku tak tau nak react macam mana sebenarnya ni. So, pagi tadi aku masuk dapur. Dia dah nak start drama swasta lah tu. Aku cepat-cepat naik atas, amik mp3 my sis then plug in my ear dengar lagu sambil masak.Kelas kau mariaa..dengar lagu sambil masak nasi goreng..hahaha.. Dia mengadu dengan aku itu ini, tapi aku buat tak tahu je.Kalau ada adik No.1 (she's away, tak balik rumah lagi), sure akan 'terpengaruh' dengan lakonan drama swasta bibik aku. Sebab dia lagi 10 kali ganda cepat kesian berbanding kitorang adik-beradik. Haha.
Yes, aku tak reti nak marah-marah orang (dosen't mean that I can't okay..). haha. That's the least I can do. Diam. Buat bodoh. Yang tu aku terel sket lah. Poker face. Wahaha....And finally, malam tadi mama suruh aku book kan tiket dia bali Indo, and my mum uruskan immigresen apa semua pagi tadi lepas kerja, she'll be leaving this sunday. Heaven. No more bibiks.Nampaknya, akulah jadi bibik lepas ni. Tau-tau je aku baru habis belajar.
Manusia, macam-macam perangai. Maaflah, membebel sikit. Haha.
4 comments:
bnyk peel sungguh bibik ko, indo biaselah, kluarga ak dlu prnh hire malay, x than lma buat prangai, nk hire indo mak ak x brani, last2 amik bdak siam, keje bgus n pling lma n da last one since 1988-2002 pastu quit blik kmpg nk jga mak ayh dia, apa susah baik ko je jd bibik, stakat mgemas 2 keje senang lg pon adik2 dah besar... :)
wahaha~
itu lah, aku lah jadi bibik weh pas ni. ayah aku try usha2 maid nak replace new maid sebab dia risau adik aku dua ketul tu kat rumah time diorang tak ada. Ayah aku keje KL, mak aku time school holiday dia tak ada rumah. And mak aku selalu ada function sana sini. Mak aku boleh je buat kerja semua , bukannya tak biasa kan. Entahlah..tengok lah mcm mana nanti.
tak sedar diri betul kan bibik tu...
hantar je lah balik.. biar die susah payah keje kat indon tu jual jamu...
memang jenis tak reti bersyukur.
lain kali, di tamparin aja dong..... hahaha
memang tak sedar diri kak.
tadi dia suruh kita bacakan yasin untuk air dia minum . ape hal entah dia.takpela, esok dia dah blah. haish~
macam orang tak betul pun ada jugak.malas nak layan.haha..tulah, tak sampai hati lak nak tamparin dong~
Post a Comment