Friday, March 16, 2012

Spaghetti Bolognese

So, yesterday I cooked this. Malas nak masak nasi dan lauk semua. So instead, marilah kita lakukan penjimatan masa dengan memasak spaghetti sahaja.

Terus membawa daripada lunch kepada dinner. Oh, we all 3 beradik sekarang feeling-feeling ala-ala home alone sebab our parents are not here for the whole weeks. Sobs.

Suke hatilah nak makan ke tak nak,as long as I cooked okeh (untuk mengelak dipersoalkan oleh ibu bapa apabila mereka menelefon rumah). Hehehe..kali ni tak ada gambar step by step because I'm freaking lazy to take a picture. Nak cepat katanyer. Haha. Macam biasa, senang je nak masak ni.

1. Blend semua bahan dalam pinggan putih itu (rujuk gambar). Kalau nak pedas, tambah cili padi lebih. Aku nak buat pedas2 tetapi oleh kerana ada sorang anak manja dalam rumah ni tak makan pedas, so letak sikit sahaja. Kalau nak guna cili boh pun boleh. No hal.

2. Blend juga baked beans. Asing kan. Eh, baked benas tu bukan diblend dengan bawang2 itu ya. Hehe. Blend asing2 okeh.

3. Oh ya, terlupa nak include in lada bengala dalam gambar, aku letak je dalam kuah spaghetti ni. Kalau nak nampak kuah stand out, letak lada benggala kaler hijau. Cantik sikit kan. Color blocking gitu kan. Haha. Aku guna merah. Itu yang tak nampak sangat tu.

4. Untuk bahan perencah, you all boleh guna apa-apa ikut cita rasa dan apa yang ada dalam freezer. For me I choose to use minced meat, sausages and mushroom.

5. Dan juga aku menggatal nak guna tomato puree. Pandai2 adjust ye. Takut masam sangat nanti sebab pre made sauce itu pun dah agak masam. So, make sure letak sikit-sikit dulu eh. Aku guna yang traditional sauce kalau tak silap. Dia ada banyak jenis pre made sauce. Guna yang koang suka ye.

6. Cara nak masak?

a) Tumis bahan bawang2 semua tu yang telah dikisar.
b) Masukkan daging. Let it set for a while. Letak air sikit takut kering sangat.
c) Masukkan tomato puree(optional). Aku guna kira-kira half of the
small tin.
d) Masukkan baked beans yang dah dikisar(optional). Kacau.
e) Masukkan per made sauce. Aku guna jar paling besar.
sukat air dalam jar yang sama. Masuk dalam kuali. Let it
simmer for a while. Adjust rasa, kalau kurang garam tambah
a pinch of one or two.
f) letak a pinch of herbs. I used rosemary,mixed herbs. Nak guna
oregano pun boleh. Ni pun optional je. Hehe.
g) Bila dah agak sebati dan simmer, masukkan sausages dan juga
mushroom. Biar dia masak lagi. Guna api sederhana. Bagi kuah tu
mixed dan pekat.
h) Dah agak-agak nak dekat masak, masukkan lada benggala. Then
dalam a minute or two, tutuplah api. Tadaa..dah siap.
i) Kalau ada parmesan cheese lagi sedap. Boleh ditabur dia atas
spaghetti. Tapi, aku tak letak sebab tak ada. Jangan letak cream
cheese pulak ye. Haha. Itu untuk baking-baking je.




Jemput makan. :p




Resepi yang sangat mudah dan menjanjikan penjimatan yang berganda. Eheh. Macam iklan lah pulak. Tak, betul ni. Selamat mencuba! Kalau mak korang takde kat rumah dan korang rasa rasa malas sangat nak masak nasi dan lauk-lauk, instead of memasak meggi, apa kata try masak ni okeh. Gerenti adik korang makan bertambah. Hahahaha.. Ok, mengarut dah ni. Tapi tak tipu tau.
:)
- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

prima donna said...

letak baked bean tu utk apa?

Hannah Haykhall said...

Untuk bagi pekat i guess..hehe..first time buat mcm tu..tak letak pun takpe..