Friday, May 25, 2012

Stop doing this to me


I have this problem. Not really a problem, but it's just a minor.Haha.

This time it's between male and female kinda problems.

The thing is, aku cepat rasa 'geli' literally, kalau the other pihak try to be sweet. Faham tak? Kalau orang yang aku suka tak apa lah kan, memang lah best. But kalau orang tu kau anggap biasa je, but then aku rasa lain la. Rasa nak lari. Awkward.

Haha. So sudden kan. Tak, bukan apa. Kalau kenal aku betul-betul aku bukan jenis yang cepat mesra, especially dengan lelaki la kan. Ehem. Bukan jenis suka nak gain their attention ke apa ke, tergedik-gedik ke, bukan jenis yang akan mula dulu to strike a conversation etc. Kecuali kalau aku 'betul-betul' rasa comfortable dengan orang tu, baru aku akan okay. Oh, complicated nya aku kan. Haha.

So, nak dijadikan cerita at my work place now ada ramai lah jejaka-jejaka foreigner. Bukan nye caucasian ye, tetapi didominasi oleh warga nepal dan myanmar.

Honestly first few weeks keje situ, aku tak try pun nak strike a conversation dengan diorang. Cuma setakat say hi and senyum je lah. Bukan sebab sombong ke apa ke, cuma aku memang macam tu. Kena amik masa lama sikit nak 'warm up'.Haha. Tak ada prob bahasa, diaorang fasih cakap melayu .

Now, it's been almost like one month ++ i've been there, dah okay lah sikit. Ada sorang lelaki from nepal ni. Ok, muka dia macam orang mongolia. Macam cina sikit. Dulu time aku pergi kitchen time nak hantar mangkuk kotor or apa ke, dia selalu say hi. And sometimes bila aku habis makan and nak basuh tangan ke, dia selalu la tanya "dah makan ke?", "makan apa?". Setakat tu jelah pun kan. So aku tak rasa weird. Aku just jawab straight apa yang dia tanya lah. He's quite okay la.

Now sejak dua menjak ni, dia dah start tanya benda pelik. Try to strike a conversation everytime aku pergi kitchen. Sebab aku memang kena selalu pergi kitchen. Nak amik stok kek, nak kira stok, nak basuh barang2 kek counter mcm pisau, kain and semua tu, basuh divider kek,nak masak pastries lagi.

Dia pernah tanya

"cinta tu manis kan?" aku rasa itu bukan ayat pertanyaan, tapi ayat penyata. Masa tu aku tangah basuh barang kek counter.

Kau tak rasa pelik ke tiba-tiba dia cakap macam tu

Aku tak tau nak react macam mana, then angguk jelah.

"you pernah rasa? You ada cinta ke sekarang?" dengan bahasa dia yang tunggang langgang dia tanya.

"ada" ok. Aku tipu dia. Tak tahu kenapa aku cakap ada, padahal tak ada. Aku just rasa aku kena cakap aku 'ada' . Haha.

Then dia start cerita yang dia dah kahwin sebenarnya,ada anak isteri dekat nepal. Baru aku tau. Then dia cakap dia tak 'cinta' isteri dia tapi kena paksa kahwin. Bla bla bla bla. Dah ada anak tiga, tapi tak 'cinta'. Haih, pelik. Oh ya, dia cakap that's the reason why dia tak pernah rasa 'cinta'. Even dia dah kahwin.

Trying to be polite, aku dengarlah apa yang dia cerita, then cepat2 pergi kek counter balik.

Then, lepas hari tu dia makin kerap jadi more 'peramah' dengan aku.

Tadi dia cakap "nak tunggu i cakap hi, baru you nak cakap hi kan" dengan lenggok bahasa nepal dia tu.

Haha, faham kan? Dia expect aku nak tergedik-gedik cakap hi kat dia everytime aku pergi kitchen ke? So not me okay.

Now aku jadi rasa 'nak lari' daripada dia. He makes me uncomfortable. Everytime aku ada kat kitchen while he's not busy cooking, he'll try to get my attention. Tak, dia tak try nak provoke ke ape ke. He just say things nicely. Tapi...aku rasa 'geli' laaa..faham tak? Rasa nak lari 100 miles dari situ. Bila aku buat kerja, dia nak pandang-pandang.

Apa yang aku pelik, bukan ke ramai lagi budak2 floor yang lain yang lebih 'peramah' dan super 'friendly'. Why me?? Aku yang paling tak peramah ni la yang dia sibuk nak tanya itu ini.

Haih.

Ok, just act normal hana. Cold as an ice. That's normal. For me.

Ke aku yang weirdo? Haha.

The thing is, memang aku tak sukaaaa situasi macam ni! Geli...

Kan best kalau orang yang aku suka yang cakap macam ni. Yang pakai green tshirt and khakis tu.Hihihihihi..ok, gurau je.


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

prima donna said...

funny. i read ur post with 'been there, done that' mode. :D
memang rasa geli tahap dewa kan.
rasa nak lari.
selalunya sy akan stuck in btwn treating him in polite way or the other way around.
tp in the end, sy selalu buat the 2nd one. ahahaa

Hannah Haykhall said...

Rasa uneasy tu bercampur dgn rasa bersalah la pulak. Since that day,akak dh jadi awkward gila dgn dia. Kalau kita rajin melayan, dia akan makin naik minyak. Buat biasa je sudah.