Kalau kita cinta orang yang kita sayang, kita nak bawa sekali dia ke syurga. Bukan? Tak kan mahu heret mereka sama ke neraka. Ataupun membawa dia mendekati jalan-jalan ke neraka.
Aku bukanlah arif dalam hal cinta, hati dan perasaan ni. Pengalaman pun based on manusia sekeliling aku, macam kawan dan famili. Kiranya memang noob habis la aku ni. Kononnyalah kan.
Tapi apa yang pasti, bercinta lepas bernikah tu lagi sweet mungkin. Itu apa yang aku fikirkan. Haha. Mungkin, agak kolot sedikit pada pandangan mereka yang agak 'liberal' dalam soal ini, tapi aku suka "save the best for the last".
Boring kan? Tak ada movie date, dinner date, lunch date, kenduri date, keluar berdua-duaan, deeper conversation sampai telinga naik panas, pegang tangan time nak lintas jalan *omg, sweet la konon* , surprises, "i love you - you love me conversation", to name a few la kan. Apa lagi eh diorang buat time courting ni?
Tapi tapi tapi, kan best kalau buat semua tu time dah "halal". Bila semua perkara di atas dah buat time bercinta, apa je lah benda yang nak dibuat lagi bila dah nikah nanti. Dah tak ada "surprise element" dalam relationship. Mungkin.
Ok ok, chill.
Itu apa yang aku fikirkan. Apa yang aku fikirkan tak semestinya perlu diterima bulat-bulat. Terpulang, pada yang menilai. Pendapat adalah komoditi yang termurah didunia, kan?
Aku fikir, perkara-perkara macam ni bergantung pada atas dasar apa kau letakkan makna cinta itu, dan matlamat akhir sesebuah perhubungan.
Kalau betul sayang, persiapkanlah diri, berusaha mencapai mampu dari segala segi, jadi lebih matang dalam membuat pertimbangan, timba lebih banyak ilmu, tambah iman, perkuatkan sumber kewangan. Dahulukan persediaan sebelum bercinta. Tapi, ramai yang dahulukan cinta sebelum buat persediaan, kan?
Ok lah, penat type panjang-panjang. Haha. Dah, aku nak buat "persediaan" ni hah. Kalau orang masuk meminang, aku cakap "yes" je nanti. Haha..
We don't have to rush, kan? Take one step at a time. Prepare itu ini, then settle down. Haha. 2 ke 3 tahun, or maybe 4..
Bercinta sampai ke SyurgaNya. Amin.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment