Wednesday, August 1, 2012

Raya ke tak?

Rupanya dah nak dekat raya, berapa minggu je lagi.
Preparation? Macamlah aku ada anak suami ye tak..
Takde pun. Biasa je. Baju kurung sehelai cukuplah.
Bersederhana gitu. Haha..

Tak, sebenarnya aku pun tak tahu Miss Gan nak kasi aku cuti time raya ke , atau before raya ke atau tak cuti langsung?

Aku okeh je, tapi..biasalah mak-ayah ni mana boleh tengok anak dia 'susah' sikit. Emosional. Kah kah...karang sure wan-atok aku sedih tengok aku kena kerja. Padahal...aku okay je..nak buat macam mana, ramai orang sayang..hahahahaha...*muntah*

Bosan la tiap kali raya, buat perkara-perkara yang sama, lawat rumah yang sama...makan-makan, minum-minum, dapat duit raya (tahun ni tak sure dapat banyak ke tak). Dah 23 tahun ulang benda yang sama. Cewah..

Apa kata keje time raya? I mean kampung aku kurang sejam je perjalanan daripada tempat kerja, raya sekejap time pagi then tengahari straight pakai baju raya cantik2 then pergi kerja.

Fiko dah sibuk hasut aku suruh kerja. Hari kebebasan Secret Recipe katanya. Haha. Sounds fun..hari tu lah nak bersuka ria buat sesuka hati dekat kedai. Miss Gan akan belanja makan itu ini. Diorang cakap time raya eve, memang kedai jadi 'gila'. Sebab kedai ni memang strategik dan menjadi tumpuan. So, sales memang tinggi.
Bersedialah nak jadi 'gila'.

Nasiblah aku jenis yang tak 'sampai hati', kalau tak dah lama aku quit keje. Baik berehat time puasa ni kan. Pergi terawih,lepak-lepak kat rumah, bake cookies ke..mengenangkan staff tak cukup time ni, supervisor dah nak due la, staff berhenti la, aku pun keje la sampai akhir bulan ni..sobs.

Bila orang treat kita baik, aku tak sampai hati nak let them down. Macam, Miss treat aku okay. Kalau aku ter'shot' green apple ke, orange sebiji masa jaga barista, dia tak pernah suruh aku bayar ikut harga segelas. Sama ada aku ganti buah tu balik or tak payah ganti apa-apa. Gelas pecah pun, aku tak payah ganti. Kalau aku buat salah pun, dia tak bising. Kalau orang lain, dia akan suruh bayar harga segelas (mahal gila), gelas pecah pun kena bayar gak...Ot pun, dia bagi aku. Kalau staff yang suka buat hal, memang mimpilah nak dapat banyak Ot. Even supervisor yang dia tak puas hati or buat hal, merasalah tak dapat Ot langsung or sikit je. Ye, Miss Gan ni kejam gak kadang-kadang. Haha..ke'gilaan' dia pun boleh tahan jugak..memang tak tahan..

"you're so lucky" kata one of my supervisor kat aku.

Haha. Ye la kot. Entahla, aku dah la tak pandai nak bodek-bodek ni. Just kerja macam biasa je lah kan. Yang penting, jujur. Kalau buat salah, mengaku. And no cheating.

Apa yang aku nak sampaikan ni? Hahaha..

Tak, benda-benda macam ni adalah pengalaman. Kalau nak dibandingkan dengan gaji, memang lah jauh tak berbaloi. Pengalaman tu, tak boleh diukur dengan wang.

Dapat jumpa dan kenal ramai orang, perangai..macam-macam. Kena marah dengan customer lagi. Kena usha lagi..haha..Dapat belajar perkara-perkara yang tak di ajar di sekolah mahupun universiti. Pendek kata, pengalaman ni meluaskan horizon pemikiran aku. Mematang kan diri. Cewah..matang ke? Hahaha..

Benda-benda macam ni buat kita jadi lebih 'memahami'. Seriusly, aku akan jadi seorang yang lebih 'sensitive' kepada orang-orang yang berkhidmat dalam f&b, sebab aku pun dah rasa apa yang diaorang rasa. Apabila kita duduk di meja 'pelanggan' dan bila kita adalah 'pekerja', it's a two different things. Expectation seorang 'pelanggan' dan juga 'pekerja' juga tak sama.
Please la, sebagai customer jangan suka nak 'make things complicated' dan suka benda 'pelik-pelik' or 'cerewet-cerewet'. Suka tau menyusahkan. Dalam hidup ni, kalau boleh janganlah asyik menyusahkan manusia. Please, senangkan hidup orang lain. Nanti hidup kita pun senang. Serius ni. Tak tipu!

Oh ya, please say the magic words okay.

Say 'thank you'.. Tak susah kan. Benda ni paling susah nak dengar.

So lepas ni kita practice ramai-ramai ok. Orang hantar je makanan ke minuman ke, or lepas kita dah suruh service crew buat itu ini, apalah salahnya cakap 'thank you' ke, 'terima kasih' ke. Tak tau ke dia penat dah kerja dari pagi sampai malam, berdiri the whole day. Buat itu ini, terkejar sana sini. Penat okay!!!!!!!!

Ok, insaf tak? Sila insaf eh...

:)

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

karenontheshore said...

betul2...tenkiu is a magic word. just say it n its free je pun dh blh buat orng lain rse gembira n dhargai.

Hannah Haykhall said...

mesti kau faham kan....bagi free pun still ramai yg berat mulut nak cakap....typicall malaysian..