Saturday, September 22, 2012
Yang namanya perempuan
Perempuan itu memang selalu lembut hatinya
Tak semua, tapi memang fitrahnya begitu
Lembut tetapi tegas. Lembut bukanlah bererti dirinya lemah
Perempuan itu rajuknya tidak sampai sepurnama
Diamnya tidak lama. Marahnya hanya seketika
Kerana hatinya selalu terpujuk sendiri
Perempuan itu berjalan menunduk malu
Malu itu perhiasannya. Lambang pekerti diri
Bila hilang malu hilanglah diri
Perempuan itu matanya bening
Suaranya halus berbisik berhati-hati menutur bicara
Menguntum senyum percuma pesona mata memandang
Perempuan itu sederhana sahaja peribadinya
Bukanlah emas permata berkilau itu hendaknya
Mahupun seluruh isi dunia yang dikejarnya
Kerana dia senang sahaja berada dalam kelasnya yang tersendiri
Dalam anggun santun dirinya yang asli
Meskipun dia bukanlah puteri lindungan bulan
- Posted using BlogPress from my iPad