Lately aku perasan ada yang sampai ke blog aku dengan kata carian seperti 'braces' or 'braces murah di Seremban'. Ramai jugak kan nak tahu pasal pemakaian braces serta procedure nya. Jadi, aku rasa why not share pengalaman aku yang tak seberapa ini. Cewahh..
Disclaimer: Sila jangan muntah tengok gambar ini eh. Sorry kalau vain sangat. Haha. I cannot disclose my full picture, so that's why I just crop it out. Even aku rasa macam lawak lah pulak just letak gambar menyengih macam ni, tapi this is just for educational purpose.
1st Appoinment: 4/8/12. Nampak tak besi tu mcm tak sama? Sebab doktor place bracket ikut kedudukan asal gigi. Lama-lama wayar itu akan gerakkan gigi dan wayar jadi straight. |
2nd Appoinment: Around September. Gigi dah mula allign. Dah straighten up. Dalam sebulan dah boleh nampak perubahan.Getah kaler kuning tu ada untuk menarik gigi secara lebih 'intense'. |
3rd Appoinment: Around November. |
So untuk memakai braces ni perlu ikuti step-step dia. Jom baca kronologi pemasangan braces aku.
1st Step
Key Point: Survey and do your research
Go visit any nearest orthodontic clinics. Survey harga braces. How it is done? Payment method dia macam mana? Roughly harga pemasangan braces bergantung kepada klinik. Ada murah, ada mahal. Depends.Roughly dalam 3K-7K. Sebab itu survey dulu ke klinik-klinik berdekatan dengan tempat korang. Kenapa kena klinik yang dekat? Sebab senang korang nak pergi buat appoinment every other month nanti. Lagipun bila timbul masalah macam bracket tercabut ke, wayar tercabut ke kan senang je nak jumpa doktor. This is really crucial. Kalau asyik delay appoinment, memang lambatlah progress gigi nanti. So, tak ada alasan untuk ponteng appoinment.
2nd Step
Key Point: Meet the doctor
Dah jumpa klinik yang berkenan di hati? Ok, good. Doktor akan bagi korang satu tarikh untuk tetap kan appoinment pertama. Dalam appoinment ni, dia akan check gigi korang untuk tengok sama ada braces itu perlu dipasang atau tak. Senang kata, dia akan view keadaan gigi korang. Time ni jugak dia akan buat mould gigi asal korang. Sakit jugak lah sebab kena nganga mulut luas-luas dan dia akan letak macam tanah liat khas untuk buat replika gigi asal. Lepas tu dia akan terangkan apa yang dia akan lakukan untuk pemasangan braces, what's the problem and etc. Macam aku, kena cabut 4 batang gigi gerham kecil di sebelah atas dan bawah. Masa dengar tu of course lah cuak. Tapi, demi nak gigi cantik, sangup je. Haha. Tanpa ragu-ragu aku tetapkan juga nak fix braces even kena sacrifice kan 4 batang gigi. Oh ya, berapa batang gigi yang akan dicabut bergantung kepada individu. Ada kena 1 ke 2 batang sahaja dan ada juga yang sampai 5 dan ada juga yang tak payah cabut langsung. Sebab apa kena cabut ? Sebab nak bagi ruang pada gigi yang berlapis itu ruang untuk tersusun semula. Kalau tak bagi dia ruang yang secukupnya, no pointlah pakai braces kan. Ok set. Lepas bincang itu ini dan bayar deposit RM1000, maka sekali lagi doktor akan setkan date untuk appoinment 'cabutan gigi' pulak. Oh ya, bagi kes aku , tak buat any x-ray pun. Dan untuk 4 cabutan itu pun dah inclusive sekali dalam deposit. Jimat kan? Sebab ada certain klinik dia charge cabutan dan x-ray harga lain. Harga satu batang gigi je normally around RM50. Kalau 4 batang? Dah RM200..ha, kalau lebih daripada 4 lak? do your math okeh..hihi.
3rd Step
Key Point: Bersedia untuk rongak. Muahahaha..
Haha. Yes. As for me I had two separate appoinment to take off the molars. Selang seminggu sahaja. First week, cabut gigi gerham atas dan bawah sebelah kiri. Minggu depan pulak doktor akan cabut gigi gerham atas dan bawah sebelah kanan pulak. So, tak adalah rasa sakit sangat. Well, ikut pengalaman aku, tak sakit pun cabut gigi. Yes, sebab doktor akan bius (injection). The prick of needles tu yang sakit sikit sebenarnya. Tapi don't worry lah, takde hal kot. Kalau nak cabut dua batang gigi, maka korang akan di inject sebnyak 4 kali di gusi(dua atas, dua bawah). Hehehe..Bila dah kebas, doktor akan cabut. Masa cabut, dia guna tools macam pelayar tu, then pusing gigi aku kiri kanan sikit then tadaa..sekejap je kot. Dalam 5 minit, dah selesai atas bawah. Tak Sakit Pun! Percayalah. Lepas tu Doktor bagi kapas dan ubat Ponstan (tahan sakit). Tapi aku tak guna pun ubat tu sebab tak sakit pun lepas tu. Cuma mulut rasa kebas je dalam 3 ke 4 jam. Oh ya, jangan terus kumur-kumur lepas cabut gigi. Sebab darah masih banyak. Dah lah aku masa pi cabut gigi tu dalam bulan puasa and aku terus pi kerja lepas cabut gigi. Style kan. Dah lah keje kat area foodservice lak time tu. Kena hadap customer. Hehe. Pengalaman..Kalau orang yang rasa sakit lepas cabut gigi mungkin sebab gigi yang dicabut tu ada jangkitan atau dah sedia rosak.So, tak payah takut-takut eh kalau nak kena cabut gigi. You'll get over it. No worries. Then, rehat pulak dalam seminggu sebelum next appoinment untuk bagi luka bekas cabutan sembuh sebelum pemasangan braces. Takleh pasang cepat-cepat sangat, nanti sakit. Luka tu kena elokkan dulu. Jadi, enjoy your time being ronggak ye. Hehe..
4th Step
Key Point: Braces Time!
Finally, saat yang dinantikan pun tiba. Serius tak sabar okeh aku masa tu. Tak menyempat nak pakai. Very excited. Hehe. Dalam 1 1/2 hour jugak masa yang diambil nak pasang. Sakit ke tak? Hmmm..tak sakit. Seriusly. Cuma akan terasa sakit sikit2 time doktor tekan-tekan gigi or masa kena pakai mouth retainer (nak kasi mulut nganga luas-luas). Lenguh ohh mulut. Aku pun macam dah tak ingat sangat sakit ke tak. Sikit je sakit. Ingat lagi, masa aku pasang braces tu bulan puasa. Aku siap beli bubur McD nak buka puasa. Sebab ingat sakit sangat time nak makan nanti. Tapi, end up makan nasi jugak okeh. Apa barang makan bubur. Hehe.Nasi lembut. So, just pilih lauk yang lembut macam ikan.Kalau nak makan ayam tu, pilih bahagian daging yang lembut dan carikkan kecik-kecik sebab time ni untuk menggigit menggunakan gigi hadapan adalah impossible. Sakit. So, aku mostly kunyah makan di gigi sebelah kiri sebab bahagian itu tak sesakit bahagian gerham kanan. As for me, alhamdullilah,tak adalah severley in pain all the time. Cuma for the first few days, rasa 'pelik' itu akan ada. Rasa macam ada benda asing dalam mulut. Rasa gigi tegang dan sengal-sengal sikit. Lama-lama, korang akan terbiasa dan tak rasa apa pun. Dan aku rasa, kesakitan gigi itu bergantung kepada masalah gigi korang. Sebab ada kawan maksu aku dia makan bubur sampai sebulan. Lama tu.
5th Step
Key Point: Attend Your Appoinment!
Seminggu selepas pasang braces, aku jumpa doktor lagi. Kali ni dia nak tengok gigi kita dapat adjust ke tak. Kalau ada masalah, dia akan fix. Time seminggu pertama, rasa pelik itu masih ada. I had difficulties to speak and it hurts to even laughing or speaking. Sebab all those besi rasa kena dekat bibir mulut. Ulcers pun muncul. Terus beli bonjela. Time awal-awal dulu memang aku guna bonjela. Now, tak guna sangat pun. Sebab apa yang penting, kena selalu berus gigi bagi bersih dan minum air banyak-banyak. Pakai braces ni kena extra care untuk oral health. Sebab gigi akan senang nak kuning and plak senang nak terbentuk kalau tak jaga. So, setiap dua bulan sekali aku kena attend appoinment. Time nilah kita boleh tukar getah gigi. Yeay. So far aku pernah try color oren, dark purple and peppermint. Nak campur-campur pun boleh je.Dan time appoinment ni jugak aku kena bayar installment sebanya RM200 selama tempoh pekaian braces. Macam aku, doktor cakap aku kena pakai paling lama 2 tahun. So dalam 2014 nanti mungkin dah boleh bukak. Yehuu!!
Overall, itu sahaja kot. Kalau ada pertanyaan atau tak faham ke, bolehlah bertanya. Banyak yang nak share, tapi mungkin di entri lain. Ini pun dah panjang sangat. Siapa yang baca sampai habis, tahniah la ek! Hehe.
Overall, itu sahaja kot. Kalau ada pertanyaan atau tak faham ke, bolehlah bertanya. Banyak yang nak share, tapi mungkin di entri lain. Ini pun dah panjang sangat. Siapa yang baca sampai habis, tahniah la ek! Hehe.