Friday, August 22, 2014

Jujurnya

1. Aku rindu nak blogging, akan tetapi lately terasa MALAS sekali.

2. Kebelakangan ini, semenjak sudah masuk mustawa thani a.k.a level 2 kelas al lughotul a'robiyah, makin MALAS nak bangun pagi ke kelas.

3. Tiap kali bangun pagi, mesti terdetik 'ahh malas betul lahh nak gi kelas'. Syaiton betul. Duhh.

4. Aku malas sebab kelas #qowaid a.k.a grammar susah, kelas #apa nama dia lupa pulak(comprehension dlm bi) pun tak faham mualim cakap apa, kelas #muhadasah pulak kena bnyk buat imla' la, berbahas in arabic la...

5. Nak menangkap mualim dan mualimah bercakap di kelas 100% berbahasa arab memang mencabar bagi budak MALAS nak study mcm aku ni.

6. Aku nak balik Malaysia  next year, tapi macam berbelah bahagi . ahhh nak stay lama-lama di sini pun aku nak juga memulakan kerjaya di tanah airku. Ahhh sorang2 kat Malaysia tanpa family, nangis.

7. Terlalu banyak berfikir boleh buatkan makin stress. Kalau tak fikir sangat, terlalu 'laid back' pulak katanya.

8. Manusia sekeliling hatta orang yang baru aku kenali or jumpa dah tanya soalan cepu emas ' bila nak kahwin?'. Kalaulah aku ada jawapannya.... fyi, nendaku pun sudah mula tanya 'bilo nak kawen cucu den ni?' Errrrr...bulan 8 ni sepupu sebaya aku nak kahwin dah..I can feel heat..hehe..ahh nasib tak ada kat Malaysia time tu. Selamat!

9. Aku pernah fikir tak payah kahwin pun tak apa. Dan pernah juga berfikir nak kahwin secepat yang mungkin dan pada suatu ketika pernah juga berfikir tak mengapa kahwin lewat asalkan berkahwin juga satu masa nanti. Dan ya, aku pun tak faham dengan diri sendiri. Dan ada masanya, aku malas nak fikir. Sungguh. Dan bila banyak terbaca kes-kes abusive husband, penceraian, konflik rumah tangga tanpa sedar rasa takut itu tiba. Perasaan....memang susah nak difahami.


10. Mahu jujur dengan diri sendiri, susahkan?

11. Get over the feeling dan fokus pada perkara lain.

12. Aku sedang dalam fasa beresolusi untuk meng-happy kan  diri. Nama aku dalam bahasa arab bermakna 'happy'. Di dalam kelas, mualim dan mualimah selalu tanya ya, _____ enti  happy al-youm? Trns: ya, (nama dlm bhs arab) awak gembira hari ini?Dan aku selalu ragu-ragu dengan jawapan yang aku beri. Zahirnya aku akan kata ya  ofcourse la happy, di dalam hati , hakikatnya aku pun ragu-ragu. Gembirakah aku? Kullu youm habby (arab sebut happy-habby..haha). My name is happy but i am not happy all the time.. stressfullkan ada nama macam tu? :) . Ahhh, bagus juga ada orang tanya soalan begitu. Buat aku fikir pasal diri sendiri.

13. Cuba korang try seikhlas hati, niat nak sedekah bila pergi toilet awam or anywhere lepas dah selesaikan hajat, cuci tangan semua, hulurlah berapa yang mampu dekat makcik or pakcik or kakak or abang  yang bersihkan toilet tu sambil senyum cakap terima kasih. Try dan cakap dekat aku apa perasaan dia. Hari itu, apa yang aku rasa susah nak describe. Mungkin itu 'happy' / 'bahagia'. Makcik tu tolak firstly bila aku capai tangan dia, aku insist cakap 'sadaqah, sadaqah' dia senyum dan cakap 'shukran'. Bila keluar toilet tu hati rasa berbunga bunga happy dapat tolong/beri something dekat someone stranger. Ok now aku rasa nak nangis..haha. emo betul.

* I wrote this entry last night but going to post it today, Al-fatihah kepada jenazah nahas mh 17 yang pulang hari ini. Sedih sangat melihat di tonton.my klip ketibaan pulang 20 jenazah.  Walaupun jauh beribu batu kami rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteranmu wahai wira negara! Tenanglah kamu di sana, di negeri abadi.

Bye.