Ye, ini kisah benar. Baru berlaku petang tadi dekat uni tempat aku menuntut ilmu ni hah. Bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan di tasik uni. Mati lemas. Aku belajar dekat uni mana? Kalau ada keluar berita esok , sah lah yang kat situ lah tempat aku belajar sekarang.
Haih, gempak jap hari-hari ku di sini. Aku pun terfikir, apekah masalah sang pembunuh diri sampai dia sanggup menyabut nyawanya sendiri. Dengar cerita dia budak fakulti engineering, tahun ke-2 dan india muslim dan seorang lelaki. Tapi aku tak dapat nak ikut perkembangan semasa di kampus memalui FB lantaran FB ku telah dibekukan buat seketika. Tapi, petang tadi sempat lah jugak lalu tepi tasik sebelum balik ke kolej. Mayat dah dijumpai selepas sejam si sang pembunuh diri terjun ke dalam tasik. Tapi masih ramai orang dekat jambatan petang tadi.
Sayang seribu kali sayang. Aku pun ada masalah jugak. Tertekan jugak. Tapi, syukurlah tak terfikir nak buat benda-benda macam tu. Tiba-tiba terasa nyawa itu adalah sesuatu yang amat berharga dan tak ternilai. Seburuk-buruk aku ini pun, aku masih bernyawa. Seberat-berat masalah yang aku hadapi sekarang ini pun, aku masih bernyawa dan bernafas. Sihat. Hiks, tetiba rasa macam, beruntungnya aku masih hidup kan, biarpun kepala macam weng je lately.
sayangilah diri anda...aku sayang diri aku 101%....;D
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 28, 2011
bizi
Ye, saya adalah bizi(busy). Pagi petang siang malam bermukim di makmal sahaja sekarang nie. Sampai sabtu ahad yang biasanya adalah waktu yang tak produktif telah menjadi begitu terisi. Bangun pagi je dah menapak ke makmal. Bawak tapau segala dan makan dekat lab walaupun itu adalah kawasan larangan untuk makan-makan. Ah, pedulik ape kan??? Karang dah petang-petang sikit menapak semula ke kolej. Malam lepas isyak dalam 8.02pm (zon Samarahan ye, bukan key ell) bergegas semula ke makmal. Lepastu balik semula ke kolej dalam kol 11.30pm. . Adeh, tiba-tiba jadi rajin pulak kan. Memang tak ada masa nak berehar-rehat lah..Balik je bilik memang hanya untuk melelapkan mata jek.. Sekarang nie pulak tengah tunggu nak run sample guna HPLC. Erm, kejap lagi lak ade presentation .Haish~ otak saya weng sikit, tapi saya sabar..hikhiks..
dah lah, malas nak tulis. Takut nie...
dah lah, malas nak tulis. Takut nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)