Sunday, February 27, 2011

Jenis-Jenis lelaki yang buat aku hilang respect kat mereka

Phew, tajuk bukan main panjang tak ingat. Eheh. Harap jangan kecik hati ye jika sesiapa yang merasakan entri ini 'terkena' batang hidung sendiri. Ni ikhlas daripada pandangan & pemerhatian aku selama hampir nak masuk 22  tahun hidup  ini. Ecewah..

Okay,  ada beberapa situasi-situasi yang akan menyebabkan aku "OFF" dengan kaum-kaum adam ni kadang-kadang. Bukanlah bermakna  aku ni feminist ataupun bersikap berat sebelah kepada kaum adam di luar sana bila aku membangkitkan isu ni. Tidak sama sekali ya. Hormat aku masih tinggi pada mereka terutamanya pada ayah, contoh terdekat lelaki idaman aku. *Ehemm*

Kadang-kadang aku rasa kaum adam ini tak sedar atau pun peka dengan keadaan sekeliling terutama terhadap perasaan kaum hawa yang sememangnya memerlukan perlindungan mereka. Mereka seolah-olah lupa bahawa kami=wanita amatlah vulnerable dan lembut sifat secara fitrahnya.Okay, takmo bebel panjang-panjang.Cuba fikir-fikir balik kalau situasi di bawah ni pernah terjadi ataupun anda pernah melakukan perbuatan ini terhadap kaum hawa.

~~~~

Situasi 1
Dalam keadaan yang terkocoh-kocoh hendak mengejar kelas/kerja di pejabat anda perlu menaiki kenderaan awam iaitu bas.Tengah anda berusaha beratur nak naik bas, dan sedaya upaya beratur walaupun barisan dah tak nampak langsung (ni memang aku bengang sangat sebab kebanyakan M'sians memang tak reti nak beratur and respect each other), tiba-tiba sahaja entah datang dari mana datangnya  brader-barader (lelaki) secara terjah lalu potong que dan berebut sekali dengan anda yang berada di line hadapan. Ohh, menyirap darah dibuat nya. Kalau perempuan potong line , boleh sabar lagi. Ini lelaki. 

Ulasan: Lelaki sebegini boleh diklasifikasikan sebagai pentingkan diri sendiri dan sangat tidak gentelman. Sekali aku jumpa lelaki macam ni memang aku dah mark. Memang tak boleh buat suami. Tak kisahlah kalau kau muka handsome macam mana pun. Terus reject. Titik. Cewahh..marah ni tau. Kalau kau betul-betul jantan lelaki, kau akan tunggu semua orang naik, baru kau akan berjalan dengan machonya kedalam bas. Tak ke macho macam tu...

Macam ni kan bagus..

~~~~

Situasi 2
Okay,masih situasi di dalam bas awam/universiti. Dalam pada anda tengah menaiki bas, maka sudah pasti kalau boleh nak dapat kan seat. Selesa sikit dan tak payah berhimpit-himpit  macam sardin dalam bas. Silap-silap hari bulan boleh jatuh tersembam ke bawah kalau tak dapat balance badan. Nak nak lagi kita orang perempuan. Tak ke bahaya tu. Kadang-kadang selalunya daripada pemerhatian dan pengalaman aku, jarang susah sangat lelaki yang dah dapat seat ni nak bangun dan offer seat kepada kami, perempuan. Bukanlah nak berlagak seperti tuan puteri tapi, tak boleh kah anda seorang lelaki yang dijadikan secara fitrahnya kuat dan bersifat pelindung untuk bangun offer seat kepada kami. Ni boleh kawan tu buat dek je sedap-sedap berborak dengan kawan member sebelah. Tak kesian ke korang dekat kitaorang? Lebih-lebih lagi kalau ada makcik-makcik yang dah agak berumur. Tskk, kalau lah si lelaki ni buat donno gak memang aku tak tahu nak kategorikan dia dalam spesies apa lagi.

Ulasan: Aku pernah alami perkara ni masa  di belajar matrix N9. Nak outing kitaorang kena naik bas dari pekan Kuala Pilah. Tau-tau jelah masa outing kan hari Jumaat dan Sabtu.Memang ramai budak-budak matrix yang kebosanan akan either balik rumah or outing  ke bandar Seremban yang jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan. Kena pulak lalu  jalan Bukit Putus yang memang zig zag jalannya berselekoh tajam. Memang pening. Boleh tak bayangkan dalam tempoh 45 minit tu aku dengan kawan-kawan berdiri dalam bas berhimpit-himpit. Sedangkan ada certain budak lelaki yang dapat seat sikit pun tak pelawa nak duduk. Memang jantan lelaki , uh tak tau nak cakap macam manalah. Dahlah pening tau naik turun bukit tu. Nasib baik tak muntah.Lelaki pesen macam ni memang dah out dari list aku. Sekian.

 ~~~~

Situasi 3
Gatal nauzubillah. Tengok perempuan macam nak makan. Tak berkelip mata pandang atas bawah. Ni bukan sahaja sering dilakukan oleh brader-barder malah lelaki yang layak digelar pakcik pun sama jugak. Tengok sekali cukup lah kan. Pandangan ke-2 dan seterusnya kan dikatakan panahan syaiton. Sah-sah kau akan melekat pandang perempuan tu. Untung-untung dah dapat dosa. Nice kan.

Ulasan: Almost everywhere memang benda-benda macam nie selalu berlaku sampai aku rasa kadang-kadang nak pakai jubah hitam yang longgar dengan purdah hitam.

~~~~

Situasi 4
Berlaku di tempat kerja yang tenaga kerja lelaki memang melebih tenaga kerja perempuan. Lebih kurang 80% pekerja adalah lelaki.Kerja-kerja dekat tempat ni memang berat dan memerlukan kerahan tenaga fizikal. Kalau dibanding kekuatan fizikal lelaki, dah sah-sah lelaki akan menang tanpa kalah kan. Itu fitrah seorang lelaki. Tapi dalam pada itu, ada juga segelintir  daripada lelaki ini yang ambil kesempatan terhadap kami, golongan wanita yang lemah ni. Angkat benda berat-berat diarah tanpa kasihan. Kerja -kerja berat memang akan dipaksa juga lakukan bersama dengan alasan, "ape kau ingat kita orang lelaki tak penat jugak ke?"

Ulasan: Ni pengalamn aku semasa praktikal  2 bulan dekat sebuah Zoo. Zoo mana?  Biarlah Rahsia..heeee. Korang faham-faham lah betapa besar nya kawasan zoo ni dan ada banyak section dalam zoo macam section bird, mammal, reptile and etc. Dalam pada itu ada segelintir pekerja-pekerja lelaki yang suka sangat arah-arah kan kitorang trainee perempuan buat kerja berat. Ni bukan nak curik tulang ye. Bila cakap tak nak mulalah nak emo cakap kitaorang budak uni besar kepala sebab mostly diorang ni pekerja am je.Aku tak kisah kena buat kerja tu semua tapi considerlah sikit, aku nie perempuan bukannya lelaki. Disuruhnya kitaorang mesin rumput (ko penah ke buat??) dengan sapu sekali ye rumput-rumput kering itu , angkut makanan untuk haiwan pagi-pagi and then naik lori dengan lelaki2 (boleh bayangkan tak ko sorang perempuanatas lori tu  and yang lain2 adalah lelaki). Tak campur lagi bagi makanan kat berpuluh sangkar and nak bersih kan cage lagi .Makanan2 haiwan ni sangat banyak dan macam2 jenis khas untuk lain2 haiwan + air yang berat bergantang-gantang. Lagi satu aku pernah kena paksa cabut akar pokok apa ntah sebab nak tanam dekat kawasan zoo.Bila tak dapat tarik, siap kena bahan lagi. Giler sioott (kan dah mencarut aku) ah diaorang. Memang memperalatkan habis-habisan bebudak trainee ni. Tapi, bila aku dah pindah section yang tak berapa berat sangat kerjanya macam hospital, aquarium, education or childreen world okay lah sikit. Ada certain group of men dekat one of this section yang really okay. Kerja-kerja berat memang diorang tak kan kasi orang perempuan handle.Itu namanya hormat ye. Tu aku respect sangat. Lagi satu mostly lelaki kat sini gatal gile. Ye, bukan semua tapi kebanyakkannya. Borak-borak lucah dengan kawan2 secara open memang kaw2 lah. Sibuk citer pasal awek tu lah awek ni lah. Then, bila ada visitor perempuan seksi2 or mostly mat salleh diorang mulalah pandang tak berkedip and mula buat ulasan-ulasan berbaur lucah dengan geng-geng yang lain.Yang dah kahwin pun sama naik. Aku memang mengamalkan dasar "kau tanya berpatah2-aku jawab sepatah" dengan lelaki kat sana dan aku buat muka tak mesra.Selamat sikit. Bila time rehat kadang-kadang makan sama-sama dengan geng section. Pulak tu dia suruh duduk sama meja , duduk sebelah-menyebelah (kerusi panjang macam kantin sekolah) ngan geng2 lelaki tu konon2 nak mesra lah. Pttuihh, jangan harap lah. Aku memang tak join and kalau duduk pun duduk kat hujung2.Bermulanya disinilah aku mengenal spesies2 lelaki macam ni. Lagilah aku jadi takut dengan lelaki.


Hai, marah nampak? Tak marah tapi sukaaa sangat. Ye aku tahu yang lelaki memang tak suka diri mereka diubah/tegur/baiki. Lebih-lebih lagi bila yang tegur itu adalah perempuan. Kan kan kan? Fine, kalau one day korang dah  sedar and insaf, baguslah and syukur alhamdullilah. Ni adalah lontaran pendapat daripada diri aku sahaja. Kalau tak puas hati, we'll settle in court. Tapi aku tau kat luar sana masih ada lagi lelaki-lelaki yang amatlah gentleman and sangat menghormati kami, kaum hawa. Yeah!!So ,anda-anda yang gentleman kat luar tu you have all my respect lah brader!! Memang kalau terjumpa memang akan terus cop wat calon suami..Heh...


P/S: Ya, aku bukan perempuan paling sempurna.Noktah.











No comments: