Friday, February 4, 2011

Keluar berjalan-jalan

Yesterday eh, tadi pagi keluar pergi beli barang dapur. Ceh, barang dapur sangat. Padahal duduk kat hostel jer pun..bukannya masak bagai siap ada kuali dapur gas semua. kat kolej aku tak disediakan kelangkapan memasak. Kalau lah pihak Universiti bermuarah hati sediakan pantri, dah lama aku angkut microwavefree kat rumah hasil rembatan ayah main golf. Serious microwave tu duduk sorang sorang dalam kotak. Sian die...

Around pukul 10.45am, gerak dari kolej dengan kawan sejati Cik Mar. Dia dari lab, aku dari bilik. So, aku dengan segala rendah hati pergi menjemput beliau di Fakulti. rajin ooo ini orang. Cuti CNY pun gigih masuk lab. Aku? Eh, rajin jugak laaa... Cik Mar buat molecular science nyer projek, so sebab tu agak susah nak buat dan kena berebut barang / lab dengan bebudak Biotech. Aku budak kos cikai2 je beb..

Ape yang dirembat ye?? Bahaya, bahaya. Mana boleh pergi shopping tanpa "list". Ibarat nak sedekah duit kat tokey supermarket jadinya nanti. Aku memang ada habit untuk tulis apa yang nak dibeli sebelum pergi shopping. Karang ntah apa2 yang tak perlu jadi barang wajib untuk di beli..

Foods:
  • Eggs. Done.
  • Black pepper instead aku beli Mc Cormick Hot Chilli Powder. Black pepper tak ada.
  • Mayonaise (small) terlupa nak beli. Haish..
  • Low Fat Hi Fibre Jacobs (tin besar) Done
  • Fruits (oranges-stock for a week) Nan ado. Section buah semua tak menarik, buah semua x semenggah
  • Kiub perencah Done. Aku beli kiub sup bunjut, ikan bilis, serbuk mee sup(1),serbuk bihun sup(2).
  • Tuna in water. Done.Beli 3 can. Tuna flakes in water (2), tuna tomatoes
  • Oats (besar) Done. Beli yang kecik 2. Satu kaler biru, 2 lagi kaler merah.
  • Kacang kuda. Nan ado.
  • Prunes Sunsweet Nan ado. Ini lah ang aku paling nak sekali!!!!
  • Mineral water 1500ml (dozen). Jenama Borneo tak ada. Spritzer 5.5l je ada, so amik je lah yang ada.
  • Baked beans. Done. Beli 230g 3 tin.


Non-Food:
  • Ubat gigi Tak ada yang aku nak.
  • Shower Foam Shokubutsu tak ada. Tension. Dahlah terbeli salah s.foam..
  • Penyembur baju. Kat store ni tak ada..
  • Cologne lovelia (kaler pink) Pink kaler tak ada. Biru je. Kat kedai bau wangi. Bila try balikkat bilik rase cam pffftt. Bushuk..
  • Sabun basuh Daia white (kecik). Tak jadi beli sebab tak ada. padahal ade je yang jenis lain.

Lain Lain
  • Kertas A4 (satu rim). Sumpah terlupa!!!
  • Payung. Done. kali kedua dalam semester beli payung..asyik tertinggal and tersengaja tercicirkan..
  • Tupperware. Tak jadi beli. Sebab dah sem akhir. tetiba fikiran waras datang menjelma and cakap. TAK PAYAH.

Barang yang "terbeli" :
  • Roti bun red beans. Tak patut beli.
  • Nescafe Neslo. Patut beli
  • Pencucui muka Bore Facial Lift Expert (kecik punya). Emmm..patut beli kot..
  • Berus sabut nak cuci sental dinding berlumut dlm bilik air. 100% wajib beli. Dari hari 2 terlupa nak beli.


See. Even dah siap segala list pun boleh terlupa dan terbeli sesuatu di luar kawalan voluntari otak, inikan pula bila tak buat list. Kalau tak ada list lagi bahaya.

Lagi satu tadi aku makan KFC. Cik Mar lah nie, mengidam KFC. Dia nampak iklan dlm tv yang ada promosi baru tambah fish nugget (fish cake?? lupe). Terus dan dan nak beli. Aku pun join sekaki..Kuang kuang kang. Entah berpaa ribu kalori lah teroverdose hari nie..

Moral of the story, make a detail list a day before going out or lebih afdhal lagi seawal yang boleh..Lebih cepat kenal pasti apa yang kita nak, lebih efisien masa yang akan di spend kan di shopping mall..

Tapi shopping kat sini tak best.Barang yang aku nak semua tak ada!! Uwaaa... kenapalah tak ada tesco kat sini...???

No comments: