Monday, February 21, 2011

Kawan Kahwin

Oh, saya adalah sangat gian nak menulis. Tadi macam dah rangka apa yang terpendam. Mood adalah agak baik ye untuk waktu sekarang. Hehehe..Oh sekejap..lagu apakah ni dalam radio..jiwengss sgt..x sukaa!! Kata macho kan.Mana layan lagu fesyen serabut cenggini..Inikah namanya cinta yg dicari yadayaa...oh~lirik x boleh belah..

Ape ek nak cerita..Oh, semalam kawan lama masa sekolah menegah dekat JB kahwin. Tahniah kepada beliau. Umur 22 (thn ni) dah kahwin. Bagus bagus. I'm soo happy for her . Ramai gak kawan kawan lama turun dekat wedding dia tadi. Aku of course la tak pergi. Tengok dari FB je lah. Kalau duduk semenanjung sudah tentu akan ku usahakan pergi.

Wow, kahwin dalam usia 22 tahun pada zaman ni memang agak rare. Tak ramai muda mudi yang tengah hangat bercinta akan ambil keputusan utk kahwin dalam usia yang amat muda. Lebih-lebih lagi pasangan sama umur dan masih menuntut lagi. My friends tu still studying lagi kat Melbourne. Rasanya husband dia pun sama gak. Tapi ye lah kan, tahap kematangan tak terletak pada umur . Maybe umur je nampak muda dan macam eh, tak matang lagi kot nak kahwin nie tapi persetankan itu semua kerana ada je orang yang kahwin muda and Alhamdullilah bahagia je aku tengok...My mum lagi lah, kahwin umur 21 kalau tak silap..awal nyer..

Aku? Nak kahwin..no no no..not yet for now..eheh, bukan tak nak kahwin, tapi bukan buat masa sekarang. Calon pun tak nampak lagi batang hidungnye, mancung ke idok hidung tuh, ni nak citer kahwin pulek...Nak bangun pagi secara istiqomah pun agak lemah, inikan pula nak jadi isteri orang. Banyak lagi yang aku kena baiki diri. Luar dan dalam. Nak jadi isteri, ibu, kenalah bersedia mental dan fizikal. Dan aku rasa aku belum cukup matang ataupun mampu untuk pikul tanggungjawab yang sangat besar tu. Tak sempat lagi aku nak berbakti dekat mama and ayah. Nak belanja adik2. And mana ada duitt nak kahwin..Macam mana nak tempah baju sepasang dekat Rizalman...hehehe..

Oh, merepek pasal kahwin, esok ada midsem tak study apa lagi okay. Tak tau bila nak insaf nie...Oh~

No comments: