Tuesday, March 22, 2011

Aku tidak kuat

Kawan aku kata aku hebat.
Sebab?
Aku boleh bertahan dengan sesuatu situasi yang menjengkelkan.

Aku sangsi.
Aku kata tidak. Menagkah tuduhan.
Sebab dalam keterpaksaan, kita boleh buat apa sahaja.

Dia kata dirinya tidak begitu.
Dia akan 'cabut' ataupun angkat bendera putih jika berada dalam situasi seperti aku.

Kamu tidak tahu kawan.
Pernah beberapa kali aku cuba keluar dari situasi 'menjengkelkan' itu.
Namun "penakut' itu nama tengahku.
Keputusan yang gagal di laksanakan.
Risiko yang besar. Aku tewas dengan perasaan.
Dalaman aku berkonflik celaru.
Banyak hati yang perlu dijaga.
Banyak hati yang menyimpan harapan.

Aku bungkam.
Resah dalam setiap langkahku meneruskan jalan hidupku ini.
Hanya hati yang tahu.
Hanya diri yang rasa.
Sering aku berfikir
Hidupku untuk apa, untuk siapa?

Manusia yang kalah itu siapa?
Manusia yang lemah itu siapa?
Manusia yang tewas sebelum berusaha itu siapa?
Manusia yang lesu itu siapa?

Aku harus belajar.
Untuk menjadi manusia kuat.
Manusia kental yang dapat menahan caci maki dunia.
Tidak gentar pada duri dan ranjau duniawi.
Umpatan kata nista tak mampu meruntuhkan diri.
Caci keji kutepis dengan senyuman.

Ya, aku mahu menjadi seorang yang kuat.
Alangkah indahnya punyai hati setegar itu.

No comments: