Wednesday, March 30, 2011

BUNUH DIRI?

Ye, ini kisah benar. Baru berlaku petang tadi dekat uni tempat aku menuntut ilmu ni hah. Bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan di tasik uni. Mati lemas. Aku belajar dekat uni mana? Kalau ada keluar berita esok , sah lah yang kat situ lah tempat aku belajar sekarang.

Haih, gempak jap hari-hari ku di sini. Aku pun terfikir, apekah masalah sang pembunuh diri sampai dia sanggup menyabut nyawanya sendiri. Dengar cerita dia budak fakulti engineering, tahun ke-2 dan india muslim dan seorang lelaki. Tapi aku tak dapat nak ikut perkembangan semasa di kampus memalui FB lantaran FB ku telah dibekukan buat seketika. Tapi, petang tadi sempat lah jugak lalu tepi tasik sebelum balik ke kolej. Mayat dah dijumpai selepas sejam si sang pembunuh diri terjun ke dalam tasik. Tapi masih ramai orang dekat jambatan petang tadi.

Sayang seribu kali sayang. Aku pun ada masalah jugak. Tertekan jugak. Tapi, syukurlah tak terfikir nak buat benda-benda macam tu. Tiba-tiba terasa nyawa itu adalah sesuatu yang amat berharga dan tak ternilai. Seburuk-buruk aku ini pun, aku masih bernyawa. Seberat-berat masalah yang aku hadapi sekarang ini pun, aku masih bernyawa dan bernafas. Sihat. Hiks, tetiba rasa macam, beruntungnya aku masih hidup kan, biarpun kepala macam weng je lately.

sayangilah diri anda...aku sayang diri aku 101%....;D

2 comments:

putra87­™ said...

wow!!! Unimas!! Orang bunuh Diri!!! Kena tnye my bro ni kt unimas.. huhu..

Hannah Haykhall said...

opssss..terbongkar sudah tempat ku belajar...dalam berita(paper harian metro) just tulis kota samarahan.tak specific uni mana..tapi boleh agak tempat tu berlaku dekta mana sebab selain unimas, ada uitm je kat samarahan nie..lagi2 yang ada tasik kan..