Hye the sayangs..for those yang berjaya baca part 1 dan part 2, tahniah!! Nanti boleh claim hadiah..teeheeee...*okay ni gurau je..* Before that, minta maaf di atas gangguan mata anda para pembaca atas sketch yang huduh itu. Tuan hamba ni dah lah fail seni. Harap dimaafkan ye..
Back to the business..*ehem ehem mod serious*
~~~~
Dalam pada keadaan kalut caca marba itu, aku didatangi oleh si apek lori ais.
"Amoi, lu apa macam?" suara separuh menjerit. Marah mungkin. what the heck kan...
Aku dah lah cuak gila , takut dan semuanya bersatu. Dah lah kepantangan aku kene jerkah-jerkah macam nie.Nanti nangis.Gyhahahahaha... Masa ni masih didalam kereta. Tak keluar sebab hujan dan aku takut nak keluar sebab takut kereta bergerak ke ape,meletup ke..Ha, pintu aku tak leh bukak ye. Tak tau kenapa..
"Sorry , sorry uncle.. Nanti saya bayar nanti saya bayar.." gila tergagap-gagap aku. Hehehe. Time nie cuak kott. Sebab aku rasa macam salah aku je. HAish..Mind you, aku baru lepas nangis masa nie. Terkejut kot.
Si apek lori ais nie pun mcam susah hati. Dia bebel itu ini, aku dah lupa apa. Then dia mintak no hp aku, aku ambil no dia. Dia kena hantar benda pagi itu. So, dia chow dulu and dia kata jumpa dekat balai. Fine.
Then, aku teringat something. Call ayah. Sebab si Abg X tuh lama lagi kot nak sampai. Part nie paling tak menahan sebab aku kene tahan untuk tak menangis. Cover suara beb. Ayah dah lah kat semenanjung time tu.
"Ayah, along accident.. kena langgar dengan lori"
"Ya Allah.........................." Kuat gila ayah menjerit....
"Kat mana ni?" suara ayah dah lain macam. Cam risau gile campur suara cam nak menangis.
"kat depan airport..bla bla bla bla......"spill all the details dengan tenangnya padahal dalam hati dup dap dup dap. But the same time I was relieved because I'm still talking and alive.
"Ada luka apa ke" soal si ayah yang kerisauan lagi...
"nope, sakit kepala je. Terhantuk kot...." aku secuba boleh nak bagi explaination yang tak akan merisaukan orang dekat rumah.
"okay, nanti ayah call Lt. Col Z (tak ingat nama uncle ni), nanti dia tolong....bla bla bla bla..Dah of enjin kereta ke belum..?"
"okay..dah"
"duduk dulu dalam kereta"
"ok"
Dan aku bersama cik adik manis itu pun menunggu lah didalam kereta kami. Haish. Tak ada kereta pun yang sudi menjenguk. Maybe sebab hujan dan masing-masing sibuk nak ke tempat kerja..pagi kan time tu. Tunggu punya tunggu dalam 20 minit ke lebih kurang akhirnya kawan ayah aku Uncle Z pun datang bersama staff carnya.. Rileks je dia tanya aku itu ini. Sejuk sikit hati aku ada orang dewasa lelaki yang boleh dipercayai datang. Fuhhh...Uncle Z ni tentera ye. Dan kemudian datang lak Uncle M pun kawan ayah aku yang memang orang Sarawak. Diaorang duk bincang itu ini and yada yada...Kalau depa tak ada tak tau la macam mana nak hadapi semua itu. Cehwah..drama..
Lepas tu, aku and cik adik manis di bawa ke rumah uncle Z yang dalam kem tentera sebab dia nak gi meeting pagi tu. So , dia incharge kan Sarjan Q. So, sarjan Q yang akan accompany aku gi balai polis .Kepala aku masa tu memang tak leh di kata sakitnya bagaimana. Kepala tak injured, but aku syak ini sebab terhantuk dekat stering masa kena langar. Berdenyut-denyut dan perit.
Sesampainya di balai, Abg X and his friend sudah samapi yaww..Kereta kancil kemek pun ada. Actually, aku pun baru tahu yang kereta tu sebenarnya bukan Abg X punya. Itu kereta yang dia sewa dekat seorang Abg D. Kiranya Abg X sewa kereta nie bayar setiap bulan katakan RM500 then sambil sambil tu dia sewa kan lah kereta nie dekat student lain. Kereta atas kereta lah katanya.
Dalam aku yang masih kesakitan kepala yang teramat, aku kene buat report. Polis tu ambil report aku and apek cina. Berasingan ye. Memula aku expalin dulu. Cerita cerita apa yang berlaku sambil itu si polis nie catit dalam komputer. Then, aku kene lukis or sketch cam mana kejadian berlaku. Heh, dah lah kepala aku sakit weiii..
Dah habis bagi report, Si sarjan Q and cik adik manis bersama Abg X and kawan dia tu ada lah dekat luar settle itu ini, borak-borak sambil mendengar cerita dari cik adik manis kot. Aku tak borak sepatah pun dengan diorang.
Kebetulan pulak, flight aku balik semenanjung adalah pada petang kejadian tersebut. So, aku kene balik kolej , kemas barang semua and bersiap untuk ke airport petang nanti. Nie bulan ramadhan ye kawan-kawan.dan hari itu aku ponteng puasa sehari sebab aku nak telan panadol. Kenalah menjamah sesuatu kan..Tapi dah ganti ye..heeeeeee
Balik je terus baring and tidur...Petang tu dengan kepala yang sakit amat, rasa macam bengkak tau. Driver Uncle Z datang ambil bawak gi airport balik.
Tau tak seksanya aku nak makan waktu itu. Nak nganga mulut pun perit dow, inikan nak mengunyah. Dah lah terblei burger McD. Bajet boleh makan kan. Nie bila buka mulut je pun dah sakit. Memang momen yang tak dapat dilupakan kah. Dan time nak tunggu flight, macam macam bende terlintas di kepala. Kiranya buat reflection tentang apa yang telah berlaku. Serious rasa macam mimpi.
Then sampai dekat Klia mama and ayah dah sampai. Lepas peluk cium mama check kepala aku dan dan tu jugak. Hehe, bengkak sikit. Tapi semua macam cool je lah kan...
Sakit tu dalam seminggu jugak lah nak hilang. The next day, mata aku jadi sepet (sebelah kanan) gara-gara pelipis aku yang bengkak. Serious weh, buruk benor rupanya. even time raya pun tak surut-surut lagi. Macam kene belasah dengan orang je . Aku kan pakai spek, so tak obvious sangat lah.. Thank god..
Dalam beberapa hari tu, baru lah gi private hospital nak check itu ini. Buat scan kepala sekali. Doctor tu cakap tak apa-apa and dia just bagi ubat untuk redakan bengkak...
Sebenarnya banyak benda lagi yang terjadi sejurus aku pulang ke kolej lepas balik cuti raya. It's a bittersweet of life lesson I would say. Malas la nak citer benda-benda pahit. Tak syok...Kene tuduh/assume yang aku nie berpura-pura baik padahal jahat gila memang pahit , sebab aku tak pernah kena. So, now I've learn my lesson. Aku mungkin maaf kan kau, tapi aku tak akan lupakan apa yang kau pernah cakap.....
I was depressed only Allah knows. And I didn't tell anyone. Pernah sekali selepas uruskan hal itu ini, tiba tiba without my knowing, air mata mengalir and I was just sobbing alone. Results exam? Jatuh selepas zaman kegemilangan. Life lepas tu? Monotonous. Owh, I might spill it in the other entry. Cukuplah setakat nie okkay .Hope those who's reading be extra alert when you are driving.Terlampau berhati-hati pun susah jugak kan bila bawak slow cam kura-kura. Itu pun boleh membahayakan diri gak. Just kalau nak speed maksure speed kat highway je lah ye. Jangan nak merempit tak tentuhala.Bawak phone and maksure ada credit even time nak beli groceries depan rumah. And simpan no tel orang-orang yang dirasa dapat membantu dikala kecemasan.
Ingat ye, kalau nak sewa kereta tu fikir 100x. Itu kereta orang dan apa-apa boleh berlaku. Sampai sekarang aku tak ligat nak keluar bila dekat kolej. Dekat satu sem kot aku tak bawak kereta manual gara-gara 'trauma' dengan apa yang berlaku. Aku tak takut drive just aku takut untuk involve dengan mana mana kereta sewa. serik kot. Cukuplah sekali...Even sampai sekarang nak pergi airport pun aku akan call taxi biarpun kena bayar RM30. Tak kisah lah asalkan tak menyusahkan orang. Itu lebih baik kan.
I was depressed only Allah knows. And I didn't tell anyone. Pernah sekali selepas uruskan hal itu ini, tiba tiba without my knowing, air mata mengalir and I was just sobbing alone. Results exam? Jatuh selepas zaman kegemilangan. Life lepas tu? Monotonous. Owh, I might spill it in the other entry. Cukuplah setakat nie okkay .Hope those who's reading be extra alert when you are driving.Terlampau berhati-hati pun susah jugak kan bila bawak slow cam kura-kura. Itu pun boleh membahayakan diri gak. Just kalau nak speed maksure speed kat highway je lah ye. Jangan nak merempit tak tentuhala.Bawak phone and maksure ada credit even time nak beli groceries depan rumah. And simpan no tel orang-orang yang dirasa dapat membantu dikala kecemasan.
Ingat ye, kalau nak sewa kereta tu fikir 100x. Itu kereta orang dan apa-apa boleh berlaku. Sampai sekarang aku tak ligat nak keluar bila dekat kolej. Dekat satu sem kot aku tak bawak kereta manual gara-gara 'trauma' dengan apa yang berlaku. Aku tak takut drive just aku takut untuk involve dengan mana mana kereta sewa. serik kot. Cukuplah sekali...Even sampai sekarang nak pergi airport pun aku akan call taxi biarpun kena bayar RM30. Tak kisah lah asalkan tak menyusahkan orang. Itu lebih baik kan.
No comments:
Post a Comment