Thursday, April 14, 2011

Deep Shit - Part Dos

~sambungan Part Uno~

Kalau ingat, hari tu aku ada cerita entri emo (emosional) ala-ala heart wrenching..
Tapi memang ye pun..Serious lah weh. Tak terjangkau dek akal fikiran aku benda-benda macam ni akan berlaku ketika aku hampir-hampir nak grad.

So, apa masalahnya ni kan???
Masalahnya adalah aku TIDAK HADIR KE KE KELAS.
Itu je ke? Kalau tak datang kelas memang aku dah expert dah kott. Hoho~ *ani, jgan kantoi kan kat  mama and ayah!!*
Tetapi, The very very serious problem is : AKU TAK DATANG KELAS, SEKALIGUS TAK AMBIL MIDSEM EXAM.

30% daripada whole percentage tuh..
Just burn like that. Yilek. Tak ada apa2 untuk aku.
Untuk menambah kan drama lagi, aku dah lah ada tak hantar  assignment (2) . Aku dah buat, tapi terlambat hantar. So, aku takut lah nak hantar dekat Prof dan terus tak hantar.. (Ni cerita sebelum midsem exam). So, aku bajet aku boleh lulus just skor mid sem and final je. Tapi, tetiba aku tak dapat amik midsem exam lak kan..Masak weh...Tragedi betul lah...

40%-Final exam
30%-Midsem Exam (Burn)-Fail
30%-Assignment (Daripada empat, aku hantar satu je)

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, asal lah bengap sangat tak datang exam weh..Jawapannya adalah 'miscommunication '...Minggu sebelum mid sem exam, aku tak datang kelas (sebab bangun lambat, kelas 8pg). Aku just tahu, next week nya ada midsem exam dari kawan-kawan.Ok fine. Lagipun, tarikh dan tempat Prof. nie dah paparkan dalam online portal untuk subjek ni. Dia cakap dalam tu PETANG. (2-4.30pm)..Untuk makluman, subjek nie adalah subjek fakult, bukan subjek pengkhususan course aku. Batch aku combine dengan batch biotech. Kitoarng split kelas sebab jadul kitorang budak-budak A***T*C bertembung dengan budak-budak biotech nie.

The day before exam, aku dah tanya lah kawan-kawan aku nie esok exam petang kan, so pagi tu tak ada kelas lah ye? Diaorang cakap a'ah...Aku dengan selambanya tak datang kelas pagi tu sambil dan menyangka yang exam akan diadakan petang itu. Bukan pagi semasa kelas. Boy, I was wrong.

Exam pagi tu jugak waktu kelas!!! Out of 40 people (coursemate aku), aku sorang yang tak datang. Gila MALU . How come yang lain semua datang dan can sit for the exam. Kenapa semalamnya aku tanya kawan aku dia kata tak ada kelas? Shoooottttttt....

Tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku selama ni aku tak ambil exam.

Dan selepas mendapat mesej dari seorang coursemate yang prihatin, dia tanya kenapa tak datang exam? Aku pun terkejut beruk lah kan. Bukan exam petang nie ke? Combine dengan budak biotech? And she replied, No, kitorang pun tak tahu yang ada exam pagi ni....

So, sekarang ni nak blame sapa?
Aku ke? Prof tu ke sebab tak cakap dengan terang dan jelas? Kawan aku ke?

Sah sah lah salah diri sendiri kan.

Aku jumpa Prof. tu after the exam .

"Prof. saya tak ambil exam tadi."

"Kenapa awak tak datang?"

"Saya tak tahu, saya ingatkan exam petang nie. Dalam morpheus (portal uni), cakap petang ni"

"Saya ada cakap ke tak ada kelas pagi ni? YAng masalahnya, kenapa awak tak datang kelas. Itu yang saya tanya ni......"

"Kawan saya cakap tak ada...."

"Habis, kenapa kawan awak boleh ambil exam..?"

Awkard Silence.*cricket* Serious tak tahu nak jawab apa time ni. Aku berdiri tegak, pandang bawah je time nie..Dah lah Prof. tu macam bengang je kan...

"Awak tahu tak saya tak tidur malam nak buat soalan ni..Exam dah habis, nak buat macam mana lagi. Tak kan saya nak buat soalan lagi semata-mata untuk awak je..."

Diam lagi..*Cricket*

Ye aku tahu aku bersalah...

"ok la Prof. Thanks."

Dah tak tahu nak cakap apa. Aku terus keluar. Mata automatically terus berkaca-kaca. Sedihnyaaaaaaaaaa...

Frust+Malu+Speechless+GEram+Marah+Bengang semua bercampur baur.

Dan tadi aku tak pergi kelas Prof. tu lagi. Aku fikir, lantak lah. Nak fail pun fail lah. Apa susah, repeat lah lagi kan.*nak sedapkan hati* Malu. Tak ada semangat.

Sejujurnya, aku dah patah semangat nie. Sem akhir, tiba-tiba dugaan macam ni berlaku. Sikit lagi nak habis.

Time Tahun 1-zaman kegemilangan (skor gila-gila)
Time Tahun 2-zaman krisis(mula merudum)
Time Tahun 3-zaman kemelesetan(pitfall)

Dan terima kasih lah sebab baca. Korang yang pertama tahu.Parents aku pun tak tahu hal ni. Biasalah aku, mana nak cerita benda-benda cenggini.

Sedih.  

2 comments:

fani ! said...

weyyyy budak betuah , aduh betuah betul budak ni
tak amik exam ? heabaattt lahh *boleh tiru nii hehe
ohh yaaa ani rasa ni dugaan along , be strong ok
about your exam , i dont think so that is your wrong
pape pon be chill cool , nanti boleh repeat kan hehe :D
i always pray for your happines :)
sayang awak along

Hannah Haykhall said...

uhuks~
thanks wok....
*sila jangan tiru tingkah laku kakak anda ni ye!!!*
nak ambil pengajaran boleh lahh...
lebiuu toooo...