Monday, June 6, 2011

Kenangan

Ingat tak dulu-dulu zaman sekolah rendah, terutama sekali masa akhir tahun darjah 6 mesti semua sibuk nak buat buku biodata kan.Lelaki ke perempuan ke, semua sama. Sibuk lah ke hulu ke hilir membawa buku tu paksa kawan2 tulis. Siap ada pen kaler-kaler lagi tuh tak tahan. Gold, silver, pink. Mahal tuh..sebatang 2.00 ++ . Mahal lah bagi kanak-kanak berumur 12 tahun.

Soalan lazim dalam buku biodata (10 tahun yang lampau)

#Nama penuh
# No. Telefon *wajib* 
#Alamat rumah *nanti nak hantar kad raya senang*
#D.O.B (date of birthday)
# Fav food, drinks
#Fav color
#Fav artists, songs
#Ambition
#Crush *bajet kalau tulis nama crush, lepas tu dia akan tau la.hahaha~gile btol*
#Ucapan/dedication *satu page khas*

Begitulah kanak-kanak pada usia 12 tahun yer. Tapi, semua buku2 tersebut aku dah hilangkan. Biaselah, I kan ratu clumsy sedunia. Mana nak ingat benda2 ni. 10 kali buat buku biodata, 10 kali jugak hilang. Maklumlah, keluarga kitaorang selalu berpindah randah. Kejap KL, kejap duduk seremban lepas tu taiping pulak. Balik-balik pusing tempat yang sama. *nasib lah anak tentera*

Dalam adik beradik, aku lah yang paling banyak pindah sekolah, termasuklah tadika..muehehe...

Tadika (5 tahun & 6 tahun)-Year 1994, 1995
1. Tadika Sri Ayu, Gombak
2. Tadika Kemas somewhere in Sibu, Sarawak
3.Back in Tadika Sri Ayu, Gombak

Primary School
Darjah 1 (1996) -Sk Convent Aulong Taiping, Perak
Darjah 2 (1997) -SK (P) Treacher Methodist Taiping, Perak *dalam 6 bulan je sekolah situ*
                          -SK Gombak (2), Selangor
Darjah 3 (1998) -SK Gombak (2), Selangor
Darjah 4 (1999) -SK King George V, Seremban
Darjah 5 (2000) -SK Taman Paroi Jaya, Seremban
Darjah 6 (2001) -SK Taman Paroi Jaya, Seremban

Secondary School
Form 1 (2002) - SMK Pendeta Za'ba, Seremban
Form 2 (2003) - SM (P) Jln Ipoh, KL
Form 3 (2004) - SM (P) Jln Ipoh, KL
Form 4 (2005) - Sekolah Tun Fatimah, JB
Form 5 (2006) - Sekolah Tun Fatimah, JB

Ceh, dah jadi macam biography pulak dah. Takpe lah, kadang2 aku pun lupa berapa sekolah rendah yang aku pernah attend. Tapi tempat yang paling best sekali adalah Taiping, Perak. Yeah... Rumah kitaorang dekat dengan bukit larut. Quartes tentera yg dekat dengan mrsm Taiping tuhh..Pengalaman kanak-kanak semasa duduk di Taiping memang precious. Mandi air terjun, mandi kolam every weekends, tolong ayah aku kutip bola golf dia dekat depan padang, main basikal (wajib), pergi main dekat rumah jiran, pergi lake garden  main roller blade yang dekat sangat dengan rumah...Lagipun, aku memang lahir dekat Taiping yaww..ic no tengah 08...hehehehe...itu lah sebab aku dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu tak tau nak cakap aku asal mana bila orang tanya. Aku sendiri pun confiuse sebab asyik lah pindah sana sini.

Cikgu tanya: Awak asal dari mana?

Aku: Errr...Perak *tak yakin*

Balik rumah tanya mama.

Aku: Ma, tadi cikgu tanya along asal dari mana. Betul ke kalau cakap saya asal daripada Perak. Sebab lahir dekat Taiping.

Mama: Ish, sejak bila pulak jadi orang perak ni. Mama and ayah kan orang N9, so korang pun asal dari N9 la jugak.
Aku: oh yeke...*sejak hari tu dah tak mengaku asal dari perak*..muehehe...


Dan sekarang  kitaorang dah settle for good dekat Seremban. Cumanya ayah aku dah base dekat MINDEF, KL.Dia ada bilik khas dekat KL, so every 2 or 3 days, he'll head back home. KL-Seremban tak sampai sejam kot kalau drive 130 km/h...Jadi sekarang aku officially orang Nogori lah ye..And ramai gak kawan-kawan aku tanya, asal aku cakap bahasa standard. Kenapa tak cakap N9, bila diorang tau aku asal sana.

Kalau aku duduk N9 dari kecil, sah-sah aku punya loghat N9 pekat, tapi disebabkan hidup secara nomad, maka lidah kena lah universal. Mak pak aku je yang converse guna bahasa N9, kitorang adik beradik cakap bahasa baku..hehehe...Kiranya aku bukanlah 100% pure N9..ececeh..tapi aku sokong footballers N9!!!! Hobin jang hobin..*sumpah aku tak tau apa makna dia*

Kalau sesiapa mak atau pak diaorang tentera, nasib lah korang. Asyik kena posting situ sini. Tapi besh jugak. Tak adalah terperuk dekat satu-satu tempat for a long time. Jadi isteri tentera pun kena tahan sabar jugak  ye sebab kemungkinan sang suami akan selalu tak ada tu memang besar. Dapat kahwin lalu bawah pedang memang best, heboh satu kampung gamaknya, tapi yelah banyak yang kena dikorbankan lepas tu.

Satu soalan common orang selalu tanya aku, "ayah kau garang tak, dia kan tentera?"
Aku jawab "tak garang langsung". Muehehe..I mean, masa kecik kecik dulu mama yang paling garang, ayah cool jek. Tapi kalau degil gak, ayah aku pun bleh bertukar jadi hulk. Surprisingly, bila dah start umur 12 thn keatas, aku dah tak kena marah kot. Jarang. Paling-paling nak buat konfrontasi tak puas hati bila tak dapat apa yang dihajat, buat muka masam dan senyap sunyi. Bila orang respond, buat dek je. Ha, ni cara aku nak buat tunjuk perasaan.Heeeee..Kejam tak..Bila fikir-fikir balik,susah nak jadi mak pak ni. Anak-anak macam-macam karenah. Pening kepala..And only now, I think I can think more clearly. Bila tengok perangai adik-adik, eh2 aku pun dulu macam tu jugak. Hehehehe...ok, terlari topik..

Bandar/ Pekan kesukaan:
1.Taiping *nostalgia*-paling best!!
2.KL *banyak tempat best*
3.Seremban *familiar people, places*

Kalau ada kawan-kawan lama terbaca, tegur-tegur lah ye.


 


 

3 comments:

hamzah ian said...

aku tak pernah g taiping.. hoho..

Hannah Haykhall said...

yeke..cuba lah one day pergi..best sangat( for me lahh sebab banyak kenangan kat sana)..ehehe...tapi serius taiping terbaik!!

Holy River said...

SK Convent Aulong... sekolah semua perempuan ke tu? Setahu saya Taiping ada satu saja sekolah rendah convent... SK Convent Kota...