Wednesday, July 13, 2011

Campur pun boleh

Tahniahlah, handphone hilang entah ke mana.
Cari bawah bantal, celah kerusi, atas meja tapi tak jumpa.
Tingggg*sila imagin kan mentol tiba-tiba muncul*

Baru teringat yang ahad lepas guna kereta silver pi kedai.
Bawa purse dan handphone.Precaution lah konon. Padahal kedai depan rumah je.
Dan perkara ini hanya disedari selepas ayah pergi kerja Isnin lepas.
Masalahnya ialah ayah kerja dekat KL dan hanya pulang seminggu sekali.Haha~

Betapa tak bermaknanya handphone di dalam kehidupan aku.
Dia hilang pun lambat nak sedar. Haha~

~~~~
Adik No.1 fail test jpj hari ni.
Fail dekat jalanraya.
Tsk...tabahlah ye!!!

~~~~

Hari ni puasa ganti.
Adik No.1 dan 2 semua dah habis ganti.
Aku je terkedek-kedek baru nak ganti.
Padan muka dah kena kutuk dengan adik No.2 lebih-lebih lagi *eksyen lah tu!!!*
Memang tak boleh dibuat contoh betul aku ni. Haha~
Kena ganti 9, tapi confuse lagi 7 or 6  hari lagi kena ganti.
Dulu, dah puasa2 or 3 hari? Confuse. Pelupa macam orang tua betullah.
Should go for 7 lah kan. Berlebih tak apa. Jangan berkurang.

No comments: