Soalan
"Nak pakai baju apa ek"
"Apa nama cikgu kelas?"
"Event tu dekat kelas or tempat lain?"
"Mana lagi ok, park dekat gate depan or belakang?"
"Budak lavender tu, mak or ayah dia amik report card"
"Dewan terbuka tu dekat depan dewan or belakang?"
"Nak along datang pukul berapa, cepat ke lambat ?"
Sebagai wakil kepada ibu bapa yang sibuk bekerja, maka si kakak sulung yang tak ada kerja + berhoney moon + study tak habis lagi lah yang paling afdhal untuk mewakilkan diri. Lantaran si adik yang tak henti-henti memaksa, maka si kakak haruslah pening memikirkan baju apa ye nak pakai pergi perjumpaan tersebut sambil merungut di dalam hati*tipikal perempuan*
Oh, si kakak juga merasa amat excited sebab dia ada niat yang tersembunyi. Haha~ Nak skodeng pak we adik yang sering di gosip bersama-sama. Opssss.....
Lepas habis meeting, borak itu ini dengan guru kelas dia maka perut tiba-tiba jer lapar. Aku nak makan cendol karim kat paroi tu tapi si adik kata kedai tu tak bukak lagi kot. So, dia cadangkan McD. Perghh, cadangan tu mantap betul. Duit yang nak keluar pun mantap gak nih...Heeeeeee~
Kesian adik aku, tak pernah bersiar-siar waktu sekolah kan. Dengan baju sekolah bagai, off we went to McD...Then, terjebak sekejap ke kedai cermin mata. The rest was history. Haha~ Ala, spek murah je...Yeay for that....
Sila dapatkan 8A PMR tahun ni yer!! |
Classmate dia. She's not there. Mana entah merayap. Kutu rayap sungguh... |
Tukang makan bersama makanannya. |
"Bosan gila" aku sempat hantar sms dekat adik No.1 sambil menunggu giliran nak jumpa guru kelas adik No.2. Ciri-ciri penyabarmemang tak terserlah langsung.
"Ala, ni latihan untuk along bila dah ada anak nanti" dia balas sms aku.
Banyak lah latihan.
Ni pengalaman. Bukan latihan.
No comments:
Post a Comment