Friday, August 19, 2011

Ramadhan Yang Ohsemm *Awesome*




*Currently Playing: Buka Mata Buka Hati, Opick*

Berubah.

Semua orang boleh berubah dan pasti akan berubah. Secara fitrahnya manusia memang akan berubah sama ada daripada segi physiologi, mental, mahupun spiritual *fuhhh, skemanya ayat..*. Cumanya, kita kena pilih sama ada nak buat perubahan yang lebih baik atau berubah menjadi lebih teruk daripada semalam-semalam.

"Change is the only constant"

Sayang kan kalau kita masih sama macam dulu-dulu sedangkan umur dah nak capai separuh dekad dah ni (aku lah tu). Ramadhan kali ni aku rasa macam sayu sangat. Tak macam Ramadhan yang lepas-lepas. Banyak lalai, puasa tu memanglah puasa tapi penghayatan kurang. Puasa tahun lepas aku sibuk dengan proposal final year project. Tekanan!! Banyak kali tak pergi surau untuk solat terawih. Aktiviti tadarus yang biasanya aku pergi dekat surau pun aku join halfway. Lepas tu lesap terus.

Oh, tahun lepas aku mengalami depression lah jugak. I didn't open up and kept  everything to myself. Aku blame orang-orang tersayang. Dalam aku berada dalam keadaan macam tu, aku sedar aku bukannya marahkan mereka tapi dengan diri sendiri sebenarnya. I try to hurt them but in the end aku yang sendiri rasa bersalah. Kenaplah aku tak ada blog ek masa tu. Kalau tak sure emo semacam je semua entry kan..Haha~

Tahun ni? Alhamdullilah.Setiap hari pun dapat berpuasa dan bersahur dekat rumah bersama keluarga yang tersayang. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Syukurlah. Rasa ohsem *awesome* sungguh Ramadhan kali ini. Aku fikir perkara yang dulu-dulu tu, biarlah ia pergi. Buka buku baru dan berubah ke arah yang lebih baik sampai bila-bila. Allah s.w.t sentiasa terima taubat kita. Kita je yang eksyen konon-konon okay. Padahal.....

Analoginya macam bila kita memandu. Tapi kita tak tahu nak pergi mana. Tak ada tujuan langsung.Tanpa disedari, kita dah memandu jauh betul dan kita mula rasa takut sebab tak jumpa penghujung jalan yang dicari. Akhirnya dalam pada kita ketakutan tu, terjumpalah juga satu persimpangan yang membolehkan kita buat u-turn untuk balik ke tempat asal. It's never too late to change. Lebih -lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni kan. InsyaAllah.

No comments: