Mama dan ayah ajak pergi masjid negeri. Solat subuh dekat sana dan dengar kuliyyah subuh selepas bersahur.Adik-adik aku semua pakat tak nak ikut. So, aku jadi wakil lah kiranya. Pertama kali pergi.Biasanya mama dan ayah pergi waktu weekend sahaja. Hari-hari biasa ayah kena balik ke KL lepas sahur. Perasaan semasa di sana pada waktu subuh yang sejuk rasa macam sama masa pergi umrah dengan mama tahun 2005. Kenangan. Harap-harap dapat pergi lagi. Insya Allah.
Mata terasa perit tahan mengantuk lebih-lebih lagi waktu ustaz tu bagi ceramah.Adalah juga sekali dua *ataupun lebih dari itu* mata terpejam. Haha~ Tapi maintain cool. Aku tengok ada je makcik-makcik yang dah 'syahid'. Baring terus. Tak pa lah. Mak-mak kan lagi penat dalam bulan puasa ni. Sediakan itu ini, masak itu ini. It's an exception. Respect lah dekat dioarang. Ingat senang ke nak buat semua tu?
Ohh~ustaz tu kelakar lah jugak. Siap keluar ayat "bang bang boom" ,"gorilla" (yg dlm cerita bang bang boom tu),Ustaz tu kata dia pun tengok cerita tuh. Haha~cuma time bulan puasa dia tak dapat nak tengok. Terawih. Sempoi sungguh lah ustaz oii.
Apa yang buatkan aku mengantuk ialah dah lah kawasan jemaah perempuan dibatasi dengan penghalang tu.Kiranya tak nampak si ustaz tu berceramah. Hanya dengar disebalik tabir. So, sah-sah lah suka hati nak fokus ke tak kan. Nak tidur pun lagilah tak salah. Dengan aku tak bawa speknya, lagi lah rasa macam nak tidur. Memang rabun ayam lah.
On the way balik rumah around 7am ++ dengar lah segmen apa entah dekat radio ikim.Ok, aku bukan pendengar tegar ikim, tapi mama aku selalu buka ikim dalam kereta dia. Aku dengar suara penyampai jemputan tuh. Aduh, lembut sungguh ohh . Sejuk hati dengar. Then, mama dekat depan tu cakap "Dr. Muhaya"..Dia tanya aku. "Dr. Muhaya ni from UKM kan?" . "A'ah.Ukm. Sama dengan Dr.Harlina" aku tau sebab aku pernah beli buku Dr.Muhaya dulu. She's a professor + eye specialist+ motivator. Hebat sungguh.
Oh, aku ni memang ada kecenderungan untuk suka benda-benda berunsurkan motivasi. Haha~ Tapi, tak adanya nak prkatikkan ke apa. Selama 10 minit drive ke rumah dari masjid, aku tumpu perhatian sungguh dengar celoteh dia. Setiap kata-kata dia aku rasa nak salin. Macam-macam benda dia cakap. Oh, harus la dengar segmen ini next week.
Balik rumah terus mengelabah cari mp3. Nak dengar ikim slot Dr. Muhaya tuh. Tebiat sungguh.Selalunya stok-stok dengar hitz.fm , fly.fm, hot.fm kan...Adoii laa.. Hikmah bulan puasa kot. Insaf sikit.
Ni adalah few thing yang aku sempat salin/ingat apa yang Prof.Dr. Muhaya cakap *untuk diri sendiri ingat * :
1. Jangan sekali-kali nak bertangguh buat benda baik. Buat sekarang jugak. Cuba one day at a time. Contohnya, hari ni aku nak instill sikap senyum. Nak senyum dekat semua orang hari ni. Jumpa je orang, senyum dulu. Muka manis. Tapi jangan la pi senyum tak tentu hala dekat mana-mana lelaki (bagi perempuan) or perempuan(lelaki). Jadi kes lain pulak nanti. Buat selama 21 hari berturut-turut untuk jadi habit.
2. Petua nak jadi orang yang sikapnya lemah lembut. Bukan lembut yang auww auww tu ek. 5S. Senyum . Salam (bagi salam kepada sesama muslim e.g kalau masuk dalam lif ke, kita bagi salam dulu . Lepas tu borak-borak lah sikit). Sopan & Santun (e.g kalau kita nak buka pintu, bagi orang masuk dulu). Err, lagi satu S aku tak sempat salin. Huhu~
3. Petua kepada segala petua kalau nak bahagia dalam hidup, never ever hurt anyone. Biarlah orang nak buat jahat dekat kita, tapi jangan sekali-kali kita buat balik dekat orang tu okay *nampak susah kan. Semoga jiwa kita kuat untuk buat benda-benda baik*
4.Buat apa-apa pun, start with good intention. Kerana Allah s.w.t. Sebab dia matlamat kita.
5.Dalam hidup ni, ramai orang mengejar cita-cita*aku pun sama*. Apa yang kita perlu kejar sebenarnya adalah mencari 'makna hidup' dan selalu kena fikir apa kebaikan yang akan kita tinggalkan kepada orang lain. Maknanya, hidup untuk memberi.
Actually, banyak sebenarnya dia cakap. Tapi tak sempat dengar. Kalau dengar pun, tak semua masuk dalam hati + otak kan. Hope dapat dimanfaatkan *oh, do i sound like ustajah now?haha..*
No comments:
Post a Comment