Monday, August 29, 2011

Esok Raya Yeayy..

*Berlintas langsung daripada kampung tercinta..oh~haiii!!*

Dikesempatan ini, saya (sopan sikit..haha) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca (kalau adalah yang baca). Maaf andai ada terguris hati perasaan sanubari semua lah kan...

Pada yang balik kampung tu, baik-baik bawak kereta. Speed masa nak potong kereta je.."Pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang". Pesanan khidmat masyarakat ...haha~

Kitaorang satu family dah sampai kampung dengan selamat pun malam tadi. Ala, bukannya jauh pun daripada rumah. 45 minues drive dah sampai...Tak yah susah-susah nak masuk tol apa semua..Oh ye, rumah wan and atok ada wireless..haha~all thanks to mak su yang amat berpandangan jauh..dan untuk mengelakkan anak buahnya mati kutu berada di kampung, beliau juga telah bermurah hati untuk memasangkan astro di kampung ini..Cayalah mak su!!!! Oh, tak sabar nak tunggu duit raya daripada orang KL yang tak balik lagi nih...*hai mak su!!*

Oh, ada cerita yang aku fikir kelakar. Pasal ayah. Dia bersiap mengalahkan kitorang perempuan. Angkut baju balik kampung siap berhanger dan bergantung-gantungan gitu. Seluar slack and khakis 3 helai, baju melayu sepasang, checkerd dress shirt, polo tshirt...semua dah bergosok tuh. Itu belum apa yang ada dalam beg dia..Adoiiii, padahal hari rabu dah nak balik Seremban dah..

Mama pun sumbat je baju dia dalam beg..Oh, ayah memang cerewet. Dress code macam-macam. Nasib ah wei, ayah den askar. Dah dilatih untuk selalu nampak smart and clean. Dan handsome juga..haha~

"Orang bawak seluar soholai yo, ni borholai-holai. Bilo nak pakai ontah....pergi simpan dalam kereta hanger-hanger ni" mama membebel masa suruh adik No.2 simpan hanger dalam kereta silver. Masa tu ayah kat dalam rumah lagi. Orang lain semua dah siap packing.

Kitaorang gelak je. Lepas tu aku cerita kat ayah balik apa yang mama kata. Ayah gelak je..

Barang bawa balik kampung bukan main banyak. Bayangkan lah mpv yang boleh memuatkan 7 orang pun tak dapat memuatkan semua loads..Mana tak nya beg seorang satu. Additional beg lagi. Beg galas, beg laptop beg kamera,handbeg dan bermacam-macam jenis beg lagi...Kuih raya berbalang-balang. Barang-barang masakkan lagi. Daun ketupat lagi (padahal berlambak je dekat kampung). So, ayah bawak kereta satu lagi, mama bawak mpv..Seb baik kampung dekat je. Bukan kat Kelantan ke, Perlis ke ...Oh, sumpah penat kalau kampung jauh-jauh..


Ok bye. Nak kemas rumah jap gi. Sila click playlist dibawah. Lagu favourite raya.



*Sepasang Kurung Biru,Khairil Johari Johar*

No comments: