Saturday, August 27, 2011

"Mak Cik, Did You Just Lie To Me?"

Oh ya, kejadian berlaku semalam. Lebih tepat lagi Jumaat,26 Ogos 2011. Tempat? Dekat Jusco Seremban.

Susah nya nak menyusun ayat nak ceritakan macam mana. 

Ok ok, kisahnya macam ni. Usai solat zohor dekat surau di Jusco, aku duduk lepak-lepak dekat bangku depan surau tu. Dah berjanji dengan adik lagi dua orang untuk meet up dekat depan surau. Sebab diorang tu sibuk benar shopping plus dah lah tak puasa kan *siap over nak tapau McD siang siang buta tu.Adoii laa*

Fine. We were lepak-ing there while waiting for adik No.1 yang pergi cari something. So, I was with adik No.2..Tiba-tiba, ada seorang mak cik dalam lingkungan umur 50an menyapa aku.

"Dik, maaf ganggu..Makcik ni dapat pinjaman Baitulmal RM100 sebulan...bla bla bla..orang susah..bla bla bla...nak keluarkan duit bla bla bla..."

Aku tak ingat aku reply apa dekat dia *I was shocked maybe* Sebab kalau aku terkejut or terkesima, I tend to forget the details..aku  still ingat the 'big picture' tapi maybe ada details yang tak berapa clear.haha~my bad. Sebab at the back of my head, aku tengah fikir segala worst case scenario. Kot kot dia nak pukau ke apa kan..Kiranya dalam mood berjaga-jaga lah kan..

"Oh yeke...*ayat standard* "

"Mak cik nak minta tolong adik keluarkan duit boleh sebab kad makcik ni selalu tertelan. Sebab tu lah makcik selalu minta tolong dekat budak-budak muda ni. Diorang lah selalu tolong makcik" dia dah hulurkan kad atm. Bank Simpanan Nasional.

"Boleh je. Nombor pin  dia apa. Makcik ingat tak?" sebab aku fikir orang tua memang tak berapa  tau hal-hal macam ni. Atok aku yang pencen tu pun bukannya reti nak tekan-tekan mesin Atm. So, memang masuk akallah kan kalau makcik ni pun sama.Ok, maybe dia tak ada niat jahat apa-apa. So slowly, I turn my guard down.
"959595" dia sebut satu satu. Get it. Senang gila nak ingat.

"Jom mak cik kita pergi sekali " aku ajak dia pergi ke mesin Atm. Dalam 30 langkah sahaja daripada tempat kami duduk tu.

"Adik pergilah keluarkan duit makcik. Makcik tak larat nak jalan ni. Sakit kaki" dia urut-urut kaki dia sambil-sambil tu. Nampak relevan sebab orang tua kan...

"Tak apa ke makcik?" aku macam tak percaya sebab dia senang-senang je kasi kad atm beserta no pin sekali dekat aku. Buatnya aku melarikan diri ke, tak ke haru kan. 

Dia kata tak apa, dia stay dekat situ. Aku pun melangkah la pergi ke atm machine dengan adik No.2. Dia pun macam pelik sebab makcik tu macam percaya dekat kitaorang. 

Sekali bila nak draw, duit dalam akaun dia tinggal RM14 sahaja..T____T..Dia suruh draw RM100 tadi. Dalam hati aku, kesiannya mak cik ni kan. Banyak itu je duit yang tinggal. Nak hidup apa dengan hanya RM 14..

"Mak cik, duit Baitulmal tu tak masuk lagi rasanya. Tak ada dalam akaun makcik. Ada RM14 je" 

"Oh yeke. Tak masuk lagi agaknya ni. Biasanya 5hb duit masuk dik. Tapi, orang kata sebab nak raya ni kan, duit mungkin dah keluar 26 hb..Itulah yang makcik datang sini nak keluarkan duit tu. Datang sini pun harap duit sedekah orang bagi. Mak cik memang orang susah dik..Ini jelah duit yang makcik ada" sayu dia bagitahu.

Aku terkedu. Sebab tak sangka nak jumpa orang macam ni.

Dan bermulalah aku yang tak berapa nak peramah  ni soal siasat makcik tu..Banyak juga aku tanya dia itu ini. Sebab aku tengah menunggu adik No.1 yang tak muncul-mucul lagi.

Aku tanya sepatah, dia jawab.

Berdasarkan cerita yang dia beritahu aku,makcik ni dah bercerai dengan suami dia. Katanya si suami ada perempuan lebih cantik daripada makcik ini. So, dia diceraikan. Anak-anak dia dua orang tu langsung tak peduli dekat dia. Buat hal sendiri. Kiranya anak dia memang dah buang dia jauh-jauh. Sebab dia asalnya memang orang susah. Membawa diri yang tak dipedulikan dekat Kedah, dia merantau ke Negeri Sembilan. Dia kata dah dalam 4-5 tahun dia duduk dekat sini. Sekarang dia tak bekerja sebab kantin dah tutup. Dia kerja potong sayur yang gajinya RM25 sehari. Lagipun dia sakit-sakit sekarang. Tak sihat.

Banyak lah jugak yang diborakkan dengan mak cik ni.Tanya dia tinggal mana, siapa yang tolong dia dapatkan bantuan baitulmal, kenapa dia percaya dekat aku ni hah dan bla bla bla..

Dalam hati, aku dah berniat nak tolong makcik ni . Tak kan nak biar dia terkontang-kanting je macam tu. Kalau orang lain dalam situasi ini pun, mesti korang akan tolong ye tak? Habis baik pun tolonglah apa yang mampu. Akupun bukannya berduit sangat. Harap duit ayah kasi jelah kan. Tak kerja lagi weii...

Bila time nak gerak,aku hulur lah duit RM50. Oh duit tu ayah aku kasi upah tolong dia mengecat kolam ikan tempoh hari*click sini kalau nak baca entry tu*.Sebab aku ingat nak guna duit tu buat beli itu ini  untuk raya. Tapi, makcik tu lebih memerlukan ia daripada aku nampaknya.

"Makcik doakan, adik-adik bertiga (merujuk adik No.1, No.2 dan aku) sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.Terima kasih lah banyak-banyak tolong makcik." banyak kali dia repeat ayat tu.

Lepas salam-salam semua, kami pun beredar. 

Tiba-tiba aku terfikir, eh bukan ke dekat kawasan Ampangan(area makcik tu tinggal)  ada Plaza Ampangan dan dekat situ ada je atm machine. Cimb dan Maybank. Kenapa makcik tu nak susah-susah naik bas jauh-jauh pergi Jusco Seremban yang jauh sangat daripada tempat dia tinggal? Datang jusco pun bukannya ada BSN punya atm machine...Ermmm..Boleh je draw dekat tempat yang lebih dekat dengan tempat tinggal dia.

Oh, mungkin makcik tu ikut je apa orang suruh. Kan katanya orang bagi dia duit suruh pergi keluarkan duit dekat sini...Fikir baik...

MEngimbas kembali perbualan kami, mula-mula aku tanya dia tinggal dekat mana, dia jawab Block C Ampangan. Rumah flat.Dekat kedai Bismillah. Lagi lah aku tak tau dekat mana. Then , kali kedua aku tanya dia apa nama taman perumahan makcik. Dia jawab Taman Purba. Err, aku pun pelik. Ada ke taman nama macam tu. Tapi adik aku kata ada *perbualan selepas kejadian* Tapinya bukan dalam kawsan Block C Ampangan. Kali kedua dia kata rumah dia area rumah kayu-kayu dekat belakang Plaza Ampangan. Aku tahu tu. Memang ada kawasan perumahan dekat situ. Tapi, rumah flat ada ke yang berkayu agak-agaknya lah?

Sungguh tak terfikir semua tu sebelum ni....Redha je lah. Aku teringat dalam rancangan bual bicara dekat radio by Dr.Muhaya last week, dia kata biar orang buat kita, tapi kita jangan sekali-kali buat orang *last week punya entry* Faham? Aku fikir, apa-apa jelah. Biarlah dia nak tipu ke apa (kalau betul lah dia tipu aku )..It's not my loss..Yang penting aku rasa lega sebab dah tolong someone yang dalam kesusahan. 

Aku boleh je pergi spy makcik tu nak tengok balik, apa motif dia tunggu depan surau. Tapi aku fikir,  yang sudah tu sudahlah. 

Balik rumah, cerita dekat mama. Dia kata, logiklah makcik tu bagi aku kad atm berserta no pin sebab dah tak ada duit sangat pun dalam tu kan. Buat apa dia nak risau (kalau betul di tipu)...Hmmm, ye tak ye jugak kan..Makcik tu pergi jusco seremban yang jauh  mungkin nak elak daripada terjumpa dengan orang-orang sekeliling dia kalau dia pergi draw duit dekat Plaza Ampangan tu..kan kan kan...Mama suruh aku think positive aje. Haha, and I did. Malas nak fikir panjang lebar. Biarlah pun kalau dia nak tipu. Tapi harap-harap tak lah kan.

Mungkin lepas ni, kena lebih berhati-hati lagi.

Kadang-kadang dalam hidup, kita jumpa ramai orang. Orang baik, orang jahat. I'm glad that I put my trust on you makcik. Sebab aku bukan senang-senang nak percaya dekat orang.Lebih-lebih lagi manusia yang sangat asing.

Tak apa lah. Aku harap apa yang dia doakan makbul. Nasib baik aku tak gatal mulut dia  doakan aku cepat-cepat  jumpa jodoh...Hahaha~memalukan betul. 

"Makcik,Selamat Hari Raya Ye..."

No comments: