Thursday, August 25, 2011

Lelaki Idaman Oh~

Dah jumpa? Bagus lah. Jaga elok-elok..*pesanan dekat kak erine* Haha...

Kalau tak jumpa lagi? Nanti adalah tu....

Ni pasal adik lelaki aku. The only manusia berkromosom XY dalam keluarga selain ayah.


#Hari Selasa (petang)#

Anak kucing yang-entah-ke-berapa-aku-tak-ingat mati lagi. Oh, rumah aku ni memang banyak sangat kucing. Jumlahnya melebihi 3x ganda isi rumah. Bayangkan.

Orang lain semua buat tak tau je (lebih-lebih lagi aku). Tapi adik aku ni lah yang pergi usap-usap anak kucing tu, belai-belai kucing tu walaupun dah macam nyawa-nyawa ikan je.

"Paan kok lagi nangis tadi" bibik cakap dekat aku masa aku turun bawah nak tolong mama dekat dapur.

"Oh yeke bik?" Lepas tu aku terus cari dia. Tengok-tengok dia baru masuk rumah. Baru lepas 'kebumikan' kucing tu kot.

Muka monyok. Baru lepas menangis mungkin. Dalam hati aku dah tersenyum-senyum dah. Ingat nak pi kacau dia. Tapi terus tak jadi sebab muka nampak kesian. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena lepuk.

"Paan dah sembahyang asar ke?" Aku tanya dia elok-elok. Sebab dia biasanya kena jerit 3 kali paling kurang baru gerak pi solat.

"Dah."dia jawab pendek sambil mata menghala tengok SpongeBob.

"Dah doakan untuk kucing paan tu?" aku sengaja tanya, manalah tau kalau dia betul-betul pi solat jenazah anak kucing dia yang mati tadi.

"Dah."

"Doa apa untuk dia?"

"Adalah paan doa untuk dia. Tak boleh bagi tahu." dia jawab dengan muka seposen. Masih dalam mood berkabung.

Aku sengih-sengih tengok dia.

Aduh la adik aku ni. Touching betul lah. Memang ada ciri-ciri lelaki penyayang ni. Sebab dia memang budak lelaki yang amat lasak dan suka control macho , tetapi dalam waktu yang sama 'dalam hati ada taman'..haha.

Oh~lelaki yang suka kucing @ animal lover ni sangat hot lah. Hahaha...


#Rabu#

Ayah aku memang setiap tahun ada custom made kad raya. Nak hantar kepada kawan-kawan dia dan juga staf-staf lain.Ala, kad raya yang ada nama semua nama family member tu.

So, adik aku mintak dekat ayah kad raya. Dia nak bagi kawan-kawan dia. Semalam ayah aku bawak lebih 50 keping kad. Hah,nak kasi dekat guru besar pun boleh kot.Biasalah, budak-budak kan excited sikit bab-bab kad raya .

So, tadi aku tengok dia dah tulis kira-kira 17 kad raya. Semua khas untuk geng-geng lelaki kelas dia. Oh, dia tak bagi satu kad pun dekat kawan-kawan perempuan kelas dia. Nie sebab kes perang dunia ke-3 yang tengah meletus dalam kelas  . Bukan aku yang cakap. Tapi dia yang bagi tahu. Gila apa? Nak raya-raya ni pun nak gaduh-gaduh ke. Gaduh dengan perempuan pulak tu. Aduh laa~

Sementara nak tunggu mama bersiap nak pi solat terawih tadi aku nampak dia keluar kan duit RM5 daripada dompet dia, lepas tu selitkan dalam satu kad raya yang dia baru tulis

"Eh, nak bagi siapa duit 5 ringgit tu?"aku tanya."Ha, ni mesti nak kasi awek ni ek?" aku saja tembak. Sebab dia ada minat satu awek ni. Nama dia Fatin Farhana. Ohoho~

Yelah kan. Duit 5 ringgit tu banyak lah jugak bagi kanak-kanak sebaya dia tu.

"Bukanlah." Cepat-cepat dia pintas. "Ni untuk kawan paan. Danish akmal. Ayah dia dah meninggal."

"Ohhhhh yeke.." tak tau nak cakap apa. Speechless.

 Harap-harap, dah besar nanti pun tolong-tolong lah orang yang susah ye adikku..

Oh ya, dia baru umur 11 tahun. Kalau nak book jadi ipar, boleh lagi ni. Haha~

4 comments:

erine roslan said...

hehe... comel la hannah.

so list out your prince charming criteria pulak...

comel je adik hannah nie... rugi akak takde adik perempuan.kalau tak, boleh jadi biras :)

Hannah Haykhall said...

@erine..

dia suweet tapi kekadang tu annoying gak sampai rasa cubit-cubit jek..haha~

tu ahh, kalau ada adik perempuan, leh kita bersaudara ke..hihihi~

fnd said...

peh..boleh amik jadi adik ipar ni

Hannah Haykhall said...

@fnd

Haha..mau ke?