Tuesday, August 23, 2011

Bukan gadis kegemaran

Hari tu si dammit (Bukan nama sebenar. Nama sebenar lagi sedap daripada itu.) ada tanya aku, apa fav kueh aku kalau bukan kuih popia. Aku tak ada jawapan. So, tak jawab ah soalan tu.
Pertanyaan dia buat aku terfikir. Lama jugak aku fikir. Sampai dua tiga hari..*over kan..*

Kalau bukan popia, mungkin karipap. Not. Kalau bukan karipap, mungkin kuih keria. Not. Kalau bukan kuih keria mungkin kuih seri muka. Not. Kalau bukan kuih seri muka, mungkin kuih akok. Not..Mungkin kuih tahi itik...haha~merasa pun tak pernah kot kuih tu..

Habis tu kuih apa??

Putu mayam (eh, ni termasuk kuih muih ke? Bukan kot..)
Kuih puteri mandi (manis sangat)
Kuih buah melaka (manis sangat)

Duhhh~semua pun bukan favourite. Aku rasa aku tak ada favourite kueh kot. Rasanya lah...Semua nya disukai secara moderate.Tiada pilihan No.1. Tapi aku suka murtabak. Err, murtabak tak termasuk dalam kategori kuih muih kot...

Aku fikir hampir dalam semua perkara aku tak punyai 'favourite'. Tak tahu kenapa.

Contohnya macam 'favourite color'. Emmm, tiada yang spesifik bagi aku. Dulu pernah suka warna biru. Tapi, sekarang tidak lagi. Yang aku tahu aku tak suka warna kuning, jingga, kelabu, coklat. Selain daripada itu, suka semua rasanya. Haha~Tapi , aku suka 'dengar' warna 'ultramarine'. Nampak macam cool eh?haha~

Bagi aku 'favourite' merujuk kepada kegemaran yang satu. Maksudnya apa yang benar-benar dan paling kau suka diantara perkara-perkara yang kau suka. Faham? Haha~The only one. Tanpa ragu-ragu kau boleh kasi jawapan kalau ada yang bertanya. Emm, dalam durasi kurang daripada 5 saat mungkin. Lebih daripada itu, mungkin kau boleh berfikir-fikir balik sama ada kau suka sepenuh hati atau tak.

Mungkin bagi setengah-setengah penyokong pasukan EPL, kalau ditanya tentang pasukan 'favourite' mungkin kau akan dapat jawapan instant. Tanpa ragu-ragu.

Dan  kalau ada sesiapa tanya aku apa favourite cookies aku (amik mood raya), tanpa ragu-ragu aku akan jawab "semprit". Titik. Yang lain-lain aku tak pandang. Haha~
Ataupun, aku adalah si gadis yang tak ada pendirian. Sebab tu tak punyai apa-apa kegemaran.Entahlah. Mungkin harus mencari kegemaran baru. Mungkin.

*Currently Playing: Simple Girl, Dale Earnhardt Jr. Jr.* -(first time dengar daripada blog poskad ke heaven. thanks la ek.lagu best!)

2 comments:

fndrocka said...

lepas baca entri ni...byk pulak idea makanan utk dibeli kat bazaar

Hannah Haykhall said...

Wah, bagus2..
Kalau aku, balik- balik murktabak aje lah..
Itupun kalau pergi bazar lah...