Wednesday, August 17, 2011

Bersyukur

Menyebut pasal hari raya yang akan menjelang tak lama lagi, mesti semua orang *generally*, akan merasa happy kan. Masa ini lah nak jumpa saudara-mara, nak makan itu ini, nak melaram baju baru, nak usha awek  masa pi beraya *motif...??* dan macam-macam agenda yang tersembunyi mahupun tak.

Tapi, pernah tak kita terfikir pasal orang-orang yang tiap kali raya pasti ada hati yang akan dilulit sendu. Maksudnya, raya is not the-ever-so-happy-event for soemone else. Sebaliknya, raya merupakan hari yang biasa bagi mereka, lebih-lebih lagi tanpa insan tersayang. Worst come to worst, ada juga yang ala kadar je beraya sebab tak mampu nak berbelanja macam orang lain.

Sure jarang-jarang kita nak terfikir sekejap , for those unfortunate people. Yang kita (read : me) tahu, adalah hal masing-masing. Aku happy sorang-sorang cukuplah. Buat apalah nak fikir pasal hal orang lain. Selfish.

Kadang-kadang, bila kita terlampau berada dalam keadaan senang, jarang untuk kita look back behind and be grateful for what we have. Asyik-asyik nak compare dengan orang yang lebih 'up' or 'more' than us *ok, aku selalu macam tu*. Mak pak aku selalu cakap, jangan nak bandingkan dengan orang yang 'lebih' daripada kita, tapi kita kena selalu reflect back yang ada orang lebih susah daripada kita, and be grateful for that.

Sebut tentang kesedihan, hanya orang yang betul-betul lalui yang akan faham sebenar-benar sedih. Jangan cakap kau 'faham' bila kau sendiri tak pernah berada dalam situasi mereka. Kau tak akan faham selagi kau tak pernah mengalami perkara-perkara 'worst' tu. Titik.

Aku memang tak tahan kalau tengok anak-anak yatim ke, kanak-kanak istimewa mesti nak feeling emo.Haha~Dulu masa buat internship dekat zoo, aku duduk dekat kawasan aquarium. Ada visitor kanak-kanak istimewa dari rumah kebajikan apa entah visit zoo. Ramai lah budak-budak ni datang. Ada yang datang dengan parents and cikgu-cikgu diaorang mostly guide those kids. 

Comel sangat. Looking at them, rasa sebak gila lah pulak.Air mata dah bergenang dah ni. Memandangkan aku tengah borak and lepak-lepak dalam aquarium dengan kawan masa tu, so haruslah control macho kan. Cover-coverlah sikit. Sedih tengok diorang, but at the same time i felt grateful sebab cukup sifat semua. Syukurlah. Yang peliknya, aku ni jenis tak adalah" baby freak" or" kids freak". Faham tak. Macam adik-adik aku, diorang rajin melayan budak-budak. Tapi aku biasa-biasa je lah kan. Sebab kadang-kadang budak-budak normal ni sangat annoying.Geram rasa nak cubit je kan *suka hati je nak cubit anak orang* Haha~

Tapi aku teringin nak gi rumah anak-anak yatim. Pergi volunteer ke apa ke. Tapi selalu tak tahu nak buat macam mana and nak pergi dekat mana dan dengan siapa. Aku tahu mesti ramai yang nak tolong, tapi tak jumpa peluang dan ruang yang sesuai.

Lagi satu, kan ada cerita iktibar dekat tv3 time bulan puasa ni. Pukul 11 malam kalau tak silap, hari apa dah lupa . Cerita pasal hal-hal kemalangan jalan raya dan insan-insan yang dah pergi tinggalkan ahli keluarga. Sumpah sedih. Kesian sangat kat diaorang. Ada yang jadi balu bila hilang sekaligus suami dan anak perempuan, hilang suami, hilang ayah. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan diaorang. Hari tu tengok sorang-sorang sebab orang lain semua dah tidur, nangis woi..Kalau ada orang lain tengok semahu boleh aku akan kawal ni tak nak kasi menangis. Nak control macho je keje kan. Haha~

Aku harap aku dapat menghargai dan menyayangi  orang-orang sekeliling aku macam parents, siblings, family and friends. Love them as much as I can, before it's too late. Pelik kan, bila seseorang dah tak ada baru kita nak terasa kehilangan dia. Kenyataan. Mungkin budaya orang timur yang agak reserved and always resort their true feelings toward each other, makes it's even harder to say out loud how that someone meant a world for them. Mungkin bukan semua yang know how to show affection, verbal or non verbal. Mungkin bagi yang agak susah nak confess daripada segi tutur bicara, boleh show more affection towards their love one through actions. Antara nak dengan tak nak sahaja.

"Funny when your dead how people will start listening"

No comments: