uhuk uhuk uhuk *sound effect batuk..haha..saya selesema cikgu*
grrrr, satu rumah sewa ni selesema. Termasuk aku. Sroot sreet bunyiknya *opsss ..i'm always an auditory person..haha* Sabar ajelah. Aku selalu kena selesema bila jauh dari rumah dan akan demam hanya di rumah. Faham? Oh, selesem tak mengapa asalkan tidak demam + tonsil. Cannot handle.
How's Kuching?
Jawapan positive : Great
Jawapan separa-positif : Rindu penduduk semenanjung, rindu keluarga, rindu rumah, rindu kereta dan semuanya yang ada di sana
All in all, bersyukur semuanya dipermudahkan. Daripada urusan mencari rumah sewa, kawan-kawan, pendaftaran..smooth. Adalah satu dua perkara yang tak berapa nak best, tapi cukuplah apa yang ada.
Dalam hidup ni, kadang-kadang kita tak terlepas daripada sifat 'kurang bersyukur'. Kuman di seberang lautan nampak. Yang di depan mata?
Aku pun sama.
Tadi tertengok cerita apa entah dekat tv3 pasal anak derhaka. Kurang ajar betul. Tapi dalam cerita itu sahajalah harap-harap ada manusia yang begitu. Tiba-tiba terimbau kenangan lalu.
Haih, aku rasa aku pun pernah lukakan hati ayah. Mungkin dia perasan, mungkin tidak. Dosanya aku. Aku merajuk dengan ayah. Dia call phone aku tak angkat-angkat. Lama jugalah begitu. Apa-apa hal, aku call mama sahaja. Bila balik cuti, aku senyap sahaja. Tak borak langsung dengan ayah. Dalam kereta from airport ke rumah, sepanjang jalan aku senyap sahaja. Awkard moments. Ayah tanya sepatah, aku jawab sepatah. Jahatnya aku kan?
Writing this makes me wanna cry.
Konon-kononnya nak buat confrontasi. Nak tunjuk yang konon-kononnya aku 'marah' . Penghujung cerita, aku yang jadi sedih sendiri sebab lukakan manusia kesayangan hati. Bodoh betul. Sejauh mana pun aku nak lukakan hati manusia kesayangan, selagi itulah hati aku lagi jadi terluka. Aku yang menangis sorang-sorang sebab rasa berdosa buat macam tu. Sebab bila kita cuba lukakan hati manusia lain, diri sendiri yang jadi lebih menderita. Fakta.*sila ambil iktibar ye*
Cuti yang lepas, aku dapat rasa yang bond antara kami dah okay and getting better. I cherished every moment spent with him. Dalam hati aku doa supaya jumpa lelaki yang macam ayah . But, never dare to tell him that I secretly wish like that. Oh, malu weiii...haha~ Untuk sayang manusia, kita harus terima mereka seadanya. Tanpa syarat. Dia masih lelaki terhebat di hati aku. Mungkin aku tak affecionate sangat, dan suka berlagak cool depan dia. I wish to do silly stuff and just being plain me. Like I used to be.
Aku tahu, ayah akan selalu ada di samping aku. He will always get my back whenever I'm about to fall. Berjuta kali pun aku lukakan hati dia, he will always forgive. Kalau dikenang-kenang balik, sungguh aku beruntung dapat ayah macam ayah aku. Tuhan pinjamkan satu ayah untuk aku. Syukurlah.
Faham tak perasaan bila tengok muka mak ayah dan kau dapat lihat betapa dah jauh masa berlalu. Uban dah memenuhi kepala *ayah sahaja, mama still awet muda..haha*, ada kedut di sebalik mata yang bercahaya. Betapa cepat masa berlalu bukan.
Beribu kata pun tak mampu nak ungkapkan semua rasa.
Semua orang yang aku sayang adalah pinjaman daripada Tuhan. Sampai saat mereka pergi, aku harap aku sempat curahkan kasih seikhlas hati. Mungkin aku akan gagap nak bagitahu secara berdepan yang aku sayang sungguh-sungguh mereka semua, tapi aku harap mereka dapat rasa apa yang aku rasa. Perkara yang terindah tak dapat dilihat, tapi dapat dirasa bukan?
Aku harap kau pun rasa begitu.
No comments:
Post a Comment