Friday, October 14, 2011

Berleter

Okay, mengaku jelah orang perempuan ni suka benar berleter. Emm, lebih kurang kalau ada benda yang tak puas hati mesti 'mulut' pun sama naik. Haha. Pok pek pok pek. Lebih-lebih lagi golongan mak mak lah kan yang lebih kuat kecenderungan untuk berleter.Oh, aku? Berleter dalam blog sudah lah kan..haha..

Macam lelaki, kalau dah start berleter (lebih suka guna term 'bersyarah') lebih-lebih ayah lah kan , tak menusuk ke hati sangat. Haha..Diorangkan rilex sket.Cool. Kalau mak mak ni diorang emosi lebih. haha..

Tapikan, sebenarnya dalam mak mak ni berleter sebenarnya dia selitkan nasihat juga tau. Serius ni. Mama selalu cerita yang duluwan( nenek) aku garang giler.Ala-ala mak tiri. Pastu kuat berleter. Salah sikit, mulalah mulut pun sama naik. Tapi, mama kan budak baik so dia diam jelah. Haha..Tsk, kalau aku dah lama sentap kot.

Mama cakap wan(nenek) selalu cakap ayat ni " Esok kalau pergi rumah mertua nanti tak reti buat _____" Tempat kosong itu berdasarkan aktiviti yang tengah dilakukan. Itu adalah ayat standard wan aku dulu time mama muda remaja. Kiranya wan tak mau lah mama nanti tak pandai buat kerja rumah semua, end up bila dah kahwin nanti time pergi rumah mak mertua tak reti nak buat kerja semua. Nanti memalukan wan lah kalau anak dia tak pandai buat kerja semua kan. Kiranya jadi menantu yang hantu lah kan..haha~

Gilalah kuat berleter. Tapi wan sekarang bukan main baik lagi okay lebih-lebih lagi dengan cucu cucu dia. Sweetest nenek ever.

Dek kerena leteran wan dulu lah, mama jadi what she is now. Huh~supermak kot. Haha..diperakui oleh semua orang. Ayah selalu kot puji mama. 

Aku fikir perempuan walau sehandal mana pun pencapaian, walau setinggi mana pun tahap pendidikan hatta ada phD pun kena juga tahu basic things pasal memasak, uruskan rumah and what not, mengemas and many more ...mesti kena tahu dan kalau tak tahu pun mesti kena belajar. Benda-benda macam ni tak diajar di sekolah mahupun universiti. Universiti kehidupan adalah.

Er, bukan apa aku teringat mama used to nag me about something dulu-dulu. And now living with other girls i realized that bebelan-bebelan mama dulu berhasil jugak eh? Haha. Aku perasan, ramai yang tak berapa endah pasal benda-benda basic that girls at this age should've known. 

Macam,

Lepas basuh pinggan and whatnot , mesti ada sisa-sisa dia kan. So, untuk mengelakkan clog pada singki kita patutnya kutip balik the leftover semua tu. Jangan biarkan singki macam tu je lepas basuh pingan mangkuk semua.Right? Make sure the sink clean after that. And my mum used to nag me about those little things.Guess what, benda simple macam tu pun ramai yang terlepas pandang. Lepas basuh pinggan laju-laju, terus tinggalkan sink macam tu je, dengan singki berminyaknya..Hmmmm..Nangis~

Lepas masak mesti ada sisa-sisa minyak memercik dekat atas stove kan? Lebih-lebih lagi kalau masak sambal kan. Memercik-mercik lah minyak tu atas stove. Tapi, asal tinggal dapur macam tu je lepas masak? Hmmmm...

Belum cerita hal lain lagi..haish, aku dah ada aura-aura berleter dah ni ha..jadi kak nam kejap. Heeee..

Common sense semua tu kot. 

Errr, aku fikir banyak lagi lah bebelan @ leteran mama yang make sense. In fact memang semua pun make sense kan..haha~

So people, if your mum nag you like there's no tomorrow, just bear with it eh. That's just her way of showing love.


No comments: