Semalam. Kitaorang baru lepas balik kelas petang. Huish, panas toksah kata la. Berlengas badan. Gila panas amat! dan kami harus berjalan kira-kira 15 minit daripada depoh bas uni ke rumah sewa. Back and forth. Kelas pukul 2 pm, so kena bertolak dari rumah lebih kurang jam 1pm so that kami boleh naik bas pukul 1.30pm ke kampus barat. Err, uni aku ni ada dua kampus, barat dan timur. Kampus timur adalah tapak lama uni yang dah dijadikan tempat pelajar asasi manakala kampus barat adalah 'the new campus' lah gitu. Kolej kediaman, fakulti-fakulti semua dekat situ. Perjalanan daripada kampus barat----->kampus timur lebih kurang 15 minit naik bas/kenderaan bermotor lain. Unless kau nak jalan kaki, sejam sampai lah kot. Tapi gila jauh. Tapi, along the way kau kena lintas hutan paya belukar serta jalan yang sangat sunyi. Mahu?
Eh, panjangnya mukadimah. Haha~dapat imagin?
Kiranya kehidupan aku setelah ditendang kolej (i hate u Allamanda!!) , aku harus merentas onak dan duri sebelum sampai ke kelas. Haha..Kalau dulu kolej aku dengan fakulti punyalah dekat. Kelas pukul 8am, rilex je keluar dari bilik pukul 7.56 am..Lebih teruk lagi,kadang-kadang keluar pukul 8.05 am dan keatas sedangkan kelas pukul 8am kot.Hmmm, mujur aku sekarang tak banyak kelas (seminggu 3 kelas sahaja...weehuu) dan dah habis final year project yang mengharuskan aku untuk bermukim di makmal. Oh, syukur.
Kalau sekarang? Kelas pukul 8am, bangun pukul 5.45am..Sebab nak kejar bas pukul 7am.Haha..sebelum ke kelas dah siap-siap iron baju, prepare beg, prepare tumbler air pendek kata semua dah siap lah malam sebelum kelas.Tinggal tak sempat buat nasi goreng je lagi pagi-pagi tu..haha.. Gigih tak??? :D Tak pernah aku serajin itu sebelum ni. Inilah bahananya bila duduk rumah sewa.
Eh, apa yang aku cuba nak cakap adalah, kawan aku ni dia bila balik rumah daripada kelas je (kelas dia lagi banyak daripada aku) sure dia cakap penat lah itu lah..Sakit kaki lah..Then aku pun usik ah dia..
"Aik, macam mana nak kahwin ni? Kalau dah kahwin, balik keje je kena masak, kemas rumah, layan anak dan suami, the barulah fikir hal sendiri..Lagi penat..Kan?"
"A'ah, betulkan. Ish, kita tak nak lah kawin dulu. Lepas habis PhD baru kahwin." ambitous sungguh cik mek ni.
"Bukan hari tu awak kata tak sabar nak kahwin ke?"
"Heee, kita memang lah nak kahwin. Tapi tak ada calon."
"Gatal eh.."
Dia gelak. "Eh, normal apa perasaan macam tu. Takkan awak tak pernah rasa pun?"
"Tak ada lagi rasa tu. Buat masa sekarang" jawabku jujur. Serius ni. Sebab aku tahu kemampuan aku dan ternyata, aku tak bersedia.Yup, there are few of my batch mate yang dah kahwin, but clearly they are ready and prepared for that. Good for them.
Banyak yang perlu dibaiki, banyak yang perlu dipelajari, banyak perkara-perkara baik yang belum ada dalam diri yang harus diadakan Dan banyak perkara-perkara yang tak dicapai lagi.Faham?
Sebab bila dah berdua, kau bukan bina hidup untuk diri sendiri. Bukan jadi hidup 'aku' tapi dah jadi hidup 'kita'. Tak boleh pentingkan diri sendiri macam zaman single mingle dulu. Apa-apa kau buat kena bincang dengan dia dulu kan.
Kena faham yang syurga seorang wanita bukanlah pada ibubapa lagi tapi pada suami. Dia kata tak boleh balik raya rumah ibubapa kau, maka menangislah tak berlagu eh. Nasiblah kan dapat suami 'keras kepala' macam tu. Hmm, masa bercinta dulu pijak semut pun tak mati ye kan?Adoii la..Kena buat MoU sebelum kahwin mungkin.
Sebab aku rasa aku ni cenderung untuk buat keputusan sendiri-sendiri dan tak suka orang lain campur tangan. Fakta.I like to make my very own decision. Susah kalau kena tunggu dan ikut keputusan orang lain. Tak suka. Aku suka konsep sendiri bikin sendiri tanggung. Haha. Ada nada-nada sang penjual ikan di situ ya. Sebab aku tak suka nak 'share' risk yang aku ambil untuk satu satu keputusan dan in the end, pihak yang lagi satu tak puas hati dan akan blame aku. Tak suka. Faham? Dan aku tak suka susahkan orang lain.
Agak-agak boleh ke buat perangai macam tu bila dah kahwin nanti? Baik serupa tak kahwin je kan.
2 comments:
kena try bertunang dulu..klau sikap kau ni boleh dihandle masa tempoh bertunang..so boleh je kawin..kan?
haha~
lambat lagi tu. sangat tak bersedia. bertunang? doa doa kan aku dapat si dia yang penyabar eh.
Post a Comment