Sunday, October 16, 2011

Enigma hati

Gadis itu tertanya-tanya
Apa yang dia fikirkan
Apa yang dia rasakan
Dan apa yang dia mahukan

Mungkin saja dia fikirkan tentang gadis itu
mungkin saja tidak

Mungkin juga dia rasakan sesuatu tentang gadis itu
mungkin juga tidak

Mungkin juga dia mahu miliki gadis itu
mungkin juga tidak

Mungkin juga dia tidak memaknakan sesuatu apa pun
hanya buat peneman dikala hati kosong
Itu saja

Jelas, gadis itu bukan apa-apa dalam hidup dia
Jelas, gadis itu bukan siapa-siapa dalam hidup dia
Jelas, gadis itu hanya sebuah sandaran yang akan selalu menjadi yang kedua
Mungkin juga pilihan yang paling akhir
'The Backup Girls'
Hanya itu sahaja

Adanya tiada makna
Hilangnya tak berbekas dalam hati

Justeru si gadis merasakan sebelum pusingan ini menemui titik mula
dia harus mengakhirinya dulu

Dan  si gadis itu juga jelas bahawa
Dia bukanlah apa-apa
Dia bukanlah siapa-siapa
Untuk layak diterima dalam hati
Dia hanya seorang yang asing
Muktamad

Si gadis fikir dia harus melakukan sesuatu
Ya, dia bina tembok tinggi-tinggi keliling hati
Teguh-teguh
Biar jadi kukuh

Si gadis fikir
Biarlah masa dan takdir yang menentukan
Bila ia akan diruntuhkan
Dan oleh siapa

No comments: